Showing posts with label DUBAI. Show all posts
Showing posts with label DUBAI. Show all posts

Monday, April 4, 2011

DAY 6: JALAN-JALAN CUCI MATA JE...

Dubai ni boleh Norma kategorikan sebagai Entertainment Hub! for all ages, especially children and also those who like to shop! Ada banyak malls and souks di Dubai. For such a small territory, and a population of 2 million people, Dubai has so much to offer to tourists and people who like to experience fun and enjoyable atmosphere specifically in the middle-east region.

Masuk hari ke-6 di Dubai. Esoknya dah nak pulang ke Jubail semula. Hari akhir ni dah dijanjikan hari jenjalan 'cuci mata'...Haswadi kata, "belanja berhemah!" adehhh....tak apa, asal dapat cuci mata pun jadilah kan. Lagipun tak ada apa sangat yang nak dibeli selain daripada sedikit cenderahati kenangan untuk dibawa pulang. Dan tak lupa sos tiram KIMBALL serta sos cili MAGGI...di Saudi ni mana nak cari tu, so beli lah agak-agak yang patut...hik!
Some of the Malls that we have visited, Emirates Mall, Atlantis Mall, Dubai Mall, and Dubai Outlet Mall.
Dubai Outlet Mall memang sesuai untuk sesiapa yang nak shopping dengan berbaloi sekali :-) Kenapa? It is an outlet that carries big brands yet saves your money! macam dalam slogan di luar outlet tu "BIG BRAND BIG SAVING". Tapi the outlet is located along the highway to Abu Dhabi...we took about 30 minutes from our hotel to the outlet.

There are so many brands with attractive prices! We did buy a few items for the kids and ourselves...everything was on SALE!!

Other than the outlet mall, we were so excited to visit the Global Village. Unfortunately it was closed. Through an info from a local, the Global Village will be opened for specific festival or event only. We missed the most recent festival they had last February...sigh!!!

I almost cramped my legs walking all over the Emirates Mall and Dubai Mall. Dubai Mall is so huge and we surrendered after exploring like a quarter of the mall size!

With small kids and a baby?? One should reconsider when visiting to such places otherwise you will feel uneasy going into exclusive stores with children running around and getting some attention from the other shoppers!

Aduhhh...penat ummi dan abah melayan kerenah anak-anak kami yang tercinta tu...macam-macam babak drama dan cerekarama berlangsung sepanjang-panjang mall tours. Ya lah kan, kalau bawa tempat permainan mereka, tahu pula nak behave, masa main di snow park...senang je nak urus, bila time ummi nak cuci mata...tak bagi peluang langsung kat ummi nak 'menikmati keindahan' barangan yang terjual di dalam gedung-gedung hebat tu...sabar je la kan.

Eat & Drink di atas tu adalah restoran yang kami akan sarankan jika sesiapa ingin ke Dubai. Ianya berupa francis kerana ada beberapa restoran yang sama di sekitar Dubai tu. Boleh guna GPS untuk cari lokasinya di sekitar Dubai ni.

Harga berpatutan dan menu pelbagai. Dari nasi goreng Cina, mee goreng, nasi beriyani, kubus dan jenis makanan Arab juga disediakan. Kalau setakat nasi goreng campur di situ, harga lebih kurang AED20 tetapi boleh makan untuk 2 - 3 orang, MasyaAllah banyak sungguh sepinggan nasi gorengnya.

Selain dari tu, restoran makanan segera ni tok sah cakaplah...merata-rata ceruk boleh jumpa. Tapi kalau menginap di apartment yang 'fully-furnished', baik masak sendiri...beli aje bahan mentah di Carrefour (ada beberapa cawangan di Dubai ni) atau pergi aje ke Fish Market...bolehlah memasak. Masa kami pergi tu, Norma masak breakfast aje setiap hari...

Gambar pose menarik dari Haikal tu diambil di Harley Davidson Dubai...bukan main lagi 'landing' atas motor besar tu ye. Seperti biasa, abah nya la punya kerja tu...sekarang ni minat kat Harley pulak (motor belum ada lagi pun) tapi nak ambil 'aura' katanya. Masa ke Qatar dulu pun usaha mencari Harley Davidson Qatar...mujur jumpa...dan barangan yang suka dibuat koleksi apa lagi, T-Shirt Harley Davidson lerr...apa-apa aje lah abah...treat yourself after all your hardwork kan...you deserve more than everything you have given to us!...Syukran jazillan.

All in all, Norma amat berpuas hati dengan trip ke Dubai ni. Berbaloi lah dengan 'homework' yang abah buat untuk itinerary ke Dubai ni. Berbaloi juga sebab the kids have enjoyed themselves to the fullest. Cakap je nak pergi mana, nak experience apa...semua abah benarkan...so kalau abah suruh solat dan tolong ummi buat kerja di rumah, jangan merungut pulak ye.

Rasanya abah pun puas hati juga kut sebab ummi tak shopping sakan di Dubai...ahakkss. Ye lah kan, belanja berhemah...sayang kat duit penat lelah suami kerja tu, segan lak kita nak guna. Guna sikit-sikit je, sudahlah. Mujur dapat isteri yang tak suka shopping kan? huahuahua...

Sunday, April 3, 2011

DAY 5: From the Earth to the Sky...BURJ KHALIFA...


Hari ke-5 di Dubai...hari yang dinanti-nantikan....Burj Khalifa!!!
Satu-satunya impian untuk menaiki puncak bangunan/menara tertinggi di dunia (sebelum negara lain takes over the title...).

Di Malaysia, KLCC atau KL Tower pun kami belum pernah jejak...bukan tak nak...tak sempat lagi. So guna peluang untuk jejakkan kaki ke menara tertinggi dunia dululah ye.

KLCC mempunyai ketinggian 452 meter (termasuk antenna hujung sekali). Manakala Burj Khalifa mempunyai ketinggian 824 meter!! Double the height of KLCC Twin Tower.

Burj Khalifa has started its ground works since 2004. Only in 2010 it was ready for official launch ceremony. It has been the greatest history and achievement for the country.

The entry fee for walk-in is AED400!!! mahal tuuuu. But if you already have a plan to visit Dubai and climb up the tower, book it online...it'll only costs you AED100...see the difference??

Here is the link to the Burj Khalifa website if anyone interested to know more about it and to have your visit booked earlier www.burjkhalifa.ae/

Don't worry..Hadeed and Nadhrah are safe in that photo...it has thick glass screen all over its wall.


Kalau tengok dalam gambar Luthfil memegang teleskop tu...ianya bukan percuma. Untuk melihat pemandangan Dubai menggunakan teleskop tersebut, AED25 dikenakan semasa di kaunter pendaftaran di Tingkat LG, Dubai Mall. The fee allows you to view for a few minutes ONLY!...Aiyooo...macam tu kaaa?

Memula Norma ingatkan dapat naik sampai hujung menara...rupanya, tempat melawat hanya di tingkat 124!...HAAAA....tingkat 124?? TINGGI tuuuu! It took us 124 seconds to reach at the 124th floor.

As I stepped out of the elevator, kepala 'fenin' lah...so sesiapa nak naik menara dan memang mudah pening...makan ubat tahan muntah atau pening okay!

Alhamdulillah, Norma tak lah pening teruk...cuma 'tersentap' sekali tu je. After a while, dah okay. Gayat?? wohooo...memang gayat...subhanALLAH...gerun dan 'seriau' menjenguk ke bawah.

Unfortunately, view on that morning (10.30 a.m.) was not clear enough due to the mild sandstorm haze...kebetulan di Saudi dilanda sandstorm teruk...so tempias sikit ke UAE tu.. :-)

Ada orang tu beratur dekat Gold Vending Machine. Beratur aje....belinya takk!

Gold Vending Machine?? Di atas tu juga ada disediakan machine menjual emas! Mak aiii...emas jual dalam vending machine jekkk...kelas lah Dubai nih! Emas tu dijual dalam bentuk 'pendant' atau buah loket untuk rantai. Ada ukiran burj khalifa atas pendant tu. Harga mengikut saiz, yang paling mahal dalam vending machine tu pendant berharga AED6000 ++ (tak ingat exact amount)

Apasal duduk macam tu ambil gambar?? Aduhaiii...kebetulan di atas tu ada juga jurugambar 'upahan'...jurugambar berbayar...mereka dengan senang hati dan tanpa arahan atau paksaan akan mengambil gambar anda...lepas tu nak lihat atau ambil hardcopy, kena bayar le sayang oiiii. So antara pose yang kami lihat mereka suruh pengunjung buat ialah duduk bawah macam tu...konon nak nampak view belakang tuh...

Since kami dah tau macam tu, kami menolak dengan baik tawaran mereka...last sekali, abah yang ambil gambar tu sendiri hehehe..berterabur semacam...amikk!!


Okay...nantikan rumusan cuti-cuti Dubai kami sekeluarga di entri selepas ini untuk hari ke-6 pula...tungguuuu...

Friday, April 1, 2011

DAY 4: LOST CHAMBERS AQUARIUM...AWESOME!

A day before we could 'climbed' up the Khalifa Tower, we went to Palm Jumeirah. As you can see from the photo above...artificial land/islands are created to form such an amazing landscape. The focal point of the Jumeirah is the ATLANTIS hotel...located at the far end of the 'palm'.
Some photos of the exclusive apartments and villas at the palm. Someone told me that David Beckham owns a villa at the Palm Jumeirah! Pheww...wonder how much does each cost??
Tak dapat menginap kat Atlantis hotel pun tak apa....ambil gambar pun jadile kan... Tengok si Hadeed tu....nak juga merangkak atas rumput. Yang lain-lain tu buat macam rumah sendiri je ye....

There is an ATLANTIS MALL where an aquaria called the Lost Chambers located at. Entry per person is AED100 for an adult, and AED 75 for children from 4 - 12 years of age.
The humongous catfish is from the Caribbean Sea. The jellyfish tu kami lihat macam 3D image je...padahal they are real!!!

Ohh...how we just love Nemo!!

That is another giant fish found in the aquaria...it was a great discovery for the kids...a real one. Selalu tonton dalam TV macam tak percaya.... ni dapat lihat dengan jelas.

Haikal is the most happiest kid on earth because for the first time he gets to see a real SHARK!!! (gambar shark tak dapat ambil sebab laju sangat dia bergerak dalam tu...tak sempat nak snap..)

Ikan yang bulat berkilat tu PIRANHA!!! eeee takut!

Thursday, March 31, 2011

DAY 3: DUBAI SKI at Emirates Mall


This is another a MUST activity to do in Dubai...the ski and snow experience. Since we have promised the kids for a 'snow' during this trip, so kenalah tunaikan janji tersebut.
They were so excited about it since before the trip.

Tak yah cerita panjanglah kan, just nak kongsi apa yang boleh dan tak boleh di Dubai Ski ni:
  • kids under 3 years of age are not allowed! (kesian Hadeed tak dapat masuk...ummi pun sebab kena jaga Hadeed...huhuhu)
  • no food or drinks allowed into the snow park
  • guests are advisable to put on necessary attire such as socks, glove, snow cap as the temperature in the park can get very cold. (-4 degree). But winter suit along with boots are given to all guests.
  • you can pay AED120 for a snow park entry only or you pay AED200 for 4 different activities ALL DAY (from 10.00 a.m. till 11.00 p.m.)
Nantikan entri 'memanjat' Burj Khalifa!!!

NIGHT IN DUBAI, DHOW CRUISING


Masih lagi hari pertama di Dubai, waktu malamnya we went on the Dhow Cruise di Dubai Creek. Ini antara aktiviti MESTI kalau sesiapa ke Dubai....tak sah kalau tak naik cruise dan makan malam di atas cruise ni. Dhow maksudnya kapal atau bot besar...in English it is defined as a sailing vessel.

Kami dapatkan maklumat cruise service di kaunter hotel. Setiap hotel di Dubai pasti menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk setiap aktiviti yang boleh dilakukan di sini....so it is advisable that we should get as much information available and ask around for the best offer.

Kadar bayaran Dhow Cruise ini tergantung pada pilihan sendiri. Nak yang paling mahal pun ada, yang murah pun ada dan yang penting pilih yang berpatutan! The rate that we got was AED109 for adult and AED75 for children from FALCON CRUISE. Actually it was advertised for AED125 but luckily we got an offer for a lower rate. It was for a two-hour cruise.

One best thing is that they will pick us up at our hotel that night. So lagi senang sebab memang masa kami sampai di Dubai Creek tu, penuh dengan kenderaan dan impossible to get a parking lot that night.

The entertainment on Falcon Cruise. You can get a "Henna" Painting (inai) free for small kids on the ship. Nadhrah memang menunggu-nunggu dipakaikan inai.

Selepas setengah jam berlayar, kami dipersembahkan dengan persembahan patung. Perasan tak patung dua orang yang melekat tu? Sebenarnya yang memakai tu seorang sahaja. Memang menarik lakonan patung yang dipersembahkan, diiringi dengan lagu Arab...memang terhibur. Kelakar pun ada.

Lelaki yang menari memakai kain kembang tu jugalah lelaki yang memakai patung dan berlakon masa persembahan pertama. Selesai makan malam, kami dihidangkan dengan tarian tersebut. Menakjubkan sebab penari tu berpusing lebih 1000 kali kut rasanya!!! Norma yang melihat sampai naik pening, penari tu selamba aje....aksi nya hanya berpusing dengan pelbagai aksi dengan kain kembang berlampu tu.....berapa banyak pusing daaaa....

Merakamkan gambar kenangan bersama penari atas kapal. Beliau masih mampu tersenyum dan melayan permintaan kami walaupun baru sahaja selesai 'berpusing' beribu kali semasa persembahan...kesian pun ada nengokkan mukanya tu...

To summarize our activity that night, let me put it this way:
Good thing...
  • we got better offer for the same service
  • a van picked us up at the hotel to the creek and sent us back to the hotel...
  • the entertainment was great and enjoyable
  • the experience cruising and eating our dinner on a big boat, food was okay...indian cuisine and intercontinental food
  • the kids enjoyed the trip...or should I say..they enjoyed so much being on the boat :-)
  • we enjoyed the sea breeze...the wind has so much helped to overcome our dizziness...sigh!
Things that can be improved...
  • the boat is scheduled for sailing at 8.30 p.m., but they were (extremely) late...we started to move at 9.00p.m.! duhhh
  • everyone in our family felt dizzy @mabuk, mana taknya...awal-awal seronok bukan main dapat duduk di tingkat atas bot...lepas tu mabuk pening...
  • the dinner was prepared really late...at almost 10 p.m. baru boleh makan
  • the food was not enough for everyone on the boat...they failed to refill the buffet!
  • if it was rated 1 to 10, I would say the view along the river is at 7...
All in all, the dhow cruise is an activity that one could not miss when visiting Dubai!

Monday, March 28, 2011

DAY 2: ARRIVAL AT DUBAI


Hari kedua perjalanan, kami bertolak dari Al Ruwais lebih kurang jam 9 pagi...cuaca okay cuma berangin kuat.

Destinasi ialah menuju ke hotel penginapan yang ditempah lebih awal lagi. Jalan agak sibuk dengan kenderaan berat pada awal perjalanan dari Ruwais.

Setelah hampir 3 jam, baru lah kami mula tiba di pinggiran kota Dubai. Dari jauh sudah boleh melihat bayangan bangunan-bangunan pencakar langit yang tertumpu di satu kawasan.

Pada trip kami tahun lepas, kami hanya menginap selama 2 malam sahaja tetapi bukan di town center Dubai tetapi di Sharjah...daerah pinggir Dubai. Kalau di Sharjah, kadar hotel lebih rendah daripada di Dubai town center.
Itu pun dalam perjalanan kami ke Oman pada Aidiladha yang lalu. Nak pulak masa tu Norma di serang demam teruk, memang tak dapat ke mana-mana.

Tetapi kali ini, kami menyewa apartment betul-betul di tengah bandar Dubai untuk memudahkan pergerakan kami ke tempat-tempat tumpuan di Dubai. Antaranya, DUBAI CREEK, BURJ KHALIFA, SKI DUBAI, PALM JUMEIRAH, GOLD SOUK, ATLANTIS dan beberapa tempat lagi.
Di kawasan hotel yang kami tinggal ini terdapat banyak lagi hotel-hotel lain...boleh kata ianya seumpama 'hotel complex' di sepanjang Zayed Road di bandar ini. Antara nama-nama hotel dan apartment yang ada di sekitar London Crown ini ialah, Golden Sand, Four Point, Winchester, Savoy, Manhattan, Concord dan beberapa nama lagi.

Alhamdulillah, apartment yang disewa lengkap kemudahan yang disediakan. Ada 2 bilik tidur yang luas dan selesa. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. 2 buah bilik air, laundry room, balkoni, 2 buah TV, dapur masak, microwave, jug kettle, toaster, periuk, kuali, pinggan mangkuk, pendek kata memang sesuai untuk sesiapa yang ingin menginap lama dan ramai bilangan ahli keluarga.
Kadar satu malam sewa adalah AED350.00
Tarikan utama bila kami ingin menyewa mana-mana hotel penginapan ialah kemudahan kolam mandi. Bila ada anak-anak yang masih kecil macam Norma ni, apa lagi 'hiburan' yang paling disukai kalau bukan mandi-manda...walaupun setiap hari mandi 2-3 kali sehari....mandi kolam tetap menjadi keutamaan.

Masa kami tiba di hotel tersebut, lepas sahaja menyimpan barang-barang...anak-anak dah siap bertukar pakaian mandi. Siap dengan pelampung dan 'sandboard' sekali abah bawa....bagus betul lah 'board' biru tu...2 dalam 1, atas pasir pun boleh guna, dalam kolam pun berguna.

Dapatlah ummi dan abah berehat tepi kolam hampir 2 jam lebih melayan anak-anak bermandi-manda. Hadeed je tak boleh mandi....tunggu besar sikit ya!



THE HOLIDAY BEGINS...



Perjalanan hari pertama, jam 9.30 pagi kami telah mula bergerak dari Jubail dan tiba di border post BATHA jam 3.30 petang, 6 jam perjalanan. BATHA adalah border post dari Arab Saudi untuk masuk ke UAE. Manakala jika ingin ke QATAR, border yang perlu dilalui ialah di SALWA.

Oleh kerana keadaan sangat lengang, kami hanya spent dalam 15 minit sahaja untuk urusan imegresen dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Al Ruwais.

Setelah masuk ke UAE, barulah Norma dapat memandu, tu pun kena paksa oleh Haswadi. Mana taknya, International Licence dah buat Disember tahun lepas, rugi kalau tak guna. Tapi tak lama pun pegang stering kereta tu, adalah dalam sejam je. Lori dan tankers banyak sungguh atas jalan, takutlah nak drive.

Al Ruwais adalah salah sebuah daerah dan kawasan perindustrian di UAE. Terletak dalam 350km dari BATHA, sempadan Saudi. Kami telahpun merancang untuk bertemu kawan lama semasa menuntut dulu, Edd @ Nazri.

Tiba di Al Ruwais dalam jam 6.00 petang. Alhamdulillah, kebetulan Edd sedang dalam proses berpindah ke rumah baru, dan beliau menawarkan kepada kami untuk bermalam sahaja di rumah baru beliau. Tak jadilah kami nak cari hotel malam tu.

Terima kasih tidak terhingga buat Edd dan Niza yang banyak berbudi kepada kami. Dah lah dijamu makan malam, dapat pulak menumpang bermalam rumah baru beliau. Rezeki, rezeki...Alhamdulillah.
Cantik housing complex di Ruwais ni. Apartment pun luas dan sangat selesa. Dengan 4 buah bilik, 2 hall dan 3 buah tandas. Masih kosong dan belum dipenuhi lagi penghuni. Kalaulah di Jubail ada housing complex sebegini rupa, betapa indahnya.... :-)

Thursday, March 24, 2011

HOLIDAY!!!

Burj Khalifa-Dubai....kami berangan nak naik atas tu...(828 meter/2,717 kaki tinggi)

Buat pembaca budiman...dalam sehari dua ni, mungkin Norma tak dapat nak menulis dalam blog ni.

Nak pesan je ni.


Bukannya apa hal pun, nak bawa anak-anak makan angin...ishhh makan angin pulak..ada yang kembung perut pulak nanti.

Nak bawa anak-anak holiday...sempena Spring Break ni.
Kami pergi tak jauh...ke Dubai sahaja. InsyaAllah dalam 6-7 hari macam tu. Cadangnya nak update cerita Dubai nanti di sana...kalau berkesempatan lah.
Kalau tak sempat, you all tunggu Norma balik lah ye... :-))

Jangan merajuk atau marah haaaaa....kejap je.

Doakan kami selamat pergi dan kembali semula ke Jubail ni ya.

Semoga ALLAH SWT melindungi perjalanan kami sekeluarga. Amin.