Sunday, December 19, 2010

TERINGIN...TAPI TAK BOLEH DAAA....

Satu perkara yang Norma sangat sangat nak buat tatkala ini...teringin, lama dah rasanya tak lakukan sedemikian...

Agak-agak kalau buat juga kat sini dengan keadaan dan situasi undang-undang negara Arab Saudi ni...boleh ke?? Tak pernah cuba..belum cuba belum tahu kan?

Tapi...ada berani kerr??
*gambar hiasan, ihsan GOOGLE

Berbasikal...seronok, dapat sihat dan cergaskan badan dengan berbasikal ni. Aktiviti sangat baik untuk jantung kita juga.

Tapi di Saudi ni, kalau naik basikal...serupa ini la nanti.....nak??


*gambar hiasan, ihsan GOOGLE...

Kalaulah wanita berabaya dan berburkha naik basikal, rupa inilah gamaknya...haishh...takutlah pulak...

Tuesday, December 7, 2010

APA KHABAR??

uWAaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Nak nangis ni....dah lama tak update blog...akak busy lerrr.

InsyaAllah, Norma masih berada di 'sini'...cuma kurang aktif...baca tetap baca...menulisnya yang tidak... :D

Semoga ALLAH memelihara kesihatan kita, mengurniakan rahmatNYA dan memberkati segala amalan dan ibadah kita....amin.

Sunday, November 7, 2010

MUJUR ADA HADEED...

Jelingan manja Hadeed...comel anak ummi sorang ni!

SubhanALLAH...lama tul tak menulis....tak ada orang dah nak baca ni agaknya...hehehe

Bilalah Norma nak ada mood menulis kembali?? Story dah 'berkepuk-kepuk' tapi tak tahu nak mula dari mana.

Sibuk?? Memang sibuk sesangat ni.
Selepas mandi...detik-detik sebelum rambut dicukur...

Alhamdulillah, Al Hadeed dah 6 bulan sekarang. Cepat betul masa berlalu. Tak sabar nak tengok dia bertatih dan berjalan. Sekarang ni dah sibuk 'angkat punggung' nak merangkak.
Hadeed dah botak lahhhhh..."apasal ringan je kepala ni?"

Baru mampu nak tersenyum setelah ketiadaan rambut...hehehe

Orait!!...boleh tidur lena rambut tak ada ni...

Wednesday, September 15, 2010

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!!!
Norma memohon maaf kepada semua pembaca budiman sekelian, jika ada tersalah kata dan bicara sepanjang menulis di dalam blog ini.

Ucapan Raya pun dah agak lambat ni...
Sibuk sikit sekarang ni. Al Hadeed pun dah pandai bagi 'warning' pada ummi... Tak boleh letak sendirian sangat...dah pandai merengek dan mahu orang menghadap dia... Abang Luthfil dah boleh dukung adik, tapi ummi je yang asyik terjerit-jerit, takut adik tercicir! :)

Thursday, August 26, 2010

ZAMAN DULU-DULU...


Dalam FB...ada kawan-kawan sekolah upload gambar-gambar zaman sekolah dulu. Tersenyum seorang diri Norma dibuatnya...alahai....kelakar nengok gambar dulu-dulu. Tapi zaman sekolah memang zaman paling menyeronokkan buat Norma...how I wish I could turn back time....
Ni gambar kelas 5Sc2...tahun 1991...semasa di tingkatan 5....boleh teka ke Norma yang mana??

Kenangan semasa di tingkatan 5 juga....angkat bendera pusing keliling dalam Stadium tu...tapi tak ingat Stadium Negara ke Stadium Merdeka... Setiap kali sukan sekolah, Sekolah lama Norma dulu buat di Stadium...gempak tu.. Masa tu...dapat pakai 'blazer' kira paling anggun dan hebat la...tu pun blazer sekolah punya...

Bukan calang orang yang boleh bawak bendera keliling padang semasa pembukaan sukan sekolah ni...hehehe...Norma dulu Penolong Ketua Pengawas semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5....garang wooo!

Mengimbau kenangan lalu...ni gambar lagi lama...masa tingkatan 2, tahun 1988. Cikgu kelas dulu, Puan Norfadzillah...kalau tak silap nama beliau...yang kecil molek baju maroon tu. Mana Norma ye?? hahaha....rasa macam si 'gonjeng' la pulak....kelakar tengok gambar ni...

Saturday, August 21, 2010

AL HADEED...

Aksi-aksi Al Hadeed...3 bulan...

Tak de puting...jari pun okay!

Muka kena sakat dengan Haikal...naik rimas Hadeed dibuatnya...
Pandai dah lihat kamera...yeay!! tepuk tangan!

arghhhh....malaslah nak bangun...lepak cam ni boleh tak?





Tuesday, August 17, 2010

PERGINYA MUNIRA MAT YAMAN...

Norma kesedihan. Seorang bekas pelajar Norma semasa di UiTM Dungun, Munira Mat Yaman telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah bekas pelajar Bachelor in Office Systems Management (BiOSM) batch pertama di kampus Dungun.

Norma tak dapat cerita yang tepat tapi dari apa yang dikhabarkan oleh rakannya, arwah Munira baru sahaja mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Beliau dilanggar motosikal ketika berjalan kaki... Arwah baru sahaja menyambut ulangtahun ke-25 pada 5 Ogos yang lalu.

Tak terkata apa dibuatnya. Norma pernah mengajar arwah sekitar tahun 2007-2008. Seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti. Kerapkali Norma mengusik arwah di dalam kelas kerana arwah Munira ni pemalu. Kalau kena panggil namanya dalam kelas...menggeletar badan dia...tapi bukan kena marah pun...memang takut dengan Puan Norma dia ni....
Tetapi itu semua akan menjadi memori indah buat Norma.

Arwah Munira (berbaju biru paling kiri) bersama-sama rakan sekelas dan Norma semasa Majlis Pra-Graduan di UiTM Dungun.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Munira. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau di kalangan yang beriman....ameen.

Tuesday, August 3, 2010

I AM A SUPER MUSLIM...TWO!!!

I AM A SUPER MUSLIM ada lagi...siri ke 2...
Warga anak-anak Jubail sangat teruja dapat berkumpul bersama dengan kawan-kawan.
Mak dan ayah pun tumpang gembira dapat bersembang sejam dua...

Pengisian kali ini ditukar...(kami ikut rotation) supaya setiap kumpulan dapat mengikuti keempat-empat slot yang dirancang/disediakan.
Peserta baru dan lama...semasa taklimat pagi. Ada peserta Malaysia dari Jordan pun join kami kali ini.

Cikgu Ieda Salim (belakang sekali) menjadi sukarelawan siri ke 2 ini...terima kasih Aunty Ieda kerana sudi menjadi tenaga pengajar program! Bestlah cerita Rasulullah dalam CD tu....

Kali ini Norma turut menyumbang menjadi tenaga pengajar...aduhhh... biasa mengajar pelajar muda remaja...kali ni kena kanak-kanak umur 7 - 8 tahun. Norma guna skill yang sama mengajar anak-anak sendiri...supaya tidak kekok...seronok pulak buat FUN CLASS dengan mereka ini.

Antara aktiviti yang Norma sediakan untuk mereka:

THROW THE BALL game. Melatih anak-anak mengingat nama rakan-rakan dan tanamkan sifat percaya dan yakin dengan diri. Dalam game ini, sesiapa yang memegang bola perlu menyebut nama rakan yang akan diserahkan bola dan membaling bola tersebut, rakan itu pula perlu menyambut dengan cekap...jika bola terjatuh...si pembaling perlu keluar/kalah.
MATHS game. Beberapa set nombor dari nombor 1 hingga 9 disediakan (flashcard). Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Norma akan menyebut satu nombor. Setiap kumpulan perlu mencampurkan mana-mana 2 kad nombor untuk mendapatkan jumlah nombor yang Norma sebutkan tadi. Kumpulan yang paling awal datang menyerahkan kad-kad yang tepat, adalah pemenang.
MEMORY game. Norma sediakan 10 barang/items. Peserta-peserta diberi masa 5 minit untuk mengingat kesemua barang. Kemudian Norma sorokkan barang dan beri masa 5 minit untuk semua menyenaraikan kesemua 10 barangan yang mereka lihat tadi. Kelakar sangat masa ni....sebab barang yang tak ditunjuk pun masuk senarai...sabar je la...
READING SESSION....The Gingerbread Man. Norma sediakan mini books, untuk sesi membaca. Setiap orang perlu membaca satu muka surat Gingerbread Man story tu. Biasalah ada yang boleh membaca ada yang tidak. So nasihat Aunty Norma, everyone must read a lot at home. Read a page a day okay!
Kumpulan "tiger"
Macam-macam gaya menulis...tetapi Norma bersyukur sangat, walaupun ini sahaja yang terdaya disediakan oleh kami untuk anak-anak, Alhamdulillah...mereka tidak kira semua itu. Yang pasti mereka gembira dengan apa yang mereka lalui dan pelajari. Mudah-mudahan memperolehi sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Dapat lollipop sumbangan Aunty Zalipah...thanks aunty!...next time bring us more okay! It was a fun class anyway!!!
Apalah yang diajar tu Aunty Norma?? Macam mengajar students UiTM la pulak...
Antara ibu-ibu Jumanisaa yang menjadi sukarelawan menghidang makanan untuk peserta. Memang meriah kali ini sebab banyak juadah yang disumbangkan kepada anak-anak, selain makanan utama nasi ayam yang ditempah khas dari Kak Adawiyah. Ada kek coklat, lollipop, keropok sayur, sausages, dan macam-macam lagi.

Tenaga-tenaga kerja yang sama-sama 'menyenseng' lengan menguruskan program hari itu. Kebetulan, tuan rumah Kak Bashiran sekeluarga ke Madinah, jadi kami memang amat bersyukur dibenarkan menggunakan kediaman beliau. Alhamdulillah kami bersihkan segalanya sebelum meninggalkan rumah tu. Thanks a lot to you Kak Bashiran.
SuperDads!! apa lah topik hangat pagi tu ye??...and of course my SuperBaby!...Hadeed dicelah-celah kaum bapa tu...

Sesi kali ini, tak dapat nak ambil gambar kumpulan yang lain sebab Norma kena duduk dalam kelas. InsyaAllah next session pulak ye.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini.

Saturday, July 31, 2010

BUAH TANGAN...with love!!!

Dalam kesibukan menulis cerita aktiviti-aktiviti yang berlangsung semenjak dua menjak ini, Norma nak buat entry khusus untuk ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Norma yang memberikan buah tangan macam-macam...terutama yang baru pulang dari Malaysia. Terima kasih tak terhingga di atas ingatan dan buah tangan tersebut...
Baju kaftan (tiada dalam gambar), cili kering, belacan, sirap ros, rempah kari dan rempah kurma...dari Kerteh

Daun kunyit (boleh buat rendang unta seekor nih!), Daun kesum dan dodol...dari Kuantan

Kuih lipat frozen...dari Jubail...


Semoga ALLAH memurahkan rezeki rakan-rakan sekelian.

Saturday, July 24, 2010

I AM A SUPER MUSLIM...


Program anjuran Jumanisaa yang julung kali dilaksanakan...akhirnya dengan tenaga beberapa rakan ibu-ibu Jumanisaa dan tak lupa juga kaum bapa-bapa yang menyokong penuh program ini, program I AM A SUPER MUSLIM berjaya dijalankan...Alhamdulillah...

Ianya berlangsung di kediaman Dr Bashiran dan Encik Mohd Rafik di Al Dareen Sector, Jubail. Pasangan suami isteri yang sangat bermurah hati membenarkan Jumanisaa menggunakan rumah mereka sebagai tempat program. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi mereka...

Tarikh: 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi
Peserta: 5 tahun sehingga 17 tahun (sejumlah 45 orang kanak-kanak dan remaja dari 21 keluarga yang terlibat)

Norma akui ianya bukanlah satu projek besar-besaran apatah lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada program tersebut, namun dengan tenaga dan kerjasama ahli Jumanisaa yang ada...maka terhasillah sesuatu yang boleh kami di Jubail ini banggakan...demi melihat anak-anak Malaysia di Jubail ini memperolehi sesuatu yang boleh memberi manfaat di dalam kehidupan mereka, terutamanya sewaktu Summer Break di Saudi ini.

Pengisian program terbahagi kepada 4, iaitu Fardhu Ain (2 slot), Motivasi dan Pengukuhan Diri serta Fun Class (learning the fun way!)...

Kita layan gambar-gambar program dan cerita ceritinya ya...

Semasa sesi taklimat sebelum program bermula...

Puan Nina Wenk (Presiden Jumanisaa) mengalu-alukan kehadiran kedatangan peserta program.. (dah macam ustazah bagi ceramah la pulak...syabas Nina!)

Norma sedang menyampaikan peraturan program yang perlu diikuti oleh semua peserta...sementara diperhatikan oleh Kak Maesta...

Antara anak-anak Malaysia-Jubail yang hadir...

Luthfil tidak ketinggalan...excited teramat

Nadhrah juga bersama rakan-rakan yang lain...
Sesi kumpulan 9 - 11 tahun sedang berlangsung, topik slot Fardhu Ain oleh Aunty K ialah Siirah Rasulullah dan kisah Surah Al-Fiil...syabas Kak K!

Ni pula sesi kumpulan remaja 12 hingga 17 tahun, fasilitatornya ialah Puan Neeza...motivasi dan pengukuhan diri....syabas Neeza!

ala la la...tomeiinyeee peserta-peserta 5 hingga 6 tahun ni... belakang Haikal tu anak dara Dr Bashiran...ala-ala Preity Zinta gitu...padan le Haikal senyum manis ye...
Aunty Maesta mengambil alih FUN CLASS...memang fun...siap boleh main boling lagi masa ni...story reading, coloring...drawing...for the 5 -6 years kids...syabas Kak Maesta
Aunty Bashiran juga mengendali sesi Ibadah Solat...menunjuk ajar Siti Aisyah, Sobhan, Inas dan Aeisyah cara yang betul mengambil wudhu'
Nadhrah dan Ustaz Syed...doa selepas wudhu' tu...

sesi kumpulan 7 - 8 tahun, Ibadah Solat dan bacaan dalam solat... Dr Bashiran juga menjemput ustaz Syed (yang mengajar anak-anak beliau mengaji) untuk sama-sama menyumbang tenaga dan ilmu di dalam program tersebut. Syukran Jazillan...
ibu-ibu yang memberi sokongan moral kepada anak-anak dan program...best and sporting la...

jamuan pagi nasi lemak dan teh tarik oleh Kak Adawiah...terima kasih kepada kak Adawiah. Nasi goreng, kuih muih juga dibawa oleh ibu-ibu ini...(ihsan gambar dari FB Rohani Mustafa)


Kaum bapa yang mengadakan sesi perbincangan sendiri...sembang juga lah tu...terima kasih banyak kerana menyokong sepenuhnya program ini(ihsan gambar dari FB Nina Wenk)
makan meehoon goreng semasa waktu rehat...sukaaaanyaaa diaaaaa.....syabas u all!!

Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada banyak lagi ruang yang perlu kami perbaiki. InsyaAllah di lain kesempatan, pihak Jumanisaa akan perbaiki dan memberi penambahbaikan kepada program ini agar ianya lebih berfaedah kepada para peserta...

Sekalung budi dan penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat, Dr Bashiran, Ustaz Syed, Kak K, Neeza dan Kak Maesta...semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi lagi...

**terima kasih kepada Nina dan Ani Firdaus di atas ihsan beberapa keping gambar daripada laman FB kalian**