Selain dapat menyempurnakan ibadah Umrah buat julung kalinya, perjalanan kami juga telah dilanjutkan ke Madinah Al Munawwarah, iaitu tempat di mana Rasululullah SAW telah berhijrah setelah keluar dari Mekah. Satu perjalanan yang singkat namun amat bererti. Sepanjang perjalanan di dalam kereta dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, Haswadi tidak putus-putus membayangkan bagaimana Rasulullah berhijrah pada zamannya dari Kota mekah ke Kota Madinah dengan hanya menaiki unta dan berjalan kaki...melalui bukit bukau dan padang pasir batu-batan di bawah panas terik mentari.
Semasa meninggalkan Kota Mekah ke Madinah....Kawasan rehat di sepanjang lebuhraya Mekah-Madinah Pemandangan bukit batu batan. Di sini tekstur tanah dan warna batuan berbeza dengan kawasan di Riyadh. Batu batan di sini lebih keras dan kasar serta berwarna gelap kehitaman...
Antara bangunan yang cantik di Madinah...macam kat Putrajaya lah...
Bangunan Tabung Haji Malaysia di kota Madinah...
Misi utama rombongan lelaki ke Madinah ialah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi...Alhamdulillah, disempurnakan dengan lancarnya.
Misi mencari hotel penginapan...
Misi mencari hotel lagi di sekitar Masjid Nabawi...
Hotel Manazeel yang lebih kurang 300 meter jaraknya dari Masjid Nabawi. Interiornya sentuhan Turki...
Bergambar kenangan di perkarangan Masjid Nabawi. Masjid yang dibina oleh Rasulullah setibanya di kota Madinah pada tahun pertama hijrah (622M). Kubah hijau di atas masjid tersebut adalah lokasi Makam Rasulullah dan Ar Raudhah...
Rombongan 4 keluarga di tengah bandar Madinah sedang menanti aktiviti seterusnya... Sesi tawar menawar dengan pemandu van untuk lawatan sekitar kota Madinah... Akhirnya...yeh!!!! dapat naik van...biarpun berhimpit sesama sendiri, kanak-kanak masih tetap seronok dan gembira... Destinasi pertama menaiki van ialah ke ladang kurma... "Okay...jangan lama-lama tau...15 minit aje," kata pemandu van kepada ahli rombongan... Tengok tuuuu!!!....buah kurma yang sedang masak ranum.... Buah yang dibalut elok menunggu masa untuk dituai... Taufiq: "Haswadi...apa lagi...tebang sepokok kurma tu...bawak balik Jubail..." Haswadi: "Mana boleh muat van pak cik tu...kita bawak balik tandan ni aje dah la...buahnya kita beli kat Dates Market je..." Destinasi kedua ialah Masjid Quba. Antara yang tercatat di situ adalah: "Barangsiapa yang melaksanakan solat di Masjid Quba, seumpama melaksanakan satu kali ibadah Umrah di Mekah..." Masjid Quba diambil nama sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah. Di hadapan salah satu pintu Masjid Quba
Dari kiri; Tina, Norma dan Syikin...yang mengambil gambar ialah As, terima kasih As...Haikal: "Tok Ki...apasal Tok Ki duduk tepi pintu ni sambil gosok gigi tu?" Tok Ki: "Sapa sapa budak nakal yang lompat sana sini dalam masjid, tok ki tangkap dan tok ki berus gigi mereka dengan kayu sugi ni...." Haikal: "Adik tak nakal...adik dah gosok gigi...."
Aisyah: "Alamak!...Haikal ada paparazi amik gambar kita berdua la...camana ni?? Nanti daddy kita marah..." Haikal: "Alah Cah....relaks lah...'peace'...sekali sekala gambar berdua tak salah kan? Abah kita tak marah...dulu masa abah ngan ummi kita muda-muda pun selalu amik gambar berdua..."
Masjid Jumu'ah...terletak tidak jauh dari Masjid Quba. Tapak masjid adalah tempat di mana Rasululllah mendirikan solat Jumaat pertama sebaik berada di Madinah selepas hijrah beliau. Beliau kemudian membina sebuah masjid di tapak ini...
Menikmati keindahan binaan 'payung' gergasi di sekitar perkarangan Masjid Nabawi...'payung ini akan ditutup apabila matahari jatuh...sungguh indah sekali...Destinasi terakhir adalah "Dates Market" yang terkenal menjual segala jenis kurma dan manisan yang popular di Madinah ini.
Semoga perjalanan ini menjadi perjalanan bermakna buat semua ahli rombongan. Walaupun masa amat singkat dan terhad...namun kami semua berpuas hati dan jika boleh ingin kembali lagi ke sini...InsyaAllah...
Alhamdulillah, saat-saat terindah yang dinantikan telah pun terlaksana.Sempurna sudah hajat menunaikan Umrah di Mekah.Tiada yang dapat diucapkan dengan kata-kata melainkan mengucapkan Syukur ke Hadrat Illahi di atas ‘kurniaan’ yang tidak terhingga dariNya.Terasa sungguh diri ini kerdil di sisiNya....kagum dengan segala ciptaannya....kagum dengan segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya...bersyukur dengan rezeki kurnianNya. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan selama 5 hari pergi dan balik tersebut.Ianya akan menjadi satu catatan baru di dalam ruang hidup Norma.
Bergambar di hadapan hotel persinggahan pertama di Al Guwaiyiyah...6 jam dari Jubail..
Jemaah cilik dari Jubail yang bersemangat nak ke Mekah...apa la agaknya ada kat sana ye??
Di tempat Miqat di Taif...
Hotel Muhajirin...penginapan kami di Mekah. Pengurusnya Saudara Azman, orang Perak yang sudah 30 tahun di Mekah. Terima kasih tidak terhingga kerana melayan kami sepanjang tempoh kami di sana. InsyaAllah trip ke Mekah selepas ini Norma ambil gambar dengan Saudara Azman...
Di lobi Hotel Muhajirin, Mekah...sebelum memulakan ibadah Umrah...
Norma berdoa agar pengalaman terindah buat kali pertamanya di Baitullah bukanlah pengalaman yang terakhir buat Norma dan keluarga kerana jauh di sudut hati kecil Norma ini telahpun menanam azam dan semangat untuk ke Baitullah lagi.Sudah pun dikhabarkan pada Haswadi hasrat hati ini berulang kali, tentu tidak dihampakannya....Norma tahu sangat...itulah Haswadi!
Bergambar kenangan sekeluarga di hadapan Kaabah...selesai tawaf
Haikal bersama ayah angkat kesayangannya ... tak mau ambil gambar dengan kami, tapi ngan Uncle Taufiq naaak!
Selesai Saie...minum air zam-zam...berliter-liter kami sekeluarga habiskan...
Syukur kepada Allah SWT kerana ibadat ini dapat dilaksanakan bersama-sama anak-anak walaupun mereka masih kecil lagi.Banyak pengalaman dan cabaran menyempurnakan ibadat Umrah ini terutama bersama-sama melayan kerenah anak-anak yang masih kecil.Namun, pada Norma itulah antara pengalaman dan pengorbanan tidak ternilai kepada insan yang bergelar ibu seperti Norma ini kepada anak-anak Norma.Semoga anak-anak Norma menjadi insan soleh dan solehah dan jadikan pengalaman pertama ini sebagai panduan untuk kehidupan di masa mendatang....InsyaAllah kita pasti akan ke sana lagi.
Di atas cebisan batu Bukit Marwah yang masih ada di dalam Baitullah...anak-anak suka sangat main kat sini..
Di dalam Masjidil Haram selepas solat Isyak bersama kawan, Syikin...menanti suami-suami tercinta kat 'check-point'
Norma juga berharap agar pengalaman di Baitullah menjadikan Norma seorang anak, isteri, adik, rakan dan ummi yang lebih baik daripada sebelum ini.Buat Haswadi, suami tercinta Norma...terima kasih tidak terhingga dan kasih sayang tidak berbelah bagi di atas segala pengorbanan beliau untuk kami sekeluarga.Buat rakan-rakan serombongan juga, ucapan penghargaan dan terima kasih kerana bersama-sama susah payah dan senang bersama sepanjang perjalanan ke Mekah dan Madinah.
Menikmati Aiskrim Mekah yang lazat....di sekitar Masjidil Haram....awal pagi subuh lagi gerai dah dibuka...
Mengabadikan kenangan di hadapan Masjidil Haram...
Bersama suami tercinta...semoga berkekalan ke hujung nyawa...mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Masjidil Haram...
Betapa bersyukurnya kita tatkala ini...Bersyukur di atas nikmatNya...
Walaupun Purpleheart (PH) ni bukanlah sehebat Datuk Siti Nurhaliza penyanyi popular tu, tapi Purpleheart tahu rakan-rakan maya yang setia di blogspot ini tentunya akan sedikit kesunyian untuk beberapa hari akan datang. Purpleheart akan 'bercuti' celoteh di blogspot ini bermula 14 Julai 2009 sehingga 18 Julai 2009...(macam minta cuti tahunan la pulak bunyinya).
Doakan Purpleheart sekeluarga dan juga rakan-rakan serombongan yang akan ke Mekah InsyaAllah bermula perjalanan jam 2 petang, hari ini, Selasa, agar memperolehi keberkatan, selamat sejahtera dan memenuhi hajat dan impian untuk Umrah & Ziarah di Mekah nanti.
Untuk kawan-kawan blogger, Purpleheart tak sempat nak jawab kat 'comment', tapi jawab kat entry kali ini ye...
DaliaLiyana: Salam kenal untuk Dalia...dan terima kasih di atas ucapan...nanti kita 'sembang' lagi ye.
Fatin: ex-student yang masih kekal berhubung ngan lecturer 'kesayangan' dia ni...terima kasih dan InsyaAllah semoga semuanya selamat. Mohon maaf banyak dari Fatin...jika selama saya mengajar Fatin...ada kesilapan dan kesalahan yang di luar pengetahuan saya...
Eiyda: mek comel kelantan di Dubai tu, terima kasih...dari Jubail ni jangkanya 12 jam perjalanan ke Mekah jika berkereta... kalau Dubai ke Jubail....tak sampai 10 jam agaknya ye... :-)
Mommyaliff: terima kasih for the wish. InsyaAllah semoga semuanya lancar...how's your cuti-cuti Malaysia?? Mesti best dapat balik kampung...
Untuk mak dan kak long Purpleheart di Sentul tu, keluarga Mie di Paka, jijah di Sentul dan semua rakan yang mendoakan kami di sini....terima kasih tersangatnya...semoga adik (panggilan manja PH) sekeluarga dapat mendoakan yang terbaik untuk kalian semua. Mohon ampun dan maaf untuk segalanya...halalkan makan dan minum kami...
Untuk kawan-kawan jiran tetangga di Mahdood yang 'merindui' Purpleheart celoteh kat blogspot ni..."memang den sibuk kat dapur sepanjang hari....debor takut "rendang gerenti sedap wa cakap lu" tak jadi...so ambil mood sepanjang hari nak masak pagi esok...hahaha...kelakor! kelakor!.
Agak sibuk juga di kala ini. Maklumlah, pengembaraan Jubail ke Mekah hampir tiba...sedikit masa lagi, InsyaAllah.
Petang tadi keluar ke bandar Jubail...misi mencari serai, lengkuas dan daun limau purut....sebab nak masak rendang ayam Selasa nanti sebelum bertolak...bawa bekal makanan untuk makan malam hari pertama perjalanan InsyaAllah. Daun kunyit?? Tak ada kat sini...kecuali ada yang tanam...Norma cuba juga tanam semasa awal sampai...tapi tidak menjadi...'ibu' kunyit memang tak keluar pucuk langsung...jadinya rendang tanpa daun kunyit. Tak mengapa, apa yang ada ajelah.
Pergi ke Cash n Carry Supermarket di bandar untuk cari bahan masakan tu..Alhamdulillah ada juga...
Ini pemandangan petang Jumaat di bandar Jubail (Jubail Center)...meriah dengan pekerja-pekerja warga asing yang mempelopori tenaga kerja di sekitar Jubail dan Dammam...
Supermarket tidaklah sebesar mana, hanya menjual barang makanan sahaja, tapi tengoklah orangnya...mengalahkan SALE kat SOGO aje rupanya...Norma tak berani masuk kedai kalau macam tu, Haswadi aje yang turun tadi...
Sebelah malamnya tadi pulak, buka kitab dan buku panduan Umrah...maklumlah esok ada kelas mengaji dan agama, Ustazah kata nak buat 'praktikal' Umrah...jadi kena hafal lah segala bacaan-bacaan yang perlu tu. Tambahan pula, ada dua surah ayat Lazim kena hafal dengan tajweed nya sekali. Apa lagi...dah nama pun pensyarah...menulis nota le jawabnya, dulu kita lah yang sibuk 'bising' kat students..."buat nota! buat nota!...supaya senang ingat," kali ni giliran kita la pulak...sibuklah mencari "flash card" nak tulis doa doa dan zikir yang perlu...
Antara nota ringkas dan doa yang sempat Norma tulis tadi...rasa nak tambahkan dengan bacaan doa-doa pilihan yang ringkas...agar mudah membaca ketika menjalani ibadat nanti...InsyaAllah.
Mata dah mengantuk...Subuh seawal jam 3 lebih pagi nanti...jam 8.30 pagi dah kena tunggu van ke kelas mengaji...sibuk nampaknya...
"Aku datang memenuhi panggilan-Mu. Ya Allah! Aku datang memenuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran adalah untuk-Mu. Segala kerajaan kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu."
Talbiyah Haji & Umrah...
InsyaAllah, rancangan ingin menunaikan ibadah Umrah bersama-sama rakan taulan di Jubail ini semakin nampak kesungguhannya. Dengan izin Allah, segala niat dan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Baitullah, Mekah Al-Mukkarammah bakal direalisasikan.
Malam tadi berlangsung mesyuarat ahli rombongan Umrah yang diadakan di kediaman Encik TaufiqCamry aka Taufiqwish dan Puan Shikin di Mahdood ini.
Butir-butir mesyuarat membincangkan, tarikh, waktu, perjalanan dan persediaan lain yang perlu dilakukan pada sesi rombongan ke Mekah nanti. Purpleheart telah diamanahkan menjadi pencatat minit mesyuarat dan membentangkannya di blog Purpleheart (sebab Norma hadir membawa buku nota...terus kena jadi tukang tulis). InsyaAllah, Norma akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin, kalau tidak Ketua Rombongan (Taufiqwish) pecat Norma untuk jadi pencatat di ekspedisi lain pulak...
Berikut disertakan maklumat perjalanan:
Program: Umrah & Ziarah dari Jubail ke Mekah dan Madinah Tarikh: 14 Julai 2009 - 17 Julai 2009 Pengangkutan: Kenderaan Sendiri Ahli Rombongan:
1. Encik Rahim Ali (TaufiqCamry) : (4 sekeluarga) 2. Encik Khairuldin Hasbullah (DinKayan) : (6 sekeluarga) 3. Encik Mohd Sufian Mohd Zin (PianKayan) : (6 sekeluarga) 4. Encik Zufai'zal Abu Hassan (Wenk) : (4 sekeluarga) 5. Tn Haji Shafie Ahmad (Haji Pie) : (5 sekeluarga) 6. Encik Muslisham Omar (Muslisham) : (5 sekeluarga) 7. Encik Rafiuddin Abdullah (Roy) : (3 sekeluarga) 8. Encik Haswadi Yusof (Haswadi) : (5 sekeluarga)
Itinerari (Agenda)
Selasa (14 Julai 2009)
2.00 ptg : Berkumpul di hadapan Apartment Encik TaufiqCamry
2.15 ptg : Bertolak
8.15 mlm : Tiba di Al Quwayiyah -rehat, solat dan makan malam -bermalam di motel (En DinKayan)
Rabu (15 Julai 2009)
5.00 pg : Bertolak dari Al Quwayiyah menuju ke Taif -sarapan pagi
11.00 pg : Tiba di Taif -rehat, solat dan makan tengahari -Miqat
4.00 ptg : Bertolak ke Mekah
5.00 ptg : Tiba di Mekah -Check-in di hotel (En Roy)
6.00 ptg : Melaksanakan Ibadah Umrah hingga selesai
10.00 mlm : Pulang ke hotel -rehat dan tidur
Khamis (16 Julai 2009)
Lawatan sekitar Mekah (InsyaAllah akan diuruskan oleh pihak hotel. Itinerari akan dimaklumkan kemudian.
Jumaat (17 Julai 2009)
7.00 pg : Sebahagian rombongan akan bertolak pulang ke Jubail dan sebahagian lagi meneruskan perjalanan ke Madinah.
Di dalam merancang perjalanan, setiap ahli keluarga juga ditugaskan menyediakan makanan untuk makan malam semasa perjalanan di hari pertama, iaitu di perhentian pertama di Al Quwayiyah. Berikut adalah menu yang akan disediakan...bukan apa, takut lupa...
Nasi Putih Buang Wap akan disediakan oleh Puan Tina Ayam goreng Westwind dan Timun Batang Sekotak oleh Puan Shikin Ayam goreng Ibnu Zahr dan Telur Rebus Kasi Masak Jgn Koyak Kulit oleh Puan Jie Sambal Ikan bilis Kaw Kaw Jgn Pedas Tau! oleh Puan Nina Daging Goreng Zahraa Hiris Nipis Takut Liat oleh Puan As Buah Epal, Pir dan Honeydew Jgn Potong Bawak Pisau Siap oleh Puan Fir Rendang Ayam Gerenti Sedap Wa Cakap Lu! oleh Puan Purpleheart
Juga diingatkan kepada semua keluarga rombongan untuk menyediakan sendiri beberapa item penting dan munasabah yang mampu difikirkan...InsyaAllah. Jika ada boleh cadang & tambah..
1. Air minuman, ikut citarasa masing-masing. 2. Paper-plate and cup 3. Air 'mentah' (basuhan) agak-agak keperluan di kala kecemasan... 4. Gunting kecil untuk bertahallul...InsyaAllah 5. Peralatan mandi (sabun, berus gigi dsbnya) mengikut keperluan... 6. Makanan ringan yang sihat dan tidak mengancam kesihatan... 7. Tisu 8. Plastik sampah (sehelai dua je setiap keluarga)
Mesyuarat, Alhamdulillah bersurai pada jam 10.30 malam. Semua ahli mesyuarat telah juga dijamu makanan Mee Jawa Johor oleh tuan rumah, dan juga makanan yang dibawa oleh ahli lain, tapi yang ini dimakan sebelum mesyuarat dimulakan, Alhamdulillah. Semoga tuan rumah dan puan rumah dilimpahi rezeki dan berkat oleh Allah Swt...Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memelihara kesejahteraan kita. Kita juga mengharapkan segala kebaikan dan kemudahan untuk perjalanan yang murni lagi diberkati ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan. Yang utama matlamat kita itu dapat disempurnakan dengan baik dan diredhai oleh Allah SWT....Amin. Mohon maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan pencatat minit ketika menunaikan tanggungjawab ini. Yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu di atas kelemahan diri saya sendiri...SubhanALLAH..
Alhamdulillah, kami sekeluarga akhirnya berpeluang untuk berjalan-jalan hujung minggu setelah hampir 4 minggu tidak ke mana-mana sebab anak anak exam dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Destinasinya hanyala ke KHOBAR tu. Walaupun sudah beberapa kali ke sana tapi seingat Norma tak ada lagi cerita detail pasal KHOBAR ni. InsyaAllah entri kali ini nak cerita berkenaan tempat-tempat yang boleh dikunjungi di KHOBAR ni. Cuaca kat luar 44 darjah Celsius...panas tu, tapi demi melepaskan 'geram'...kami keluar juga..
Ni di sepanjang main road kat Khobar...perasan tak papan tanda hijau KRISPY KREME doughnuts tu...kalau sesapa nak rasa the BEST doughnut ever on this earth...should go and try...kalah semua jenama termasuk Big Apple sekalipun...wonder if Malaysia has got one?? One of the bazaars along the main road... Kami melalui sepanjang jalan ini di Corniche (persisiran pantai di Khobar) ..ada Burger King Mc Donalds and Dagen.. Starbucks..Pizza HutBoha Bahama...tak pernah masuk kat sini...Kudu...another fast food hut..Wonder what is in this center?? Selalu lalu tak pernah singgah...tapi ada big Sport Store dalam ni...Yang istimewa sekali, bila Haswadi nak belanja makan di MALAYSIAN KITCHEN. Pada rakyat Malaysia di Jubail ni mungkin dah biasa dengar dan kunjungi restoran istimewa ini, tapi pada Norma yang dah lebih 4 bulan di sini, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini....terima kasih pada Haswadi sebab AKHIRNYA!!!! membawa kami sekeluarga ke sini. Di pintu masuk MK The ambiance of the restaurant Teringat kat replika rumah Melaka yang Pok Teh kat Tangga Batu tu buat...masih ada kat depan rumah dia...Ni dia cover page Menu MK...Antara menu hidangan di MK...ada harga sekali kat situ.. Small/Medium/Large... Alahai...menunggu hidangan ye...tapi sekejap je dah sampai...tak lama menunggu pun... Dah sampai pun minuman... Ni yang nak sangat waktu panas terik sekarang ni...the ABC...sabar gok Luthfil! Kuey Teow Cantonese..for ummi... Tom Yum Malaysian Style for the table...boleh tahan juga... Nasi Goreng Ayam for Luthfil...tak pandang orang dah bila makan ye...
Haikal dengan nasi putih, ayam goreng dan sirap bandung...nyum nyum nyum! Nadhrah is serving abah the Tom Yum...abah makan Nasi Pattaya dan Nadhrah Nasi Goreng Cina...sedap nasi goreng di MK ni...siapa tak pernah makan lagi kena cuba... Luthfil dah tersandar kat tiang...tak leh jalan...kenyaaaang kata dia...Alhamdulillah Alhamdulillah...ummi dan anak-anak selepas menjamu selera. Sempat juga terjumpa dengan 2 buah keluarga Malaysian dari Jubail...keluarga Encik Nik dan Encik Bob...geng di SipChem...ramah betul kedua-dua isteri mereka (maaf ye dik nun...kak norma kau ni dah kenyang makan dah tak ingat nama awak berdua...tapi InsyaAllah boleh ingat rupa kalian)...terima kasihlah sebab melayan blog Purpleheart ni...ala ala jumpa peminat pulak rasanya...tapi sayang tak sempat snap gambar sebab sibuk bersembang kita kan..lain kali kita ambil gambar bersama ye...jemputla datang ke rumah...kita boleh sembang lagi...Sebelum meninggalkan MK...ambil gambar kat luar...InsyaAllah nak datang lagi dan cuba menu yang lain pulak...sekali sekala kan abah...terima kasih abah!!!
Demikian lah jaluran cerita aktiviti kami sekeluarga hujung minggu lalu. Sebelum pulang ke Jubail sempat gak singgah di Jarir Bookstore dan grabbed 3 novels.
One by Khaleed Hosseni, one by Nafisa Haji and another by Hugh Miles...semuanya cerita berkisar life at Middle East, cultures and traditions, controversy and dignity...aduhh dahsyat bunyinya..can't wait to turn the pages...bersemangat nak baca during summer school break ni. Sebab masa untuk menggosok baju sekolah anak-anak sudah boleh diisi dengan membaca ... InsyaAllah.
Kalau dah layan buku...takut terabai pulak blog Purpleheart ni...InsyaAllah Norma cuba seimbangkan masa masa yang ada nanti...