Tuesday, June 29, 2010

POK PEK... POK PEK...

Aktiviti biasa di pagi hari atau pulang dari sekolah...kerumun Hadeed...naik lemas baby dibuatnya...semua sayang Hadeed...

Hari berganti hari, tup tup dah masuk bulan Ramadhan...sekarang ni sibuk lah nak mengganti puasa, mencari baju raya, menempah langsir dan ada yang dah siap-siap tempah kuih raya lagi...tu mungkin suasana di Malaysia lah...tidak di sini...sabar je la...

Bagi Norma...kehidupan di sini dah jauh berbeza...tiada lagi aktiviti-aktiviti seperti itu...kecuali kalau ada tertinggal puasa...wajib ganti la. Kalau di Malaysia mesti sibuk dah nak ganti langsir baru kat rumah tu...tahun ni masuk tahun ke-4 rumah kami di Sura Hujung tu...tak pernah lagi mengganti langsir...kesian lak tinggalkan rumah tu... sedih ni. Kami sempat duduk 2 tahun je di rumah tu.
Rasa macam nak terbang balik ke Dungun ...nak buka semua tingkap rumah tu luas-luas...nak memasak di dapur, nak menyiram pokok bunga dan macam-macam lagi.

Di Jubail ni...apalah sangat persiapan sebegitu...agak sukar nak melakukannya...tambah-tambah nak tempah baju kurung raya....mana ada tukang jahit yang pandai buat baju kurung...pernah dah Norma cuba bawa contoh ke kedai jahit di sini (yang semuanya lelaki...Indian)...ada yang menolak...ada yang sampai 2 bulan baru boleh siap katanya...so banyak kerenah sangat...tak apalah...Norma pakai je la baju kurung yang ada ni. Lagi pun di sini memanjang dengan 'abaya' @ jubah hitam....tak berapa nak pakai baju kurung kecuali ke majlis-majlis anjuran rakyat Malaysia je la.

Langsir?? Ni pun satu hal...duduk rumah sewa je...kalau rumah sendiri...sedap juga nak ganti-ganti langsir...dah le menempah langsir pun satu hal....banyak tempat tempah langsir di sini...tapi payah sikit...masalah komunikasi..."ana mafi Arabic..." so nak cakap dengan tukang jahit macam itik ngan ayam... Dapat sekali je tempah hari tu...cukuplah...pakai lah langsir ni sampai bila-bila pun...

Raya tahun ni...sekali lagi tak balik Malaysia lagi nampaknya...passport Hadeed belum tahu bila siapnya...jangka 2 bulan...tak sempat lagi la tu. Tapi Haswadi dah mula bagi rancangan...nak balik winter break nanti 24 Disember hingga 7 Januari....InsyaAllah tiada aral...kami balik la. Tapi nak balik lama sikit la rasanya...dalam sebulan gitu...bukan apa...macam banyak je benda nak dilakukan...semuanya dalam kepala...ntah tertunai ke tidak?...

Hari ni pula, hari terakhir anak-anak bersekolah...sebelum bercuti "summer break" hampir 3 bulan. 25 Spetember 2010 nanti baru sekolah dibuka untuk tahun baru. Ummi jadi 'gabra' ni sebab nak cari aktiviti yang boleh diisikan semasa musim cuti.
Luthfil...luthfil...muka kamu sorang je dah penuh lens kamera ummi...
Nadhrah dan Haikal yang tak boleh dipisahkan...

Antara misi utama cuti sekolah ni, kedua-dua Luthfil dan Nadhrah perlu tamatkan Iqra' (mengaji) mereka yang dah tertangguh agak sekian lamanya...adoiii.. Beberapa hari yang lalu dah suruh mereka buat "perjanjian"... dan tetapkan "matlamat"..."perlu tamatkan Iqra dan mulakan mengaji Muqaddam" semasa cuti sekolah selain menghafal surah-surah pendek. Bagi Luthfil yang dah besar tu...kiranya agak lambat dah...sepatut dah boleh membaca Al Quran...tetapi Norma kena sabar dengan momentum Luthfil ni...nak kena pujuk rayu dan berlembut habis kalau nak suruh dia buat sesuatu...dan lambaaaaaaaaaat sangat nak bertindak. Walaupun dia boleh dah menghafal surah terutama untuk solat, tapi banyak lagi yang perlu ditingkatkan.
InsyaAllah, misi ini perlu diteruskan. Tambahan pula, guru mengaji Luthfil dah nak bersalin...jadi ummi perlu ambil alih tugas mengajar semula.
Nadhrah memang pandai jaga Hadeed...

Selain daripada tu...ummi serah kat abah...sebab kalau nak plan bawa jenjalan ke mana-mana...ummi tak mampu, kalau ummi boleh drive di sini, tak apa juga...tiap-tiap petang boleh gi jalan...ni abah seorang aje yang boleh buat tugas tu...so kena ikut waktu abah...

Saturday, June 19, 2010

KAWAN DARI MALAYSIA....

Selepas seminggu menerima kunjungan Anis sekeluarga dari Yanbu, Norma terima lagi kunjungan rakan. Kali ni dari jauh sungguh...dari Malaysia. Azlina datang ke Jubail bersama ibubapa dan anak-anak bercuti kerana suami Azlina bekerja di sini juga.

Azlina kawan Norma semasa sama-sama mengajar di UiTM Dungun dulu. Tetapi beliau dah berpindah ke UiTM Shah Alam. lebih 3 tahun tak berjumpa beliau. So seronok juga dapat bertemu Azlina dan anak-anaknya yang sudah besar-besar. Dulu aunty Norma jumpa you all kecil lagi...sekarang ni dah jadi anak dara dan orang bujang.

Jemput mereka sekeluarga makan malam di rumah. Norma sediakan ikan tenggiri masak lemak cili api, daging masak kicap, sambal belacan, ayam goreng dan ulam-ulaman. InsyaAllah bila berkunjung lagi ke Jubail melawat hubby tercinta, jangan lupa singgah ke rumah Norma lagi ye.

Tiada gambar untuk dilayan kali ni sebab kami sibuk bersembang...tetamu dah pulang baru teringat macam ada yang kurang...laaaa tak ambil gambar rupanya...next time maybe.

Ni sedang menunggu pulak mak saudara bongsu Norma yang katanya nak datang ke Saudi, bercuti....mak busu call yesterday kata nak datang lepas Aidilfitri...ohhh lambat lagi la busu....sedap sikit masa tu...musim nak masuk winter....

Tuesday, June 15, 2010

KAWAN DARI YANBU...

Kembali lagi...tapi nak update cerita dah lama sikit lah. Lebih kurang 2 minggu lepas, Norma menerima tetamu jauh....dari Yanbu, Arab Saudi. Teman lama kami yand dulunya tinggal di Paka Terengganu. Dahisham dan Anis sekeluarga.

Dahisham sepengajian Haswadi masa muda-muda dulu (eh...dah tua ke sekarang ni??)... isterinya, Anis pula nak dijadikan cerita adalah rakan sepengajian Neeza zaman muda remaja dulu, kawan Norma yang tinggal di Jubail ni. Dahisham dan Anis Norma kenal sejak berkahwin dengan Haswadi kerana Dahisham ni rakan baik Haswadi, sama belajar, sama-sama ke luar negara, sama-sama bekerja di Petronas di Kerteh dulu dan sama-sama berhijrah di bumi Anbia' ini mencari rezeki.

Ni la dinamakan 'circle of friends'....kecil aje dunia ni dirasakan apabila kita mengenali orang yang sama. Beberapa kali juga terjadi di mana Norma berkongsi rakan dan kenalan dengan beberapa orang...pusing-pusing kut tu juga...

Alhamdulillah, semasa kunjungan Anis sekeluarga ke Jubail kerana menemani Dahisham yang ada urusan di sini, sempatlah Neeza dan Norma mengajak mereka ke rumah. Malam pertama, makan malam di rumah Neeza dan malam kedua pula di rumah Norma. Seronok sesekali bertemu rakan lama, last Norma jumpa Anis adalah sebelum mereka ke Saudi ni. Anis ke sini dulu baru Norma menyusul tetapi di dua tempat berbeza.

Bilalah agaknya dapat ke Yanbu tu menziarahi mereka pula. InsyaAllah satu hari nanti.
Kami tiga sekawan, bila lagi dapat bergambar sekali macam ni?
Malam tu Norma masak simple aje, ayam kicap, sup sayur, ikan masin, sambal tempoyak dan ulam-ulaman.
Malam tu aje ada 3+4+4=11 orang kanak-kanak...dewasa 6 orang je...meriah!


Tuesday, June 8, 2010

SATU PETANG DI STUDIO GAMBAR....

Petang tadi...satu family bersiap nak ambil gambar. Kena pergi ke studio gambar sebab nak buatkan gambar Iqamah yang baru dan gambar untuk passport Hadeed.

Kami ke Majid Studio Centre...berdekatan dengan Cash & Carry Market di Jubail Balad. Pergi seawal jam 5 petang, sebab di situ susah nak dapat parking kereta kalau waktu malam....

Maka siaplah gambar-gambar terbaru kami sekeluarga....

Memula hajat untuk ambil gambar Iqamah dan passport Hadeed sahaja, alang-alang...Norma kata ke Haswadi, minta jurugambar tu snap gambar satu keluarga la...

...bila dah siap gambar, terkejut ummi dan abah...tak perasan langsung Haikal dengan gaya tu..maklumlah...masing-masing nak maintain senyum dalam gambar...hehehe

Ni lah gambar Iqamah terbaru kami, dah ada Hadeed dalam tu...so Iqamah perlu diperbaharui. (Iqamah ialah kad pengenalan diri bagi orang luar dari Saudi. Jika bekerluarga, gambar isteri dan anak-anak disatukan begini...so tak perlu ambil gambar seorang, lagi satu nak kenal yang kami ni satu family kut ...senang nak check kat imegresen gamaknya)
Ni gambar Hadeed...tak pandai tengok kamera lagi....

Gambar Hadeed setelah di'crop' atau edit...seketul jekk...

Saturday, June 5, 2010

PERJUMPAAN JUMANISAA.....LAGI...

Kali ni nak menulis santai...stop dulu tulis artikel atau isu-isu pelajar ni... Nanti kalau ada idea baru, Norma tulis lagi.

Hari ni nak update cerita aktiviti di Jubail pula. Pagi tadi berlangsung sekali lagi perjumpaan JumaNisaa yang diadakan di kediaman Tuan Presiden KRMJ. Tapi tuan presiden tak ada lah...cuma isteri beliau yang menjadi 'host' perjumpaan kaum wanita Malaysia di Jubail.

Walaupun Norma masih dalam berpantang (39 hari)...tidak terkecuali menghadirinya kerana rasa diri dah sihat cuma risaukan Hadeed je sebab jalan sana sini, tapi Alhamdulillah Hadeed okay...tak meragam dan puas juga lah ummi bersosial bersama rakan-rakan di sini.

Kalau mak Norma tahu la belum cukup 40 hari dah ke sana ke mari...menjerit lah dia!... "Alhamdulillah mak, adik okay je kat sini..." hehehe

Cuma Norma berjaga-jaga dengan makanan yang diambil tadi, pastikan tak mengambil makanan yang 'berangin' dan yang pedas. Kesian nanti Hadeed tak selesa perut. Norma cuma menjamah serba sedikit walaupun selera bukan main lagi melihatkan makanan yang dibawa oleh rakan-rakan tadi...macam-macam ada...sabar je la.

Perjumpaan kali ni ada agenda penting, nak tubuhkan Ahlijawatankuasa JumaNisaa kerana ahli JumaNisaa sudah bertambah, molek sangatlah diwujudkan AJK sendiri yang akan mendokong dan menyokong KRMJ secara keseluruhan...InsyaAllah.

Norma dilantik juga...walaupun menolak pada awalnya...jadi Setiausaha JumaNisaa. Terima kasih kepada semua ahli di atas lantikan tersebut, InsyaAllah akan Norma jalani tanggungjawab iu sebaik mungkin...

Apa lagi nak tulis ye?? Cukup dulu la kali ni...layan ajelah snapshots yang dapat diambil semasa perjumpaan tadi....seronok dapat jumpa ramai-ramai. InsyaAllah bebila kita jumpa lagi ye...
Tak sah kalau tak letak gambar Hadeed. Ni diambil beberapa hari lalu...nampak besar dah anak ummi...walaupun saiz kecil lagi....hehehe
Norma sempat minta Shikin Nawawi snap kan gambar Norma dan Hadeed. Di hadapan, Kak Meshta (tudung Kuning) yang hendak memulakan tazkirah pagi tadi. Shikin Taufiq pula (tudung hijau disebelah Kak Meshta) membacakan surah Al-Humazah.

Bila semua pakat pakai pakaian ala ala Malaysia...tak terasa pulak tinggal di Saudi ni...nasib baik Kak Mala, tuan rumah dah pesan jangan pakai 'abaya'....kalau tak gelaaaappp je...
Masing-masing sedang tekun mendengarkan bacaan Quran dan tazkirah sebelum majlis bermula...
Sesi berkenalan...tersipu malu Nor-Salleh memperkenalkan diri...ni jaguh Badminton wanita KRMJ ni...
Antara yang baru di sini, Cha-Pak Malau
Ros-Rashidi juga baru di Jubail ini.
Kak Farhah kalau dapat mikrofon memang tak berhenti berucap la tu.

Syafinas...ahli baru JumaNisaa...selamat datang!!

Norma bergambar dengan Kak Ana-Malek (baju pink sdg pose manja gituuu), Kak Jah-Hj Saba (berbaju hijau) dan Kak Jahan (berbaju biru)....
Antara yang hadir...

Gambar beramai-ramai...tak dapat diambil semua kerana tak muat zoom kamera... gambar ni pun tak berapa elok...bergegar...adoiii Omar!!! apa yang kamu ambil niii??? ahakkkss..
Kak Shima-Wan Mustapha...comel jer kakak senior kita ni. Yang bert-shirt biru di belakang kak Mala itu lah Presiden/Pengerusi JumaNisaa sulung yang dilantik...memang best akak kita sorang ni Nina Wenk...tahniah ye..kita kasi gegarrrrrr JumaNisaa...

InsyaAllah sehingga ketemu lagi di lain entri ye....

Thursday, June 3, 2010

RUGI KE KALAU TERUS BEKERJA LEPAS GRADUAT???

Masih lagi berkisar tentang isu sambung belajar atau bekerja yang mana ianya antara dilema yang biasa dihadapi oleh para pelajar yang baru bergraduat. Sebenarnya, tak kira lah anda mengambil diploma, ijazah, Masters atau PhD sekali pun, keputusan untuk sambung belajar sememangnya menjadi hal yang penting di dalam menentukan apa yang bakal dihadapi di masa akan datang.

Tapi kali ini Norma ingin mengulas pula berkenaan BEKERJA...dengan isunya

RUGI KE TERUS BEKERJA LEPAS GRADUAT???

Tak ada ruginya, malahan itulah antara matlamat utama selepas belajar atau menamatkan pengajian. Sama juga dengan keputusan sambung belajar, mereka yang mengambil keputusan untuk bekerja mempunyai matlamat atau 'goals' mereka sendiri.

Jika sekalipun anda terus bekerja selepas menamatkan pengajian, tanpa meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi..ianya bukan bermakna anda tidak cukup pandai atau anda tidak cukup bersemangat nak meningkatkan ilmu pengetahuan. Ianya berdasarkan kemampuan diri masing-masing.

Melainkan memang keputusan peperiksaan anda keseluruhan tidak melayakkan anda untuk meneruskan pengajian. Ini boleh berlaku tetapi dengan beberapa tahun pengalaman bekerja, anda masih mampu untuk menjejakkan kaki ke universiti lagi untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi...InsyaAllah.

Jika jalan untuk 'bekerja' adalah pilihan anda, teruskan...kerana setelah bekerja dan mempunyai kewangan sendiri, dan anda mampu biaya pengajian anda...bolehlah mengikuti memikirkan untuk sambung belajar. Sekarang ini pelbagai bentuk pengajian yang ditawarkan oleh kebanyakan IPTA dan IPTS di Malaysia. Antaranya, pengajian jarak jauh, part time, online dan sebagainya yang sekarang menjadi pilihan bagi mereka yang sedang bekerja dan pada masa yang sama ingin meningkatkan kemampuan diri samada untuk kenaikan pangkat, kenaikan gaji, atau self-esteem (kepuasan diri sendiri).

Yang ingin saya titipkan di isu kali ini ialah antara matlamat seseorang itu bekerja, terutama sebaik sahaja menamatkan pengajian. Ini mungkin boleh memberi peluang untuk anda membuat keputusan untuk bekerja. Tiada salahnya...itu hak anda. Tiada siapa yang memaksa. Yang pasti, anda juga boleh berjaya seperti orang lain...perlu ada usaha dan kegigihan bagi menjayakan sesuatu yang anda inginkan.

Antara matlamat atau tujuan seseorang itu bekerja...yang dirasakan tidak perlu diulas panjang adalah:


  1. $$$ DUIT / GAJI--nak beli handbang berjenama, nak pakai kereta sendiri...biarpun second hand, nak belanja kawan-kawan...jangan lupa belanja ibubapa juga!
  2. Menimba PENGALAMAN BEKERJA di alam 'realiti'.
  3. MengAPLIKASIkan apa yang ditimba semasa mengajar dan meREALISASIkannya di alam pekerjaan.
  4. PARENTS PRESSURE...pulakkk... ini hal atau situasi biasa...sampai bila ibubapa nak menanggung anda di rumah walaupun sudah dibiaya anda belajar sehingga berjaya..."lu pikirlah sendiri!"
  5. SELF PRESSURE...istilah baru ni...belum ada lagi diteorikan...hehehe. Maksudnya, dilemma di dalam diri sendiri...iaitu perasaan teruja dan berkobar-kobar nak buktikan kepada ibubapa, rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan sesiapa yang berkaitan dalam hidup anda bahawa anda mampu menanggung diri anda sendiri. Membuktikan bahawa pengalaman belajar bertahun-tahun sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri. Selagi anda tidak dapat kerja ... selagi itu perasaan... self pressure ini menghantui anda!!
  6. SOSIAL--berada di dalam kelompok yang setara dengan anda. Meletakkan diri anda sebaris dengan orang lain yang berkerjaya... Belajar bergaul dengan orang lain yang juga berkerjaya dan berjaya di dalam karier masing-masing.
  7. PELUANG / OPPORTUNITY--- "saya dapat kerja sebab memang kebetulan syarikat itu nak pakai orang...terus mohon, Alhamdulillah terus dapat...interview pun tak perlu..." eh eh..ada ke tak perlu temuduga?? Musykil!.. Ini situasi biasa juga kerana ada yang tak berapa bersungguh mencari pekerjaan tetapi peluang datang bergolek di hadapan mata, nak nak pula jawatan yang ditawarkan amat sesuai dengan kelayakan anda...apa lagi terus sambar... peluang lah tu namanya.
Mungkin ada lagi matlamat lain yang anda sendiri tahu, dan itu yang menyebabkan anda ingin bekerja. Terpulang kepada individu itu sendiri...tetapi tiada salahnya jika kesemua di atas adalah antara sebab mengapa anda bekerja....tepuk dada tanya selera. Walau apa pun keputusan yang anda buat, jika peluang di hadapan mata adalah lebih menarik...rebutlah peluang itu.

Tidak perlu menjadi terlalu memilih sehinggakan menyusahkan orang lain di sekeliling anda yang dah bosan melihat kan anda tidak membuat suatu apa pun...terutamanya ibu bapa dan keluarga anda yang ingin melihat anda berjaya di dalam kehidupan.

Tambahan, kebanyakan institusi dan syarikat-syarikat memandang kepada pengalaman bekerja untuk menentukan samada anda layak atau tidak diambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu janganlah terlalu memilih, jika ada syarikat yang sanggup mengambil anda walaupun TANPA PENGALAMAN, janganlah menolak...jika sekali pun gaji yang ditawarkan lebih kecil berbanding kelayakan anda. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin semasa bekerja dan apabila cukup 'matang' dan ada peluang bekerja di tempat lain dengan tawaran yang lebih baik...keputusan di tangan anda dan andalah yang menentukan kehidupan anda.

Tetapi perlu diingat, segala yang anda lakukan kepada yang beragama Islam, anda melakukan kerana ALLAH SWT. Oleh itu bekerja dan berkhidmat seikhlas dan sejujurnya. Apa yang anda terima itu nanti adalah ganjaran dan rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kepayahan dan kesungguhan anda.

Jika peluang datang bergolek....ambillah ia...jangan terlalu memilih...timba pengalaman sebanyak mungkin dan lakukan sesuatu dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi!!