Wednesday, November 18, 2009

TULIS JANGAN TAK TULIS....

Haikal di salah sebuah tangga di Kerak Castle, Jordan. Istana peninggalan tentera Byzantine zaman dulu, kemudian menjadi istana tentera Islam selepas orang Roman keluar meninggalkan Jordan... usia istana ni ada dalam 200 - 300 tahun ...

Apa lagi yang nak Norma ucapkan melainkan TERIMA KASIH tak terhingga buat rakan blogger Norma dan pembaca budiman sekelian yang masih SETIA dengan blog Norma ni yang bagai "hidup segan...mati tak mau".
Seorang kanak-kanak tempatan Jordan menjual buah Tin (surah At-Tinn) segar dari pokok. Harga sepinggan tu JD1 (RM5). Sedap buahnya...biasa makan yang kering, tapi yang segar ni lagi sedap. Cantik sungguh mata budak lelaki tu...yang baju kuning kecil tu budak Malaysia...hahaha...si haikal la tu!

MAAF banyak sebab dah lamaaaaaaaaaaaa tak update dan tak respons kat komen yang ditinggalkan. Norma Alhamdulillah, okay lagi. Tak tahu nak tulis alasan apa dah lama tak melayan blog ni. Sebabnya memang dah lama tak menyentuh laptop ni.

Nak kata penangan cerita Mak Arab sebelum ni tak juga. Dah le cerita sikit punya panjang...terus collapsed!!! hehehe...gurau je.
Semasa melawat Ajloun Castle, istana yang dibina oleh sepupu Saladdin (wira Islam zaman Roman dahulu)...kami terserempak dengan pasangan pengantin baru orang tempatan, 'honeymoon' kat castle lagi...jangan mara ha!!...siap dengan pakaian pengantin, Norma ajak ambil gambar sebab nak abadikan budaya rakyat Jordan ni yang sambut hari bahagia jenjalan kat tempat bersejarah....loving bukan main lagi...siap pakai kasut tumit tinggi halus panjat tangga castle tu....akak tak dapek la dik nuuun oiii...mau terkucil tergolek...

Apa pun, semoga semua di luar sana yang sudi singgah dan tinggalkan pesanan, terima kasih banyak...InsyaAllah Norma tulis lagi okay.

9 comments:

sI tEDI said...

kak.. semoga sihat hendaknya..

seminggu sekali pun x pe kak update..

jaga diri!

hajah zainab bt abdullah said...

salam norma,

lama kak nab dok tunggu cerita dari purple heart! rindu nak tau berita dari orang jauh, seronok baca. take care!

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

Neeza Shahril said...

hehee.. ada iklan lah pulokssss kat atas tu.. huhuu...

buah tin tu color hijau.. dah masak ke norma? neeza selalu beli kat sameway yang fresh... tapi neeza suka yg kering lagi rasanya...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak...lama tak dengaq crita..pa habaq...selamat menyambut aidil adha yer...

en_me said...

salam aidiladha akak norma ittewww.. ehehe

tulipurple said...

wahhh...moga bb sis punyai mata yg cantik seperti budak lelaki jordan itew..aminn.
take care ek sis.

NJ said...

salam nj
salam kenal dan ziarah..nick kita sama la dah ni..nama pun sama.. akak norma jusoh awak norma apa ek?..lalu umah LG masuk sini..sudi la jenguk umah akak yer..

yellowrose said...

datanglah jordan lagi kak norma..hehe=)