Sunday, May 15, 2011

NOW ... IT IS MY STORY!


KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI?

Ke nak kena buat kotak undi?

Siapa sokong Norma kerja? sila angkat tangan macam usop wilcha hantu kak limah yeee...

Siapa sokong Norma berhenti? sila angkat kaki...haaa susah la pulak nak ngangkat kaki tu...hehehe..

Hampir separuh tahun dah rupanya 2011 ni. Sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang dah pun pertengahan Mei 2011. Jarang Norma ni mengira atau menghitung masa atau waktu kecuali ketika mengandung sahaja... :-) tetapi kali ni...aduhhh, kena hitung sungguh...this is my final countdown!

Alhamdulillah, sudah lebih 2 tahun di Jubail ini bermakna juga sudah 2 tahun juga Norma menghabiskan "cuti tanpa gaji" (CTG) yang dipohon daripada UiTM. Sekarang ini sedang menghabiskan tahun ke-3 ... tahun terakhir!...dengarnya UiTM tidak lagi membenarkan CTG melebihi 3 tahun kepada pensyarah ... huhuhu...sabar je la. Tarikh tamat CTG Norma tanggal 31 Januari 2012 dan perlu masuk kampus semula pada 1 Februari 2012...cantik sungguh lah pulak tarikh tu!

Nak kata memikirkan secara serius apa yang bakal berlaku nanti Februari 2012 itu, belum pun lagi...baru tahap terkenang dan terbayang-bayangkan sahaja.

Masih berkira-kira dan 'projecting' the future. Apa sahaja boleh berlaku, kita hanya mampu merancang, ALLAH sahaja yang menentukan.

Keputusan samada untuk kembali mengajar atau tidak, belum diputuskan lagi. Masih mengharapkan suatu keajaiban dan hidayah daripada ALLAH SWT. Semoga ALLAH memudahkan urusan dan memberkati apa jua yang bakal Norma lalui tidak lama lagi, amin.


9 comments:

shila suhaimi said...

angah!asik lupa je nak tanya angah lecturer subjek pe?fakulti?

nj said...

shila...
kamu di UiTM ke? dah habis Politeknik? Angah di Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat (Office Mgt & Technology) Subjek? Pehhhh!! banyak tuu nak kena senarai...hehehe...antara favorite subjects angah:
Organizational Behavior
Administrative Office Management
Introduction to Business
HRM
Operations Management (sikit je la)
Communications
Public Speaking
why lorr??

shila suhaimi said...

yep!da bes poli.pic konvo pon ada kat page shila=).shila kat uitm shah alam skrg ni.amik administrative science.fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. oh!subject angah 2 mcm relate je ngan pe yg shila blaja skrg ni.yayy! apa2 ley tanya angah tros...kan?

nj said...

shila...
ooo...mmg tak jauh mana lah corporate admin tu. InsyaAllah, tapi biasalah...konsultansi RM200 sejam ye....HAHAHAAHAAAAA....saja je. Anything email me at norm707@gmail.com okay!

shila suhaimi said...

mangaih!mahal nye pn.normah.harga sedara tade ke?hehe!okok!papehal nanti shila email angah k?btw,bila angah nak balik malaysia terus?

Kakzakie said...

Dikejauhan ini kakak doakan moga dipermudahkan perjalanan hidup itu oleh Allah. Kita merancang dan berusaha, selebihnya ketentuan Allah....

nj said...

kak zakie...
salam kenal...terima kasih sudi singgah di teratak buruk norma ya. All the best to kak zakie too!

lovingmiss said...
This comment has been removed by the author.
lovingmiss said...

salam..nk tye..pntdbiran ksihatan tu ttng ape ye