Monday, January 4, 2010

TERKINI...

Purpleheart dan suami tercinta...

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Pagi ni dah sibuk hadap laptop...tetiba je cik purpleheart ni sibuk...dah le memang tengah sibuk...tapi tambah lagi sibuk...kalau nak tahu...memang purpleheart ni suka 'sibuk'...tapi bukan sibuk jaga hal orang...suka menyibukkan diri dengan membuat sesuatu yang produktif, kreatif, innovatif....

Peperiksaan Term 1 anak-anak sedang berlangsung...yang tu memang dah sibuk sejak minggu lepas membuat ulangkaji sampai nak keluar anak tekak dibuatnya...

Kadang-kadang tu terfikir...'seksanya' anak-anak ni bila ummi mengajar dan membuat ulangkaji untuk mereka....sebab umminya lebih garang dari teacher yang mengajar. Bila tak dapat jawab soalan yang telah mereka pelajari di sekolah...ummi mudah naik angin...gerammmm kenapa tak boleh ingat . Luthfil Hasif seperti biasa akan menangis dahulu sebelum kena marah...takut la tu.

Hari ni ada Spelling exam for French buat Luthfil dan Nadhrah...malam tadi Nadhrah seemed okay with her performance...risaukan Luthfil aje yang terkebil kebil buat revision. French memang ummi atau abah surrender nak mengajar sebab kami pun tak tahu, sekadar membantu membuat spelling test tu boleh la...
Walaupun cedera, masih dapat pose depan Ajloun Castle..

Berbalik kisah ummi yang sedang sibuk ni...

Awal pagi dah menyediakan maklumat berkenaan acara Sukaneka rakyat Malaysia yang bakal berlangsung Khamis ini. Semua jenis permainan dah ada dalam kepala tapi bukan semua orang tahu, so menulis dan merangkalah tatacara permainan supaya urusetia permainan nanti tahu apa yang akan berlaku.

Setakat hadiah hampir kesemua sudah dibeli, cuma ada beberapa lagi yang tidak selesai...kena keluar juga satu dua malam ni untuk mencari lagi hadiahnya...

Sambil mendraft maklumat dan email...menelaah pula minit mesyuarat PSC (Parents-Students Council)...ada mesyuarat kelab ibubapa di sekolah anak-anak di Jubail International School petang ni....kena lah baca minit mesyuarat lepas sebabnya ...petang ini adalah mesyuarat pertama yang purpleheart perlu hadiri. Entah apa pula tindakan susulan selepas mesyuarat petang ni.

Teringat pula nak cetak nombor cabutan bertuah Hari Keluarga tu annti...nasib baik Haswadi dah bantu buatkan nombor tu dalam Microsoft Excel, tinggal print aje...so dah selesai juga yang itu.

Esok, Selasa, ada kelas agama seperti biasa...dan hafalan surah juga. Dan anak-anak ada exam English juga. Nasib baik...ulangkaji subjek English tu ummi dah mulakan sejak last week lagi...sebab tahu bukan mudah untuk anak-anak...so ummi yang perlu ready awal-awal.

Kejap lagi nak masuk dapur pula, apalah agaknya menu hari ni ye? Dah ketandusan idea sebab terlalu fikir banyak perkara...sibuk sangat ke?? Agaknyalah... tetapi...sempat juga tulis dalam blog ni ha...

4 comments:

en_me said...

salam tahun baru akak norma ittewww.. ehehe

Fetty said...

salam
aktif sungguh
bagus betul
truly sounds like norma
hebat...mantep

sI tEDI said...

serius!! Ummi dan suami kepada ummi ni nampak macam awet mude jek!!

aduhai!! jeles!!
sob sob sob!

kak, rajin2 update kak!

ekekekeke

nj said...

en_me...
ingat lagi kat kita yek...hehehe

Fetty...
hahaha...konon nak polish skill...bila nak guna Excel...dah terkial-kial...sbb lama tak guna...

sitedi...
alahai...ye ke? awak silap tengok la ...hahaha
InsyaAllah...ada kesempatan kita cerita lagi ye...