Tuesday, January 26, 2010

MASUK KANDANG UNTA...bunyi apa ye?

Dia buat dah, sekejap tulis sekejap tak. Banyak hal yang berlaku sebenarnya sebaik selesai Family Day KRMJ yang lalu. Anak-beranak struggle untuk exam Term 1 last two weeks. Alhamdulillah usai semuanya.

Minggu ni pulak Norma akan busy masa Sports Day sekolah JIS. Hari Khamis ni, ada lah beberapa agenda persatuan ibubapa-guru (PSC) untuk event tu. Basically, games amongst the parent (mothers only!) dengan teachers.

Di Arab Saudi ni terutama di Jubail, hampir semua sekolah mengasingkan aktiviti pelajar lelaki dan pelajar perempuan, di mana sekolah-sekolah di sini mempunyai Boys Section and Girls Section. Termasuk jugalah aktiviti ibu bapa, jika sukan untuk pelajar perempuan, hanya ibu yang dibenarkan menyertai dan menghadirinya.

Kecuali, dengarnya ISG International School yang mengamalkan US sistem tidak mengasingkan begitu.

Sebagai ibubapa kita dah terbiasa mengikuti apa jua aktiviti anak-anak di sekolah bersama, baik sukan, hari PIBG dan hari penyampaian hadiah....si ibu dan si bapa akan sibuk mengosongkan agenda kerja untuk memeriahkan aktiviti di sekolah.

Di sini lain pula, abah akan hantar aje ummi Khamis ni ke sekolah dan abah tak akan dapat lihat aksi Nadhrah masa Hari Sukan nanti....kesian kat abah! Nak buat camana?...dah masuk kandang unta, pandai pandailah ye...

4 comments:

tunbegia said...

untungla jadi rakyat johor, tidak perlu berkabung dalam kandang unta

salamm

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam....bagus la kalau leh asingkan lelaki dan perempuan...sekolah kat m'sia ni ...sekolah agama ja yang buat...sekolah lain campoq laaaaa...

nj said...

tunbegia...
Selamat datang ke purpleheart... Kandang unta kat sini jauh nuuuun kat tengah padang pasir... :)

Alimaz...
Kak norma mmg suka bab asing pelajar tu, tapi yang tak setuju penglibatan ibu dan bapa turut diasingkan, padahal ibubapa tunggak anak2 kan...

Tepi Sungai Batu said...

Bagus juga macam tu........