Thursday, August 26, 2010

ZAMAN DULU-DULU...


Dalam FB...ada kawan-kawan sekolah upload gambar-gambar zaman sekolah dulu. Tersenyum seorang diri Norma dibuatnya...alahai....kelakar nengok gambar dulu-dulu. Tapi zaman sekolah memang zaman paling menyeronokkan buat Norma...how I wish I could turn back time....
Ni gambar kelas 5Sc2...tahun 1991...semasa di tingkatan 5....boleh teka ke Norma yang mana??

Kenangan semasa di tingkatan 5 juga....angkat bendera pusing keliling dalam Stadium tu...tapi tak ingat Stadium Negara ke Stadium Merdeka... Setiap kali sukan sekolah, Sekolah lama Norma dulu buat di Stadium...gempak tu.. Masa tu...dapat pakai 'blazer' kira paling anggun dan hebat la...tu pun blazer sekolah punya...

Bukan calang orang yang boleh bawak bendera keliling padang semasa pembukaan sukan sekolah ni...hehehe...Norma dulu Penolong Ketua Pengawas semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5....garang wooo!

Mengimbau kenangan lalu...ni gambar lagi lama...masa tingkatan 2, tahun 1988. Cikgu kelas dulu, Puan Norfadzillah...kalau tak silap nama beliau...yang kecil molek baju maroon tu. Mana Norma ye?? hahaha....rasa macam si 'gonjeng' la pulak....kelakar tengok gambar ni...

Saturday, August 21, 2010

AL HADEED...

Aksi-aksi Al Hadeed...3 bulan...

Tak de puting...jari pun okay!

Muka kena sakat dengan Haikal...naik rimas Hadeed dibuatnya...
Pandai dah lihat kamera...yeay!! tepuk tangan!

arghhhh....malaslah nak bangun...lepak cam ni boleh tak?





Tuesday, August 17, 2010

PERGINYA MUNIRA MAT YAMAN...

Norma kesedihan. Seorang bekas pelajar Norma semasa di UiTM Dungun, Munira Mat Yaman telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah bekas pelajar Bachelor in Office Systems Management (BiOSM) batch pertama di kampus Dungun.

Norma tak dapat cerita yang tepat tapi dari apa yang dikhabarkan oleh rakannya, arwah Munira baru sahaja mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Beliau dilanggar motosikal ketika berjalan kaki... Arwah baru sahaja menyambut ulangtahun ke-25 pada 5 Ogos yang lalu.

Tak terkata apa dibuatnya. Norma pernah mengajar arwah sekitar tahun 2007-2008. Seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti. Kerapkali Norma mengusik arwah di dalam kelas kerana arwah Munira ni pemalu. Kalau kena panggil namanya dalam kelas...menggeletar badan dia...tapi bukan kena marah pun...memang takut dengan Puan Norma dia ni....
Tetapi itu semua akan menjadi memori indah buat Norma.

Arwah Munira (berbaju biru paling kiri) bersama-sama rakan sekelas dan Norma semasa Majlis Pra-Graduan di UiTM Dungun.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Munira. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau di kalangan yang beriman....ameen.

Tuesday, August 3, 2010

I AM A SUPER MUSLIM...TWO!!!

I AM A SUPER MUSLIM ada lagi...siri ke 2...
Warga anak-anak Jubail sangat teruja dapat berkumpul bersama dengan kawan-kawan.
Mak dan ayah pun tumpang gembira dapat bersembang sejam dua...

Pengisian kali ini ditukar...(kami ikut rotation) supaya setiap kumpulan dapat mengikuti keempat-empat slot yang dirancang/disediakan.
Peserta baru dan lama...semasa taklimat pagi. Ada peserta Malaysia dari Jordan pun join kami kali ini.

Cikgu Ieda Salim (belakang sekali) menjadi sukarelawan siri ke 2 ini...terima kasih Aunty Ieda kerana sudi menjadi tenaga pengajar program! Bestlah cerita Rasulullah dalam CD tu....

Kali ini Norma turut menyumbang menjadi tenaga pengajar...aduhhh... biasa mengajar pelajar muda remaja...kali ni kena kanak-kanak umur 7 - 8 tahun. Norma guna skill yang sama mengajar anak-anak sendiri...supaya tidak kekok...seronok pulak buat FUN CLASS dengan mereka ini.

Antara aktiviti yang Norma sediakan untuk mereka:

THROW THE BALL game. Melatih anak-anak mengingat nama rakan-rakan dan tanamkan sifat percaya dan yakin dengan diri. Dalam game ini, sesiapa yang memegang bola perlu menyebut nama rakan yang akan diserahkan bola dan membaling bola tersebut, rakan itu pula perlu menyambut dengan cekap...jika bola terjatuh...si pembaling perlu keluar/kalah.
MATHS game. Beberapa set nombor dari nombor 1 hingga 9 disediakan (flashcard). Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Norma akan menyebut satu nombor. Setiap kumpulan perlu mencampurkan mana-mana 2 kad nombor untuk mendapatkan jumlah nombor yang Norma sebutkan tadi. Kumpulan yang paling awal datang menyerahkan kad-kad yang tepat, adalah pemenang.
MEMORY game. Norma sediakan 10 barang/items. Peserta-peserta diberi masa 5 minit untuk mengingat kesemua barang. Kemudian Norma sorokkan barang dan beri masa 5 minit untuk semua menyenaraikan kesemua 10 barangan yang mereka lihat tadi. Kelakar sangat masa ni....sebab barang yang tak ditunjuk pun masuk senarai...sabar je la...
READING SESSION....The Gingerbread Man. Norma sediakan mini books, untuk sesi membaca. Setiap orang perlu membaca satu muka surat Gingerbread Man story tu. Biasalah ada yang boleh membaca ada yang tidak. So nasihat Aunty Norma, everyone must read a lot at home. Read a page a day okay!
Kumpulan "tiger"
Macam-macam gaya menulis...tetapi Norma bersyukur sangat, walaupun ini sahaja yang terdaya disediakan oleh kami untuk anak-anak, Alhamdulillah...mereka tidak kira semua itu. Yang pasti mereka gembira dengan apa yang mereka lalui dan pelajari. Mudah-mudahan memperolehi sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Dapat lollipop sumbangan Aunty Zalipah...thanks aunty!...next time bring us more okay! It was a fun class anyway!!!
Apalah yang diajar tu Aunty Norma?? Macam mengajar students UiTM la pulak...
Antara ibu-ibu Jumanisaa yang menjadi sukarelawan menghidang makanan untuk peserta. Memang meriah kali ini sebab banyak juadah yang disumbangkan kepada anak-anak, selain makanan utama nasi ayam yang ditempah khas dari Kak Adawiyah. Ada kek coklat, lollipop, keropok sayur, sausages, dan macam-macam lagi.

Tenaga-tenaga kerja yang sama-sama 'menyenseng' lengan menguruskan program hari itu. Kebetulan, tuan rumah Kak Bashiran sekeluarga ke Madinah, jadi kami memang amat bersyukur dibenarkan menggunakan kediaman beliau. Alhamdulillah kami bersihkan segalanya sebelum meninggalkan rumah tu. Thanks a lot to you Kak Bashiran.
SuperDads!! apa lah topik hangat pagi tu ye??...and of course my SuperBaby!...Hadeed dicelah-celah kaum bapa tu...

Sesi kali ini, tak dapat nak ambil gambar kumpulan yang lain sebab Norma kena duduk dalam kelas. InsyaAllah next session pulak ye.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini.