Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

WINTER ALRIGHT...

ASSALAMUALAIKUM

MasyaAllah  TabarakAllah

It has been almost a year ... yes a year since I last posted an entry here.  Just recently, tergerak hati nak menulis kembali.


Allahuakbar...masih lagi ada kah pembaca-pembaca yang dulu?  Jika tiada pun tidak mengapa...kalau ada yang 'tersinggah'...

AHLAN WA SAHLAN

InsyaAllah.

There are just a lot of things to catch up with.  My fifth baby, Noorah pun dah almost nak masuk 2 tahun.  Where have you been PURPLEHEART???

I guess I have broken so many kind hearts.  I am so sorry...  resipi chicken ball sebelah tu pun dah 'basi'.  By now should jadi baja organik dah.

I am still here in Jubail, the Saudi Kingdom..where else to go??  My heart and soul have been here since long ago...very long ago.


More things to share...  SubhanAllah...it is early winter here (no snowflakes mind ya) I am listening to thunderstorms right now...quite scary.  

Oh my! Why am I writing like a Grade 2 quick write essay now??  It must have been the Virtual School thingy...  Anak-anak sedang bercuti 'darurat'...esok genap 4 hari cuti 'darurat ni.  Al kisah....hujan lebat, banjir sana-sini, ribut dan sejukkkkkk..  Kalau di Malaysia, seronok dapat gi sekolah dalam hujan...cool apa??  Yang tak seronok kasut sekolah basah lencun...arghhhh.  Di Jubail TAK BOLEH SEKOLAH!!! NO! NO! NO!...alahai manjanyaaa.....

Alhamdulillah, my kids are all well.  How are yours??  Hope everyone is well and fine, InsyaAllah.


Oh well...winter should be like the above photo...don't you think so?  Nice.

Here in Saudi...the winter is like this...

*Photos are taken from Google image.  The later photo is taken in Ad-Dammam, Eastern Province*

Stay dry, stay put...take care.

Monday, July 9, 2012

BLOGGING


Lamanya ambil masa 'berfikir'...ingat dah menyepi terus ;-) 

Taaaakk....Norma masih di sini lagi.

Pembaca yang masih setia dengan PurpleHeart, terima kasih Norma ucapkan jika sudi lagi menjengah blog yang tak seberapanya ini.  Sibuk sikit seminggu dua ni...tak terkejar masa nak menulis.  By the time ada masa waktu malam lepas Noorah tidur, Norma pula dah tak larat.  Mata nak pejam je...seawal jam 9 malam, 'bateri' dah almost dead...hihihi.

Janganlah terkejut membaca entri sebelum ini.  Sekali sekala, bagus juga blog walking ni.  Macam-macam kisah dibincangkan dan dikongsi bloggers.  Isu 'berperang' sesama blogger memang sudah lapuk....tetapi itu asam garam menulis di dalam blog.  Baru 'lively' omputih kata...kikikikkkk

Blog ini tiada had batasan.  Kita mampu menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran.  Apa sahaja yang ingin dikongsi boleh dicatat di sini.  Sebab itu, pernah satu ketika Norma mengupas topik 'etika menulis' di dalam blog.  Dah tak ingat dah bila entri tu. 

Tetapi bagus juga Norma terjumpa soalan-soalan yang Norma kongsikan di entri yang sebelum ini, ianya membuatkan Norma peka dengan pandangan dan pendapat pembaca di luar sana.  Tetapi, minta maaflah ya, tak dapat nak memuaskan hati semua, nama pun manusia...tidak lari dari melakukan kesilapan dan serba kekurangan.  Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terlintas di setiap detik hati ini.

Acapkali, di dalam fikiran kita mempunyai 1001 macam hal dan perkara yang ingin ditulis sebagai catatan, tetapi apabila keypad sudah di jari...lain pula yang ditulis. 


emmmm....senang cerita, bukan semua perkara 'layak' untuk dikongsi dengan pembaca, perlu juga ada batasan sewajarnya. 

Yang pasti, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Wednesday, June 27, 2012

TIME TO THINK...

Peringatan:  ISU sedikit PANAS!  Membaca dengan berhati-hati okay


Kenapa saya menulis blog?

Siapa target reader blog saya?

Apakah tema atau skop penulisan saya di blog?

Jika saya menulis pengalaman peribadi, dan kongsikan dengan pembaca...salah ke?

Kalau dah kata peribadi, kenapa letak kat blogspot.com?

Kalau pembaca baca dan tak puas hati, apa tindakan susulan saya sebagai penulis?

Pembaca ada hak ke nak persoalkan niat dan tujuan penulis blog menyampaikan sesuatu?

Tulisan saya perlu capai 'tahap piawai' pembaca ke?

If at any situation my readers are people smarter and better than myself, should I care?

Last but not least, do I get paid for anything I write here?

Thursday, March 17, 2011

PENGUMUMAN

Kepada pembaca budiman...(kalau ada lagi lah yang sudi membaca). Yang baru terbaca blog Norma , diucapkan Selamat Datang. Yang selalu membaca, tabahkan hati anda dan terus bersabar membaca blog ni ehh :-))

Kelmarin buat 'housekeeping' blog...mana-mana list blog yang berumur 'setahun' tidak di update...mohon maaf, Norma terpaksa 'remove'....InsyaAllah nak masukkan blog-blog lain pula (walaupun sendiri punya tidak menarik langsung...ngeh ngeh ngeh...).

Selamat berblogging kepada semua pembaca dan penyinggah (yang sesekali singgah di PURPLEHEART)...

InsyaAllah, Norma akan terus menulis di sini...