Tuesday, July 28, 2009

KISAH ORANG SAKIT...

Pengalaman sakit atau demam ni mungkin dah biasa bagi kita...bila sakit kita ke hospital, jumpa doktor dan doktor beri ubat. Selalu Norma ambil mudah juga terutama bila rasa sakit yang biasa...ini kalau di Malaysia dan dengan doktor yang biasa dah dengan kita.
Tapi di sini kalau sakit dan makan ubat mesti nak kena berhati-hati atau ambil tahu ... memang dah dikhabarkan doktor di Dungun tu dulu, kalau nak makan ubat atau ambil ubat kalau boleh selidik dulu...tapi Norma tetap bukan 'doktor' dan kalau baca sekali pun apa-apa pasal jenis ubat di internet ni setakat baca dan faham maksud tetapi bukan secara saintifik atau detail pun. Sekadar nak pastikan yang kita bukan ambil POISON udahle.

Alkisah asalnya sinus atau resdung bahasa mudahnya...tapi Norma bukan resdung yang tahap 'penghidap' resdung sebab jarang sekali berair hidung atau bersin kuat ni. Sebab di rumah ni hanya Haswadi penghidap resdung ni...kalau silap haribulan tumis sambal pun 'alergi' pada dia dan Haswadi akan lari jauh-jauh takut bersin tak berhenti! Air sejuk pun Haswadi alergi...minum tak apa tapi jangan mandi air sejuk...dia akan bersin paling lama 15 minit tanpa henti!!!
Tu kisah penghidap sinus 'tegar'...yang Norma ni sinus 'bermusim'...musim hidung nak tersumbat...sinus lah jadinya...

Dua malam lepas diserang demam tahap menggigil kesejukan...macam-macam bermain di minda...demam kepialu...demam panas....demam aedes...dan macam-macam 'diagnos' yang bermain di minda. Selepas memakan FEVADOL aka PANADOL 2 biji...dalam sejam lepas tu badan jadi panas dan berpeluh pulak....masa tu dah memang tak larat...dan sahih memang kena demam teruk. Bila badan mula berpeluh rasa sihat sedikit dan tangguhkan ke hospital...kebetulan dah lewat malam sangat dalam jam 11 lebih macam tu.
Pagi kelmarin sebelum anak-anak bangun dari tidur kami berdua dah ke hospital ... ke AL MANA HOSPITAL. Pendekkan cerita mengadu pada doktor bla...bla...bla...bla...so doktor prescribed 4 jenis ubat sebab katanya Norma kena sinus!! Habis sakit seluruh muka dan tengkuk....
Ni ubat yang diberi kelmarin...
FEVADOL (lagi...)
TAVANIC (antibiotik)
AMBOLAR COUGH SYRUP (tak batuk pun doktor tetap bagi)
NASAL SPRAY (untuk hidung tersumbat..alamak tak ada pulak dalam gambar...ada dlm bilik)

Balik dari hospital, selepas makan pagi...terus makan ubat...dalam 2 jam kepala masih pening dan badan terasa suam-suam dan sakit-sakit...tapi memandangkan memang Norma ni pesen demam sakit seluruh badan, so Norma anggap simptom yang biasa. Pening kepala seakan 'hanyut' tu rupanya berlarutan sehingga malam kelmarin dan mata tidak boleh lelap...tak boleh tidur. Sampai Haswadi suruh bawa bertenang, relaks dan tarik nafas panjang-panjang untuk bagi lelap...

Jam 6.30 pagi tadi semasa sediakan sarapan Haswadi dah rasa ringan sedikit kepala ni cuma pening sedikit...hidung tak tersumbat lagi...so ingat macam dah segar...

Jam 10.30 makan ubat sebab antibiotik TAVANIC tu sebiji sekali makan sahaja. Since makan kelmarin jam 10.30 pagi, so pagi ni pun makan jam lebih kurang 10.30 pagi. Selepas tu teruskan masak makanan tengahari gedebak gedebuk kat dapur sambil-sambil baring kat sofa sebab kepala hanyut...jenguk lappy ni dua tiga kali...tup tup tengahari lebih kurang jam 12...kaki dan tangan jadi sejuk, perut jadi keras, kepala hanyut dengan teruk sekali sampai tak berani nak baring sebab terasa macam tak boleh nak tarik nafas panjang....

Astaghfirullah...apa dah jadi ni? Perut semakin terasa berangin tetapi angin tak boleh nak keluar...rasa loya dan macam-macam...yang tak tahan kepala pusing dan hanyut....mula telefon dan sms Haswadi mengadu sampai nangis dalam telefon...sebab takut apa-apa jadi dalam sejam dua nanti...tak ada siapa di rumah.
Teringat juga jiran Nor kat atas, Nor sendiri ada 4 orang anak dan ada anak kecil dan suami juga bekerja...so lupakan hasrat telefon Nor dan telefon Haswadi lagi bagi tahu yang Norma dah tak tahu nak buat apa sebab kepala yang sakit ni dan angin yang menyerang...habis satu badan dilumur dengan minyak Cap Kapak dan minyak angin Afiat yang ada kat rumah ni....

Dalam pada berpusing-pusing jalan dalam bilik sebab tahan sakit, Norma capai kotak ubat TAVANIC tu...dan ambil prescription dalam tu....baca punya baca dalam pening tu terbaca lah "undesirable effect" ubat TAVANIC tu:

nausea...checked
vomitting....not yet
dizziness....checked
rash and itchiness.....nil
headache....checked
upset stomach....checked

So sahih dah...Norma tak compatible dengan antibiotik tu...dalam 15 minit Haswadi sampai rumah seperti biasa...Superman came to the rescue...terus tolong picit sini sana, urut tengkuk...belakang badan....sehingga Norma sendawa ber'dentum-dentum'...punyalah nak describe 'angin' satu badan yang ada ni....
Sambil kena urut, airmata berderai-derai sebab cakap kat Haswadi kalau dah kena undesirable effect ni...jadi apa selepas ni?? Mati ke saya??
Haswadi ketawa berdekah, apa lagi ... bertambah kuat Norma nangis sampai anak-anak datang pujuk dan marah kat abah sebab ketawakan ummi yang tengah sakit.
"Nak mati bila-bila kita boleh mati...kita tak tahu bila..." terang Haswadi...
"Abang ni suka buat lawak walaupun saya tengah sakit macam ni...(sambil dia masih mengurut Norma...)."
"Dah...nak suruh abang nangis jugak dengan sayang ke?" tanya Haswadi...dengan senyumnya...
Haswadi sambung lagi..."Kalau dua-dua nangis kan ke teruk lagi...abang nak senangkan hati sayang...bukan nak buat sakit lagi..."
Okay...fair! Norma boleh terima alasan tu walaupun masih tak puas hati...

Lepas kena urut tu barulah boleh teguk air dan baring...tu pun beranikan diri untuk baring sebab Haswadi dah ada kat rumah...dan siap pesan kat Haswadi...abang jenguk-jenguk juga saya tau kut-kut saya tidur tak bangun terus....sengih lagi dia macam biasa....
Nak ke hospital tak boleh lagi sebab klinik akan dibuka semula jam 4 petang hingga 8 malam. Kalau ke emergency tu boleh, tapi Doktor Ashraff Ibrahim yang prescribe ubat tu tak ada lah...Norma nak jumpa semula doktor tu...so Haswadi suruh Norma tidur dulu...

Pendekkan cerita yang dah macam novel ni... bila jumpa doktor petang tadi...doktor Mesir tu sengih juga...ishh macam Haswadi jugak!!! sabar jela...tapi dia cakap la yang antibiotik tu tak sesuai dengan Norma...dan dia akan tukar dengan yang lain. Periksa blood pressure...okay, demam dah okay, hidung dah tak sakit...kepala aje yang pening lagi.

Sambil diperiksa...Norma memang tak habis mengadu effects yang Norma alami sepanjang hari...dia asyik sengih aje...ntah faham ke tidak tak tahu la...tapi dia tahu Norma cerita yang kepala Norma ni dah macam nak pecah!!!
Norma siap tanya lagi..."How am I going to be sure that the new medication will not cause me dizziness and problems??"
"No..no...this one should be alright with you...stop taking the previous one..." kata doktor Ashraff yang dalam lingkungan 60-an umurnya itu....sambil tersenyum sepanjang masa...
Harapnya dah ada dalam rekod hospital tu yang Norma 'alergi' ngan TAVANIC ni...antibiotik yang sungguh 'kuat' untuk badan Norma terima...lepas ni perlu berjaga-jaga...
Alhamdulillah...secara psikologi...rasa macam dah okay...tetapi semasa menaip ni kepala tak berapa nak stabil....hanyut lagi...cuma tak boleh tunduk je...kalau tunduk...nak pitam rasanya...
Terima kasih kat kawan-kawan yang ambil berat dan nasihat kat Norma ni...InsyaAllah Norma nak sembuh seperti biasa....dan boleh menulis lagi...
Salam pada semua...

Purpleheart diserang demam yang teruk..nak hadap lappy ni pun tak boleh lama...kepala terasa hanyut dipukul ombak Laut Merah....(macam pernah duduk atas Laut Merah tu!)

Dugaan Allah nak bagi...Alhamdulillah Purpleheart terima dengan redha...
Doakan Purpleheart pulih dan sembuh kembali...

Blog kengkawan pun tak sempat nak jenguk...mohon maaf...bila dah sihat....Purpleheart jenguk ye...

Malam ni kelas mengaji...Surah Bayiinah InsyaAllah dah hafal...tapi kepala tak boleh nak tunduk ni...macamana??

Wednesday, July 22, 2009

SEMBANG-SEMBANG PAGI BUTA!!!


Jam dah 1 pagi....internet bukan main laju lagi...ada lagi catatan kembara ke Mekah tapi gambar duk kat dalam handphone Haswadi...tak best la pulak cerita tak ada gambar... Mata ala ala tak ngantuk lagi....tapi dapur tak habis kemas....nak sambung esok ke? Ke nak sidai baju?....tak mau lah...siang nanti boleh sidai...
Tapi...

Nak jugak tulis entry...so ini la hasilnya....
Sekali sekala nak mengeluarkan terus apa yang ada kat dalam kepala ni... Eh...panjang jugak...padahal ntah apa-apa...
Kira hari ini hari Rabu...last day of the week....setakat malam tadi...Haswadi tak ada apa-apa plan lagi for the coming weekend....maybe we will have lunch at Malaysian Kitchen...wow! that sounds nice...I'll let Haswadi know about it ... yes...
Tapi kesian pulak kat dia...dua tiga malam ni memang sangat letih dan mengantuk...tak hilang penat travel agaknya. Kalau tanya..."I am okay..." sokmo itu aje jawapannya. So boleh lah teruskan idea lunch kat Malaysian Kitchen tu....ada sesapa nak ikut???

Monday, July 20, 2009

TERTUNAI SUDAH...catatan 2

Tarikh: 17 Julai - 18 Julai 20090

Lokasi: Madinah

Selain dapat menyempurnakan ibadah Umrah buat julung kalinya, perjalanan kami juga telah dilanjutkan ke Madinah Al Munawwarah, iaitu tempat di mana Rasululullah SAW telah berhijrah setelah keluar dari Mekah. Satu perjalanan yang singkat namun amat bererti. Sepanjang perjalanan di dalam kereta dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, Haswadi tidak putus-putus membayangkan bagaimana Rasulullah berhijrah pada zamannya dari Kota mekah ke Kota Madinah dengan hanya menaiki unta dan berjalan kaki...melalui bukit bukau dan padang pasir batu-batan di bawah panas terik mentari.
Semasa meninggalkan Kota Mekah ke Madinah....Kawasan rehat di sepanjang lebuhraya Mekah-Madinah
Pemandangan bukit batu batan. Di sini tekstur tanah dan warna batuan berbeza dengan kawasan di Riyadh. Batu batan di sini lebih keras dan kasar serta berwarna gelap kehitaman...

Antara bangunan yang cantik di Madinah...macam kat Putrajaya lah...

Bangunan Tabung Haji Malaysia di kota Madinah...

Misi utama rombongan lelaki ke Madinah ialah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi...Alhamdulillah, disempurnakan dengan lancarnya.
Misi mencari hotel penginapan...
Misi mencari hotel lagi di sekitar Masjid Nabawi...

Hotel Manazeel yang lebih kurang 300 meter jaraknya dari Masjid Nabawi. Interiornya sentuhan Turki...
Bergambar kenangan di perkarangan Masjid Nabawi. Masjid yang dibina oleh Rasulullah setibanya di kota Madinah pada tahun pertama hijrah (622M). Kubah hijau di atas masjid tersebut adalah lokasi Makam Rasulullah dan Ar Raudhah...
Rombongan 4 keluarga di tengah bandar Madinah sedang menanti aktiviti seterusnya...
Sesi tawar menawar dengan pemandu van untuk lawatan sekitar kota Madinah...
Akhirnya...yeh!!!! dapat naik van...biarpun berhimpit sesama sendiri, kanak-kanak masih tetap seronok dan gembira...
Destinasi pertama menaiki van ialah ke ladang kurma...
"Okay...jangan lama-lama tau...15 minit aje," kata pemandu van kepada ahli rombongan...
Tengok tuuuu!!!....buah kurma yang sedang masak ranum....
Buah yang dibalut elok menunggu masa untuk dituai...
Taufiq: "Haswadi...apa lagi...tebang sepokok kurma tu...bawak balik Jubail..."
Haswadi: "Mana boleh muat van pak cik tu...kita bawak balik tandan ni aje dah la...buahnya kita beli kat Dates Market je..."
Destinasi kedua ialah Masjid Quba. Antara yang tercatat di situ adalah: "Barangsiapa yang melaksanakan solat di Masjid Quba, seumpama melaksanakan satu kali ibadah Umrah di Mekah..."
Masjid Quba diambil nama sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah.
Di hadapan salah satu pintu Masjid Quba
Dari kiri; Tina, Norma dan Syikin...yang mengambil gambar ialah As, terima kasih As...Haikal: "Tok Ki...apasal Tok Ki duduk tepi pintu ni sambil gosok gigi tu?"
Tok Ki: "Sapa sapa budak nakal yang lompat sana sini dalam masjid, tok ki tangkap dan tok ki berus gigi mereka dengan kayu sugi ni...."
Haikal: "Adik tak nakal...adik dah gosok gigi...."
Aisyah: "Alamak!...Haikal ada paparazi amik gambar kita berdua la...camana ni?? Nanti daddy kita marah..."
Haikal: "Alah Cah....relaks lah...'peace'...sekali sekala gambar berdua tak salah kan? Abah kita tak marah...dulu masa abah ngan ummi kita muda-muda pun selalu amik gambar berdua..."
Masjid Jumu'ah...terletak tidak jauh dari Masjid Quba. Tapak masjid adalah tempat di mana Rasululllah mendirikan solat Jumaat pertama sebaik berada di Madinah selepas hijrah beliau. Beliau kemudian membina sebuah masjid di tapak ini...
Menikmati keindahan binaan 'payung' gergasi di sekitar perkarangan Masjid Nabawi...'payung ini akan ditutup apabila matahari jatuh...sungguh indah sekali...Destinasi terakhir adalah "Dates Market" yang terkenal menjual segala jenis kurma dan manisan yang popular di Madinah ini.

Semoga perjalanan ini menjadi perjalanan bermakna buat semua ahli rombongan. Walaupun masa amat singkat dan terhad...namun kami semua berpuas hati dan jika boleh ingin kembali lagi ke sini...InsyaAllah...

TERTUNAI SUDAH...catatan 1

Tarikh: 14 Julai 2009 - 16 Julai 2009

Lokasi: Mekah

Alhamdulillah, saat-saat terindah yang dinantikan telah pun terlaksana. Sempurna sudah hajat menunaikan Umrah di Mekah. Tiada yang dapat diucapkan dengan kata-kata melainkan mengucapkan Syukur ke Hadrat Illahi di atas ‘kurniaan’ yang tidak terhingga dariNya. Terasa sungguh diri ini kerdil di sisiNya....kagum dengan segala ciptaannya....kagum dengan segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya...bersyukur dengan rezeki kurnianNya. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan selama 5 hari pergi dan balik tersebut. Ianya akan menjadi satu catatan baru di dalam ruang hidup Norma.

Bergambar di hadapan hotel persinggahan pertama di Al Guwaiyiyah...6 jam dari Jubail..

Jemaah cilik dari Jubail yang bersemangat nak ke Mekah...apa la agaknya ada kat sana ye??

Di tempat Miqat di Taif...

Hotel Muhajirin...penginapan kami di Mekah. Pengurusnya Saudara Azman, orang Perak yang sudah 30 tahun di Mekah. Terima kasih tidak terhingga kerana melayan kami sepanjang tempoh kami di sana. InsyaAllah trip ke Mekah selepas ini Norma ambil gambar dengan Saudara Azman...

Di lobi Hotel Muhajirin, Mekah...sebelum memulakan ibadah Umrah...

Norma berdoa agar pengalaman terindah buat kali pertamanya di Baitullah bukanlah pengalaman yang terakhir buat Norma dan keluarga kerana jauh di sudut hati kecil Norma ini telahpun menanam azam dan semangat untuk ke Baitullah lagi. Sudah pun dikhabarkan pada Haswadi hasrat hati ini berulang kali, tentu tidak dihampakannya....Norma tahu sangat...itulah Haswadi!

Bergambar kenangan sekeluarga di hadapan Kaabah...selesai tawaf

Haikal bersama ayah angkat kesayangannya ... tak mau ambil gambar dengan kami, tapi ngan Uncle Taufiq naaak!

Selesai Saie...minum air zam-zam...berliter-liter kami sekeluarga habiskan...

Syukur kepada Allah SWT kerana ibadat ini dapat dilaksanakan bersama-sama anak-anak walaupun mereka masih kecil lagi. Banyak pengalaman dan cabaran menyempurnakan ibadat Umrah ini terutama bersama-sama melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Namun, pada Norma itulah antara pengalaman dan pengorbanan tidak ternilai kepada insan yang bergelar ibu seperti Norma ini kepada anak-anak Norma. Semoga anak-anak Norma menjadi insan soleh dan solehah dan jadikan pengalaman pertama ini sebagai panduan untuk kehidupan di masa mendatang....InsyaAllah kita pasti akan ke sana lagi.

Di atas cebisan batu Bukit Marwah yang masih ada di dalam Baitullah...anak-anak suka sangat main kat sini..

Di dalam Masjidil Haram selepas solat Isyak bersama kawan, Syikin...menanti suami-suami tercinta kat 'check-point'

Norma juga berharap agar pengalaman di Baitullah menjadikan Norma seorang anak, isteri, adik, rakan dan ummi yang lebih baik daripada sebelum ini. Buat Haswadi, suami tercinta Norma...terima kasih tidak terhingga dan kasih sayang tidak berbelah bagi di atas segala pengorbanan beliau untuk kami sekeluarga. Buat rakan-rakan serombongan juga, ucapan penghargaan dan terima kasih kerana bersama-sama susah payah dan senang bersama sepanjang perjalanan ke Mekah dan Madinah.

Menikmati Aiskrim Mekah yang lazat....di sekitar Masjidil Haram....awal pagi subuh lagi gerai dah dibuka...

Mengabadikan kenangan di hadapan Masjidil Haram...

Bersama suami tercinta...semoga berkekalan ke hujung nyawa...mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Masjidil Haram...

Betapa bersyukurnya kita tatkala ini...Bersyukur di atas nikmatNya...

Tuesday, July 14, 2009

PURPLEHEART AKAN BERCUTI SELAMA 5 HARI...

Walaupun Purpleheart (PH) ni bukanlah sehebat Datuk Siti Nurhaliza penyanyi popular tu, tapi Purpleheart tahu rakan-rakan maya yang setia di blogspot ini tentunya akan sedikit kesunyian untuk beberapa hari akan datang. Purpleheart akan 'bercuti' celoteh di blogspot ini bermula 14 Julai 2009 sehingga 18 Julai 2009...(macam minta cuti tahunan la pulak bunyinya).

Doakan Purpleheart sekeluarga dan juga rakan-rakan serombongan yang akan ke Mekah InsyaAllah bermula perjalanan jam 2 petang, hari ini, Selasa, agar memperolehi keberkatan, selamat sejahtera dan memenuhi hajat dan impian untuk Umrah & Ziarah di Mekah nanti.

Untuk kawan-kawan blogger, Purpleheart tak sempat nak jawab kat 'comment', tapi jawab kat entry kali ini ye...

DaliaLiyana: Salam kenal untuk Dalia...dan terima kasih di atas ucapan...nanti kita 'sembang' lagi ye.

Fatin: ex-student yang masih kekal berhubung ngan lecturer 'kesayangan' dia ni...terima kasih dan InsyaAllah semoga semuanya selamat. Mohon maaf banyak dari Fatin...jika selama saya mengajar Fatin...ada kesilapan dan kesalahan yang di luar pengetahuan saya...

Eiyda: mek comel kelantan di Dubai tu, terima kasih...dari Jubail ni jangkanya 12 jam perjalanan ke Mekah jika berkereta... kalau Dubai ke Jubail....tak sampai 10 jam agaknya ye... :-)

Mommyaliff: terima kasih for the wish. InsyaAllah semoga semuanya lancar...how's your cuti-cuti Malaysia?? Mesti best dapat balik kampung...

Untuk mak dan kak long Purpleheart di Sentul tu, keluarga Mie di Paka, jijah di Sentul dan semua rakan yang mendoakan kami di sini....terima kasih tersangatnya...semoga adik (panggilan manja PH) sekeluarga dapat mendoakan yang terbaik untuk kalian semua. Mohon ampun dan maaf untuk segalanya...halalkan makan dan minum kami...

Untuk kawan-kawan jiran tetangga di Mahdood yang 'merindui' Purpleheart celoteh kat blogspot ni..."memang den sibuk kat dapur sepanjang hari....debor takut "rendang gerenti sedap wa cakap lu" tak jadi...so ambil mood sepanjang hari nak masak pagi esok...hahaha...kelakor! kelakor!.

Please...do come again! See ya!

Saturday, July 11, 2009

PERSIAPAN SEADANYA...

Agak sibuk juga di kala ini.
Maklumlah, pengembaraan Jubail ke Mekah hampir tiba...sedikit masa lagi, InsyaAllah.

Petang tadi keluar ke bandar Jubail...misi mencari serai, lengkuas dan daun limau purut....sebab nak masak rendang ayam Selasa nanti sebelum bertolak...bawa bekal makanan untuk makan malam hari pertama perjalanan InsyaAllah.
Daun kunyit?? Tak ada kat sini...kecuali ada yang tanam...Norma cuba juga tanam semasa awal sampai...tapi tidak menjadi...'ibu' kunyit memang tak keluar pucuk langsung...jadinya rendang tanpa daun kunyit. Tak mengapa, apa yang ada ajelah.

Pergi ke Cash n Carry Supermarket di bandar untuk cari bahan masakan tu..Alhamdulillah ada juga...
Ini pemandangan petang Jumaat di bandar Jubail (Jubail Center)...meriah dengan pekerja-pekerja warga asing yang mempelopori tenaga kerja di sekitar Jubail dan Dammam...
Supermarket tidaklah sebesar mana, hanya menjual barang makanan sahaja, tapi tengoklah orangnya...mengalahkan SALE kat SOGO aje rupanya...Norma tak berani masuk kedai kalau macam tu, Haswadi aje yang turun tadi...

Sebelah malamnya tadi pulak, buka kitab dan buku panduan Umrah...maklumlah esok ada kelas mengaji dan agama, Ustazah kata nak buat 'praktikal' Umrah...jadi kena hafal lah segala bacaan-bacaan yang perlu tu. Tambahan pula, ada dua surah ayat Lazim kena hafal dengan tajweed nya sekali.
Apa lagi...dah nama pun pensyarah...menulis nota le jawabnya, dulu kita lah yang sibuk 'bising' kat students..."buat nota! buat nota!...supaya senang ingat," kali ni giliran kita la pulak...sibuklah mencari "flash card" nak tulis doa doa dan zikir yang perlu...

Antara nota ringkas dan doa yang sempat Norma tulis tadi...rasa nak tambahkan dengan bacaan doa-doa pilihan yang ringkas...agar mudah membaca ketika menjalani ibadat nanti...InsyaAllah.

Mata dah mengantuk...Subuh seawal jam 3 lebih pagi nanti...jam 8.30 pagi dah kena tunggu van ke kelas mengaji...sibuk nampaknya...

Wednesday, July 8, 2009

KEROPOK LEKOR DAN MICHAEL JACKSON...

Kelmarin satu hari tiada di rumah. Ada aktiviti kaum hawa di teratak Westwind. Dari awal pagi sebelum Haswadi ke kerja, dah hantar kami anak beranak ke Westwind.
Tema perjumpaan kali ni, KEROPOK LEKOR...kat sini sahih...memang tak ada jual keropok lekor ni, so kawan-kawan di Westwind telah merancang projek membuat keropok lekor di kediaman Puan Nina Wenk.
Makan pagi kami nasi goreng Dira dan ayam Padprik dan Norma buatkan pancake. Sementara makan tengahari, kami sediakan nasi ayam. Seronok sungguh sekali sekala ada aktiviti sebegini...
Balik rumah dah lewat petang setelah makan keropok lekor dan popia goreng.

Dapat tahu pulak pengebumian MICHAEL JACKSON....tinggal habis semua kerja kat rumah dan melayan REMEMBERING MICHAEL JACKSON: MEMORIAL sampai jam 12.30 malam...masih tak habis lagi waktu tu tapi mata dah tak tahan mengantuk. Mata dah bengkak dek menangis tak berhenti sepanjang program tu berlangsung.
Haswadi pun dah malas nak layan...silap-silap dia pun akan menangis sama....sebab Norma tahu Haswadi pun dulu adalah die-hard fan of Michael Jackson...saja tak nak tunjuk. Malas kut nak hadap Norma yang dah meleleh air mata, Haswadi pun tinggalkan Norma dan menghadap lappy dia...
Tambah pulak....the memorial was one of the most heartfelt memorial after Princess Diana that I've watched. I cried all the way from the beginning till late night. The children were asking...why and why?? I just said that Michael Jackson was 'with' me since I was still small. I sang his songs and remembered almost all his songs. My friends and I were used to sing his songs at school... Ingat lagi masa tu di sekolah menengah.
And now he has gone....too soon before I can capture my wonderful 'moments' that I had 'with' him.
Last night's speeches by people whom were closed to MJ, his family members, the songs they sang for him....oh my it was so touchful.
My tears were like a pouring rain when Brooke Shields spoke about how she had wonderful moments and experiences with MJ...they were truly good friend and that MJ was a great person personally.
Speeches by Smokey Robinson, the person whom had opened the door for MJ and his Jackson 5 to fame in the music industry was really amazing. Beary Goody (Motown Founder), Magic Johnson, Shiela Jackson Lee (Americas Congresswoman) has presented the Humanitarian Award to MJ, Martin Luther King III also given his respectful speech to MJ....
I was anxiously waiting for Elizabeth Taylor whom we knew is one of his dearest friends.
She didn't show up...it is believed that Liz Taylor couldn't take the fact that the person whom she loved all her heart and for all her life has gone and it would be a difficult situation for her to face.
Performances by the A-list singers were unexpectedly awesome. Mariah Carey sang like she had never sang before like in any of her concerts or performance...it was just spectacular. The piece by Stevie Wonder remembering MJ...was so touchy. Usher had an uncontrollable and emotional moments during his performance as he cried and paused for a few seconds when he got closed to MJ's casket.
some photos of his children last night
I really hope that I could get over this very soon. I do keep thinking what's music without him being alive? I was so looking forward for his comeback...for all that we know would be the return of the remarkable King of Pop!!