Tuesday, February 28, 2012

PERKAHWINAN YUSRY & LISA. Kami?...12 tahun dahhhh



Yusry dan Lisa dah pun bernikah... Duk tolak dan tepis kiri dan kanan tak mengaku...akhirnya kahwin juga kamu berdua ya.  Selamat Pengantin Baru buat anda berdua...semoga perkahwinan ini diberkati dan bahagia hingga ke syurga, amin.

Minat jugalah kat Yusry dan Lisa ni...dua-dua comel orangnya...semoga perkahwinan dan kehidupan selepas ini juga COMEL okay!

"Encik Haswadi, bila kita nak  pose macam gambar Yusry dan Lisa di atas?  Nampak sangat romantis.." kikikikkkk
 
Kelmarin, tanggal 27 Februari...genap usia perkahwinan Norma dan Haswadi...12 tahun .. Alhamdulillah.  Masih terbayang-bayang saat pertemuan pertama kali kami dulu...rasanya dah pernah tulis dalam entri lama-lama tu...bukan romantik pun...kelakar lagi ada...  Boleh buat Norma senyum seorang diri kalau mengingatnya kembali.  Itulah kami...dulu, kini dan selamanya...sempoiii.  Yang penting pada kami kepercayaan dan keikhlasan, semuanya kerana ALLAH SWT. 

Semoga  ALLAH memberkati kehidupan kami, melimpahi rahmat kepada kami sekeluarga,  dan mampu membesarkan anak-anak kami menjadi soleh dan solehah, amin.   

MALAYSIA FEST 2012...

Tidak sempurna blog PurpleHeart ni jika tidak melaporkan tentang aktiviti rakyat Malaysia di Jubail.  Lama dah tak cerita ceriti aktiviti kami di sini walaupun hampir setiap minggu ada sahaja yang berlaku dan dilaksanakan.


Terbaru ialah berlangsungnya MALAYSIA FEST 2012. Kali pertama diadakan dahulu adalah pada tahun 2010.  Tahun 2011 tak sempat nak buat...lupa sebab apa...tak ada tempat rasanya.  Alhamdulillah tahun ini dimulakan dengan Malaysia Fest pada 26 Januari yang lalu.  Di mana lebih 'happening' orang putih cakap...

Acara yang paling dinanti-nantikan oleh warga Jubail...terutamanya Norma lah...sebab apa?  Cuba lihat koleksi gambar di bawah ini.  (Gambar adalah ihsan daripada koleksi sahabat2 di FaceBook...kalau tiada gambar ini, susah juga Norma nak berkongsi cerita ...  Alhamdulillah terima kasih kepada empunya foto-foto menarik ini).  

Tapi tak dapat nak celoteh panjang pasal Malaysia Fest ini...sebab dah lewat ni...jam 1 pagi...kejap lagi Noorah mesti bangun nak susu...ummi nak tido kejap lelap mata je...

Layannnn....
Antara acara terawal, pembukaan majlis oleh TYT Prof. Dato' Syed Omar Al Sagof, Duta Malaysia di Saudi.  Alhamdulillah kali ini beliau dapat hadir.  2 tahun lalu kami jemput juga tetapi bertembung dengan program Dato di Riyadh.  Dato' juga dibawa melawat ke setiap gerai.
Betapa meriah dan ramainya pengunjung festival.  Bukan sahaja rakyat Malaysia di Jubail, jemputan kami sampai ke serata tempat.  Rakan-rakan dari Dammam, Dhahran, Khobar, Riyadh...Alhamdulillah.  Tahun depan datang lagi ye..
Pengunjung yang menyaksikan acara-acara yang dijalankan seperti pertandingan Teh Tarik, Harley Davidson MotorShow dan makan-makan santai di luar kem...

Pertandingan ping pong, dan teh tarik...memang teruja.  Dato' Duta pun mencuba juga...tapi tu diaaa...juara teh tarik adalah pengunjung dari Dhahran, Tuan Haji Harun (baju belang gambar kiri bawah)  Tahniah Tuan Haji!
Gerai maskan panas, yang memang panas, di bawah cahaya matahari panas.   Gerai 'celup-celup tepung' oleh dua orang 'kuat' di Jubail, Tuan Haji Salahudin dan Tuan Haji Khazin (gambar atas) bersama pemenang Teh Tarik, Tuan Haji Harun (berdiri di tengah).  Gambar kiri bawah pula, Tn Haji Firdaus Keong dengan 'signature dish' Char Kuey Teow...beratur panjang ambil nombor nak beli tuuuu.

Norma di depan 'kiosk' ... jual barang-barang budak-budak je....suka-suka nak meriahkan festival, bersama Kak Sue (tudung merah) empunya koleksi gambar yang Norma guna di entri ini, terima kasih Kak Sue.  Dan yang kecil molek tu, tauke Kek dan Cookies...mak sedara Norma, Kak Maznah.  



Monday, February 27, 2012

MASYAALLAH...akak sibuk dik nuuunnn...

Lama betul tak berceloteh di sini ya.  Lepas upload entry Lutfiah Noorah, saja-saja je jenguk-jenguk entry lama...tu diaaa....ada beberapa pembaca memerlukan bantuan.  Norma mohon maaf sesangat sebab tak perasan komen-komen sebelum ini.  MasyaAllah...bukan tak sudi nak menjawab tetapi memang tak terbaca.

So, kepada pembaca budiman JU dan NORIMAN...Norma minta maaf sangat, baru je kejap tadi membelek entri lama.  Baru baca soalan dan komen-komen anda...entah-entah banyak lagi kat entri-entri sebelum tu....aduhaiii....maklumlah akak sibuk dik nunnnn...hihihihi

InsyaAllah akan Norma cuba menjawab di sini atau boleh email Norma ye: norm707@gmail.com

Puan Ju bertanya berkenaan kehidupan di sini. Jika Puan Ju ada soalan spesifik nak ditanya, email Norma ye.  

Puan Noriman pula nak datang ke sini bulan Mac...alamak!!  nak masuk bulan Mac dah ye...sempat ke kalau Norma menjawab soalan beliau yang bertanyakan berkenaan "surat untuk masuk ke Sekolah Mariya International "  Norma cuba bagi pendapat ye...
 
"Jika ingin mendaftar masuk anak-anak ke mana-mana sekolah di Jubail ini, puan perlulah mempunyai:

  1. Sijil berhenti sekolah dari sekolah di Malaysia yang menyatakan pencapaian/peperiksaan yang terkini.  Saya pasti dalam kes Pn Noriman, keputusan peperiksaan akhir tahun 2011 yang lalu adalah terkini jika anak-anak puan hendak bersekolah di sini pada tahun ini (Mac/April).  Sijil berhenti perlu dalam Bahasa Inggeris dan mendapat pengesahan/cop Wisma Putra dan Kedutaan Arab Saudi di Jalan Ampang, KL.
  2. Kad/dokumen imunisasi anak-anak.  Maknanya kad yang menunjukkan anak-anak sudah memenuhi jadual imunisasi di Malaysia.  Anak-anak yang sudah bersekolah menengah...saya tak pasti perlu atau tidak (sebab semasa anak-anak Norma ke sini, mereka masih kecil, oleh itu kita perlu sediakan dokumen imunisasi).
Seingat Norma itu sahaja keperluan yang perlu dibawa dari Malaysia.  Setibanya di sini puan perlu memperolehi Iqama untuk mendaftarkan anak-anak di sekolah.  Suami puan boleh terangkan apa itu Iqamah.  Ada sesetengah kes, jika Iqama masih belum siap, tetapi kita ingin daftarkan anak-anak ke sekolah dengan segera, pihak sekolah di sini akan meminta majikan suami mengeluarkan surat yang mengesahkan suami bekerja di sini...seperti 'confirmation letter' sementara mendapatkan Iqamah.

Sukacita diingatkan bahawa sesi persekolahan di sini adalah bermula sekitar September dan berakhir Jun setiap tahun, tidak seperti di Malaysia.  Setiap sekolah (Mariya International, Al Hussan International (JIS), ISG (American Academy School), Moattsem International, IQRA International) mempunyai sesi cuti yang sedikit berbeza...maksudnya ada yang akan mula cuti seminggu lebih awal dari yang lain, dan sebagainya.


 Oleh kerana entri ini berkaitan sekolah...saja Norma letakkan gambar anak-anak Norma dengan pakaian sekolah, ini pakaian sekolah Al Hussan International @ JIS, maaf ye gambar si Luthfil tu...suka hati je gaya nya...kikikikkkk

Jika ada yang ingin ke Jubail sekitar waktu ini (Mac atau April), kiranya sudah di pertengahan sesi persekolahan.  Kemungkinan ada sekolah yang tidak mahu menerima dan mungkin juga ada yang masih menerima pelajar-pelajar baru, InsyaAllah.  Norma doakan ALLAH permudahkan segala urusan kalian nanti. 

Norma berharap pembaca-pembaca berkenaan dapat sedikit maklumat di sini, semoga boleh dimanfaatkan.  Mohon maaf jika maklumat Norma tidak seperti yang diharapkan.  Boleh saja email Norma ya...(lambat dengan cepat je nak respons...maklumlah akak sibuk dik nuunnn) :-)

LUTFIAH NOORAH HASWADI

Ahlan wa Sahlan to our latest edition in the family.

Lutfiah Noorah, a name picked by one Saudi lady I met at Mouwasat Hospital.  Insisted to have a name that starts with an 'N' or 'nun' in Arabic, Zainab....one of the Saudi ladies working at the hospital whom I met at a female waiting room one day, suggested that I name my daughter NOORAH.  The name NOORAH comes from the word 'NUR' which has the meaning of 'light' or 'cahaya'.  Zainab said that Arab women loves the name of NOORAH.  Noorah is a common name amongst the princesses of Arabia...that was what she told me.  Alhamdulillah, all of us agreed on the name, especially Nadhrah...she even kept calling that name before Noorah was born. 


Might as well include Hadeed's latest photos.  He is still the little boy everyone adores in the family, even now that we have Noorah...Hadeed will always be the little cheeky boy...everyone loves u sooo much!!!


Wednesday, February 22, 2012

TERKINI

Mari Menulis...

Alhamdulillah... dapat juga menjenguk ke blog yang hampir bersawang lebat ni.  Kalau diikutkan...banyak cerita berita menarik dah tertinggal jauh ke belakang.  Sejak kembali dari haji dulu sampailah Norma dah selamat bersalin..hehehe.  Adoiii...lamanya lah ...dah naik basi kut cerita yang nak dikongsi.

Ni tadi baru lepas bertungku...lepas buat sedikit kerja-kerja persatuan Jumanisaa di sini.  Lutfiah Noorah tidur lagi sejak bangun tadi jam 7.00 pagi.  So ummi nak mencoret-coret kembali.

Ya...Norma dah selamat melahirkan anak ke-5 kami, yang kedua di Saudi.  Lutfiah Noorah binti Haswadi, 3.03kg pada 3 Februari 2012 yang baru lalu di Mouwasat Hospital, Jubail.

Suka sangat ke bersalin kat Saudi ni?
Ada dapat apa-apa ke kalau bersalin di Saudi?

Tak dapat apa-apa pun keistimewaan dari negara Saudi ni, ianya rezeki dari ALLAH SWT, nak lahirkan 2 orang anak di sini, Alhamdulillah.  Yang pasti pengalaman itu yang sangat berharga. 

Selepas ini sibuklah nak buat passport Noorah pulak.  Selagi tak ada passport, Noorah tak boleh keluar dari Saudi.  Tapi tak mengapa, lama lagi kami rancang nak balik bercuti ke Malaysia...tahun 2013 nanti, InsyaAllah...adoiiii lama lagi tu....

 Hadeed...belum cecah 2 tahun dah dapat adik...tak pe...cepat besar sikit ye Hadeed.

Dah...tahun ni tak pergi mana-mana ke?  Tidakkkk....duduk je diam-diam kat Jubail ni okay...keretapi dan gerabak kecil ramai...takut tercicir-cicir kalau bawa jalan jauh-jauh...so sabar ye anak-anak...ummi dan abah nak physically and mentally prepared to get all you guys away..InsyaAllah.