Tuesday, September 8, 2009

KUIH LOPIS SEMPOI...

Oleh kerana permintaan beberapa orang rakan akan resipi KUIH LOPIS...di sini Norma ulang tayangle KUIH LOPIS tu...
Norma surf beberapa website yang memberikan resipi KUIH LOPIS ni...ada yang SEGERA dan ada yang TAK SEGERA...bila Norma 'study' resipi tu...Norma hasilkan version Norma sendiri...
Ni dia:

Kalau nengokkan bentuk yang Norma buat ni tak standard sebab lopis tu agak lembut...letak dalam peti ais sekejap sangat...bila potong lembut lagi...tapi dah boleh makan...

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut (direndam bersama pewarna atau air daun pandan selama 5-6 jam)
2 cawan santan (Norma guna santan dlm tin)
2 cawan air
1 sudu teh garam
Beberapa helai daun pandan untuk wangikan pulut
Kelapa parut yang digaul sedikit garam untuk salut lopis tu

Caranya:
  1. Beras pulut yang sudah direndam, dicuci bersih dan ditos sekejap.
  2. Masukkan beras pulut, santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk, kalau boleh periuk yang non-stick sebab kita akan mengacau beras pulut tu apabila ianya mula mendidih sehingga masak...kalau tak melekat.
  3. Bila santan dah agak kering dalam periuk tu, kecilkan api...tutup tudung periuk dan biarkan dalam 8-10 minit supaya ianya masak sepenuhnya...boleh juga nak kacau sedikit supaya tak hangit...
  4. Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar dan bolehlah kepal-kepal pulut tu (lebih baik sarung tangan dengan plastik, lebih mudah dan tak melekat) atau nak buat bentuk apa sekalipun. Kalau nak lebih keras letak dalam peti ais sehingga sejuk...ianya akan keras...tapi Norma suka yang lembut sedikit. Ada resipi yang suruh gulung dalam 'cling film' atau plastik makanan tu atau boleh juga tekan dalam tupperware macam buat nasi himpit tu...sejukkan.
  5. Sampai masa nak makan atau sehingga sejuk...potong-potong dan gaulkan dengan kelapa parut terus hidangkan bersama air gula Melaka/merah yang dibuat likat sedikit...
SELAMAT MENCUBA!!!

9 comments:

sI tEDI said...

kat sini namanya kampung nak cari kelapa muda huh... pening kepala di buatnya. hari tu buat kuih sagu mata ikan pakai kelapa tua jek. suruh dia mesin yg putih jek..


insyaAllah mahu cuba juga resepi ini :) TQ

nj said...

sitedi...
kami di Jubail pakai 'frozen grated coconut', kebanyakan produk kelapa ni datang dari India. Buah kelapa ada tapi nak memarut le satu hal... Selamat Mencuba.

en_me said...

rajinnyerr buat kuih lopis akak norma tewww..

nj said...

en_me...
seronokle buat kuih-muih ni...

.fatin nabila. said...

haaa.. tenkiu, tenkiu! xsusah sgt ni.. sntan tu, tukar pada santan kotak la sini..

tenkiu ea.. :))

nj said...

fatin...
kalau di Msia pun saya gemar pakai santan kotak untuk masakan...jenama Ayam Brand boleh, Nona, M&S tapi Ayam Brand the best!!

kak ina kl said...

salam norma..makin lama makin hebat ek kamu di sana..mengasah bakat sungguh...ashik sebut kg aje...rindu ke dgn family?

Alimaz-Kembara Terasing said...

rajin kak buat kuih lopes...

nj said...

kak ina...
mengimbau kisah dulu2 la kak ina...juadah saya tu ala kadar je...cerita je lebih...hahahaha

alimaz...
nak makan punya pasal...study bagai nak buat tu...alhamdulillah boleh gak makan...petang ni bazaar mana lak tu?