Sunday, April 19, 2009

RUMAHKU SYURGAKU!!!

Salam semua...

Ni pulak gambar2 sekitar rumah kami yang baru ni...rumah sewa. Harga sewanya SR30,000.00 lebih kurang RM30 ribu juga...sewa untuk 12 bulan sekaligus...ni memang stail tuan rumah kat sini..they go by yearly rental...kalau kat Malaysia hanya deposit 2-3 months...here you pay them all full a year! Agak-agak dalam SR2000++ sebulan. Rumah tak sebesar mana pun...ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Satu dapur, satu ruang makan dan satu ruang tamu.
Nama tempat kami tinggal ni Dakhil Mahdood...dekat sangat dengan pasaraya PANDA...macam GIANT tu la...tapi saiz kecil sikit berbanding cawangan yang lain...dalam 200-250 meter sahaja dari rumah. Ummi pernah jalan kaki bersama-sama anak-anak satu tengahari tu ke PANDA...saja nak hilangkan rasa bosan...berderetle jalan kaki. Yang bagusnya kalau keluar waktu pagi hingga tengahari ni selamat sikit sebab tak ramai orang lalu lalang di kawasan rumah ni. Masuk waktu petang selepas jam 4, janganlah saja-saja nak keluar rumah kecuali abah ada sekali... sebab akan penuh dengan kereta...dan pekerja-pekerja 'odd jobs' (buruh bebas or freelance labor).
Freelance labor ni ummi yang bagi nama sebab ceritanya..mereka ni foreign workers from India, Bangladesh, Philippines, Pakistan, etc yang akan membuat apa saja kerja selepas waktu bekerja mereka. So petang-petang mereka akan menunggu tepi, tengah dan atas jalan raya berkumpulan atau seorang diri dan akan nampaklah pak-pak Arab naik kereta mewah-mewah ni berhenti dan menawarkan pekerjaan...daripada mencuci kereta, kerja kontrak, angkat barang, atau apa sahaja yang mungkin boleh mendapatkan wang...setakat ini...ummi belum nampak lagi la orang Malaysia yang buat 'odd jobs' ni...InsyaAllah tak akan ada kut...alhamdulillah. One day ummi akan cuba ambil gambar mereka ni dan buat entry pasal mereka.

Ni la dia rumah kami.....besoooooornya 'villa'..jangan tertipu kengkawan...ni adalah satu bangunan apartmen yang mempunyai 5 unit rumah. Apartment kami bahagian bawah sebelah kiri tu...abah sedang mengunci gate semasa kami nak ke Khobar minggu lepas awal April. Susunan rumahnya ground floor ada 2 unit, tingkat satu ada 2 unit dan atas sekali satu unit ala studio apartment.. Setakat ni baru ada 3 keluarga yang duduk...2 Malaysian dan satu Indian...
Depan rumah tu masih ada lagi longgokan kayu sebab rumah ni baru aje siap dan tanah sebelah yang kosong tu pulak sedang dalam pembinaan satu lagi apartment...sesapa nak datang sini...kabor la ke kami...nanti kami tempahkan ye.
Ni la dia lorong yang lebarnya 6 kaki ...kira laman rumah la. Tempat anak-anak main lari-lari dan kejar-kejar sesama sendiri dan sekali sekala dengan Ikram dan adik-adiknya. Semuanya ber'tile' so ummi tak leh menanam kecuali guna pasu aje. Abah kata nak buatkan ummi plant's 'bed'...iaitu kotak dari kayu atau bata yang panjang dan letak tanah dalam tu...so ummi boleh tanam pokok....bila tu abah??
Ni gambar kami sekeluarga yang terkini...cuma Luthfil je tak de sebab dia yang snap gambar ni...Alhamdulillah...kami semua sihat walafiat... Anak-anak pun okay. Ni gambar nak keluar pergi Khobar sejam setengah dari Jubail...macam dari Dungun nak ke Kuantan la...Khobar bandar besar...macam-macam adaaaa....

Ni bilik Luthfil dan Haikal....set bilik tidur yang abah beli kat Dammam sebelum kami sekeluarga ke Jubail lagi. Lengkap satu bilik...ummi cuma bawa set cadar dari Malaysia je.

Ni bilik Nadhrah....ksosng??? Ha ah..abah tak jumpa lagi set bilik tidur budak perempuan...bila Nadhrah sampai banyak pulak la spec yang dia nak...nak katil butterfly la, nak kelambu pink la....so tak jumpa lagi ... koho koho abah kata...so Nadhrah tumpang dulu bilik Luthfil dan Haikal...bilik ni jadi tempat solat, tempat main, tempat lepak petang-petang ... dan golek-golek atas comforter tu. Sekali tu ada kawan abah Uncle Dahisham dari Yanbu datang so....Uncle Dahisham tidur bilik ni la...boleh jugak jadi bilik tetamu.
Ruang tamu kami...simple aje...pasu bunga warna cream tu SR23 sahaja kat HOME CENTRE di Dammam. Made from porcelain...nice very nice...
Ni 'workstation' ummi tuan punya blog la, selain tempat membuat catatan harian dan catatan barangan dapur yang nak dibeli jadi tenpat simpan buku-buku...betul-betul sebelah katil...senang nak capai buku-buku sambil nak lelap mata... Buku Awang Goneng "Growing Up in Terengganu" tu belum habis baca lagi...seronok buku tu. Jambangan bunga comel tu beli kat "MYDIN"...haaa jangan terkejut kat Jubail ni pun ada kedai "MYDIN"...ummi yang bagi nama...nama asal kedai BIG WORLD kat Ladies Street tu...tapi first time ummi jejak kaki ke dalam kedai...ada feel macam MYDIN tau...so ummi panggil kedai MYDIN...dari segi susun atur kedai dan jenis barangan yang dijual serta harga yang berpatutan tu memang ala ala MYDIN... sejambak bunga tu SR1 hingga SR2 sahaja...murah kan...cantik pulak tu...basikal yang jadi pasu tu murah gak SR12 sahaja...okay la dari tak ada kan.

Okay...battery lappy ni nak habis dah sebab wireless kat luar ni...sebelum terpadam...I would like to say goodbye for now...'see' you later....
Salam semua...

Ada lagi cerita kami....

Ni masa hari pertama sampai di Jubail...selepas Zohor abah dah bawa jalan-jalan ... tak jauh pun kat area Fanateer...dalam 20 minit dari rumah jeNak selit sikit gambar tuan punya blog...ni la dia 'hotspot' kat rumah ni....sabarjela...mengadap pintu pagar!!! tempat lain tak dapekkk..ginila keadaannya setiap kali surf internet...sabar sabar..banyak bersabar...bilalah nak okay line ni???
Minggu kedua abah dah bawak gi aktiviti 'merentas desa' tapi kat sini 'merentas padang pasir'...panas terik tapi angin sseejjjjuuukkkk!!! Abah kata...siapa tak tahan...kena hantar balik Dungun!..si Haikal kenit tu pun kata "adik tahan....adik suka duduk Arab"...heheheeee takut kena hantar balik ye. Kat tangan masing-masing sentiasa ada air...mana taknya tekak sokmo kering. Ni gambar kat Dammam..sejam dari Jubail..belakang tu masjid...kat sini masjid memang banyak dan kat mana-mana pun ada...cuma masalahnya selalu berkunci...terutama bahagian Muslimah...ada sekali tu kami pusing habis bandar Dammam tu sebab nak cari masjid yang dibuka...akhirnya jumpa juga...tu pun sebab tukang jaga masjid tu ada...so dia bukakan bahagian Muslimah...syukran!
Ni gambar macam ada kenduri je....bukan...ni gambar luthfil dengan kawan baru yang juga jiran tingkat atas rumah kami...masa ni abang Ikram (12 tahun) baru 2-3 hari sampai Malaysia...kebetulan ummi baru lepas masak lunch...so ajak sekali Ikram dan Izazi (10 tahun) makan...seronok sungguh Luthfil sebab dapat jumpa kawan. Lauk simple je tengahari tu...sambal udang, sawi lemak putih, tenggiri goreng dan telur dadar. Kawan-kawan baru masih malu-malu...makan sepinggan aje...si Luthfil yang tengah seronok tu 2 kali tambah nasi...alahai anak ummi ni....seronok sakan ye!!!
Salam semua...
Alhamdulillah dapat sambung cerita...anak-anak dah ke sekolah....siap breakfast mee sup...mee kuning Malaysia tak ada jadi pakai mee Korea....okay jugakla...so ummi ada masa untuk buat catatan....kalau hari biasa....sibuk kat dapur prepare lunch...hari ni mee sup sampai dinner...tak yah masak dah... jam 4.45 pagi dah kelentang kelentung kat dapur punya nak blogging...lepas ni ummi kena buat time table blogging ni...sebab sekali hadap sejam dua!!!

Ada beberapa foto untuk tatapan semua yang rindukan kami kat sini...yang tak rindu pun boleh tengok....no problem...

Antara aktiviti mula-mula sampai..ni gambar minggu pertama...main game je la!
Minggu kedua dapat idea baru...habis koyak plastik PANDA dan SAMEWAY 'dikerjakan' main lari dalam 'guni'....


Sunday, March 29, 2009

CERITA RINGKAS DAN SALAM KHABAR SEMUA

Salam semua...
agak tersangkut juga cerita ceriti kami sekeluarga ni. Alhamdulillah ... dah masuk minggu ketiga ni okay je...walaupun menggigil kesejukan lagi kat sini.. Ni pun tengah update blog di tengah-tengah padang permainan tak jauh dari rumah sebab kat rumah tak selesai lagi servis internet yang dah berhari-hari kami tunggu. Petang ni HAswadi ajak ke taman permainan tengah bandar ni...ada gak la 'line' so update sikit.
Terima kasih banyak pada semua yang komen dan balas cerita kami kat sini:

Fetty and Fisha ....sori le kak norma 'mati kutu' kat rumah sebab takdok internet ni. Cerita dah penuh 'CPU' kak norma ni...nak deliver tunggu masa aje... Kami okay...tapi tengah wondering juga bila la nak selesai musim sseejjuukk ni???

Keluarga Kak Za dan Keluarga Ana-Azhar..Fahim, Azim, Dik Ah, Muiz, Najihah, Naim dan Betty... kami...Luthfil, nadhrah dan haikal kay je kat sini...main tetap main walaupun kawan-kawan tak ada...sebut jugak member-member kat Sura Hujung tu...nak buat camane...bukan dari Paka ke Dungun je ni nak balik nak oiiii....nuuuuun jauh nak jumpa pun. Kawasan rumah kami kat sini terhad je....terbayang-bayang tanah depan rumah tu....bestnya dapat lari sana sini...kat Jubail ni lari-lari tepi rumah yang lebarnya dalam 6 kaki je... tapi oleh kerana sejuk jarang dapat main luar....dalam rumah le jadinya 'taman permainan'....nasib baik tak ada sangat perabot lagi...gi la nak lari mana-mana pun...

Untuk kak Aida....tak dapat jumpa gak sebelum norma berangkat hari tu ye... InsyaAllah panjang umur tahun depan ada rezeki norma balik kita jumpa...tu pun kalau kak Aida ada lagi kat Dungun...nak balik Temerloh bila tu?? Pasal orang Arab ni...since Norma ni cakne juga la yang berlaku sekeliling...banyak perkara yang Norma tak suka dari suka...ada je yang tak dapat terima dengan yang boleh diterimanya...sabar je la...nanti Norma cerita dalam blog lagi pasal orang Arab baik lelaki baik perempuan.....tapi all in all kami sekeluarga okay..alhamdulillah...cuma bab makan dan bahan makanan ni agak berbeza la juga...

Untuk Mommy Aliff....dah tiga minggu tapi tak jumpa lagi kita ye...tak tahula bila boleh jumpa...jemput la datang ke Mahdood (tak pasti ejaan betul tak ni?) ni...kami tinggal kat Jubail City... InsyaAllah Rabu ni ke Fanateer untuk Usrah mingguan ... first time nak gi ni....

Untuk Puan Shaffir...wife DinKayan... betul tu...rumah kita tak jauh...ni tadi masa nak ke taman ni terserempak dengan cik abang awak dalam kereta...Haswadi hon...mungkin dia tak perasan kut... Wife Taufiqwish Norma dah jumpa masa gi pasar last week ... jemputla datang ke rumah kami ye.... boleh la kenal-kenal yek...

Untuk Neeza ....Wanita Malaysian Melayu yang pertama sekali Norma jumpa sesampai kat Tanah Arab ni....jumpa kat SAMEWAY supermarket...tu pun Neeza yang approach kami sekeluarga dalam kereta je...kenal lak tu....kenal dalam cyber je...tup-tup jumpa macam dah kenal lama pulak ye... InsyaAllah nak melawat juga awak sekeluarga sebab takut Sumaiyyah tak muat pulak baju yang kami bawa dari MAlaysia ni.....alamak bila la tu?? Kalau RAbu ni kat Fanateer la ye..

Okay dah masuk Maghrib...nak beredar sebab takut Muttawa ligan tak keluar dari taman permainan ni...
InsyaAllah jumpa lagi......

Terima kasih semua....

Tuesday, March 17, 2009

SALAM DARI PERANTAUAN...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi sempurna sudah perjalanan kami sekeluarga dari Malaysia ke tanah Arab ini. Hari ini genap seminggu kami berada di Jubail, Arab Saudi. Segala keresahan, gelodakan, anggapan, harapan telahpun terjawab sebaik sahaja saya menjejakkan kaki di bumi Arab ini.
First impression...and more....
*sejuk!!!
*tak de orang ke??
ni semasa tiba di Dammam Airport...macam airport 'berhantu' gitu!
*ganas gilerr!
sebaik keluar dari kapal terbang di Dammam Airport...pengawalnya ala ala askar
nak pegi perang!
*kecoh betul pak Arab ni!
masa kat checkpoint entry(takde gambar sebab takut nak ambil...kena tembak dek
askar bersenapang tu...baru betul!)...baru jumpa orang...orang India, Punjabi,
Filipina, Nepal, Myanmar, Indonesia...eh...mana gi org Arab ni?? Tu dia...tengah
bising 'bango' kat counter tu...cakap punyala kuat...ingat gaduh...rupanya tengah
'buang masa' sembang sesama sendiri dalam counter tu...patutla 'tembel' buat
kerja...sembang je kerjanya!
Satu insiden menarik yang saya dapat observe...semasa sedang beratur
beramai-ramai tu adalah cara orang Arab di kaunter Imegresen ni kerja...tetiba je
rasa simpati pada semua foreigners yang saya sebut di atas tadi...dilayan macam
orang bersalah nak ke tali gantung!...ada sekumpulan lelaki Punjabi...dalam 4-5
orang...saya lihat disuruh beratur dari satu kaunter ke kaunter yang lain...ada 3
kaunter beroperasi kat airport tu...mula-mula di kaunter 1, lepas tu suruh beratur
di kaunter 3...eh eh...silap lagi...lelaki-lelaki Punjabi tu disuruh beratur kat
kaunter 2 pulak!...Elok-elok kami disuruh beratur di kaunter 3...lelaki-lelaki
Punjabi tu juga di suruh beratur belakang kami kat kaunter 3 tu....haru betul! dahla cara arahan tu macam nak memaki hamun orang....tak reti cakap elok-elok ke Pak Arab ni....di kawasan kaunter tu hanya dengar suara pengawal, pegawai di kaunter sahaja yang bercakap....semua foreigners kat situ (lebih kurang 50 orang) tak berbunyi sikit pun...masing-masing cakap nada rendah dan hampir berbisik....bukan apa takut diherdik oleh Pak Arab tu...
Tapi...anak-anak saya yang 3 orang ni tak makan saman...'berpesta' meriah kat area tu...berlarian sana-sana tak reti penat!...ummi dan abah mereka je yang dah tak larat nak marah...sekali-sekala terkeluar jugak la suara 'lunak merdu' saya ni memarahi mereka...setiap kali bersuara...satu jelingan 'manja' diberikan oleh pengawal kat situ...so apa lagi....jari dan tangan je yang 'merayap' mencubit siapa-siapa yang tak reti duduk diam...baik si luthfil, nadhrah hingga si haikal pun 'kena' juga...tu ummi dah geram sangat la tu....

Satu lagi insiden pula terjadi ke atas seorang wanita bersari (India atau Bangladesh)...beliau berada betul-betul di hadapan kami 5 beranak... semasa giliran beliau sampai...Pak Arab kat kaunter tu terus menyemak passport dan urusan entry...akhir sekali mengambil cap jari (computerized) wanita itu...dah la cakap macam ayam dengan itik...dua-dua tidak berbahasa Inggeris...so cap jari yang diambil tu asyik silap dan macam tak kena gaya je nampaknya...nampak betul muka wanita India tu takut dan risau...sebab asyik salah aje cap jari yang diambil...si Pak Arab jaga kaunter ni pulak membebel ntah apa-apa dalam bahasa Arab marahkan wanita tu...senget sanala...senget sinila...tangan wanita itu di suruhnya ubah...dia tak sentuh pun...haraaammm!...so bagi arahan dalam bahasa Arab...mana la wanita tu nak faham...kalau dengan saya pun saya tak tahu apa je yang di'sumpah-seranahkan'....kasihan wanita tu...berserabai dengan sari dan rambut yang panjang mengembang tu takutkan Pak Arab tu...saya yang melihat jadi gerammmm sangat...."macam bagus je Pak Arab ni....!" bebel saya pada Haswadi..."biasala...ni la stail Pak Arab buat kerja....saje buat lembap!" jawab Haswadi.
Alhamdulillah bila tiba giliran kami 5 beranak...siap senyum simpul lagi Pak Arab tu...dalam hati saya ni heeee geramnya aku! Sampai hati aniaya wanita India tadi...tapi disebabkan takut terjadi perkara yang sama terhadap diri saya....senyum simpul juga la saya berikan kat Pak Arab tu...dia tanya Haswadi "Malayzeee (Malaysia la tu)?" Haswadi angguk dan jawab "yes!"...wah suka sangat la Pak Arab tu..siap sembang guna "bahasa ayam patuk beras" dengan Haswadi..."kerja kat mana?" "manager ke engineer?"....apahal la pulak tanya macam-macam...Haswadi layan je, faham pulak tu Pak Arab tu cakap!...akhirnya sekali je try ambil cap jari....dia kata okay....degap-degup gak jantung ni takut tak lepas macam Indian lady tadi tu....
Haswadi kata....orang Arab ni memang suka dengan orang Malaysia...negara Malaysia dan yang utamanya mereka memang 'adore' Tun Dr Mahathir!...bila cakap je dari Malaysia...terus layanan, percakapan, dan cara mereka berubah .... they really look up at us Malaysian.... tapi kalau dari negara lain...kurang sikit....
*kering!!!...
cuaca yang kering...kulit muka mula 'menggigit' kekeringan....berbotol-botol
mineral kami anak-beranak minum sepanjang KL-DOHA-DAMMAM...sebab nak tahan
panas la kononnya. Cuaca memang sejuk dan dingin bercampur angin sejuk sekali
sekala...tapi cahaya matahari terik juga.

Selesai kat airport Dammam...masa bergerak ke Jubail pula...dah siap ada van tunggu, Zubir nama pemandu van tu...memang Haswadi dah kenal dengan dia..dari India...berbelas tahun kerja kat Arab...sebagai pemandu van sewa je...tak silap hanya balik India jumpa keluarganya setahun sekali...mak oiiii...lama tu!

Dalam perjalanan...tidak menarik mana....gurun...padang pasir la katakan....hanya lihat unta 5-6 ekor sepanjang highway Dammam-Jubail...anak-anak seronok la...ummi nya debor...camana la rumah baru kami tu nanti???

Cerita selanjutnya bersambung...

Sunday, February 22, 2009

SIG-FOOD again??

Petang tadi...syukur alhamdulillah...berlangsung sekali lagi SIG-Food saya dan rakan-rakan rapat saya...Fathy, Mary and Peesha. Kali ni di rumah Fathy...gambar tak de sebab tak sesapa pun 'snap' apa-apa...kami cuma 'ngap' food aje!
Ni dia 'GENG SPECIAL INTEREST GROUP@SIG' tu (gambar diambil 18 Dec lalu)
Cik Peesha, Fathy and me...
alamak Mary mana??

Kali ni small scale sebab Fathy tu beria-ia nak memasak MEE UDANG sedap dia tu... saya ditugaskan memasak MEE GORENG FOR KIDS (tak pedas)...dan menawarkan diri membuat PUDING KARAMEL with DUTCH LADY FRESH MILK tu. Kali ni alhamdulillah...sempurna puding tu...the last time buat ... karamel overly well-done...so jadi bitter kata si Peesha...kali ni memang sodap!
Dah siap-siap tanya Fathy resipi MEE UDANG KAW! dia tu...and dah berangan nak buat bila duduk kat Jubail tu sebab Haswadi kata udang kat Jubail beso beso dan murah....emm kolestrol?? tak pe la bukan nak buat setiap hari pun kaaaan! Alamak mee kuning plak masalah mana nak cari kat Jubail tu ye?? Nak bawak siap-siap MEE LIDI (ala ala spaghetti tapi dah rebus jadi mcm mee) banyak-banyak buat stok. Dan bahan lainnya ubi keledek...mesti ada kat Jubail tu kan. Sayur kangkung ada tak?? Okay nak bawak benih kangkung siap-siap...in case kena tanam sendiri.
Semasa nak menikmati MEE UDANG KAW tu seperti biasa Haikal meminta disuapkan makan. Ummi 'pause' sekejap dan suapkan dia dulu. Dah teramat biasa dah dengan si Haikal yang tersangat manja dengan ummi dia ni. "Abah! cepatla balik...suapkan Haikal pulak ye!"

Bila Haikal tengok Nuha (anak Fathy) sebaya dengan Haikal tu makan sendiri...baru dia nak cuba makan sendiri...tapi last sekali suruh juga ummi kesayangan dia ni suapkan...Haikal...Haikal...cepatla grow up and be a big boy.

Selesai semua, dalam 6.45 petang tu kami semua beransur pulang dengan rasa gembira di perut dan di hati...malam ni dah tak perlu makan lagi...cuma anak-anak je kalau nak makan memang dah masak siap sup ayam kat rumah tu.

DETIK DETIK INI...

Geram sungguh dengan Internet ni sejak sehari dua ni... Ya Rabbi teramat lambat...apasal agaknya. Acapkali dah ON and OFF laptop ni dan suis wireless tu...tapi still lambat. Nak browse web memang bercinta betul...
Pagi tadi sedang mengemas rumah...mak saudara Haswadi (Mok Su) datang rumah bersama anak sulungnya ...Jijie bakal pengantin baru 15 Mac ni. Jijie ni first cousin Haswadi. Nak dijadikan cerita semasa memula datang Dungun dan mengajar di UiTM tu Jijie ni antara pelajar saya...awal-awal lagi memang tak berapa nak recall "who is who?" in Haswadi's family...dan Mok Su hanya bagi tahu anak dia di UiTM...tup tup saya mengajar Jijie ni yang ketika tu berada di semester 6 dah. 8 tahun berlalu dah nak kahwin dah budak ni. So visit dia pagi tadi sebab sudah menjangka yang kami takkan sempat bersama-sama meraikan hari bahagia beliau sementelah tiket kami ke arab pada 10 Mac nanti. Jijie cuma dapat jumpa saya ajela...Haswadi memang tak sempat langsung...sebab pagi tadi juga Jijie balik ke KL bas jam 11.45pg dari Dungun. Beliau kerja kat KL. Jijie akan balik semula 11 Mac nanti untuk wedding dia. "Jijie, kak norma tak beli hadiah lagi untuk Jie ni...nanti kak norma tinggalkan kat mummy awak ye" kataku pada Jijie ketika bersalam dan berpelukan dengan dia. Anak-anak Mok Su ni 3 perempuan dan seorang lelaki...dan yang perempuan ni memang mesra dengan kami...semuanya peramah belaka macam mummy mereka.
Pagi tadi jugak buat fikiran saya tersentak jugak setelah Mok Su dan Jijie pulang... termenung gak sekejap walaupun mata kat TV, fikiran melayang-layang..."ehh biar betul aku nak berangkat jauh meninggalkan tempat asalku ni...apasal jadi macam sentimental sangat pun tak tahula?" Bila dah ada orang datang mengucapkan farewell dan ucap selamat ni...memang cepat terasa nak sedih...it shows how people really appreciate our presence and suddenly we will be gone very soon.
Patutnya happy sebab sepupu dan ex-student nak kahwin tapi jadi sedih la pulak...dah la tak dapat sama-sama membantu Mok Su pada perkahwinan anak sulung dia ni, nak pergi jauh pulak tu. Saya masih ingat semasa kunjungan menyambut menantu zaman saya kahwin 9 tahun lalu tu...Mok Su ni la orang yang agak sibuk melayan rombongan pengantin dari KL...in fact masa tu first time jumpa dia dan memang terus mesra dengan dia...kira jadi wakil pengantin lelaki la dia masa tu. Lepas daripada tu baru tahu yang Haswadi ada 10 orang lagi mak saudara...perghhh ramai betul. InsyaAllah by now semua (sekarang tinggal 9 orang) mak saudara Haswadi dah memang mesra dah dengan saya. Ke saya yang 'over' mesra dengan mereka...hehehe.
Untuk Jijie.."Selamat Pengantin Baru!" Semoga berbahagia ke akhir hayat!
Terkilan jugak sebab bila anak Mok Su yang sulung ni nak kahwin, tak dapat saya 'menyibukkan' diri pulak. InsyaAllah nak cari hadiah kahwin Jijie nanti di KL awal Mac ni.