Tuesday, May 31, 2011

GO BACK TO THE REALITY...


Norma nak berhenti berangan. Terlalu berangankan sesuatu yang melalaikan dan hanya berasaskan kepuasan diri semata-mata dan nampak sia-sia. Mungkin jika berangankan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting 'berangankan' untuk memperolehi keredhaan ALLAH SWT dan yang mampu membawa diri ke pangkal jalan, InsyaAllah.

Dengan 'angan' sebegitu...kita ada 'drive' untuk melakukan sesuatu demi kebaikan yang ingin diperolehi. Semoga jiwa dan hati kita lebih dekat dengan Maha Pencipta.

Suratan atau kebetulan, terjumpa kisah di bawah ini, sekadar berkongsi dengan pembaca. Semoga ALLAH berikan petunjuk dan hidayah berpanjangan buat insan yang kerdil dan dhaif ini....amin.



Luqman Al-Hakim menasihati anaknya: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah."

Sahabat Nabi, Abdullah Mas'ud berkata: "Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa yang lalu dan panjang angan-angan."


Wallahuallam.

*tapi Norma tak nafikan "the power of dreams....it makes people strive harder...be better...depends on what you dream of...peace!"* :-)

Saturday, May 28, 2011

I MEMANG DAH BIASA DRIVE DAH...YOU ALL JE YANG TAKKK...


Salah satunya negara yang tidak membenarkan wanita memandu @ No Women Driving ialah Arab Saudi...sedih kaaaan....

Just recently, ada satu ura-ura dan satu usaha sebenarnya oleh seorang wanita di Arab Saudi ini, Manal Al-Sherif, seorang pegawai Eksekutif di Saudi ARAMCO untuk membuat 'demonstrasi' atau kempen memandu oleh wanita di bandar Al Khobar (1 jam setengah dari Jubail) pada 17 June 2011...tapi belum pun lama beliau berkempen untuk demonstrasi 'damai' tersebut, beliau sudah pun 'ditangkap'....aduhhhh...kasihannya.

Rentetan dari peristiwa tertangkapnya Manal Al Sherif, banyaklah isu yang muncul berkaitan undang-undang dan sejarah "kenapa wanita di Saudi ini tidak boleh memandu?"

Melalui beberapa pembacaan dan rujukan, TIADA undang-undang atau perlembagaan di Arab Saudi yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh memandu. Tambahan menurut seorang penulis yang menulis rencana berkaitan ini, Tariq Al Maaena, di dalam Al Quran mahu pun Hadis TIADA menyatakan 'memandu bagi wanita adalah haram'. Ini yang menjadi suatu isu di sini. Sebaik sahaja Manal Al Sherif ditangkap....hanya selepas beberapa jam sahaja, beliau dibebaskan. Sehingga kini tiada satu pernyataan rasmi dikeluarkan di media berkenaan sebab beliau dibebaskan... Ya lah kan...dah kalau tak ada alasan kukuh untuk beliau ditangkap pada awalnya...mestilah tiada alasan juga beliau dibebaskan... macam mana lah buat kerja macam ni.

Jika nak tahu juga sebab musabab yang dikaitkan dengan faktor sosial dan kemasyarakatan di Saudi ni, bolehlah jenguk si American Bedu ni...Norma suka juga baca blog dia...

Ini bukan kes pertama rupanya di Saudi ini. Many years ago, there had been the same case where a woman was detained for driving, but she was practically driving and was caught...and later she was released...also, unlike Manal, she was caught because the Religious Police (aka Muttaween) saw her video clip on the internet driving a car in Khobar Street. Apakah??? sampai macam tu sekali ya...

Dalam temubual sulung King Abdullah sebaik sahaja beliau menaiki takhta KING OF SAUDI pada tahun 2005, apabila ditanya berkaitan wanita dan peranan wanita serta kedudukan wanita di Saudi, beliau juga ada menyentuh berkaitan 'undang-undang' memandu untuk kaum wanita;

Almost six years ago in October 2005 in his first television interview as King, Abdullah Bin Abdul Aziz of Saudi Arabia was put forth this question by a TV commentator of a US network: "Saudi Arabia is the only country in the world in which women are not allowed to drive. It seems to be symbolic of a women's lack of independence. Would you support allowing a woman to drive?"

The king's response to the question at the time was: "I believe strongly in the rights of women... my mother is a woman, my sister is a woman, my daughter is a woman, and my wife is a woman. I believe the day will come when women drive. In fact, if you look at the areas in Saudi Arabia, the deserts and in the rural areas, you will find that women do drive. The issue will require patience. In time, I believe it will be possible. Yes, I believe we can. But it will require a little bit of time... Our people are just now beginning to open up to the world, and I believe that with the passing of days in the future everything is possible."

(taken from Tariq Al Maaena's article)

So nak cerita apa lagi ya kalau KING ABDULLAH dah pun berjanji macam tu. Long Lived the King...May you fulfill your promises King! semoga ALLAH permudahkan juga segala urusan baginda...amin.

Norma dah ada dah International License, nak memandu bebila masa di Saudi ni no hal punya...tak kisah sangat pun. Cuma kena tambah sebuah kereta lagilah kan En. Haswadi...asal dapat 2011 X3, 5-passenger luxury sport-utility, xDrive35i pun jaaadilahhh kan bang....uhukkksss....verangggannnn lagi kerrr Norma?? hmmm.



Link

Wednesday, May 18, 2011

ANGAN TAK SUDAH...


Baru je balik 'merayap'...tapi tak lama...dapat kejap je pun jadilah.. lawat 'blog pekak'...canggih lah gambar dalam 'blog pekak' en_me tu. Since dia kata dia 'pekak' tak boleh 'dengar' komen, so Norma terpaksa lah menulis komen blog dia kat blog Norma ni..hehehe, aci lah kan en_me...: suka lihat gambar-gambar yang diambil dengan kamera 'mahal macam bedil' dia tu, light trail, heavy trail, super trail, noise...apa ke benda ntah terms dalam photo shooting ni belumlah diketahui oleh diriku... so for those yang minat dengan photography...you guys should 'follow' him at http://fotolumayan.wordpress.com/ (am not doing cheap publicity tau en_me...but blog you je yang Norma kenal ada gambar cecantik..ahakkkss).

Agak-agak kalau betullah jadi berhenti kerja satu hari nanti, jadi photolady pun okay gak ye. Kena belajar dulu...ishhh...boleh ke nak fokus? Norma ni pesen boleh buat satu benda pada satu masa ... dengan baik. Kalau buat 2 - 3 benda...nak buat all perfectly...it is so impossible! Dengan Hadeed yang masih berdukung lagi...macam mana lah nak usung kamera besar gedabak tu kan? Alasan sungguh! Tapi pertama sekali kena simpan duit nak beli kamera gedabak dan mahal tu...

Lepas dah mahir boleh lah buka kedai gambar...buat freelance ambil gambar orang kawen...hehehe...verangannn leerr... But I've seen so many good photos taken nowadays yang ala-ala teknik canggih tu...kat taman, tepi pantai, tepi jalan...tepi longkang pun ada...since it was taken so professionally and using the best technique...the photos turned out so perfectly...even the pengantin looked sooo beautiful....flawless! Cantik! How I wish....just how I wish...bukan wish nak jadi pengantin yang cantik tu...how I wish I can do the photo jobs like those photo graphers...they are so good at it laa...am so jelesss...

So keep on verangannn miss Norma...and pile up all your angan-angan yang dah dekat 2 dozen tu...if only I could collect all the entries about all my angan-angan...just how much I have broken my own heart...ouchhh ....it hurts so much! layannnn

Sunday, May 15, 2011

NOW ... IT IS MY STORY!


KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI? KERJA? BERHENTI?

Ke nak kena buat kotak undi?

Siapa sokong Norma kerja? sila angkat tangan macam usop wilcha hantu kak limah yeee...

Siapa sokong Norma berhenti? sila angkat kaki...haaa susah la pulak nak ngangkat kaki tu...hehehe..

Hampir separuh tahun dah rupanya 2011 ni. Sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang dah pun pertengahan Mei 2011. Jarang Norma ni mengira atau menghitung masa atau waktu kecuali ketika mengandung sahaja... :-) tetapi kali ni...aduhhh, kena hitung sungguh...this is my final countdown!

Alhamdulillah, sudah lebih 2 tahun di Jubail ini bermakna juga sudah 2 tahun juga Norma menghabiskan "cuti tanpa gaji" (CTG) yang dipohon daripada UiTM. Sekarang ini sedang menghabiskan tahun ke-3 ... tahun terakhir!...dengarnya UiTM tidak lagi membenarkan CTG melebihi 3 tahun kepada pensyarah ... huhuhu...sabar je la. Tarikh tamat CTG Norma tanggal 31 Januari 2012 dan perlu masuk kampus semula pada 1 Februari 2012...cantik sungguh lah pulak tarikh tu!

Nak kata memikirkan secara serius apa yang bakal berlaku nanti Februari 2012 itu, belum pun lagi...baru tahap terkenang dan terbayang-bayangkan sahaja.

Masih berkira-kira dan 'projecting' the future. Apa sahaja boleh berlaku, kita hanya mampu merancang, ALLAH sahaja yang menentukan.

Keputusan samada untuk kembali mengajar atau tidak, belum diputuskan lagi. Masih mengharapkan suatu keajaiban dan hidayah daripada ALLAH SWT. Semoga ALLAH memudahkan urusan dan memberkati apa jua yang bakal Norma lalui tidak lama lagi, amin.