Monday, August 22, 2011

Aspiring and inspired...

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, MasyaAllah sangat sekejap rasanya.  Nak kata sempurna 100% ibadah yang dilaksanakan...Norma akui sangat jauh juga terkebelakang, namun sudah mencuba yang termampu buat Ramadhan kali ini, berbanding Ramadhan yang lalu...Alhamdulillah. 

Apa kena dengan tajuk di atas dengan entri Norma kali ini??  Tak ada lah apa sangatnya.  Cuma teruja dengan peristiwa yang berlaku sepanjang hampir 2 bulan pulang bercuti dan berpuasa di tanahair ini.  Anugerah di bulan Ramadhan nampaknya. 

Selain daripada bercuti dan beraya di Malaysia, misi Norma adalah untuk meneruskan pengajian Iqra' anak-anak Norma...Norma akui sedikit sukar untuk menitipkan disiplin mengaji anak-anak semasa mereka di Jubail, terutama apabila ummi sendiri yang mengajarnya...anak-anak takut...ummi garang mengalahkan 'ustazah' bila mengajar Iqra'.  Namun kami tetap bersyukur kerana anak-anak sempat juga belajar dengan 2 orang 'ustazah' di Jubail tu, Aunty Rosilah dan Aunty Ain.  Bila balik bercuti, ummi dah aturkan pengajian dengan Ustaz Syikri, seorang kenalan kami di Dungun ini.  Memang ummi tak nampak calon lain yang boleh sabar mengajar anak-anak ummi ni selain Ustaz Syikri.  Alhamdulillah, tawaran ummi diterima baik oleh Ustaz dan dapatlah anak-anak menyambung Iqra' sepanjang cuti  ini, maka terisilah aktiviti mereka dengan mengaji 4 kali seminggu, syukran ya Ustaz.

Sehingga ke minggu terakhir ini, Alhamdulillah Luthfil sudah pun 'naik' Al Quran...impian ummi dan abah sejak beberapa tahun yang lalu...walaupun agak terlewat buat Luthfil, tapi ummi kagum juga dengan kesungguhan Luthfil menghabiskan Iqra' seterusnya boleh membaca Al Quran... 

Rancangan di TV seperti Mari Bertarannum, Mengaji dan bacaan-bacaan Al Quran yang ditayangkan di TV9 juga banyak mempengaruhi Luthfil dan Nadhrah untuk mempertingkatkan bacaan mereka, Alhamdulillah.  Sesuatu yang sangat positif pada anak-anak di cuti kali ini.  Selain daripada itu, Luthfil selalu 'jealous' bila melihat ummi mengaji...tapi itu yang ummi mahu kan..."kepimpinan melalui tauladan."  Sebagai ibubapa, ummi selalu ingin mencuba melakukan yang terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak...selain bab 'berleter' la...yang kadang-kadang 'baik' tetapi selalunya ianya menjadi contoh yang 'kurang' elok untuk anak-anak...alahaiiii.

Alhamdulillah, sekarang ini, masa terluang Luthfil akan digunakan oleh beliau membaca Al Quran terutama lepas solat...tapi ikut mood dia lah...tak kira waktu apa pun, selain waktu solat...dengan tertib Luthfil akan mengambil wudhu dan mula membaca...syukur Alhamdulillah...ummi sangat kagum walaupun hampir setiap hari ada saja leteran daripada ummi, sebab Luthfil menyakat dan buat perangai dengan adik-adik...sabar je la.

Tapi ummi perlu pantau juga sebab dah selalu ingatkan dia, jika kita tersalah baca berdosa dan jangan main-main apabila membaca kitab suci ALLAH itu.  Nampak kesungguhan dia sebab Luthfil kata "Luthfil  suka sangatlah dapat baca Quran ni ummi..."  Alhamdulillah.  Harapnya semangat itu berterusan, InsyaAllah.

Nadhrah pula akan 'naik' Al Quran sehari dua lagi, sempatlah sebelum Ustaz Syikri pulang ke kampung beraya nanti.  Kan bagus jika anak-anak dapat belajar berterusan dengan Ustaz...kalau dah balik Jubail, selain dengan ummi, nak kena juga mencari guru mengaji anak-anak ni...sebab banyak lagi hukum-hukum tajwid yang anak-anak perlu belajar, ummi dah lupa...ummi mampu tunjuk praktikal InsyaAllah, tentang teori nak kena rujuk yang ilmuwan. 

Inilah 'anugerah' Ramadhan yang tidak ternilai buat Norma tatkala ini...Ramadhan Kareem.