Saturday, July 31, 2010

BUAH TANGAN...with love!!!

Dalam kesibukan menulis cerita aktiviti-aktiviti yang berlangsung semenjak dua menjak ini, Norma nak buat entry khusus untuk ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Norma yang memberikan buah tangan macam-macam...terutama yang baru pulang dari Malaysia. Terima kasih tak terhingga di atas ingatan dan buah tangan tersebut...
Baju kaftan (tiada dalam gambar), cili kering, belacan, sirap ros, rempah kari dan rempah kurma...dari Kerteh

Daun kunyit (boleh buat rendang unta seekor nih!), Daun kesum dan dodol...dari Kuantan

Kuih lipat frozen...dari Jubail...


Semoga ALLAH memurahkan rezeki rakan-rakan sekelian.

Saturday, July 24, 2010

I AM A SUPER MUSLIM...


Program anjuran Jumanisaa yang julung kali dilaksanakan...akhirnya dengan tenaga beberapa rakan ibu-ibu Jumanisaa dan tak lupa juga kaum bapa-bapa yang menyokong penuh program ini, program I AM A SUPER MUSLIM berjaya dijalankan...Alhamdulillah...

Ianya berlangsung di kediaman Dr Bashiran dan Encik Mohd Rafik di Al Dareen Sector, Jubail. Pasangan suami isteri yang sangat bermurah hati membenarkan Jumanisaa menggunakan rumah mereka sebagai tempat program. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi mereka...

Tarikh: 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi
Peserta: 5 tahun sehingga 17 tahun (sejumlah 45 orang kanak-kanak dan remaja dari 21 keluarga yang terlibat)

Norma akui ianya bukanlah satu projek besar-besaran apatah lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada program tersebut, namun dengan tenaga dan kerjasama ahli Jumanisaa yang ada...maka terhasillah sesuatu yang boleh kami di Jubail ini banggakan...demi melihat anak-anak Malaysia di Jubail ini memperolehi sesuatu yang boleh memberi manfaat di dalam kehidupan mereka, terutamanya sewaktu Summer Break di Saudi ini.

Pengisian program terbahagi kepada 4, iaitu Fardhu Ain (2 slot), Motivasi dan Pengukuhan Diri serta Fun Class (learning the fun way!)...

Kita layan gambar-gambar program dan cerita ceritinya ya...

Semasa sesi taklimat sebelum program bermula...

Puan Nina Wenk (Presiden Jumanisaa) mengalu-alukan kehadiran kedatangan peserta program.. (dah macam ustazah bagi ceramah la pulak...syabas Nina!)

Norma sedang menyampaikan peraturan program yang perlu diikuti oleh semua peserta...sementara diperhatikan oleh Kak Maesta...

Antara anak-anak Malaysia-Jubail yang hadir...

Luthfil tidak ketinggalan...excited teramat

Nadhrah juga bersama rakan-rakan yang lain...
Sesi kumpulan 9 - 11 tahun sedang berlangsung, topik slot Fardhu Ain oleh Aunty K ialah Siirah Rasulullah dan kisah Surah Al-Fiil...syabas Kak K!

Ni pula sesi kumpulan remaja 12 hingga 17 tahun, fasilitatornya ialah Puan Neeza...motivasi dan pengukuhan diri....syabas Neeza!

ala la la...tomeiinyeee peserta-peserta 5 hingga 6 tahun ni... belakang Haikal tu anak dara Dr Bashiran...ala-ala Preity Zinta gitu...padan le Haikal senyum manis ye...
Aunty Maesta mengambil alih FUN CLASS...memang fun...siap boleh main boling lagi masa ni...story reading, coloring...drawing...for the 5 -6 years kids...syabas Kak Maesta
Aunty Bashiran juga mengendali sesi Ibadah Solat...menunjuk ajar Siti Aisyah, Sobhan, Inas dan Aeisyah cara yang betul mengambil wudhu'
Nadhrah dan Ustaz Syed...doa selepas wudhu' tu...

sesi kumpulan 7 - 8 tahun, Ibadah Solat dan bacaan dalam solat... Dr Bashiran juga menjemput ustaz Syed (yang mengajar anak-anak beliau mengaji) untuk sama-sama menyumbang tenaga dan ilmu di dalam program tersebut. Syukran Jazillan...
ibu-ibu yang memberi sokongan moral kepada anak-anak dan program...best and sporting la...

jamuan pagi nasi lemak dan teh tarik oleh Kak Adawiah...terima kasih kepada kak Adawiah. Nasi goreng, kuih muih juga dibawa oleh ibu-ibu ini...(ihsan gambar dari FB Rohani Mustafa)


Kaum bapa yang mengadakan sesi perbincangan sendiri...sembang juga lah tu...terima kasih banyak kerana menyokong sepenuhnya program ini(ihsan gambar dari FB Nina Wenk)
makan meehoon goreng semasa waktu rehat...sukaaaanyaaa diaaaaa.....syabas u all!!

Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada banyak lagi ruang yang perlu kami perbaiki. InsyaAllah di lain kesempatan, pihak Jumanisaa akan perbaiki dan memberi penambahbaikan kepada program ini agar ianya lebih berfaedah kepada para peserta...

Sekalung budi dan penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat, Dr Bashiran, Ustaz Syed, Kak K, Neeza dan Kak Maesta...semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi lagi...

**terima kasih kepada Nina dan Ani Firdaus di atas ihsan beberapa keping gambar daripada laman FB kalian**

KELAS MEMASAK EGGTART LA PULAKKK...


EGGTART...
FRUIT TARTLET...

Rabu yang baru lalu pula, Kak Zura mengajar kami membuat EGGTART...dan juga TARTLET. Sekali lagi, kelas memasak di rumah Norma...hehehe dera habis kak Zura kali ni...dengan 19 orang pelajar...termasuk beberapa pelajar baru....jenuh menguli 3 adunan tart...

Mari kita layan cerita seterusnya...

Sebelum kelas bermula, pelajar-pelajar kelas memasak menjamu sarapan pagi...comelnya Zahraa 'toncet dua'...nak belajar buat tart gak ye...

Nurul (kiri) dan Kak Siti...orang baru dan orang lama di Jubail ni...berkongsi cerita la tu...
Hidangan sarapan pagi...nasi lemak ada, mee kari, cakes, puding, buah-buahan...
Sal (kiri) dan Adda khusyuk menjamu selera...tu memang spot tetap merek berdua...celoh meja dengan dinding....ahakkss

kelas sudah bermula...sekali lagi Puan Nina Wenk menjadi assistant mengadun tepung...
Banyak tuuuu...3 adunan sekaligus...adehhh mau tercabut lengan Puan Nina...Kak Zura bukan main lebar senyum...sebab ada assistant...hehehe
Pelajar-pelajar sedang tekun mendengar tips menarik dari Kak Zura...

Sesi amali...semua kena tekan pastri tart tu...

Kak Linda dan Aliff...jauh datang dari Fanateer nak belajar buat eggtart...

Jangan kacau Kak Tina ni....sedang tekun menepek pastri tart dalam acuan....kalau tegur tu...mau terpelanting acuan tu...(jangan marah haaa kak Tina)
Pastri tart yang sudah sedia diisi dengan egg custard...seriously...Norma boleh makan saja je pastri ni...tak yah isi filling tak apa...sedap, rangup...
siap dibakar...

Kak Tina, Kak Siti, Norma dan Kak Radziyah....
Ni pula resipi extra Kak Zura share dengan kami, Tartlet....boleh buat macam-macam tartlet...custard filling or fruits filling....pastri yang sama tetapi filling je lain... Model hari tu, Nina dan Kak Farhah...
anak-anak...as usual...dengan dunia mereka....

Tak sah kalau tak ada gambar Al Hadeed....sekarang ni rajin 'mengagah'....'sembang-sembang' ngan ummi...'mengadu' macam-macam gamaknya...
Kak Nadhrah yang snap gambar ni...usaha sungguh nak snap gambar Hadeed tersenyum dan ketawa...Hadeed memang suka ketawa sekarang ni....tomeiiii.....

Friday, July 16, 2010

PROJEK 'MAK-MAK' CUTI SEKOLAH PULAKKK...

Syukur alhamdulillah...hari-hari yang berlalu ditempuhi dengan baik dan ceria. Walaupun ada juga masalah dan kesulitan...sudah lumrah kehidupan...bukan sepanjang masa kita sentiasa sempurna...

Tapi kali ni bukan sesi motivasi ...saje buat ayat pembukaan tu...nak ingatkan diri supaya bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT kepada kita, usia kita, kesihatan kita, rezeki kita dan segala-galanya dariNYA...

Kali ni nak share aktiviti kaum ibu@Jumanisaa di Jubail ni sepanjang summer break. Walaupun anak-anak hiruk pikuk dalam rumah sebab bercuti, mak-mak masih maintain keceriaan dan aktiviti diteruskan.

Ada lah seorang rakan dari Malaysia baru tiba dalam 2-3 minggu je ke sini. Kak Zura dari Johor...dikenali dengan kepandaian memasak dan membuat kuih muih. Dek kerana ingin mahir membuat kuih muih ni, atas inisiatif beberapa rakan Norma di sini, berlangsunglah KELAS MEMASAK kami...terutama kaum ibu di sekitar Dakhil Mahdood dan rakan-rakan di Fanateer. Bukan tak pernah ada kelas memasak sebegini...ada juga yang menjalankannya, tapi inilah yang pertama kali Norma sertai. Gembira sungguh rasanya...menu masakan...CHEESETART...manisan yang sangat enak...pandailah kak Zura ni...nampak macam sempoi je cara dia...dah siap tart tu...sedap teramat....

Terima kasih pada Kak Zura yang sudi berkongsi kepakaran dan pengalaman membuat tart dengan kami Kalau biasa lihat di bakery shops di Malaysia...Norma selalu membayangkan betapa rumitnya lah membuatnya...tetapi dengan melihat dan mencuba sendiri cara membuat...alahai...tutup mata je boleh gentel tart tu...(amboiii, baru sekali cuba Norma oiii). Tapi memang mudah...cuma proses membuat rumit kerana perlu membakar tart 2 kali keluar masuk oven...tapi kejap je sebab saiz tart yang kecil dan cute tu...5-10 minit je boleh siap satu proses...

Layanlah gambar kelas memasak kami tempohari...
Ni le chef hari tu...Kak Zura...sporting habis kakak ni...terima kasih sudi ajar kami, ada resipi kita masak lagi okay!
Ni tukang kacau je...kacau adunan...Presiden Jumanisaa pun join sama...Puan Nina Wenk...
Kak Bashiran dan Kak Maesta pun hadir sama...sembang sakan kakak berdua ni...siap ke tak lagi tart tu? Kak Siti, Neeza dan Kak K bukan main khusyuk lagi

Puan Roz...yang tekun mencatat resipi sambil mendukung anaknya...gigih betul nak belajar...
comel-comel je tart...yang sudah diisikan filling blueberry...nyum nyum..

dah siap...Norma memang suka tart ni...sedap lagi daripada yang dibeli di kedai...yang ni lagi rich n creamy..anak-anak pun suka...
ni tuan rumah...(norma la tu)...Norma tawarkan rumah untuk buat kelas ni...walaupun rancangan asal rumah kak Zura sendiri...saja je Norma offer buat kat rumah...suka kawan-kawan datang rumah...meriah sungguh...nanti datang lagi rumah Norma ye...
haaaaa ni dia Al Hadeed yang dari awal pagi hingga hampir selesai sesi membuat kuih...dia tidur aje di dalam bilik...terima kasih Hadeed sebab beri peluang ummi membuat kuih ... Hadeed baguslah...behave!

ni pula kanak-kanak riang...mak mak buat projek kuih...mereka buat projek lukisan...guna jari dan cat air...artistik tu lukisan yang mereka cipta....
Nadhrah dan Sobhan (Coan) anak Puan Neeza....memang suka berkawan berdua mereka ni...suka sangat Nadhrah ada kawan datang rumah...hari-hari tanya bila kawan-kawan nak datang bermain di rumah....