Showing posts with label SIAPA? PENSYARAH?. Show all posts
Showing posts with label SIAPA? PENSYARAH?. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

NOW ... IT IS MY STORY!


KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI?

Ke nak kena buat kotak undi?

Siapa sokong Norma kerja? sila angkat tangan macam usop wilcha hantu kak limah yeee...

Siapa sokong Norma berhenti? sila angkat kaki...haaa susah la pulak nak ngangkat kaki tu...hehehe..

Hampir separuh tahun dah rupanya 2011 ni. Sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang dah pun pertengahan Mei 2011. Jarang Norma ni mengira atau menghitung masa atau waktu kecuali ketika mengandung sahaja... :-) tetapi kali ni...aduhhh, kena hitung sungguh...this is my final countdown!

Alhamdulillah, sudah lebih 2 tahun di Jubail ini bermakna juga sudah 2 tahun juga Norma menghabiskan "cuti tanpa gaji" (CTG) yang dipohon daripada UiTM. Sekarang ini sedang menghabiskan tahun ke-3 ... tahun terakhir!...dengarnya UiTM tidak lagi membenarkan CTG melebihi 3 tahun kepada pensyarah ... huhuhu...sabar je la. Tarikh tamat CTG Norma tanggal 31 Januari 2012 dan perlu masuk kampus semula pada 1 Februari 2012...cantik sungguh lah pulak tarikh tu!

Nak kata memikirkan secara serius apa yang bakal berlaku nanti Februari 2012 itu, belum pun lagi...baru tahap terkenang dan terbayang-bayangkan sahaja.

Masih berkira-kira dan 'projecting' the future. Apa sahaja boleh berlaku, kita hanya mampu merancang, ALLAH sahaja yang menentukan.

Keputusan samada untuk kembali mengajar atau tidak, belum diputuskan lagi. Masih mengharapkan suatu keajaiban dan hidayah daripada ALLAH SWT. Semoga ALLAH memudahkan urusan dan memberkati apa jua yang bakal Norma lalui tidak lama lagi, amin.


Tuesday, August 17, 2010

PERGINYA MUNIRA MAT YAMAN...

Norma kesedihan. Seorang bekas pelajar Norma semasa di UiTM Dungun, Munira Mat Yaman telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah bekas pelajar Bachelor in Office Systems Management (BiOSM) batch pertama di kampus Dungun.

Norma tak dapat cerita yang tepat tapi dari apa yang dikhabarkan oleh rakannya, arwah Munira baru sahaja mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Beliau dilanggar motosikal ketika berjalan kaki... Arwah baru sahaja menyambut ulangtahun ke-25 pada 5 Ogos yang lalu.

Tak terkata apa dibuatnya. Norma pernah mengajar arwah sekitar tahun 2007-2008. Seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti. Kerapkali Norma mengusik arwah di dalam kelas kerana arwah Munira ni pemalu. Kalau kena panggil namanya dalam kelas...menggeletar badan dia...tapi bukan kena marah pun...memang takut dengan Puan Norma dia ni....
Tetapi itu semua akan menjadi memori indah buat Norma.

Arwah Munira (berbaju biru paling kiri) bersama-sama rakan sekelas dan Norma semasa Majlis Pra-Graduan di UiTM Dungun.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Munira. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau di kalangan yang beriman....ameen.

Thursday, June 3, 2010

RUGI KE KALAU TERUS BEKERJA LEPAS GRADUAT???

Masih lagi berkisar tentang isu sambung belajar atau bekerja yang mana ianya antara dilema yang biasa dihadapi oleh para pelajar yang baru bergraduat. Sebenarnya, tak kira lah anda mengambil diploma, ijazah, Masters atau PhD sekali pun, keputusan untuk sambung belajar sememangnya menjadi hal yang penting di dalam menentukan apa yang bakal dihadapi di masa akan datang.

Tapi kali ini Norma ingin mengulas pula berkenaan BEKERJA...dengan isunya

RUGI KE TERUS BEKERJA LEPAS GRADUAT???

Tak ada ruginya, malahan itulah antara matlamat utama selepas belajar atau menamatkan pengajian. Sama juga dengan keputusan sambung belajar, mereka yang mengambil keputusan untuk bekerja mempunyai matlamat atau 'goals' mereka sendiri.

Jika sekalipun anda terus bekerja selepas menamatkan pengajian, tanpa meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi..ianya bukan bermakna anda tidak cukup pandai atau anda tidak cukup bersemangat nak meningkatkan ilmu pengetahuan. Ianya berdasarkan kemampuan diri masing-masing.

Melainkan memang keputusan peperiksaan anda keseluruhan tidak melayakkan anda untuk meneruskan pengajian. Ini boleh berlaku tetapi dengan beberapa tahun pengalaman bekerja, anda masih mampu untuk menjejakkan kaki ke universiti lagi untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi...InsyaAllah.

Jika jalan untuk 'bekerja' adalah pilihan anda, teruskan...kerana setelah bekerja dan mempunyai kewangan sendiri, dan anda mampu biaya pengajian anda...bolehlah mengikuti memikirkan untuk sambung belajar. Sekarang ini pelbagai bentuk pengajian yang ditawarkan oleh kebanyakan IPTA dan IPTS di Malaysia. Antaranya, pengajian jarak jauh, part time, online dan sebagainya yang sekarang menjadi pilihan bagi mereka yang sedang bekerja dan pada masa yang sama ingin meningkatkan kemampuan diri samada untuk kenaikan pangkat, kenaikan gaji, atau self-esteem (kepuasan diri sendiri).

Yang ingin saya titipkan di isu kali ini ialah antara matlamat seseorang itu bekerja, terutama sebaik sahaja menamatkan pengajian. Ini mungkin boleh memberi peluang untuk anda membuat keputusan untuk bekerja. Tiada salahnya...itu hak anda. Tiada siapa yang memaksa. Yang pasti, anda juga boleh berjaya seperti orang lain...perlu ada usaha dan kegigihan bagi menjayakan sesuatu yang anda inginkan.

Antara matlamat atau tujuan seseorang itu bekerja...yang dirasakan tidak perlu diulas panjang adalah:


  1. $$$ DUIT / GAJI--nak beli handbang berjenama, nak pakai kereta sendiri...biarpun second hand, nak belanja kawan-kawan...jangan lupa belanja ibubapa juga!
  2. Menimba PENGALAMAN BEKERJA di alam 'realiti'.
  3. MengAPLIKASIkan apa yang ditimba semasa mengajar dan meREALISASIkannya di alam pekerjaan.
  4. PARENTS PRESSURE...pulakkk... ini hal atau situasi biasa...sampai bila ibubapa nak menanggung anda di rumah walaupun sudah dibiaya anda belajar sehingga berjaya..."lu pikirlah sendiri!"
  5. SELF PRESSURE...istilah baru ni...belum ada lagi diteorikan...hehehe. Maksudnya, dilemma di dalam diri sendiri...iaitu perasaan teruja dan berkobar-kobar nak buktikan kepada ibubapa, rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan sesiapa yang berkaitan dalam hidup anda bahawa anda mampu menanggung diri anda sendiri. Membuktikan bahawa pengalaman belajar bertahun-tahun sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri. Selagi anda tidak dapat kerja ... selagi itu perasaan... self pressure ini menghantui anda!!
  6. SOSIAL--berada di dalam kelompok yang setara dengan anda. Meletakkan diri anda sebaris dengan orang lain yang berkerjaya... Belajar bergaul dengan orang lain yang juga berkerjaya dan berjaya di dalam karier masing-masing.
  7. PELUANG / OPPORTUNITY--- "saya dapat kerja sebab memang kebetulan syarikat itu nak pakai orang...terus mohon, Alhamdulillah terus dapat...interview pun tak perlu..." eh eh..ada ke tak perlu temuduga?? Musykil!.. Ini situasi biasa juga kerana ada yang tak berapa bersungguh mencari pekerjaan tetapi peluang datang bergolek di hadapan mata, nak nak pula jawatan yang ditawarkan amat sesuai dengan kelayakan anda...apa lagi terus sambar... peluang lah tu namanya.
Mungkin ada lagi matlamat lain yang anda sendiri tahu, dan itu yang menyebabkan anda ingin bekerja. Terpulang kepada individu itu sendiri...tetapi tiada salahnya jika kesemua di atas adalah antara sebab mengapa anda bekerja....tepuk dada tanya selera. Walau apa pun keputusan yang anda buat, jika peluang di hadapan mata adalah lebih menarik...rebutlah peluang itu.

Tidak perlu menjadi terlalu memilih sehinggakan menyusahkan orang lain di sekeliling anda yang dah bosan melihat kan anda tidak membuat suatu apa pun...terutamanya ibu bapa dan keluarga anda yang ingin melihat anda berjaya di dalam kehidupan.

Tambahan, kebanyakan institusi dan syarikat-syarikat memandang kepada pengalaman bekerja untuk menentukan samada anda layak atau tidak diambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu janganlah terlalu memilih, jika ada syarikat yang sanggup mengambil anda walaupun TANPA PENGALAMAN, janganlah menolak...jika sekali pun gaji yang ditawarkan lebih kecil berbanding kelayakan anda. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin semasa bekerja dan apabila cukup 'matang' dan ada peluang bekerja di tempat lain dengan tawaran yang lebih baik...keputusan di tangan anda dan andalah yang menentukan kehidupan anda.

Tetapi perlu diingat, segala yang anda lakukan kepada yang beragama Islam, anda melakukan kerana ALLAH SWT. Oleh itu bekerja dan berkhidmat seikhlas dan sejujurnya. Apa yang anda terima itu nanti adalah ganjaran dan rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kepayahan dan kesungguhan anda.

Jika peluang datang bergolek....ambillah ia...jangan terlalu memilih...timba pengalaman sebanyak mungkin dan lakukan sesuatu dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi!!

Saturday, May 29, 2010

SAMBUNG BELAJAR ATAU KERJA???


Sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar-pelajar di UiTM seluruh sistem. Bagi yang sudah tamat, Alhamdulillah...lega lah rasanya. Namun, akan mula risau dan sibuk untuk mencari peluang-peluang pekerjaan.

Bagi yang ada lagi 2 -3 semester...cuti ini umpama merehatkan minda seketika sebelum kembali 'beraksi' di kampus apabila semester baru bermula.
Apa yang amat merisaukan pelajar-pelajar ini secara khususnya setiap kali cuti semester ialah menantikan keputusan peperiksaan akhir yang telah diduduki. Menunggu hari dan masa dengan berdebar-debar tatkala sistem komputer UiTM mengumumkan keputusan peperiksaan akhir semester yang baru berlalu.

Bagi yang tamat...kiranya keputusan ini bakal penentu...samada akan terus mencari pekerjaan atau terpaksa pulang semula ke kampus mendaftar untuk menduduki semula kursus yang gagal. Ini fenomena biasa pelajar-pelajar di UiTM... apa pun, sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang setiap kali peperiksaan...biarlah semuanya "smooth sailing"...and "no hiccups" throughout. InsyaAllah.


Saya terpanggil untuk mengalih pandangan terutama bagi para pelajar atau bekas pelajar UiTM khususnya yang sekarang ini dalam dilema untuk membuat keputusan...yang pasti saya bukan orang yang sesuai untuk membantu anda membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup ya...tetapi dilema membuat keputusan samada "SAMBUNG BELAJAR atau BEKERJA"???


Kalau ditanya kepada saya....beberapa pendapat akan keluar dari mulut saya bergantung kepada situasi setiap individu itu. Saya tak boleh "pukul rata" bila menjawab pertanyaan sebegini...there are many factors to be considered when concluding the type of decisions you are making.
Bolehlah saya berikan sedikit garis panduan apabila memikirkan perancangan yang bakal dibuat. Saya akan fokus kepada "SAMBUNG BELAJAR" kerana inilah yang menjadi dilema kebanyakan pelajar-pelajar sekarang ini:

KENAPA SAMBUNG BELAJAR??:
  1. MEMENUHI MATLAMAT @ MEETING GOAL(S)--apakah matlamat kerjaya anda?? Ada pelbagai matlamat yang boleh anda fikirkan, tetapi yang nyatanya jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana anda ingin menjadi seorang ahli akademik atau nama amnya...pensyarah!!! (khusus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana atau Masters)
  2. MEMPERTINGKATKAN ILMU DI DALAM JURUSAN YANG DIIKUTI--salah satu faedah apabila anda sambung belajar adalah untuk melebarkan sayap pengetahuan anda ke arah jurusan yang anda ikuti ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya macam tengok sequel drama ADAMAYA atau HARRY PORTER la... kalau ada sambungan atau sequel seterusnya, cerita akan jadi lebih menarik, anda akan lebih memahami cerita keseluruhan dengan lebih baik, dan anda akan tahu segala-galanya. Sama juga jika dari peringkat ijazah sarjana muda ke peringkat sarjana di dalam jurusan yang sama, anda akan dapat lebih pengetahuan, pengalaman dan mengikuti kerja kursus yang mungkin lebih berat lagi???....
  3. MEMENUHI KEPUASAN HATI SENDIRI--ini saya boleh kaitkan dengan kepuasan diri anda sebenarnya. Tetapi anda perlu tanya diri anda, "Adakah ini yang saya mahu?", "Adakah ini yang akan melengkapkan hidup saya?"...jika ianya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, so sorry la dear...may be there are other things that could satisfy you...so look out for other alternatives okay!....
  4. PEER PRESSURE--ini boleh jadi salah satu sebab juga. Bila ramai kawan-kawan pakat dapat peluang untuk belajar, anda pula rasa tertekan...nak ikut juga...usaha lah juga cari borang dan isi borang permohonan. JANGAN!!!...jangan jadikan peer pressure pressuring you!... Rakan-rakan yang lain mungkin mempunyai matlamat atau goals yang berbeza...tak sama dengan anda...mengapa perlu ikut mereka?? Adakah mengikut mereka mendatangkan kepuasan hati anda? Fikir-fikirkanlah ye...
  5. MAMPU BIAYA--ini maksudnya, anda ada rezeki lebih atau ibubapa anda sanggup untuk menaja anda setahun dua lagi untuk sambung belajar. Alhamdulillah jika wang bukan masalah utama anda dan anda boleh mengikuti mana-mana pengajian dengan dibiaya sepenuhnya oleh keluarga atau mungkin anda mempunyai simpanan duit sendiri dalam RM10,000 hingga RM20,000 untuk biaya yuran pengajian peringkat Masters (bergantung kepada universiti dan jurusan yang anda pilih).
  6. SELF-ESTEEM--ada juga kaitan dengan faktor untuk memuaskan hati tetapi self-esteem ini lebih kepada perasaan kepuasan yang membolehkan anda berasa yakin dengan kebolehan diri anda sendiri. Macam slogan MALAYSIA BOLEH! tu... Bila sambung belajar ni, anda seperti berada di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti anda. TETAPI....ingat!!!! bukan bertujuan untuk memandang rendah atas kebolehan orang lain...tetapi untuk meningkatkan self-esteem anda sahaja. Anda dan orang lain sama sahaja okay...tidak lebih dan tidak kurang sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan masih memerlukan petunjuk dari ALLAH SWT...
  7. GAJI LEBIH TINGGI--chop! chop! chop!....ini yang mudah disalahertikan... ada dua kemungkinan gaji lebih tinggi ni...bergantung. Pertama, ya! gaji anda akan lebih tinggi mengikut kelayakan anda hanya jika anda memohon jawatan yang memang mengiklankan kelayakan Masters atau PhD...contoh yang paling baik ialah di bidang akademik...sebagai pensyarah!!... Kelayakan minima di kebanyakan universiti di Malaysia adalah Masters @ Ijazah Sarjana. Tetapi sudah banyak juga universiti yang memerlukan PhD sebagai kelayakan sebagai pensyarah ... ini menunjukkan betapa pantasnya bidang akademik boleh berubah dari tahun ke tahun dan dari masa ke masa. Anda perlu peka tentang itu. Kedua, jika kelayakan yang diiklankan adalah Ijazah Sarjana Muda sahaja, sedangkan anda sudahpun memiliki Masters....oooh mana bisa terima gaji lebih sih!!! Situasi sebegini wujud rata-ratanya di pelbagai sektor korporat awam atau swasta yang ada di Malaysia...kecuali untuk kes-kes tertentu contohnya, syarikat koprorat memerlukan kelayakan Masters untuk penyelidikan, pembangunan, konsultan dan sebagainya. Setakat pegawai atau eksekutif muda....jangan haraplah nak dibayar mengikut gaji Masters...masa ni memanglah rasa kelayakan yang anda ada tu tak laku...bukan salah mereka, salah anda sendiri yang tak kaji betul-betul kelayakan yang ditawarkan.
Rumusan yang boleh saya buat dengan garis panduan di atas adalah keputusan sambung belajar ke peringkat Masters berdasarkan apa yang anda ingin capai sebenarnya... Yang pasti jika anda berminat menceburi bidang akademik...YA!! ianya keputusan yang paling tepat...tetapi jika anda tidak minat bidang akademik, adalah lebih baik jika anda terus mencari pekerjaan lain dan menimba pengalaman dengan lebih banyak lagi bersesuaian dengan jurusan dan bidang anda...InsyaAllah.

Nyatanya, rezeki ALLAH ada di mana-mana sahaja, jika anda pandai berusaha untuk mencapainya. Anda lah yang boleh merubah nasib anda...tiada orang lain...jadi keputusan di tangan anda sendiri. Yang penting, anda perlu yakin dengan kemampuan diri, jelas dengan matlamat yang mahu dicapai, mendapat sepenuh sokongan dari pelbagai pihak dan pelbagai segi samada kewangan dan sebagainya.
Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi, dan pengetahuan saya sebagai seorang pensyarah. Seringkali ditanya persoalan sebegini dan InsyaAllah ini yang mampu saya ulaskan. Jika ada pendapat berbeza daripada ini, saya sedia menerima pandangan lain dan komen agar kita sama-sama dapat mendapat faedahnya.

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan bagi membantu meringankan dilema yang ada di kalangan pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar saya di luar sana. Semoga apa sahaja keputusan yang anda buat atau bakal lakukan, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.

Wednesday, March 31, 2010

ORANG YANG SUKA BERI ALASAN...satu pandangan

my question is "HOW CAN A PERSON...A VERY CONSCIOUS-MINDED PERSON COULD LIVE ALL HIS/HER LIVES WITH EXCUSES???"

tajuk ni tak berkenaan dengan sesiapa yang Norma kenal ataupun tak kenal...tetapi satu persoalan yang tetiba je datang.

Maksud lain soalan itu ialah "Bagaimana seseorang yang waras fikiran dan pemikiran boleh hidup dengan memberi alasan semata???"

Kita biasa mendengar orang memberi alasan, kita sendiri pun biasa memberikan alasan.

Kenapa manusia memberikan alasan...waemah apa situasi sekalipun??

Kenapa ada TAPI atau 'BUT' dalam kehidupan kita?? sebagai seorang manusia yang hidup dalam masyarakat, tentunya kita sendiri akan sedar jika kita acapkali memberikan alasan terhadap sesuatu yang diharapkan daripada kita...mesti satu hari nanti kita akan sedar jugak yang kita "always get things out of the way"...licik sekali mengelak daripada sesuatu situasi dengan hanya memberi ALASAN!!!....

Bagaimana pula anggapan orang lain terhadap kita jika kita asyik dengan ALASAN??
Kita akan dicop tidak boleh dipercayai, unreliable, tidak boleh diharapkan, sering melakukan kesilapan dan kesalahan sebab tu selalu bagi alasan, deniable atau sentiasa tidak boleh menerima hakikat sebenarnya...

Jadi jika kita selalu menidakkan sesuatu hal atau situasi dengan memberi ALASAN atau EXCUSES...apa yang kita rasa sebenarnya??

Sebagai contoh: Jika anda adalah salah seorang ahli di dalam organisasi, tetapi anda menidakkan kehadiran dan penyertaan anda sebagai ahli organisasi tersebut....seperti biasa dengan memberi ALASAN bertimpa-timpa...cuba tanyakan pada diri anda,
  • "Adakah anda layak terus berada di dalam organisasi tersebut??"
  • "Adakah anda layak dihormati sebagai ahli?"
  • "Adakah anda penting di dalam organisasi tersebut?"
  • "Apakah sumbangan anda terhadap organisasi tersebut jika hidup anda penuh dengan ALASAN semata dan tidak menyertai aktif di dalam aktiviti organisasi tersebut?
  • Adakah anda mengambil tahu dan kisah terhadap perjalanan organisasi?"
Jika anda boleh menjawab TIDAK kepada semua soalan di atas....cerminlah diri anda dan letakkan diri anda di posisi yang betul....yakni...berada di dalam organisasi atau dengan hormatnya keluar! Anda tidak lagi diperlukan dan tiada siapa kisah akan diri anda lagi...kerana anda boleh terus hidup dengan memberi ALASAN seumur hidup anda...tiada siapa perlu lagi terhegeh-hegeh menarik anda kembali ke dalam organisasi tersebut kerana tiada siapa lagi yang sanggup menerima ALASAN-ALASAN anda itu!!!


Wednesday, October 28, 2009

PUAN NORMA NAK PESAN SIKIT...

Bertemu kembali. Tak sangka pejam celik...profile views Norma akhirnya cecah juga ke angka 1,000!!! Hari ni baru tertengok. Tapi apalah sangat 1,000 berbanding 15,000 profile views blog si Linda Onn tu kan...norma ni orang biasa-biasa aje....1,000 tu mmg bermakna sungguh! Alhamdulillah. Cuma menunggu visitor's count cecah 10,000 pulak... Berangan la kamu Norma oiii....blog pun sekarang ni mcm hidup segan mati tak mau...ada hati nak tunggu 10,000....hmmm...dream on...

Kali ni Norma teruja untuk menulis bersempena minggu peperiksaan akhir semester pelajar-pelajar norma di UiTM Dungun tu sudah bermula. Tak cukup jam lah masing-masing study...terutama yang suka last minute tu...dah pesan dah...jangan biasakan persediaan last minute ni....lepas tu complaint sana sini itu susah, ini susah.

Antara pelajar BiOSM...Danny, Ridhuan and the ladies...yang ni rasanya di semester 4 sekarang ni...gambar diambil sebulan sebelum Norma ke Saudi.

Baru ni terbaca discussion pelajar-pelajar ni dalam FaceBook...kisah tak puas hati dengan assignment yang terlampau banyak bila dah hujung dekat exam....ada juga Norma beri nasihat supaya jangan pertikai assignment yang banyak. Itu semua keperluan silibus dan skema kerja subjek yang diambil, takkan sesaja pensyarah nak dera pelajar...pensyarah pun kalau boleh nak minimize marking assignment yang bertimbun-timbun...cuma isunya samada assignment banyak sebab pelajar-pelajar suka tangguh ke penghujung semester baru nak finalize??...kalau satu subjek tak mengapa...dah masuk 5-6 subjek longgok di penghujung sem, tak ke haru namanya??

Yang ini pula dari kiri Istaufik, Lan, Zakimi, dan Razman (baju hijau), pelajar yang sekarang di semester ke-5...senior dah!... semasa kenduri 7 Mac 2009, 3 hari sebelum kami bertolak ke Saudi....sukarelawan menjadi 'penanggah'...terima kasih banyak sebab ikhlas tolong saya...

Nasihat Norma supaya jadualkan sebaik mungkin segala tugasan dan agihkan betul-betul sesama rakan kumpulan. Jangan tugasan yang diberi awal semester perap dalam drawer, sehingga dah masuk minggu ujian baru nak buka semula dan buat...banyaklah jadinya..bbolok orang Terengganu kata! Anyhow, walaubagaimana sekali situasi yang anda semua hadapi dan tempuhi...adalah sesuatu yang amat berharga...bakal menjadi pengalaman berguna di masa hadapan kelak. No pain no gain my dearests... Justeru, saya mengucapkan Semoga Berjaya buat semua anak didik saya, yang lama mahupun yang baru dan ada yang sedang sambung belajar merata-rata...do extraordinarily well in the exams.
Yang ini pula, Razmira, Fieza dan Haslinda....pelajar yang baru aje selesai konvokesyen 3 hari lepas....dah tamat dengan jayanya!!! I miss you all very much!

For the final year students, make sure this last chance is the biggest opportunity for you...do it excellently!!!

Wednesday, September 9, 2009

IKLAN PERCUMA....

**GAMBAR DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKEL DI BAWAH...SAJE JE SUKA...

Ada seorang pembaca blog dan juga bekas pelajar Norma email kelmarin...blog puan ni cerita cuisine je ke?

"Abu (bukan nama sebenar)...saya buat entri cuisine special di Ramadhan sahaja. Lepas ni sibuk pulak cerita Raya dan hal lain pula. Nak tengok puas-puas makanan tu masa ni aje...lepas ni mungkin kuranglah cuisine tu."

Si Abu ni dulu sama kelas dengan si Awang (dalam cerita Tragedi Bulan Ramadhan tu)...dan kelas mereka ni biasa juga datang ke rumah berbuka puasa dan jamuan hari raya....kalau datang bukan seorang dua, satu kelas sekali....kenduri kendaralah si Puan Normawati mereka.

Masa Norma cedera patah kaki dulu...Haswadi belanja mereka ni KFC je....tak silap masa tu Raya tahun lepas...Puan Norma terpaksa 'gantung' periuk belanga time tu....dengan separuh bertongkat...mana nak boleh kenduri. Tapi students ni okay je...janji dapat datang rumah dan berjumpa dengan pensyarah 'kesayangan' mereka ni.

Satu perkara yang Norma amalkan kepada para pelajar dan 'subjek' ni memang tak masuk dalam silibus atau skema kerja peperiksaan ialah "hubungan baik sesama manusia" atau "the human factor". Pengalaman Norma mengajar yang tak seberapa tu, Norma biasa amalkan sentuhan kemanusiaan bila mendidik pelajar.

Bukan semata-mata mengajar yang di buku-buku sahaja tetapi membuka minda pelajar supaya menghargai orang sekeliling kita. Menghormati sesama insan, empathy, budi pekerti, berbuat baik sesama manusia, menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Pelajar-pelajar harus juga tahu bahawa belajar dan menuntut ilmu sudah disediakan ganjaran pahala yang sangat besar kerana kelak diri anda mampu menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki untuk kebaikan diri, dan orang di sekeliling anda.

Jangan pula ilmu yang ada itu dipersiakan, sekadar menuntut ilmu tetapi tidak mampu menggunapakai di masa depan kelak. Apabila membuat sesuatu perlu ada komitmen tinggi, semangat juang yang tinggi dan sentiasa di fikiran "aku mampu melakukannya". Berfikiran positif juga mengelakkan kita berfikiran sempit dan sentiasa ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri.

Sebab tu saya selalu cakap dalam kuliah, memang kita ni belajar di universiti, bila keluar ada ijazah atau diploma....tetapi sejauh mana kualiti ijazah atau diploma yang kita miliki itu. Kalau sekadar mendapat CGPA kurang dari 2.0...jangan harap nak rasa duduk kerusi empuk di syarikat besar...cukup sekadar duduk di kerusi kayu tepi pintu atau paling teruk depan tangga!!...
Jangan pula ada yang salah faham maksud saya, kalau pelajar saya mereka memang 'mangli' dah dengan sindiran Puan Norma.

Maksudnya, bila belajar...kena buat sungguh-sungguh, maknanya jangan malas, usaha kena lebih. Susah payah ibubapa menghantar kita belajar, habis beribu-ribu ringgit, susah payah Kementerian memberi tempat dan peluang kepada anda, takkan nak belajar seperti "melepaskan 'batuk' di tangga" sahaja.

Pasti rugi kan??
Pasti menyesal tak sudah kan?

Jika anda sudah berjaya mendapat tempat untuk menuntut ilmu lebih tinggi di Universiti, pastinya anda orang yang cerdik pandai...kenapa mahu dipersiakan perjuangan itu??

Tuntut ilmu sebaik mungkin, yang susah disenangkan dan yang payah dimudahkan...kenapa perlu fikir atau buat sesuatu yang tiada kena mengena dengan menuntut ilmu seperti...berfoya-foya, berjalan sana-sini menghabiskan duit PTPTN, duduk melepak kat bilik karaoke, tak pergi kuliah, ke library jauh sekali, pensyarah pun tak pernah jumpa, malas!...makan aje kerjanya, ponteng kuliah, tidak berdisiplin dan menyusahkan orang di sekeliling!!!....sapa nak jawab???

Norma selalu pesan pada pelajar, "Jangan harap orang lain akan beritahu kita apa yang perlu dibuat, kita perlu tanya diri kita apa yang boleh kita lakukan atau sumbangkan".

Kebanyakan pelajar gentar dan keliru dengan kehidupan masa depan mereka...bila dah habis belajar...nak kerja yang bagus-bagus sahaja...mana mungkin begitu, ALLAH memang telah menjanjikan rezeki dan bahagian masing-masing tetapi selagi tangan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu itu...pastinya rezeki dan imbuhan itu bukan milik kita....

Selalu dikhabarkan juga kepada pelajar-pelajar ini yang mana walau setinggi mana pendidikan yang kita miliki, ianya belum pasti menjamin kehidupan yang pasti....maksudnya bukan untuk kesenangan semata-mata, namun pendidikan tinggi itulah yang bakal kita jadikan sandaran untuk kehidupan yang lebih baik....faham maksud saya?

Tak faham?...telefon atau email saya ye!

Monday, December 1, 2008

THE FAREWELL...shedding tears!

The meeting went very well, except a few little issues regarding the students performance and also the lecturers!...emmmm
Thank you so much to the faculty for organizing a farewell session right after the meeting, basically lunch together like what we occasionally do after meetings....eat...eat...and more eat!
The chairperson whom happened to be Suffian my KP partner, gave out some speech recalling the 'normawati' experiences, achievements, the good things of course...and how I am so 'fast' with everything....actually Suffian...I am not fast la...you guys yang so darn slow!....just kidding suffian!
And then PM Ismail gave out his own version of 'normawati'...I was so touched! Why? I hope he was sincere...is that right PMI?
Like I've written in one of my entries on the ups and downs that I've went through to 'refresh' the faculty, to motivate the students, to get all faculty members actively participating in the campus activities...and others...

I used to stay up at the office till late night..like 12.00 a.m. just to get things in order...the students matters, the staffs matters and other related tasks!

I used to keep coming back to the office even during weekends, where most of you out there happily enjoying time with the kids at home...my kids had to stay at home and watched me walked out of the door to the office on weekend morning!...how cruel ummi!...I am so sorry guys...that was also part of my responsibilities...you know la...UiTM DIHATIKU!

And just before the 'accident', I was actively involved in the team building activities organized by the MOULDER TaCC(Motivational, Outdoor, Leadership Training & Consultancy)..a group formed informally by PM Mejar Ustaz Zaid Ngah..a very prominent person at UiTM Terengganu. I began to love what he is doing with the team and has been involved together as one of his team members. I've met people from all backgrounds, school children, UiTM other members etc...
I really wish that one day Ustaz Zaid would materialize MOULDER TaCC and formally register the team at UiTM.. wishing you all the best! I also hope that you would find more lecturers joining the team and contribute to the communities...by right that is exactly what we the lecturers are supposed to do apart from teaching and stuffs. Getting ourselves involved with people, intellectually contributing to the communities and definitely educating people on the importance of being educated, self-disciplined, the best ummah on earth, and the importance of being the real person!

But I am pretty sure that I am going to miss all those days soon. Some say that I am a workaholic!...true .. I would agree! I would answer them by saying that is what being passionate all about. I love my job...I have passion and surely patience at my work. I considered myself as a very committed person in whatever that I do.

All in all, syukur to Allah swt, for all His blessings especially in achieving all my dreams... Allah has given me all the opportunities and that I would never wasted it. Alhamdulillah I would surely hope that I will have a happy ending and some sort of leaving behind my 'legacies'... for the others to follow, to improve, to meet with more successes!
Like one quote that I've had, "Success is when you find the path that never used by others!"

So till then...