Kelmarin ke Khobar, destinasi biasa tatkala hujung minggu. Kadang-kadang tu bukan pergi selalu pun, ada lah dalam sebulan 2 kali macam tu. Ada masa tu pernah sampai 2 bulan tak ke Khobar tu. Kebetulan nak baiki telefon bimbit Norma yang 'jammed', jadi kena baiki dulu.
Seperti kebiasaan, tiba waktu solat, kami memang suka singgah di masjid sekitar pusat membeli belah di Khobar. Alhamdulillah, jika ke Dhahran Mall, Al Rasheed Mall mahu pun ke Lulu Hypermarket, masjid atau surau yang disediakan sangatlah selesa dan bersih. Ada masa waktu kami tiba memang baru masuk waktu dan memang ramai yang akan berjemaah di masjid terutama di Al Rasheed Mall tu.
Kelmarin, kami tiba di Al Rasheed Mall sudah hampir waktu Maghrib. Jadi kedai-kedai di situ pun sudah mulai tutup untuk solat. Ramai juga jemaah wanita malam kelmarin, ada dalam 25 - 30 orang yang Norma perhatikan. 97% adalah wanita Arab. Hanya ada Norma, seorang wanita Indonesia dan dua anak kecilnya dan seorang wanita India, yang lain tu wanita Arab. Norma membawa Hadeed bersama sebab tiada siapa nak jaga pun. Norma lepas kan dia bermain di bahagian belakang ruang solat masjid Al Rasheed Mall yang agak luas tu. Kalau di surau-surau kecil, kebiasaannya bergilir dengan abah menjaga Hadeed.
Ada juga beberapa orang anak-anak kecil dan bayi Arab di dalam tu. Walaupun Hadeed pantang ditinggalkan, tetapi sebab ada kanak-kanak lain yang bermain dan dia pun leka memerhati kawasan solat yang cantik tu. Jadi Norma lari senyap-senyap ke depan untuk mengikuti jemaah solat Maghrib.
Semasa waktu sembahyang, tidak terdengar bunyi bising tangisan atau raungan anak-anak pun. Bunyi kanak-kanak bermain termasuk Hadeed menjerit sikit-sikit tu ada lah, tetapi memang tidak bising masjid tu. Bayi yang lain pun terjerit juga rasanya, tetapi kami masih boleh solat dengan baik pun.
Selesai solat, Norma pun ke belakang ruang untuk mengambil Hadeed dan menyimpan kain telekung. Sedang sibuk dengan beg, lalu lah seorang wanita Arab dan anak perempuan kecilnya, dalam 3 tahun kut rasanya.
Bila sahaja Hadeed melihat 'kakak' Arab yang comel tu, dia pun mula bersuara, biasalah Hadeed...mulut dah mula nak bising, pantang ada orang yang tengok dia terutama kanak-kanak perempuan yang disangkanya seperti Nadhrah...Hadeed pun menjerit suka, alahai...suara Hadeed yang lembut dan manja tu, bukan suara budak 5 tahun menjerit pun.
Wanita Arab ni tadi boleh berhenti dan menoleh ke arah Hadeed dan menunjukkan isyarat 'senyap' dengan jari telunjuknya....apakah???
Kemudian, beliau terus mengatakan sesuatu kepada Hadeed dengan bahasa Arab...sambil memandang-mandang ke arah Norma. Mukanya sedikit 'masam' dan masih lagi 'mengomel' di depan Hadeed dengan jari telunjuknya tidak lepas-lepas menunjuk isyarat 'diam'....
Pada hemat Norma dia seolah-olah marahkan Hadeed kerana 'menjerit' di dalam masjid...atau dia 'marahkan' Hadeed sebab 'kacau' anak daranya ke???
Adoiii, Norma termangu sekejap dan 'speechless'...kenapa beliau boleh 'marah' pada Hadeed sedangkan Hadeed seorang bayi yang belum pun berumur setahun, masih merangkak!!!???
SubhanAllah, angkuhnya sikap wanita Arab tu...dengan muka sombong dan 'berlagak', beliau meninggalkan masjid tu.
Apalah yang bayi seusia seperti Hadeed tu tahu...untuk disuruh senyap dan diam di dalam masjid?? Bukannya Hadeed menangis atau merengek pun. Dia cuma terjerit melihat anak kamu tu...suara pun halus lagi.
Macam le anak-anak bangsa kamu tu baik sangat bila di dalam masjid...macam lah Norma ni tak tahu...selalu aje melihat dengan mata dan kepala sendiri, tetapi Norma tak kisah pun. Norma ni anak ramai, faham sangat lah kalau keadaan hiruk pikuk ni. Tetapi bila anak-anak semakin membesar, Norma ajak anak-anak sembahyang sekali di dalam masjid. Tak le bising jadinya...ni si Hadeed pun nak ditegurnya....melampau kamu tu!!!
Nak buat baik dan menegur tu pun, tengok siapa dulu la mek weiii. Tak perlu lah nak 'menyindir' orang yang bukan bangsa kamu pada bayi sekecil Hadeed! Lekeh sangat ke kami ni sebab kami bukan bangsa ARAB macam kamu??? Tak layak sembahyang dengan kamu? Tak setaraf solat satu saf dengan kamu?? Atau lebih teruk...tak boleh sembahyang dalam masjid kamu ke??
Tapi bukan semua mereka macam tu. Selalu tu, yang Norma jumpa baik-baik belaka. Dibelai anak-anak kita dengan baik lagi....bertegur sapa dengan baik...dan kadang-kadang tu nak berkenalan juga dengan kita ni. Yang kelmarin tu spesis apa lah agaknya??
Maafkan Norma ye...