Friday, April 24, 2009

'TALIAN HAYAT'



Alhamdulillah...walaupun 'penantian itu satu penyeksaan' tapi orang putih kata "better late than never". Ni alkisah internet installation kat rumah ni la. Cakap betul la...tak larat dah tertenggek depan pintu pagar pagi dan malam 'cari' line sebab Broadband yang kami guna tu tak sampai dalam rumah coverage nya. Katanya Teabah Street (lorong rumah kami tu) ni kawasan baru buka..so coverage takdok sepenuhnya...ntah le betul ke idak. Disebabkan itula Haswadi decided nak pakai 'landline' supaya boleh guna wireless service, alang-alang bawak router DLINK dari Malaysia ni kan. Sadis sungguh kedaan kami terutama Haswadi dalam tempoh sebulan setengah dah ni. Macam-macam cara dah dibuat. Akhirnya dengan khidmat 'consultant' Puan As dan Encik Roy...kawan baru kami kat Mahdoood ni...Alhamdulillah bernyala jugak akhirnya 'DSL' kami tu. Siap pinjam router STC As n Roy lagi punya nak test 'DSL' tu. Haswadi la individu yang paling seronok sekali sebab it ends his misery of all the trouble he went through just to get that DSL thing in the house!!!! He even visited 3 -4 different STC (Saudi Telecommunication Company) offices and its HQ in Jubail. He even 'chased' after the STC technician over the phone 10 maybe 20 times a day...at the end it was found that the DSL configuration to our apartment was not in its place...seemed that it went to other people's home!!!..."HELLO!!! tak reti buat kerja ke??!!" The customer service and the technician who answered our call said that the line has been activated...and it went like that for almost 2-weeks. They really tested our level of patience though... Pernah terbaca dalam blog As kisah internet installation di rumah dia dulu...tu yang mencadangkan Haswadi untuk consult Mr Roy.
Akhirnya technician yang bertugas datang juga ke rumah dan selesaikan masalah kami.. agaknya tak tahan 'harassment' dah kut...dah!..sapa suruh buat kerja 'halai-balai' (lewa)?? Kalau buat kerja tu dengan betul, teliti dan komited dari awal...tak adalah kami ni asyik duk telepon sepanjang hari...banyak lagi kerja lain nak buat kan...bukan nak hadap telefon STC sepanjang masa je!! (baca dengan nada tinggi sikit...marah ni!). Memang la kami ni bukan orang Arab yang maki hamun tak tentu pasal...kami ni orang Malaysia ... kaya dengan 'lemah lembutnya' ... tapi bukan bermakna buat lewa je kannn. Business is business la brother!...we also got money to pay you...same like the others...just do your job accordingly next time okay! Lagipun tak larat le akak asyik ngadap pintu pagar tu pagi-pagi buta sampai matahari naik kan...banyak lagi tempat dalam rumah tu yang akak boleh 'parking' tulis tulis blog ni...ni idak...ngadap pintu besi tu je...alahai.

Thursday, April 23, 2009

KEMALANGAN KECIL ....Alhamdulillah kami okay!

Di samping cerita gembira kami...nak selit sedikit ‘musibah’ yang menimpa...pada tanggal 17 April lalu (Jumaat) petang lebih kurang jam 4.30 petang kereta yang kami naiki ditimpa kemalangan kecil.. Alhamdulillah kami anak beranak tidak apa-apa cuma terkejut sedikit...kereta je yang kemek.
Beberapa minit sebelum kemalangan berlaku...perhatikan betul-betul si Luthfil Hasif tu...amboi! sukanya nak gi Fanateer...picnic dan main scooter!

Ketika memasuki sebuah jalan ke arah King Abd Aziz Street...tidak semena-mena dari arah bertentangan datang sebuah kereta yang sebenarnya salah lane ...dalam sekelip mata ‘berdegummmmm’...ummi hanya sempat cakap...abang! kereta tu!...abah sempat brek...tapi kereta itu terus meluncur dengan laju dan terus hentam kereta kami tu...gambar di atas diambil 3 minit sebaik sahaja kena langgar...
Abah sedikit panik...mana taknya kereta Toyota Corolla yang kami naik tu AVIS-rental car punya. Tapi beberapa minit abah dah calm down dan terus call police. Dengan mamat Arab yang langgar kami tu pun abah tak nak cakap...lagipun bukannya tau cakap English lak tu...habis kan borehh je nak marah pun...call police terus lagi baik! Macho la abah time tu...relax jerrr.

Emm...perhatikan Nadhrah tu...dia je yang sibuk marahkan mamat Arab tu! “Apa la lu?? Tak reti drive ke?? Habis program we all nak picnic kat Fanateer tu!” gamaknya itu la yang Nadhrah ‘bisingkan’...siap naik tangan lagi bengang dengan orang tu! (actually ni dialog yg ummi reka...tangan dia naik sebab rambut yang dia ikat tu dah senget sebab 'bergegar' sekejap masa hentaman tu, so nak betulkan balik agaknya)

Since ummi duduk depan...hentaman tu menyengalkan sedikit kaki kiri ummi yang pernah patah tu...sekejap je rasa sengal...beberapa minit dah okay...nak cerita betapa kuatnya hentaman tu. Alhamdulillah anak-anak duduk elok di belakang, cuma Haikal yg seperti biasa suka berdiri kat tengah .. masa tu berdiri di belakang pemandu...sambil peluk ‘head-rest’ abah...so okay...kalau tidak, mau terperosok kat dashboard depan tu... Antara yang bergegas keluar cepat dari kereta...abah, ummi dan nadhrah sahaja nak tengok kesan hentaman...Luthfil dan Haikal tak bergerak ...panik sekejap...bila tanya luthfil apasal tak keluar tu?, cepat-cepat dia paling muka dan kata “luthfil tak nak tau apa yang berlaku dan tak nak tengok...luthfil debor ni!” Nak tergelak ummi dengar...dia yang paling besar rupanya yang paling penakut!!!


Ni la kereta Chevrolet yang langgar kami...sedikit je ‘luka’ nya...sebab dia yang hentam kaaann. Bila polis sampai baru tahu yang kereta ni tidak ada dokumen sah mahupun insurans!..Rasanya driver tu pun tak ada lesen gak kut...sebab teruk kena ‘lecture’ dek polis Arab yang sama gak tak tahu English, “mafi English!” katanya ...maksudnya “den tak tahu bahaso Inggeris yo!” Poning kepala abah sekojap...
Ni pulak our ‘wreck’...what a mess $??? Dan lihat kesan tayar yang abah sempat brek sebagai bukti, according to the law...abah has taken first emergency caution...still the other car hit us! So salah kereta satu lagi...sebab dia tak brek pun! Nasib baik kereta ni memang diinsuranskan oleh AVIS...so debor sikit je la...AVIS akan settle. Kereta ni adalah kereta kedua yang kami sewa...first car Mazda 3...pakai sebulan, masuk bulan kedua, abah sewa Corola ni, ‘sedap’ gak kereta ni...bawa laju tak rasa apa-apa...tapi sayang... ‘jodoh’ tak panjang ngan kami...kena pulangkan balik la jawabnya dan digantikan dengan Corola warna putih lak.

Seingat ummi...abah memang ‘super driver’... kalau memandu memang hebat!..bawak kereta macam a big and a serious ‘business’ for him!!! He drives religiously I can say, passionately, lovingly sometimes...and he has always been so careful when he drives fast!!! Tapi sejak ummi kenal abah since 1997 dulu sehingga 2009...he has been involved with 4 different accidents with 4 different cars!! Tak kisah la dia langgar orang atau orang langgar dia atau dia langgar tebing Bukit Bauk kat Dungun tu ke...tapi orang kata “alah bisa...tegal biasa!” sekali kena memang sakit la...kalau dah 2 – 3 kali kena...selamba je!! Hero kan...mesti ‘dugaan’ banyak...kalau tidak mana boleh jadi ‘super driver’.

Ummi ingat lagi baru-baru kahwin dulu...abah pernah kata, “kalau abang ni kaye...lama doh abang jadi pelumba kereta F'wang'! (FI...kena sebut loghat trengganu), tapi ayoh abang je yang kaye...abang dok...so dok leh hah.”
Honey! ...more careful next time please.

Nak menutup kisah kemalangan ni...ummi sempat gak la snap gambar luthfil yang akhirnya keluar gak dari kereta...debor tapi masih nak jugak buat aksi menarik...Cuma lihat je la muka orang tengah panic tu...berkerut semacam...senyum pun tak ikhlas dan separuh je...kemudian bandingkan la muka luthfil kat gambar mula-mula sebelum keluar rumah tu...kelakar betul melihatnya...sabar je la anak ummi sorang ni!

POKOK DARI MALAYSIA

Salam...ni entri yg telah siap di draftkan sebelum diupload..maknanya bukan ‘straight from the oven’ la. Betul gak kata cik Peesha...type je dalam word dulu...ada peluang upload...copy paste je la...

This time around masih lagi nak berkongsi gambar-gambar yg melambak2 ni...bukan tak nak pakai slide show tunjuk perabih semua...tapi setiap gambar tu ada cerita...dan memang suka bercerita pun so...InsyaAllah dapat kongsi bersama pengalaman kami yang tak seberapa di bumi Arab ni.

Pokok-pokok dan Hasil kerja ‘keras-tangan’


Ni 4 jenis pokok masakan yang dibawa dari Malaysia.. dari kiri: daun sup, serai, pandan dan dalam cawan kecil tu daun kesum. Di rendam semua akarnya dalam air nak keluarkan akar baru sebelum transfer ke pasu...


Kedai bunga aka nursery pokok..kedai ‘kawan’ Egypt yang tak tahu cakap English...tapi kalau bercakap dengan normawati...bahasa apapun gerenti boleh kasi faham punya!


Seminggu pertama sampai baru dapat cari pasu dan tanah yg sesuai dari kedai ‘kawan’ baik saya...bunga2 tu bunga hiasan di Jubail ni...sepasu kecil tu SR1 sahaja...abah dan luthfil belikan untuk ummi...yang pasu besar 4 buah tu la pokok yang dibawa dr Malaysia. Dari kiri daun kesum...alhamdulillah dari tak ada daun dah berdaun...daunnya pulak lebar semacam..tapi masalahnya tak keluar anak pokok pun...risau gak takut tak membiak. Pasu kosong sebelah tu sebenarnya pokok pandan yang tidak menjadi...pelbagai cara dah diusahakan untuk selamatkan pokok tu...tapi tak tedaya...jadinya saya tanamkan ketul kunyit hidup dengan harapan akan bertunas. No. 3 dari kiri tu pokok serai...alhamdulillah daun dah keluar...memanjang je...tapi tak ‘gemuk’ pun tapi dah keluar beberapa tunas baru... dan yang paling hebat suburnya adalah pokok sup tu...daunnya lebar bukan main...masa tanam kat Dungun tu..daun halus je...sampai sini lebar...tu kira dah agak susut sikit sebab kerap diambil dah pohon tu untuk masakan dan juga diberikan pada jiran tingkat atas tu...agak2 dalam 20 tangkai dah dapat dipetik. InsyaAllah projek akan datang nak biakkan pokok sup tu sebab hidup subur kat Jubail ni walaupun letak kat luar rumah...bila dah banyak..mana-mana kawan di Jubail ni boleh hello je...datang ambik kat rumah ye...setakat nak buat sup ayam, bancuh dalam cucur udang atau bilis, hiasan lauk kurma, campur dalam shawarma (ala ala kebab) tu boleh lagi...

Satu lagi yang adalah rak atau meja letak pokok2 tu... Haswadi yang buat...hasil daripada kayu kayan dan papan plywood yang bersepah kat luar rumah tu... diambil ‘dengan izin’ dan direkabentuk menjadi sebuah rak pasu yang sangat klasik dan menarik...Haswadi kata tak perlu touch up kayu dan papan tu...nampak natural...ye ke bang?? Ke malas nak ketam dan bersihkan?? Kat IKEA, KIKA mahupun HOME CENTRE kat Khobar dan Dammam pun tak jual rak mcm tu. Hanya ada kat Dakhil Mahdood je. Anyway...thank you so much for your effort! Kiranya rak pasu tu hasil kerja ‘keras-tangan’ Haswadi yang pertama kat Jubail ni... alatan kelengkapan menukang dia pun ...boleh buat sebijik rumah tuuuu!!! Khabarnya banyak lagi ‘projek’ akan datang...tapi plants bedding saya kena siapkan dulu ye bang! So sesapa nak tempah rak pokok atau pasu bunga...boleh hello kat Haswadi, beritahu spec dan preferences...heheheeee...jgn marah ye bang.