Bagi Norma, tahun baru 2010 disambut dengan penuh mencabar....haa sebab apa ye? Minggu pertama 2010 ni sibuk dengan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan...mid-term. Anak-anak masih kecil dan berada di tahap Grade 1 dan Grade 2, tetapi tak boleh ambil mudah...kerana waktu sekarang ni la nak galakkan mereka untuk faham betapa pentingnya pelajaran, ulangkaji, peperiksaan dan sebagainya.
Maklumlah, bukan senang nak membimbing anak-anak untuk menghadapi peperiksaan, ...tambahan kerenah dan perangai anak-anak yang berbeza...tugas itu jadi lebih mencabar....
Hujung minggu depan pula, 7 Januari akan sibuk menyertai Hari Keluarga Kelab Rakyat Malaysia Jubail. Pelbagai acara disediakan, dan malam tadi Norma sibuk membeli hadiah-hadiah untuk sukaneka kanak-kanak...sibuk buat nombor cabutan bertuah dan lepas ni nak agihkan pada kaum-kaum ibu yang lain untuk membalut hadiah....ada 129 unit hadiah yang nak kena balut...banyak gak tu.
Hari ni hujung minggu...Khamis...nak 'panaskan enjin' untuk buat ulangkaji anak-anak ni. Mereka akan mula exam Selasa depan.
Dua hari ni tak masak lunch and dinner la jawabnya...beli je...khabsa atau nasi mandhi je la jawabnya.
InsyaAllah jumpa lagi...