Saturday, July 14, 2012

UJIAN...UJIAN??? YA UJIAN...

Bila kali terakhir anda menghadapi kesulitan atau dugaan??

Kesulitan yang memerlukan anda bersabar tahap maksimum...  Yang pasti doa kepada ALLAH SWT itu amat penting.  Sentiasa mengingatiNYA agar diberi kekuatan dan ketenangan menghadapi ujian dan dugaan di dunia ini.

Ini belumpun ujian dan dugaan di akhirat yang pasti lagi hebat penangannya, Allahuakbar! 

Kesulitan yang ditimbulkan oleh manusia...perlulah dengan pemikiran manusia juga menanganinya.  Bertindaklah sewajarnya dan sebaik mungkin.

Berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai, dari aspek asal usul, budaya, pemikiran dan matlamat hidup masing-masing menduga sepenuhnya kredibiliti dan juga keimanan, aduhai...sabar...sabar...sabar.
Kita sudah berusaha terbaik, berdoa memohon diberkati dan dipermudahkan segala kesulitan kita dan akhirnya kita mampu berserah dan bertawakkal lillahitaala.

Allah sudah berjanji, tidak sekali-kali ujian kepada umatNYA adalah pada luar kemampuan mereka masing-masing. Pastinya dengan petunjuk serta hidayahNYA, kita bakal menempuhi segala masalah yang datang.

Ingat!  Langit tidak selalunya cerah...tiada hidup yang sempurna melainkan ALLAH SWT.  DIA yang menciptakannya dan DIA yang merancang segala.
Firman Allah S.W.T.:

"Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) 
 
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya."

Al Baqarah: 157



Amin...Amin...Amin Ya Rabbalalamin...

Friday, July 13, 2012

NO...NO...

ni bukan gambar anak Norma atau anak mana-mana kenalan, ianya ihsan google.com okay


Malam tadi tidur 4 jam sahaja....ohh bukan malam...pagi tadi.  Setelah sakan keluar rumah lepas Asar kelmarin...balik rumah jam 2 pagi!...kemas sana sini apa yang patut kat dapur tu, tunggu Subuh, dan jam 4 pagi baru masuk tidur. 

Tidur kejap aje.  Jam 8 pagi tadi dah bangun selepas menyusukan Noorah yang sedang sambung tidur kembali tu.  Nak kata supermom ke superwoman ke superman ke...tak tau lah Cik Yah....yang pasti Norma still awake and kickin'...kikikikkkkk.  Where on earth did you get all that will and strength cik Norma oii??  Allah sahaja yang Maha Mengetahui ....yang berkuasa memberi kekuatan pada diri Norma ni...Alhamdulillah.

Mujur ummi tak jadi macam gambar budak kat atas tu...huhuhu.  Ummi pun cari peluang kemas rumah, sidai baju, menggosok (tapi belum habis lagi ...hihihi).  Sapu sana sapu sini, cuci sana cuci sini...uishhh tak habis kerja cam ni. 

Tapi mata still ngantuk cuma badan je segar lagi.  Sedang menggosok baju teringat tak membaca lagi hari ni.

Buka laptop, jenguk FB kejap, baca blog sana sini kejap, lastly buat catatan kat blog sendiri.  Ada beberapa nak story, tapi gambar tak upload...adoiii....tunggu lagi..


Monday, July 9, 2012

BLOGGING


Lamanya ambil masa 'berfikir'...ingat dah menyepi terus ;-) 

Taaaakk....Norma masih di sini lagi.

Pembaca yang masih setia dengan PurpleHeart, terima kasih Norma ucapkan jika sudi lagi menjengah blog yang tak seberapanya ini.  Sibuk sikit seminggu dua ni...tak terkejar masa nak menulis.  By the time ada masa waktu malam lepas Noorah tidur, Norma pula dah tak larat.  Mata nak pejam je...seawal jam 9 malam, 'bateri' dah almost dead...hihihi.

Janganlah terkejut membaca entri sebelum ini.  Sekali sekala, bagus juga blog walking ni.  Macam-macam kisah dibincangkan dan dikongsi bloggers.  Isu 'berperang' sesama blogger memang sudah lapuk....tetapi itu asam garam menulis di dalam blog.  Baru 'lively' omputih kata...kikikikkkk

Blog ini tiada had batasan.  Kita mampu menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran.  Apa sahaja yang ingin dikongsi boleh dicatat di sini.  Sebab itu, pernah satu ketika Norma mengupas topik 'etika menulis' di dalam blog.  Dah tak ingat dah bila entri tu. 

Tetapi bagus juga Norma terjumpa soalan-soalan yang Norma kongsikan di entri yang sebelum ini, ianya membuatkan Norma peka dengan pandangan dan pendapat pembaca di luar sana.  Tetapi, minta maaflah ya, tak dapat nak memuaskan hati semua, nama pun manusia...tidak lari dari melakukan kesilapan dan serba kekurangan.  Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terlintas di setiap detik hati ini.

Acapkali, di dalam fikiran kita mempunyai 1001 macam hal dan perkara yang ingin ditulis sebagai catatan, tetapi apabila keypad sudah di jari...lain pula yang ditulis. 


emmmm....senang cerita, bukan semua perkara 'layak' untuk dikongsi dengan pembaca, perlu juga ada batasan sewajarnya. 

Yang pasti, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.