Showing posts with label SAJE-SAJE. Show all posts
Showing posts with label SAJE-SAJE. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

TIME TO THINK...

Peringatan:  ISU sedikit PANAS!  Membaca dengan berhati-hati okay


Kenapa saya menulis blog?

Siapa target reader blog saya?

Apakah tema atau skop penulisan saya di blog?

Jika saya menulis pengalaman peribadi, dan kongsikan dengan pembaca...salah ke?

Kalau dah kata peribadi, kenapa letak kat blogspot.com?

Kalau pembaca baca dan tak puas hati, apa tindakan susulan saya sebagai penulis?

Pembaca ada hak ke nak persoalkan niat dan tujuan penulis blog menyampaikan sesuatu?

Tulisan saya perlu capai 'tahap piawai' pembaca ke?

If at any situation my readers are people smarter and better than myself, should I care?

Last but not least, do I get paid for anything I write here?

Saturday, June 23, 2012

SESEKALI KU BERSUARA...DIAM TAK SEMESTI SETUJU...



RM520,000 untuk sekeping plet kereta WWW 1 .... itu yang dikejarkannya.  Alahai...buat jadi buah mulut orang, fitnah memfitnah , kutuk mengutuk yang tiada kesudahan. 

Dah memang Tuanku kaya raya dan berprestij...tak perlulah di gembar-gemburkan kisah itu kan? 

Rentetan kisah ini, banyaklah komentar-komentar panas berapi di dalam laman FB.  Naik geram juga membacanya.  Baik yang menyokong, banyak yang menentang juga.  Kalau ada yang komen negatif, diheretnya kita dengan pelbagai bukti itu dan ini. Yang komen positif pun tak kalah...menyanjung tinggi usaha Tuanku mendapatkan nombor itu...alahai.

Macam dia pulak yang bayar 520 ribu beli nombor tu...haishhhh....tak perlulah berhempas pulas nak back-up Tuanku, kalau orang lain beri pendapat menyatakan ianya membazir...biarlah.  Yang awak tu duk sibuk hujah itu ini, apa hal?  Tuanku bayar royalti ke?  Duduk diam-diam dan jalankan kerja dan amanah tugasan tu baik-baik.  Lain lah orang yang sedang bercuti tanpa gaji ni...hihihi.

Pada yang lain yang tak mampu nak BELI nombor 'bertuah' tu, janganlah dengki pulak...ALLAH dah takdirkan sebegitu kisah hidup Tuanku.

Memang nombor cantik tu ... dah rezeki Tuanku, yang lain-lain tu duduk diam-diam aje boleh?

Tapi Tuanku perlu juga ingat...plet kereta tu tak boleh letak atas makam Tuanku nanti, bida'ah kekdahnya...oppsss

Allahu Akbar!


*peringatan:  mohon maaf, artikel ini ditulis tanpa ada kaitan dengan sesiapa, hanya sekadar meluahkan pendapat diri sendiri...