"nak g jln2"
"sorg jer?"
"x tau lagi...may b wit gfren yg lain:)"
Seorang pakar bahasa menggelarkan "bahasa ringkas" di dalam penggunaan SMS, sembang siber dan blog sebagai "bahasa teknologi malas"! Penggunaan bahasa ringkas ini menimbulkan fenomena negatif kepada generasi muda kita. Di Malaysia terutamanya, usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan bakal melalui episod getir bila mana golongan remaja yang dipukul arus teknologi kini sudah selesa dengan penggunaan "bahasa malas" ini...selain penulis juga menyentuh berkenaan penggunaan Bahasa Inggeris yang malas juga menambahburuk situasi!
Bukan bahasa Melayu sahaja menerima tempiasnya, di Amerika Syarikat suatu ketika dulu menurut Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim, mengalami situasi sama di mana penulisan di dalam bahasa Inggeris juga tercalar dengan "bahasa malas" ini sehingga terbawa-bawa di dalam penulisan esei dan pelajaran lain...
Secara peribadi, saya juga setuju dengan isu ini di mana kekadang tu sampai saya sendiri tak faham bila para pelajar saya sendiri menghantar mesej melalui sms!!! Entah apa-apa "short-form" yang mereka tulis...jadi satu kerja la pulak saya menanyakan apa yang ditaipnya dalam sms tu... InsyaAllah Puan Norma mereka ni sanggup menulis dengan perkataan penuh sebab tak tahu samada "short-form" yang akan ditaip tu betul atau tidak...sampai naik 'penyek' hujung jari ni menekan sms berjela-jela panjangnya...alahai...
Satu sudut pula, nak buat macam mana, itu adalah 'budaya' yang sedia terhidang sekarang ini. Semuanya nak cepat dan ringkas...asal faham sudah...implikasinya pula kesian kat tatabahasa, frasa, ejaan dan sewaktu dengannya.
Tidakkah anda merasa rugi dan menyesal belajar Bahasa Malaysia (dulu), sekarang Bahasa Melayu berbelas tahun lamanya di sekolah tetapi apabila berada di zaman sibernatic ni...kelas karangan anda, buku tulis tatabahasa anda dan guru kefahaman anda semasa itu hancur begitu sahaja.. Malahan golongan elit-cerdik-pandai-bergaya-kaya-raya-mewah-melata ni juga antara golongan yang paling hebat menggunakan "bahasa malas" ini. Inikan pula anak-anak remaja di sekolah rendah dan menengah tatkala ini.
Saya?? Walaupun selesa juga menulis di dalam bahasa Inggeris (walau tak sehebat manapun) yang nampak lebih mudah dan 'happening' ni, InsyaAllah bahasa Melayu masih berbekam di jiwa. Cuma, apabila membaca isu hari ini...terdetik pula..."InsyaAllah saya berazam akan menulis dan menggunakan bahasa Melayu saya nanti dengan penuh dan sempurna...kiranya menambah senarai azam tahun 2009 jugalah ni." Kesian pada pejuang bangsa dan bahasa ini, kesian kat cikgu-cikgu bahasa melayu, kesian kat buku-buku teks sekolah percuma ni jika penghujungya, "bahasa malas" juga yang dipraktikkannya.
Saya ingat lagi cikgu bahasa Malaysia zaman sekolah dulu, Puan Fuziah, Puan Khatijah, Puan Safiah (cikgu bahasa sekolah rendah).