Salam Ramadhan buat semua. Kurang dari 2 minggu lagi tempoh Ramadhan yang tinggal buat kita.
Seperti biasa, menu berbuka kami sekeluarga hari ni yang simple-simple aje.

Salad sayuran

Telur Goreng Kicap

Daging Bakar Air Asam
Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi...maklumlah pertama kali buat...resipinya diolah sendiri dari pelbagai resipi yang ada di alam cyber nih...dan menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada.
Daging bakar ini dipotong besar-besar, basuh dan tos kering dan diperap dengan garam, jintan manis dan ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit meat tenderizer (serbuk perasa untuk melembutkan daging) semalaman. Kemudian di grill atas kuali tanpa minyak...Bila dah masak, dihiris nipis-nipis sebelum dihidang.
Air asam tu pulak dapat resipi dari rakan di Jubail ni...memang sedap...sebab Norma belum pernah buat air asam sesedap macam ni. Makan dengan ikan bakar lagi terangkat:
Air Asam (Ayaq Asam..loghat Utara)Belacan (ditumbuk)
Cili Api (ditumbuk)
Cili Merah (ditumbuk)
Cili Hijau (ditumbuk)
Bawang besar diracik halus
Tomato diracik halus
Kerisik (sesudu dua aje)
Air asam jawa (kena buat pekat...baru terasa masamnya)
Sedikit cream (Norma guna Bonny Cream...dalam sesudu dua aje)
Garam dan Gula sesedap rasa...

Kuih Lopis...percubaan pertama juga. Dari kecil lagi memang suka makan kuih ni. Mak selalu belikan dari si 'Ajai'...bukan pencipta lagu tu, tapi Ajai budak Sentul yang memang terkenal dengan jualan kuih muih ibunya Mak Cik Nora... entah mana lah agaknya mereka ni sekarang.
Ajai ni muda setahun dari Norma, satu kelas mengaji di Kampung Chubadak, Sentul dulu. Setiap kali beliau balik sekolah, dia akan menjual kuih muih ibunya yang terkenal sedapnya. Kalau si Ajai ni demam atau ada kelas tambahan kat sekolah...tak dapat lah kami membelinya...
Kalau tengok kuih muih yang Norma buat pun tu semua kuih muih ala ala Mak Cik Nora tu...keria, buah melaka, dan kuih lopis ni....bila buat kuih-kuih tu mesti teringat zaman kecik-kecik. Tapi tak boleh lawan kuih muih dialah. Ye lah...20 atau 25 tahun dulu mana pandai makan puding karamel, puff, puding koktel dan sebagainya. Kuih muih tradisional inilah yang menjadi juadah kami.
Ada satu lagi kuih yang ramai orang memang pandai dan mahir membuatnya...tetapi bukan Norma...kuih karipap...ehmmm entah bilalah nak belajar buat...bab nak melipat tu yang surrender awal tu...den tak pandai!!!