Showing posts with label REMEMBERING.... Show all posts
Showing posts with label REMEMBERING.... Show all posts

Monday, March 29, 2010

TIK TOK...TIME IS TICKING...

Boleh menarik nafas lega. Tetapi hari semakin beransur...semakin dekat. Kelmarin pergi check up...baby dalam kandungan Alhamdulillah okay...ummi dia je tak okay...sebab dah sakit sakit satu badan...hehehe...Dr Bella kata baby dah duduk di posisi yang selesa...tunggu cukup masa nak keluar. Memang sejak scan 2 bulan lepas...baby dah ke arah bawah...semalam check dah memang tak gerak tempat lain lagi dah...InsyaAllah semoga baby sabar di situ dan cukup masa...boleh keluar ye...

Minggu ni minggu ke 32 nak masuk 33...pengalaman bersalinkan abang-abang dan kakaknya...minggu 37-38 dah bersalin...tapi tu masa ummi sibuk turun naik tangga kat UiTM tu...mengajar...sekarang ni ummi duduk depan TV je...hahaha....InsyaAllah kalau boleh nak mudah dan dipermudahkan seperti yang terdahulu.

Cuti sekolah anak-anak di sini dah pun bermula...their Spring Break. Dua minggu. Perancangan cuti, abah je yang sibuk plan...ummi macam "setuju dalam diam" tak berani nak kata apa...tunggu je bila sampai masa yang dirancang...kalau ummi kata ummi tak larat dan tak mampu...maafle abah and anak-anak....kita jenjalan kat Fanateer Mall dan Huwaylat Mall je la...


Ini gambar tahun lepas, bersama Dira dan anak-anak beliau, Adam dan Aisyah (paling muka sebab malu ye). Dira dan anak-anak akan meninggalkan Jubail dan kembali ke tanahair Rabu ni. Suami beliau je yang tinggal...setelah setahun lebih di sini, Dira kembali ke tanahair untuk meneruskan perniagaan keluarga beliau. Kak Norma ucapkan selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kerana menjadi rakan, adik dan sahabat kami di sini...walaupun sekejap tetapi rasanya dah jadi semacam keluarga sendiri. Juga, kak Norma mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika selama perkenalan ada kesilapan dan kekurangan diri kak Norma.
Semoga ceria dan bahagia dengan apa yang bakal dilakukan. Bila ada peluang bercuti, datanglah jenguk kami di Jubail ni...

Saturday, October 10, 2009

MASIH BERNAFAS...ALHAMDULILLAH...

Tiang Kota Roman bekas peninggalan dari Zaman Byzantine di Citadel, Amman Jordan...lihat aje skala saiz manusia berbanding tiang Kota tersebut...besar mana la agaknya manusia zaman dulu ye...

Salam Semua... Dah agak bersawang blog Purpleheart ni. Nampak macam beraya sakan tuan punya blog hinggakan lupa nak 'kemas' dan 'bersihkan' rumah ni.

Alhamdulillah, Norma masih lagi ALLAH berikan peluang untuk 'bertemu' rakan blogger semua...cumanya sebaik lepas seminggu Syawal, Norma 'alah' sikit dengan laptop ni. Tak boleh hadap langsung...allergi pun ya...


Pagi ni, semacam ada 'tenaga' aka 'chi' yang melonjakkan hati dan daya Norma untuk mencoret sekaligus 'update' keadaan Purpleheart, bukan apa takut ada yang dah nak ucap 'Innalillah....' dalam chatbox tu nanti, haru pulak...


Norma masih lagi lawat dan jenguk rakan blogger yang lain, tupun melalui cellphone sambil baring je...nak buat camana itu yang mampu Norma buat....kalau baca melalui laptop ni gerenti pening ... Harapnya segera hilanglah 'alahan' yang ada ni.


InsyaAllah bila dah agak kurang sikit 'alahan' ni...Norma akan kembali menulis. Kisah travel ke Jordan pun tak sempat nak update...terlampau panjang pengembaraan itu, kalau tulis pun nanti...Norma akan update 'key-points' ajelah nampaknya. Tapi InsyaAllah dalam FaceBook akan diletakkan gambar-gambar menarik buat kenangan.


Lepas seminggu ke seminggu Syawal berlalu...di Jubail masih hangat dengan jamuan Raya rakyat Malaysia...setiap hujung minggu mesti ada jemputan...syukur dan terima kasih kepada semua yang sudi menjemput kami dan yang lain ke jamuan terbuka Raya tu. Semoga ALLAH murahkan rezeki dan limpahkan kesejahteraan buat kalian...

Wednesday, September 23, 2009

KEDUTAAN MALAYSIA AMMAN, JORDAN---1 SYAWAL

Alhamdulillah...Syawal sudahpun muncul dan hari ini sudahpun 4 Syawal di Jordan. Tahun ni pertama kami sekeluarga beraya di perantauan...dan yang paling istimewa sekali kali ini merayakan Aidilfitri di Amman, Jordan.

Syukur alhamdulillah pada 1 Syawal kami dapat meraikan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan...sebagaimana yang telah dirancang. Norma secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia Amman, Jordan terutama Datuk Malek dan isteri serta Cik Fariyal, PA beliau yang telah menerima kedatangan kami dua keluarga dari Jubail, Arab Saudi.
Dari kiri; Norma, Gie, Puan Nik Suria, Datuk Abdul Malek (Duta Malaysia), Kolonel Adnan (Military Attache ke Jordan), Muslisham, anak lelaki Kolonel dan Haswadi.

Gambar kenangan bersama Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bersama-sama rombongan kami dari Jubail...memang rasa bangga sungguh sebab Datuk Malek yang sangat baik melayan kami macam VVIP...itu lah istimewanya menjadi rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada...
Khusyuk menikmati jamuan raya yang istimewa di Jordan...
Lemang...

Nasi himpit dan kuah lontong...
Datuk Abdul Malek yang sporting...ada 2-3 lagu raya yang beliau dendangkan untuk tetamu di Kedutaan tersebut...suara beliau pun sedap...ala ala Mat Jais tu...
Suasana rakyat Malaysia di Amman, Jordan beraya jauh dari keluarga tersayang dan tanahair tercinta...
Kolonel Adnan melayan keletah Haikal bercerita tentang Luthfil yang terseliuh kaki...
Meraikan ketibaan Duta Brunei ke Jordan, gambar Datuk Malek bersama Duta Brunei...
Isteri Kolonel Adnan, Puan Nik Suria yang tidak jemu-jemu melayan kehadiran kami...ramah dan sungguh mesra sekali...tidak henti-henti bercerita kisah kehidupan beliau buat pertama kali di Jordan...
Bersama-sama Cik Fariyal (kanan) dan Miss Chia (Ketua Canseleri di Kedutaan Malaysia, Amman)

The VVIP with the VIPs from Jubail, Saudi Arabia...kelassss lah u all!!!

Datuk Malek yang sangat sporting dan baik hati...lama sungguh bersembang mendengar kisah hidup Malaysian di Saudi...
Nadhrah dan Humairah...si dara cilik yang sibuk posing dekat pokok bunga...special for Raya celebration...

Thursday, September 17, 2009

KAD RAYA DITERIMA...SYUKRAN

Terima kasih kepada yang sudi memberikan kad raya cyber ni...

Terima kasih daun keladi,
tetiap tahun bagi lagi!!!

Dari Nureez...

Dari sitedi...Melaka

Tuesday, September 15, 2009

E-RAYA CARD ...

Kepada semua blogger yang singgah-singgah dan jenguk-jenguk blog PURPLEHEART ini, sudilah kiranya mengambil kad raya yang Norma sediakan ini "SALAM AIDILFITRI..." (maafle memang tak teringat nak pesan agar mengambil kad tersebut sebelum ni, bila Kak Ina KL menepekkkan kad Norma di blog beliau....suka sesangat ... bagus lah kak Ina ni...semangat Raya betul!)

Terimalah kad ini sebagai tanda ingatan dari Norma di Aidilfitri kali ini....

Di bawah ini Norma letak 2 kad raya yang Norma terima dari rakan blogger Norma...
Ni dari Kak Ina KL yang proaktif tu dan yang selalu bagi resipi best best kat blog beliau....
Dari Alimaz-Kembara Terasing...baru je kenal dengan beliau...

TERIMA KASIH YE...

Monday, September 14, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI


Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum keluarga di Kuala Lumpur dan Paka, Terengganu, Melaka, sahabat handai, rakan taulan, rakan-rakan blogger, pelajar-pelajar UiTM Terengganu dan semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada.

Kami memohon ampun dan maaf untuk segalanya. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan buat semua.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Monday, September 7, 2009

ALHAMDULILLAH...REZEKI DARI ALLAH...

Salam Ramadhan buat semua. Kurang dari 2 minggu lagi tempoh Ramadhan yang tinggal buat kita.
Seperti biasa, menu berbuka kami sekeluarga hari ni yang simple-simple aje.
Salad sayuran
Telur Goreng Kicap
Daging Bakar Air Asam

Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi...maklumlah pertama kali buat...resipinya diolah sendiri dari pelbagai resipi yang ada di alam cyber nih...dan menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada.

Daging bakar ini dipotong besar-besar, basuh dan tos kering dan diperap dengan garam, jintan manis dan ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit meat tenderizer (serbuk perasa untuk melembutkan daging) semalaman. Kemudian di grill atas kuali tanpa minyak...Bila dah masak, dihiris nipis-nipis sebelum dihidang.

Air asam tu pulak dapat resipi dari rakan di Jubail ni...memang sedap...sebab Norma belum pernah buat air asam sesedap macam ni. Makan dengan ikan bakar lagi terangkat:

Air Asam (Ayaq Asam..loghat Utara)
Belacan (ditumbuk)
Cili Api (ditumbuk)
Cili Merah (ditumbuk)
Cili Hijau (ditumbuk)
Bawang besar diracik halus
Tomato diracik halus
Kerisik (sesudu dua aje)
Air asam jawa (kena buat pekat...baru terasa masamnya)
Sedikit cream (Norma guna Bonny Cream...dalam sesudu dua aje)
Garam dan Gula sesedap rasa...
Kuih Lopis...percubaan pertama juga. Dari kecil lagi memang suka makan kuih ni. Mak selalu belikan dari si 'Ajai'...bukan pencipta lagu tu, tapi Ajai budak Sentul yang memang terkenal dengan jualan kuih muih ibunya Mak Cik Nora... entah mana lah agaknya mereka ni sekarang.

Ajai ni muda setahun dari Norma, satu kelas mengaji di Kampung Chubadak, Sentul dulu. Setiap kali beliau balik sekolah, dia akan menjual kuih muih ibunya yang terkenal sedapnya. Kalau si Ajai ni demam atau ada kelas tambahan kat sekolah...tak dapat lah kami membelinya...

Kalau tengok kuih muih yang Norma buat pun tu semua kuih muih ala ala Mak Cik Nora tu...keria, buah melaka, dan kuih lopis ni....bila buat kuih-kuih tu mesti teringat zaman kecik-kecik. Tapi tak boleh lawan kuih muih dialah. Ye lah...20 atau 25 tahun dulu mana pandai makan puding karamel, puff, puding koktel dan sebagainya. Kuih muih tradisional inilah yang menjadi juadah kami.

Ada satu lagi kuih yang ramai orang memang pandai dan mahir membuatnya...tetapi bukan Norma...kuih karipap...ehmmm entah bilalah nak belajar buat...bab nak melipat tu yang surrender awal tu...den tak pandai!!!

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MALAYSIAN KITCHEN

Khamis yang baru lalu, kumpulan pelajar Kelas Agama rakyat Malaysia daerah Mahdood di Jubail telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Malaysian Kitchen, Al Khobar. Walaupun tidak semua pelajar dapat menyertainya bersama keluarga masing-masing, seramai 8 buah keluarga berjaya memenuhi penyertaan.

Sesekali berubah selera berbuka selain yang disediakan sendiri di rumah. Juadah yang disediakan tak dapat diambil gambarnya kerana restoran MK tersebut dipenuhi dengan ramai sungguh pengunjung yang kebanyakannya rakyat Malaysia di Eastern Province of Saudi.

Pelbagai hidangan sprti sup tulang, ayam goreng, kari ayam, ikan masak lemak, mee goreng, kuey teow goreng, popia, kuih udang, roti jala dan beberapa jenis minuman dihidangkan kepada pelanggan.
Gambar terkini kami sekeluarga sebelum bertolak ke MK...semua dah dressed-up so ambillah gambar buat kenangan.
Aksi tersendiri, tak larat nak tegur...suka hati je la...
Suasana menanti kesemua tetamu majlis tiba...
Beriadah di luar sebentar...lagipun tempat sudah ditempah awal...
Kaum ibu dan sebahagian anak-anak yang memeriahkan suasana...
Masing-masing sibuk mengambil tempat...
Meja kanak-kanak lelaki...yang perempuan tak leh duduk sini...
Kaum bapa yang tak sudah-sudah makan dan sembang...
Kaum ibu yang semasa menanti waktu berbuka...
Makan dan sembang lagi...
All you can eat....so eat!!!
"Apa kita nak buat dengan budak-budak ni? Mak-mak dah serah kat kita suruh jaga lepas ni!"
"Kik..kik..kik...biar rasakan mereka!...kita jalan kali ni puas-puas, anak-anak biar bapak mereka yang jaga....asyik kita je dok heret ke hulu ke hilir kan!"
Sebelum berangkat untuk jalan-jalan cuci mata...ambil gambar dulu...

Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA KU TERCINTA!!

31 Ogos 2009

Selamat Hari MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada...

MERDEKA kan jiwa
MERDEKA kan fikiran/minda
MERDEKA kan diri dari dibelenggu segala macam cabaran dan halangan dalam kehidupan seharian.

Wednesday, August 26, 2009

TRAGEDI DI BULAN RAMADHAN...sabar baca sampai habis...

Ni kisah lama dan pengalaman berharga buat Norma...kisah di bulan Ramadhan juga tak silap 2 tahun lepas...

Di Terengganu, hujung minggu Jumaat dan Sabtu, so kalau hari Khamis di UiTM tu dah macam holiday dah...pelajar akan siap usungbeg pergi kelas sebab lepas kelas nak balik kampung...asyik asyik balik kampung...yang duduk sedepa jarak dari kampus pun sibuk usung beg nak balik kampung. Pantang ada cuti atau hujung minggu...kampus akan mulai lengang 1 atau 2 hari sebelum hujung minggu.

Satu ketika, jadual kuliah Norma jatuh hari Khamis, jam 4.15 - 5.50 petang...bulan puasa!! Bayangkanlah ye...oleh kerana tak sanggup nak merayu untuk tukar sana sini jadual tu...Norma terima dengan redha. Pelajar juga maklum dan tak ada masalah awalnya. Tiba masuk Ramadhan, di satu petang Khamis yang syahdu...jam hampir 4 petang, Norma dah bersiap untuk ke kuliah. Pejabat di tingkat 2 bangunan pejabat pensyarah dan bilik kuliah petang tu jaraknya dalam 250 meter dari pejabat Norma...tu kira nasib baik...pernah kena yang bilik kuliahnya dekat setengah kilometer...nak bawa kereta tak payah cakaple....parking susah dan berebut dengan pelajar pun ya...baik jalan kaki.

Berjalan le Norma mengusung beg yang penuh dengan buku dan kertas ujian pelajar sebab hujung minggu bawa balik tugasan, kut kut boleh selit masa selesaikan menyemak. Sampai kat bilik 4A2...ingat lagi bilik bertuah tu!...apasal lak ni? KOSONG!....seorang pelajar pun tak de. Lihat jam...oh baru jam 4.05 minit macam tu...terawal sangat ke aku ni? Langsung duduk dan siap-siapkan PPT (powerpoint presentation) dan adjust screen mana yang patut. Duduk dan tunggu...lalu juga kumpulan pelajar di tepi bilik kuliah tu...tapi bukan pelajar Norma.

Bila dah agak 20 minit macam tu tak ada seorang pun yang muncul...tapi Norma kept busy grading kertas ujian ... so takle bosan. Hati terdetik untuk telefon atau sms wakil kelas...in fact Norma ada nombor telefon hampir semua 26 orang yang dalam kelas tu...tapi...tetiba terfikir..."kenapalah seorang pensyarah perlu telefon pelajar untuk hadir ke kuliah yang mana memang diketahui waktu itu memang jadual wajib, sebelum ni tak payah telefon pun memang hadir" fikir Norma ketika itu.

Tetiba je hati dah macam nak marah sebab...tiada seorang pun dari mereka menelefon bertanya Norma pasal kuliah petang itu....tak boleh jadi ni...nak balik tak boleh lagi...sebab office hour hingga jam 4.45 petang, jadi tunggu juga sehingga jam 4.45 petang...Norma pun kemas beg, off computer dan audio visual dalam bilik tu...terus keluar..."something has gone wrong here...wonder what was it? ... Nak kena budak-budak ni...Norma pun buat tegas jugak...sampai sudah, tak telefon seorang pun. Bila berjalan semula ke tempat letak kereta di depan pejabat Norma tu, hati dah reda sedikit, mencuba hantar sms kepada wakil kelas tu....bertanya:

Norma:
"apasal u all tak hadir kuliah ni? saya tunggu lebih setengah jam, tapi tak ada student...saya ada inform kelas batal ke??

Student:
"Puan...ada orang bagi tahu puan pergi meeting, so kelas petang tadi canceled" Maaflah puan kami semua dapat message macam tu..."

Norma:
"Bila masa saya hantar message bagi tahu ni? Cuba tanya semua orang, siapa yang dapat sms dari handphone saya kata tak ada kuliah ni?" Dah!...kalau tak nak belajar...cakap tak nak belajar..senang kerja saya, saya memang marah dan kecewa dengan sikap u all ni!"

Student:
-Tiada Jawapan-

Balik rumah petang tu, siap masak simple-simple aje...tak ingat dah masak apa masa tu...kebetulan Haswadi pulang awal hari tu, so sementara menunggu waktu berbuka, kami keluar mencabut rumput (ni hobi bersama kami petang-petang kalau tak ada hal apa-apa...kebetulan masa tu baru tanam rumput 'carpet'...so bila ada aje rumput 'jahat' naik...kena cepat-cepat cabut, kalau tak rumput 'jahat' take over kawasan tu...hehehe...petua tukang kebun).
Sambil terbongkok-bongkok mencabut tu...dengar bunyi motor kat luar pagar...siapa pulak yang datang time nak berbuka ni...dah hampir jam 7.oo malam dah sebenarnya waktu tu.

Turunlah seorang jejaka berkaca mata...oh...Awang (bukan nama sebenar)!! student Norma yang sama dalam satu kelas yang tak datang kuliah tadi...di tangan beliau ada sebiji buah tembikai....

Hati Norma dah terdetik...ni mesti nak minta maaf la ni...hantar wakil aje budak-budak ni...dan buah tembikai!!!

Awang:
"Puan, minta maaf...saya nak maklum kat puan, semua orang minta maaf sebab tak datang kelas tadi...puan marah ke kat kami?"

Puan:
Masa tu Haswadi ada kat depan rumah tu...so Puan Norma maintain cool...hehehe sebab malu merajuk depan dia...
"Hah...siapa yang bagi tahu kelas batal ni? Bila masa saya hantar message tak ada kelas? Saya tak faham sungguh lah u all ni, lepas tu tak ada seorang pun call saya tanya untuk confirm ke apa...saya pun tak tahu u all dapat message macam tu? Memang ada meeting Ketua Program, tapi meeting tu dah selesai awal, dan saya ada masa lagi untuk ke kuliah...saya pergi lah ke kelas...KP lain mungkin ada yang batal kelas, tapi bukan saya...." jelas Norma pada si Awang...yang masih terkebil-kebil menahan perasaan kena marah dengan Puan Norma...

Awang:
Dengan nada manja dan memujuk...si Awang ni memang 'manja' dengan saya...Haswadi pun tahu sangat...asyik asyik Puan Norma kalau ada benda atau hal pun, dia aje yang sanggup ke rumah jadi messenger...
"Ala puan...jangan buat kami macam tu...kami tak ada niat nak ponteng, tapi semua orang tahu berita tu. Puan nak tahu tak siapa yang sebenarnya hantar mesage kat kami semua kata Puan Norma batal kelas?? Saya tahu..."

Puan:
"Dah...saya tak nak dengar tuduh-tuduh ni, dan kalau betul pun ada, saya tak nak tahu siapa...tak sedap pulak bila saya mengajar nanti...dan saya memang tak nak tahu....dia pun tak perlu minta maaf daripada saya."
"Awang, nak masuk waktu berbuka ni, jemputlah masuk, kita buka sama-sama, tapi saya masak simple je hari ni. Suami saya ada beli murtabak tadi, marilah..." dengan nada lembut, puan norma menjemput Awang.

Awang:
"Eh...tak pe puan Norma, saya bawakan ni ha..tembikai untuk puan norma. Ambillah...ni bukan duit kelas ni...ni ikhlas dari saya. " pujuk si Awang.

Puan:
"Susah aje awak ni, terima kasih...marilah berbuka dulu..." ajak Norma ikhlas...

Haswadi...(enterframe):
"Eh marilah...nak buka doh ni...kekgi dok dang sapa (sampai) ghumoh..." ajak Haswadi juga.

Awang:
"Tak pe bang...terima kasih. Lain kali la..okay puan norma, selamat berbuka...jangan marah kami okay..." jawab si Awang sambil berlalu ke motor nak balik... (tengokle tu...panggil Haswadi abang!...sabar jela...)

Sampai sekarang pun Norma tak tahu siapa yang hantar message tu pada rakan sekelas..nak juga tahu sekarang ni tapi tak apalah...Norma dah lama maafkan 'anak-anak' saya tu, kalau tak kesian jugak...mereka tu nak menuntut ilmu...tak baik kalau 'guru' tak maafkan 'anak muridnya'...tak berkat pula nanti.

Moral of the story:

Bayangkanlah ye situasi begitu yang terjadi sana sini di sekitar kita, pada diri kita, keluarga kita, saudara mara, rakan taulan, pemimpin kita, negara kita dan agama kita.

Satu berita yang tidak tahu hujung pangkalnya disebar merata-rata...yang terima berita pulak tidak berani mengesahkannya....yang jadi mangsa si polan yang memang dari awal tak tahu pun berita dia tu dah sampai merata-rata dan pelbagai spekulasi timbul atau pelbagai persepsi wujud.

Dan yang lebih sedih jika si polan yang jadi mangsa pun tidak tahu siapa yang punya kerja dan angkara...dalam situasi begini SALAH SIAPA??? mereka dan keluarga mereka ke?? Bagaimana nak selesaikan permasalahan begini?

Takkan nak menarik "muncung 14" je sepanjang masa? Atau konon nak tunjuk baik, diamkan aje, atau habis-habis baik...minta maaf aje?

Susah juga kalau jadi begitu....bagaimana akhirnya...berita palsu terus jadi berita palsu, yang tukang dengar ... dengar macam tu ajelah...yang tukang sebar...awalnya mungkin takut, tapi si polan buat diam...dia terselamat. Pulak tu, ada yang jadi 'orang tengah' nak selesai keadaan, jadi pulak cerita lain kan...

Tiada kesudahannya.

Lu pikirlah sendiri!!!

Wednesday, August 19, 2009

WHAT'S COOKING...GOOD LOOKING??

Mentang-mentang nak bulan puasa...asyik teringat makanan yang sedap-sedap aje... Maaf ye cik Norma oiii....ni kat arab Saudi ye...tiada Pasar Ramadhan...ingat tak entri tazkirah "jangan membazir" hari tu?? Buat-buat lupa pulak...tup tup dah ingat makanan balik ye...
Fruit salad kegemaran keluarga...sokmo buat!

Lazimnya...manusia mudah lupa...terutama Melayu...yang ntah bila nak 'segar'...duk me-layu memanjang!!!
Gelama masak taucu...resipi kampung je ni...

Tetiba teringat serunding...dah nak Raya pulak ke?? ish...ish...ish...Norma ni...ada 'fius' sangkut ke apa? Tak!!!! betul tetiba ingat serunding...kalau lah pandai buat serunding....dah lama daging lembu Arab Saudi ku kerjakan buat serunding ni.
Ayam Kurma...resipi wajib setiap minggu...

Tadi melayan Facebook sekejap...kawan-kawan lama nak buat re-union...kawan-kawan semasa di ITM Arau dulu...tahun 1992 - 1995!...lama tu...
Mereka nak buat re-union pada March 2010...alamak!, Norma tak dapat hadir la kalau macam tu, so Norma propose tarikh baru, antara 1 April hingga 16 April...(InsyaAllah itu adalah tarikh yang Haswadi dah booked dalam kalendar nak balik kampung!!!) Balik kampung??? Ye! balik bercuti ke Malaysia...nak balik Sentul, nak balik Paka, nak balik Melaka dan nak balik Dungun!!!

White-sauce Lasagna...

April itu!...Ye...April...macam lagu Dr Fazley pulak..."Bila April"... Dr Fazley tu buat lagu "Bila April" sebab dia bertemu isterinya pada bulan April, di Albert Hall London, semasa Dato' Siti Nurhaliza buat konsert kat situ...
Norma pun ada sentimental value gak kat lagu tu...sebab Norma dilahirkan tanggal bulan April, 35 tahun yang lalu...ok...bukan tulis saja-saja tau...yang ditulis kerapkali ada 'connection' dengan Norma!!
Kalau bulan Jun pun ada sentimental value gak...tu bulan Haswadi bertemu pertama kalinya dengan Norma...tahun 1996...lama dah tu! Tapi sapa-sapa ada terdengar lagu yang berkisar bulan Jun, tolong bagi tahu ye...akan kudendangkan kepada Haswadi!
Spaghetti Bolognese...

Harapnya kawan-kawan ITM Arau dulu tu ingat kat Norma lagi dan boleh tukar tarikh baru tu....InsyaAllah. Kalau tak, terlepas peluang lah nak jumpa kawan-kawan yang lama betul tak jumpa.
Puding Roti Bakar...paling simple!!! untuk pencuci mulut.

Monday, August 17, 2009

ENTRI KONTROVERSI tapi ADIL...maaf kupinta!!

AKHIRNYA...semoga berbahagia ke akhir hayat!!!
**waheeda pernah UiTM Dungun jemput untuk menghiburkan para pelajar kami semasa Festival di kampus satu waktu dulu, Norma dapat lihat dia nyanyi live masa tuh...walaupun hatiku geram melihatkan kesudahan 'kisah cinta' beliau ini, sebagai manusia...semestinya Waheeda pinginkan kebahagiaan juga....Selamat Pengantin Baru!
Kalau Norma berada di situasi bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati tu....ini dia lagu
"How Could An Angel Break My Heart?" dari Toni Braxton ditujukan khas kepada Ustaz Akhil Hayy...

"Lu pikirla sendiri!!!"

Sunday, August 16, 2009

RAMADHAN TIBA LAGI...OH KENANGAN ITU!

Puasa bakal tiba...sangat hampir...kurang dari 10 hari lagi. Masa berlalu sangat pantas sekarang ni. Pejam celik nanti muncul pula Syawal.

"Balik Malaysia ke raya nanti?"... Itu pertanyaan biasa daripada rakan-rakan di Malaysia.
Jawapannya sentiasa "Tidak!"...
Bukan tak nak balik kampung. Sebelum tiba di sini sudah dibincangkan bersama kami suami isteri, apabila genap setahun berada di Jubail, barulah kami rancang untuk balik. Setiap ahli keluarga juga telah kami khabarkan dan mereka amat mengetahui perancangan kami itu.

Mungkin ramai kawan yang sudah rindu dengan kami ni....terima kasihlah kerana mengingati kami yang jauh ini.

Dulu semasa zaman muda, pernah rasa hidup merantau...2 tahun tak balik kampung...2 tahun beraya dalam salji dan pagi raya berbaju kurung ke kuliah...raya tetap raya...kuliah tidak tinggal.

Bulan puasa di Oklahoma, memang mencabar!...dalam kesejukan kami berpuasa...bayangkanlah....bila sejuk perut sentiasa lapar, tapi itu semua cabaran dan dugaan yang berjaya ditempuhi.

Tapi di musim sejuk siang pendek, so cepatlah waktu berbukanya.
Ingat lagi, bila pulang dari kuliah...hari dah gelap...perut hanya dialas dengan coffee panas 'capuccino' dan snack bar aje...sementara nak tunggu sampai rumah ....masak dulu dan baru makan...lepas makan...terlentang masing-masing depan TV kekenyangan dan kepenatan...itu dulu....lebih 10 tahun dulu.

Sekarang ni...di Jubail pula...bersama keluarga...musim panas pulak tu...mesti ada perbezaannya.

Kalau di Malaysia...mesti best...sebab dah biasa kat 'kampung' sendiri...tak panas tak sejuk...nak makan apa aje...semua ada...'tunjuk' aje dan dapat rasa semuanya. Semasa Norma kerja...selalu bulan puasa Norma akan cuba 'cepatkan' balik rumah untuk masak berbuka...sebab kalau dah kat kerja...memang sampai ingat tak balik...kalau tak cecah jam 6.30petang...tak balik rumah lagi.
Tapi. di bulan puasa...paling lewat Norma akan cuba balik jam 5.30petang.

Ada juga dan biasa terkena jadual kuliah sampai jam 6 petang...bayangkan le ...kuliah jam 4.00 petang hingga 6.00 petang di bulan Ramadhan....gila ke apa??? Tidak!!!! itulah hakikatnya menjadi pensyarah ini. Apa-apa pun boleh...tu belum cerita perlu buat kelas ganti atau tambahan waktu malam...sabar je lah.

Pelajar tok sah cakap lah...bila masuk kelas tu muka monyok semacam...konon nak minta simpati Puan Norma untuk batal kuliah ke atau balik cepat ke....tapi 'anak-anakku' sekelian...anda perlu faham, tanggungjawab tetap tanggunjawab...silibus perlu disempurnakan sebaik mungkin, mana kan boleh 'ponteng' kuliah atau mengajar 'ala kadar' di bulan puasa ni.
"Nak pahala lebih ke nak tanggung dosa...bila tidak amanah!??"....

Pernah satu semester tu...ada satu kelas Norma tu jadualnya waktu malam sepanjang satu semester, kena pulak bulan Ramadhan...nak tak nak perlu dijalankan juga kalau tidak, skema kerja dan jadual mengajar akan 'lari'.

Ada seorang pelajar ketika itu, Khairul namanya ... budak Negeri Sembilan...kami panggil beliau Ustaz sebab beliau ni memang layak digelar Ustaz.

Bila tiba Ramadhan, beliau biasa mengimamkan Solat Tarawikh di surau kawasan rumah sewa beliau, Perumahan Tanjung...
Satu hari, dalam keadaan gementar dan takut, Khairul meminta izin daripada saya untuk masuk lewat ke kuliah malam bila tiba bulan puasa tu...sebab beliau perlu mengimamkan jemaah solat tarawikh.

Tapi kuliah Norma bukan setiap malam pun, sekali seminggu aje. Kesian nengokkan mukanya ... takut Puan Norma tak benarkan...tapi Puan Norma tak kejamlah Khairul..."mana pahala yang awak boleh dapat yang baik untuk awak...tambahan tanggungjawab besar awak kat surau tu," Orang kampung bagi kepercayaan pada dia.. "Awak, saya benarkan masuk lewat, lagipun menghadiri kuliah saya juga peroleh pahala...pahala sebagai seorang pelajar kan?" Makanya dua-dua tanggungjawab tersebut beliau sempurnakan...

Pernah juga satu hari di hujung minggu, Norma ajak beliau dan seorang rakannya, berbuka puasa di rumah. Tu pun kebetulan terserempak ustaz Khairul tu di kedai runcit, terus ajak datang berbuka nanti.
Seronok beliau dapat jemputan Puan Norma...bila makan, nampak takut-takut juga bila semeja dengan Haswadi, tapi Haswadi orangnya sempoi...pelajar-pelajar memanggilnya 'abang!'...ewww...kalau Norma di panggil Puan...ada ke Haswadi mereka panggil 'abang!'? perasan muda eh?? Nak buat macamana memang Norma kahwin suami yang muda dari Norma...Apa-apa aje lah dik nuun oiii...

Ustaz! Ustaz!...Puan Norma tetiba rindu pulak kat awak!...buat apa lah agaknya sekarang ni? Mungkin membesarkan empayar ternakan cacing ayahandanya di Negeri Sembilan tu tak?... Cacing ternakan keluarganya itu di eksport sampai ke luar negara....semoga berjaya ye Khairul!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

Wednesday, July 8, 2009

KEROPOK LEKOR DAN MICHAEL JACKSON...

Kelmarin satu hari tiada di rumah. Ada aktiviti kaum hawa di teratak Westwind. Dari awal pagi sebelum Haswadi ke kerja, dah hantar kami anak beranak ke Westwind.
Tema perjumpaan kali ni, KEROPOK LEKOR...kat sini sahih...memang tak ada jual keropok lekor ni, so kawan-kawan di Westwind telah merancang projek membuat keropok lekor di kediaman Puan Nina Wenk.
Makan pagi kami nasi goreng Dira dan ayam Padprik dan Norma buatkan pancake. Sementara makan tengahari, kami sediakan nasi ayam. Seronok sungguh sekali sekala ada aktiviti sebegini...
Balik rumah dah lewat petang setelah makan keropok lekor dan popia goreng.

Dapat tahu pulak pengebumian MICHAEL JACKSON....tinggal habis semua kerja kat rumah dan melayan REMEMBERING MICHAEL JACKSON: MEMORIAL sampai jam 12.30 malam...masih tak habis lagi waktu tu tapi mata dah tak tahan mengantuk. Mata dah bengkak dek menangis tak berhenti sepanjang program tu berlangsung.
Haswadi pun dah malas nak layan...silap-silap dia pun akan menangis sama....sebab Norma tahu Haswadi pun dulu adalah die-hard fan of Michael Jackson...saja tak nak tunjuk. Malas kut nak hadap Norma yang dah meleleh air mata, Haswadi pun tinggalkan Norma dan menghadap lappy dia...
Tambah pulak....the memorial was one of the most heartfelt memorial after Princess Diana that I've watched. I cried all the way from the beginning till late night. The children were asking...why and why?? I just said that Michael Jackson was 'with' me since I was still small. I sang his songs and remembered almost all his songs. My friends and I were used to sing his songs at school... Ingat lagi masa tu di sekolah menengah.
And now he has gone....too soon before I can capture my wonderful 'moments' that I had 'with' him.
Last night's speeches by people whom were closed to MJ, his family members, the songs they sang for him....oh my it was so touchful.
My tears were like a pouring rain when Brooke Shields spoke about how she had wonderful moments and experiences with MJ...they were truly good friend and that MJ was a great person personally.
Speeches by Smokey Robinson, the person whom had opened the door for MJ and his Jackson 5 to fame in the music industry was really amazing. Beary Goody (Motown Founder), Magic Johnson, Shiela Jackson Lee (Americas Congresswoman) has presented the Humanitarian Award to MJ, Martin Luther King III also given his respectful speech to MJ....
I was anxiously waiting for Elizabeth Taylor whom we knew is one of his dearest friends.
She didn't show up...it is believed that Liz Taylor couldn't take the fact that the person whom she loved all her heart and for all her life has gone and it would be a difficult situation for her to face.
Performances by the A-list singers were unexpectedly awesome. Mariah Carey sang like she had never sang before like in any of her concerts or performance...it was just spectacular. The piece by Stevie Wonder remembering MJ...was so touchy. Usher had an uncontrollable and emotional moments during his performance as he cried and paused for a few seconds when he got closed to MJ's casket.
some photos of his children last night
I really hope that I could get over this very soon. I do keep thinking what's music without him being alive? I was so looking forward for his comeback...for all that we know would be the return of the remarkable King of Pop!!