Saturday, December 31, 2011

LATEST UPDATES...sooooo late...

SubhanAllah...lama dah tepu blog ni...kaku dan kejang tak 'bernyawa'.  Satu-satunya passion Norma yang susah nak di disiplinkan.  Maaf ye pembaca...harap-harap masih ada yang sudi singgah dan menjenguk seklai-sekala.

Yang komen di dalam entry lepas-lepas pun ada yang Norma tak sempat nak respons lagi.  Buat Cikgu Zainab di Kuantan, Tuan Haji en_me dan juga Saudara Mohd (yg bertanyakan pasal Visa melawat ke Saudi), Norma mohon maaf sesangat tak sempat nak reply.
 
Terima kasih buat Cikgu Zainab dan en_me yang memberi ucapan selamat pada Norma.

Buat Saudara Mohd, Norma jawab di sini je ya:  Saudi ni tiada 'visa melawat'.  Yang ada hanya Visa Umrah/Haji dan Ziarah (di Mekah dan Madinah sahaja) dan juga Visa Melawat Ahli Keluarga terdekat para pekerja/expatriates di Saud sahaja (mana-mana lokasi di Saudi), kita panggil di sini 'White Slip'

Saudi hanya membenarkan visa masuk ke Saudi (selain umrah/haji) untuk
1.  suami/ isteri warga expatriates di sini
2.  anak-anak warga expatriates
3. ibu dan bapa
4.  ibu dan bapa mertua (by case)
5.  adik beradik warga expatriates (ipar-duai...by case)  maksudnya, jika adik beradik suami, hanya saudara perempuan sahaja dibenarkan masuk Saudi.  Jika adik beradik isteri, hanya saudara yang lelaki sahaja.  Pelik tapi benar...hehehe.  Mereka masih berpegang larangan mahram di negara ini, which is truly very good...unfortunately creates difficulties  to most of us here.

Saya harap saya dapat menjawab persoalan Saudara Mohd ye...maaf sangat lewat untuk menjawabnya :-) 
 Nak berhenti dah entri ni...InsyaAllah cerita terkini menyusul :-)