Tuesday, March 30, 2010

AKTIVITI HARI INI...

Alhamdulillah...
Dah dapat tukar 'kulit'...nak refresh balik minda, bila tengok benda baru...mesti akan timbul semangat baru.
Kenapa pink jugak? Entahla...sedap aje mata ni memandang. Tapi takpe...template ni boleh tukar kalau nak ubah 'pemandangan'.
Kepada sesiapa yang masih lagi mengikuti blog PURPLEHEART ni ...anda tidak silap, masih yang sama....cuma tukar kulit sahaja. Jadi jangan lupa untuk singgah lagi ye.
Kepada yang baru singgah menyinggah...Selamat Datang ke PURPLEHEART...

Hari ni Norma menghadiri JAMUAN JUMANISAA, aktiviti yang dijalankan buat kaum-kaum ibu di Jubail ni. Maaf, gambar belum nak ada lagi sebab kena tunggu kawan-kawan upload dulu, nanti Norma letak di sini ye. Kali ni ramai sungguh para ibu yang menghadiri jamuan pagi ni. Ada mencecah 25 orang ... jamuan diadakan di rumah Tuan Presiden KRMJ dan isteri beliau Kak Mala yang mengendalikannya.
Pelbagai juadah hidangan mengiringi menu utama tuan rumah, Laksa Penang dan Lontong. Yang lain...MasyaAllah...pelbagai jenis, pulut kuning, rendang, mihun, Mushroom Soup, Puding Raja, rojak petis, pelbagai manisan, kuih lapis, kuih bakar, talam ubi, kek, puding dan agar-agar dan tidak lupa buah-buahan....Alhamdulillah setiap ahli pulang kekenyangan....
Sesekali berjumpa pelbagai cerita dan kisah dikongsi bersama. Seronok bukan main lagi...walaupun ada yang terpaksa melayan juga kerenah anak-anak kecil yang dibawa bersama, tetapi semuanya berjalan dengan lancar.
Sejak akhir-akhir ni kerap juga JumaNisaa ni berkumpul....dalam tempoh 2-3 bulan ini...ada dekat 3 kali perjumpaan sebegini dijalankan.

Norma pula, selagi termampu, akan terus sertai....selagi belum bersalin ni...dapat rasa makanan sedap-sedap yang kawan-kawan sediakan. Dah dalam pantang nanti...semestinya tak boleh nak join aktiviti sebegini sementara waktu.

Tadi terfikir-fikir...hujung minggu sehari lagi, Norma rancang nak beli kamera baru....kamera handphone tu dah jammed. Tu yang susah nak snap gambar. Kamera yang ada pulak...besar gedabak...tak handy betul walaupun canggih. Haswadi sendiri pun tak terpakai...duk terperap dalam drawer. Mana taknya...masa beli dulu bukan main lagi sebab canggih...tetapi tidak praktikal kepada penggunanya. InsyaAllah kalau dapat elaun bulan Mac ni, Norma nak beli kamera yang boleh digunapakai dengan praktikalnya...

2 comments:

myQza said...

ya. harus beli kamera baru, x best x de gambau!

nj said...

sitedi...tungguuuuu...lepas ni banyakle gambau....