Wednesday, March 31, 2010

ORANG YANG SUKA BERI ALASAN...satu pandangan

my question is "HOW CAN A PERSON...A VERY CONSCIOUS-MINDED PERSON COULD LIVE ALL HIS/HER LIVES WITH EXCUSES???"

tajuk ni tak berkenaan dengan sesiapa yang Norma kenal ataupun tak kenal...tetapi satu persoalan yang tetiba je datang.

Maksud lain soalan itu ialah "Bagaimana seseorang yang waras fikiran dan pemikiran boleh hidup dengan memberi alasan semata???"

Kita biasa mendengar orang memberi alasan, kita sendiri pun biasa memberikan alasan.

Kenapa manusia memberikan alasan...waemah apa situasi sekalipun??

Kenapa ada TAPI atau 'BUT' dalam kehidupan kita?? sebagai seorang manusia yang hidup dalam masyarakat, tentunya kita sendiri akan sedar jika kita acapkali memberikan alasan terhadap sesuatu yang diharapkan daripada kita...mesti satu hari nanti kita akan sedar jugak yang kita "always get things out of the way"...licik sekali mengelak daripada sesuatu situasi dengan hanya memberi ALASAN!!!....

Bagaimana pula anggapan orang lain terhadap kita jika kita asyik dengan ALASAN??
Kita akan dicop tidak boleh dipercayai, unreliable, tidak boleh diharapkan, sering melakukan kesilapan dan kesalahan sebab tu selalu bagi alasan, deniable atau sentiasa tidak boleh menerima hakikat sebenarnya...

Jadi jika kita selalu menidakkan sesuatu hal atau situasi dengan memberi ALASAN atau EXCUSES...apa yang kita rasa sebenarnya??

Sebagai contoh: Jika anda adalah salah seorang ahli di dalam organisasi, tetapi anda menidakkan kehadiran dan penyertaan anda sebagai ahli organisasi tersebut....seperti biasa dengan memberi ALASAN bertimpa-timpa...cuba tanyakan pada diri anda,
  • "Adakah anda layak terus berada di dalam organisasi tersebut??"
  • "Adakah anda layak dihormati sebagai ahli?"
  • "Adakah anda penting di dalam organisasi tersebut?"
  • "Apakah sumbangan anda terhadap organisasi tersebut jika hidup anda penuh dengan ALASAN semata dan tidak menyertai aktif di dalam aktiviti organisasi tersebut?
  • Adakah anda mengambil tahu dan kisah terhadap perjalanan organisasi?"
Jika anda boleh menjawab TIDAK kepada semua soalan di atas....cerminlah diri anda dan letakkan diri anda di posisi yang betul....yakni...berada di dalam organisasi atau dengan hormatnya keluar! Anda tidak lagi diperlukan dan tiada siapa kisah akan diri anda lagi...kerana anda boleh terus hidup dengan memberi ALASAN seumur hidup anda...tiada siapa perlu lagi terhegeh-hegeh menarik anda kembali ke dalam organisasi tersebut kerana tiada siapa lagi yang sanggup menerima ALASAN-ALASAN anda itu!!!


Tuesday, March 30, 2010

AKTIVITI HARI INI...

Alhamdulillah...
Dah dapat tukar 'kulit'...nak refresh balik minda, bila tengok benda baru...mesti akan timbul semangat baru.
Kenapa pink jugak? Entahla...sedap aje mata ni memandang. Tapi takpe...template ni boleh tukar kalau nak ubah 'pemandangan'.
Kepada sesiapa yang masih lagi mengikuti blog PURPLEHEART ni ...anda tidak silap, masih yang sama....cuma tukar kulit sahaja. Jadi jangan lupa untuk singgah lagi ye.
Kepada yang baru singgah menyinggah...Selamat Datang ke PURPLEHEART...

Hari ni Norma menghadiri JAMUAN JUMANISAA, aktiviti yang dijalankan buat kaum-kaum ibu di Jubail ni. Maaf, gambar belum nak ada lagi sebab kena tunggu kawan-kawan upload dulu, nanti Norma letak di sini ye. Kali ni ramai sungguh para ibu yang menghadiri jamuan pagi ni. Ada mencecah 25 orang ... jamuan diadakan di rumah Tuan Presiden KRMJ dan isteri beliau Kak Mala yang mengendalikannya.
Pelbagai juadah hidangan mengiringi menu utama tuan rumah, Laksa Penang dan Lontong. Yang lain...MasyaAllah...pelbagai jenis, pulut kuning, rendang, mihun, Mushroom Soup, Puding Raja, rojak petis, pelbagai manisan, kuih lapis, kuih bakar, talam ubi, kek, puding dan agar-agar dan tidak lupa buah-buahan....Alhamdulillah setiap ahli pulang kekenyangan....
Sesekali berjumpa pelbagai cerita dan kisah dikongsi bersama. Seronok bukan main lagi...walaupun ada yang terpaksa melayan juga kerenah anak-anak kecil yang dibawa bersama, tetapi semuanya berjalan dengan lancar.
Sejak akhir-akhir ni kerap juga JumaNisaa ni berkumpul....dalam tempoh 2-3 bulan ini...ada dekat 3 kali perjumpaan sebegini dijalankan.

Norma pula, selagi termampu, akan terus sertai....selagi belum bersalin ni...dapat rasa makanan sedap-sedap yang kawan-kawan sediakan. Dah dalam pantang nanti...semestinya tak boleh nak join aktiviti sebegini sementara waktu.

Tadi terfikir-fikir...hujung minggu sehari lagi, Norma rancang nak beli kamera baru....kamera handphone tu dah jammed. Tu yang susah nak snap gambar. Kamera yang ada pulak...besar gedabak...tak handy betul walaupun canggih. Haswadi sendiri pun tak terpakai...duk terperap dalam drawer. Mana taknya...masa beli dulu bukan main lagi sebab canggih...tetapi tidak praktikal kepada penggunanya. InsyaAllah kalau dapat elaun bulan Mac ni, Norma nak beli kamera yang boleh digunapakai dengan praktikalnya...

Monday, March 29, 2010

Opppsss....akak silap dek nun!

Buat hal la pulak blog ni.

Maaf kepada yang singgah...tetiba ada template Merry Christmas ... InsyaAllah nanti Norma akan baiki...ni kes trial and error template baru la ni...

kelakor kelakor....jadi pulak tu...tapi ntah apa-apa.....

TIK TOK...TIME IS TICKING...

Boleh menarik nafas lega. Tetapi hari semakin beransur...semakin dekat. Kelmarin pergi check up...baby dalam kandungan Alhamdulillah okay...ummi dia je tak okay...sebab dah sakit sakit satu badan...hehehe...Dr Bella kata baby dah duduk di posisi yang selesa...tunggu cukup masa nak keluar. Memang sejak scan 2 bulan lepas...baby dah ke arah bawah...semalam check dah memang tak gerak tempat lain lagi dah...InsyaAllah semoga baby sabar di situ dan cukup masa...boleh keluar ye...

Minggu ni minggu ke 32 nak masuk 33...pengalaman bersalinkan abang-abang dan kakaknya...minggu 37-38 dah bersalin...tapi tu masa ummi sibuk turun naik tangga kat UiTM tu...mengajar...sekarang ni ummi duduk depan TV je...hahaha....InsyaAllah kalau boleh nak mudah dan dipermudahkan seperti yang terdahulu.

Cuti sekolah anak-anak di sini dah pun bermula...their Spring Break. Dua minggu. Perancangan cuti, abah je yang sibuk plan...ummi macam "setuju dalam diam" tak berani nak kata apa...tunggu je bila sampai masa yang dirancang...kalau ummi kata ummi tak larat dan tak mampu...maafle abah and anak-anak....kita jenjalan kat Fanateer Mall dan Huwaylat Mall je la...


Ini gambar tahun lepas, bersama Dira dan anak-anak beliau, Adam dan Aisyah (paling muka sebab malu ye). Dira dan anak-anak akan meninggalkan Jubail dan kembali ke tanahair Rabu ni. Suami beliau je yang tinggal...setelah setahun lebih di sini, Dira kembali ke tanahair untuk meneruskan perniagaan keluarga beliau. Kak Norma ucapkan selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih tidak terhingga kerana menjadi rakan, adik dan sahabat kami di sini...walaupun sekejap tetapi rasanya dah jadi semacam keluarga sendiri. Juga, kak Norma mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika selama perkenalan ada kesilapan dan kekurangan diri kak Norma.
Semoga ceria dan bahagia dengan apa yang bakal dilakukan. Bila ada peluang bercuti, datanglah jenguk kami di Jubail ni...

Wednesday, March 17, 2010

SYUKUR...

Kini ku kembali...di sini...
Memori...
ha...lagu Shiela Majid tu...ingat ingat lupa lirik...tetapi melodi ingat.

ni pula, gambar pernikahan Umie Aida di Masjidil Haram...hebat!! semoga berkekalan sepanjang hayat dan diberkati ALLAH SWT selalu. Norma tak pergi pun...sebab tak kena jemput...kalau tahu dia nak nikah di situ...boleh jugak jenguk-jenguk...hehehe...Tahniah Umie Aida!

Salam siaran sekali lagi...ni bukan warta berita tetapi coretan semata.

Pagi tadi sempat 'berbual' dengan kawan lama di Facebook. Yang bagus pasal Facebook kita boleh track kawan-kawan lama. Yang tak bagus...Facebook terlampau terbuka...boleh tulis apa saja dan kata apa saja pada sesapa saja....tak sedap sikit la bab tu.

Tapi apa aje pun fatwa pasal Facebook...setakat ni Norma masih lagi menggunakannya untuk menanya khabar saudara mara dan rakan taulan.

Yang seronok....bila selalu sengih seorang diri bila membaca pelbagai kisah kehidupan orang. Yang baik kita jadikan panduan yang kurang baik tu kita letak tepi aje la.

Tukar topik...di Jubail sekarang ni sudah kembali panas dan hampir setiap hari penghawa dingin terpasang. Nak buka tingkap seperti biasalah...tak larat melawan debu pasir yang senantiasa ada di sini. Terpaksa tutup juga tingkap...

Hari ni 17 Mac 2010...beberapa keluarga akan pulang ke tanahair untuk bercuti, tak kurang juga sebuah keluarga yang berpindah semula ke Malaysia setelah setahun lebih di sini. Si suami mendapat kerja di tempat baru...nun jauh ke Nigeria tu. So isteri dan anak-anak ambil keputusan menetap kembali di Malaysia.

Yang pulang bercuti mengahwinkan anak pun ada, yang pulang cuti suka-suka pun ramai...lenganglah sikit rakyat Malaysia di Jubail 2-3 minggu akan datang ni. Yang mengerjakan umrah pun ada juga...pakat jalan belaka mereka ni.

Norma??? alahai...duduk sini tak gi mana-mana pun. Layan perasaan aje. Sementara menunggu 1 April nanti....sebab anak-anak cuti sekolah. Tetapi rancangan tak ada lagi...tak sure mampu berjalan cuti-cuti Saudi ke tak....maklumlah...keadaan sekarang ni...akak tak larat!

Malam ni ada usrah mingguan seperti biasa, Rabu malam....niat nak hadir sebab hari ni rasa macam okay sikit...maknanya segar sedikit...kelmarin dah berhempas pulas 'mengerjakan' baju yang selambak melipat dan menggosok...malam tadi Norma memang 'collapsed' ... pagi ni Alhamdulillah segar sikit.

Nak masuk dapur jap...masak tengahari...sup ayam dan sayur je ari ni...favorite menu anak-anak...

Thursday, March 11, 2010

SETAHUN DI BUMI SAUDI!!!


Alhamdulillah...kelmarin 10 Mac 2010...genap usia setahun Norma dan anak-anak berada di bumi Saudi ni.
Seingat kami, tahun lepas 10 Mac 2009, jam 9.00 pagi kami selamat tiba di Lapangan Terbang Dammam, Arab Saudi. Masa tu cuaca ala-ala sejuk...angin dan berdebu.

Setelah setahun, dah semacam biasa dengan cuaca di sini. Sekarang ni pun musim sejuk tetapi dah mula rasa hawa panas...sebab di dalam rumah dah mula pasang penghawa dingin.

Celebration genap setahun?? Tak ada la nampaknya...si abah sibuk dengan kerja. hujug minggu pun kerja...cuma cuti hari Jumaat sahaja. Semakin sibuk dengan kerja gayanya...so Norma tak boleh lah nak 'merengek-rengek' nak ke sana sini....kesian kat Haswadi penat ke kerja. Anak-anak pun terpaksa make-do dengan keadaan sekarang...2 minggu lagi exam Term 2 pulak...tak habis-habis dengan exam...so eloklah kalau tak berjalan atau bercuti...boleh rehat dan ulangkaji.

Mulai 1 April ni sekolah JIS akan bercuti Term Break...untuk 2 minggu. Pertengahan April baru masuk sekolah semula. Haswadi ada bertanya nak ke mana-mana tak cuti ni...emmmm Norma tak tahu nak jawab apa...sebab by April dah masuk 8 bulan lebih kandungan ni...entah larat nak travel lagi ke tak?? Kalau nak travel pun yang dekat-dekat aje...tapi tak boleh nak janji...kena tunggu bulan April juga dan lihat keadaan macam mana dulu.

Pagi ni dah siap masakkan bihun sup untuk anak-anak. Ummi pesan dah, untuk sarapan dan makan tengahari...sekaligus. Lagipun petang ni ada jemputan makan di rumah kawan sempena berpindah ke rumah baru. Walaupun nak ke jamuan, perut anak-anak mesti diisi juga dahulu di rumah. Bukan apa, mereka ni kalau dah jumpa kawan-kawan nanti tak ingat nak makan...baik makan siap-siap kat rumah.

Malam ni pulak dah janji dengan Haswadi bawakan Luthfil untuk mencari bahan-bahan projek sains dia. Nak buat VOLCANO....untuk Science Fair Isnin depan di sekolah. Petang esok lepas Asar dah janji dengan rakan sekelasnya Najman untuk buat bersama-sama.

So hujung minggu ni walaupun tak berjalan jauh pun...rasa macam tak cukup masa...ada sahaja perkara yang nak dilakukan.

Kesimpulannya, setelah setahun berada di sini, Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Adakala sibuk adakala tak tahu nak buat apa. Kalau di Malaysia pun rasanya serupa jugak...cuma keadaan geografi aje yang berbeza...kami tetap seperti biasa...tak ada lebih tak ada kurangnya....Alhamdulillah. Kalau ada pun cabaran dan rintangan, rasanya ianya tidak mengubah pendirian dan cara kami. Yang penting hati perlu sentiasa cekal, berfikiran positif dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik...InsyaAllah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kami di sini agar dapat terus mencari rezeki di bumi orang ini. Itulah harapan kami.

Sunday, March 7, 2010

MENCARI MOOD YANG HILANG NTAH KEMANA??

Sebulan? 2 bulan?...alamatnya sampai setahun lah bersawang blog PURPLEHEART ni kalau tak update. Mana pergi mood menulis pun tak tahulah. I guess I've been very busy...busy teramat. Every hour and every minute counts nowadays. Termasuklah...masa berehat sebab bila dah masuk 7 bulan kandungan ni...lagi banyak masa diperlukan untuk berehat. Maklumlah semua kerja rumah perlu dilakukan seorang diri....hmmm sabar jelah.

Aktiviti sana sini situ...di JUbail ni masih berjalan dengan lancar. Cuma kelas agama yang Norma ikuti setiap minggu tu dah sebulan cuti, sebab 'pelajar'nya bercuti...ada yang ke US, ada yang balik Malaysia, so Ustazah benarkan cuti sebulan.

Selain daripada tu...persekolahan anak-anak pun dah masuk penggal ke-2...tak lama lagi exam untuk penggal ke-2 ni pulak...in between asyik dengan Assessment@test....tak senang duduk ummi dan abah dibuatnya.
Dalam pada tu ada aktiviti di sekolah juga, Sukan, Science Fair, Parents-Teachers Meeting, Mesyuarat Parents Council dan beberapa aktiviti Parent Council yang Norma perlu sertai.
Memang betul boleh mengaktifkan diri dengan penuhi pelbagai aktiviti ni, tetapi at the end of the day...diri sendirilah pulak terlepek...penat dan letih...aduhai...mana lah pergi semua energy dulu ni. Mengandung anak pertama hingga ketiga....Alhamdulillah berjalan dengan lancar...bertenaga dan aktif sehinggalah waktu bersalin, yang keempat ni lain sikit....manja sikit...ummi kerap letih dan penat....hmmm tanda 'penuaan' yang ketara nampaknya. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan sehingga selesai melahirkan....Ameen.

Layanlah beberapa aktiviti terkini yang sempat Norma kisahkan di entry kali ni...
Sukan Boys School...depan sekali, Najmi anak bujang Shikin Taufik (Sejernih Kasih) dan Shakir anak bujang Hj Saba sedang berjalan di perbarisan...
Luthfil Hasif dengan acara larian 'pass baton'...larat ke anak ummi ni lari??
Anak-anak UmmiDin ...beraksi untuk pertunjukan Taekwando dna Kung Fu...
Antara aktiviti anjuran Parents Council (PC) yang kami anjurkan...Debate Competition...hebat-hebat pelajar ni...ni team yang menang pertandingan tu
Ni pula team yang ditewaskan, tetapi mereka hebat juga...
Penyampaian hadiah, bertudung oren tu Salma Raheem, Presiden Parents Council JIS, Madam rambut perang tu pula...Mrs Hazamy, Pengetua untuk Girls School.
Antara pelajar-pelajar Grade 6 - Grade 8 yang menjadi penonton pertandingan untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta...adalah terselit sorang dua anak2 Malaysia kita tu...