Lama dah berlalu Syawal...tapi kenangan masih terpahat. Ingin juga Norma abadikan sambutan Majlis Raya KRMJ yang berlangsung pada 29 September lalu...
Setiap tahun, KRMJ tidak pernah gagal mengadakan sambutan Raya rakyat Malaysia di Jubail ini. Lokasinya kadang-kadang tu sama juga dengan majlis yang lepas...cuma rupa dan suasana aje yang mungkin berbeza...hehehe. Kali ini di IBN ZAHR Beach Camp...sama seperti tahun yang lalu...cuma tahun ni Dato' Duta kita tak dapat hadir, dengarnya sibuk...tak mengapa di majlis lain, jika ada kesempatan Dato' boleh datang ke Jubail.
Tahun ni agak lewat sambutannya, dah penghujung Syawal. Maklumlah ramai warga KRMJ pulang ke Malaysia beraya...bukan sehari dua...tetapi berbulan-bulan pun ada...
Sesuatu yang istimewa, kali ni Norma berkesempatan bertemu rakan-rakan baru di Jubail....termasuk salah seorang pembaca Purpleheart ni...uishhh malu plak rasa...dah le blog serupa |hidup segan, mati tak mahu| hehehe... Tapi alhamdulillah, dapat bersua muka dengan |Dilla| si cantik manis dari Chendering....selamat datang ke Jubail dan semoga gembira berada di Jubail ini :-D
Okay...tak yah cerita panjang la ye...kita layan gambar-gambar yang tidak seberapanya ini, buat tatapan semua...ada gambar sendiri dan ada juga Norma |copy-paste| dari album sahabat-sahabat di sini. Mohon dipamer dengan izin buat |empunya| gambar ye, terima kasih dari hati ini... :-)
*Bersama |Dilla| yang baru di Jubail
*Bersama |Kak Eina dan Jun|
*Bersama sahabat-sahabat Jumanisaa yang aktif di Jubail
*Bersama |Kak Eina dan Jun|
*Bersama sahabat-sahabat Jumanisaa yang aktif di Jubail
*Hadeed dan Batrisyia...rakan sebaya...sokmo tenung muka comel Batrisyia tu yeee..
*Kain sampin Hadeed dah boleh jadi 'skirt' ...kikikkkikk
*Terasa muda kembali bergambar kenangan dengan anak-anak dara remaja di Jubail ini, cantik dengan baju raya masing-masing...terima kasih sudi bergambar denagn Aunty Norma ye...
*Kain sampin Hadeed dah boleh jadi 'skirt' ...kikikkkikk
*Terasa muda kembali bergambar kenangan dengan anak-anak dara remaja di Jubail ini, cantik dengan baju raya masing-masing...terima kasih sudi bergambar denagn Aunty Norma ye...