Wednesday, March 31, 2010

ORANG YANG SUKA BERI ALASAN...satu pandangan

my question is "HOW CAN A PERSON...A VERY CONSCIOUS-MINDED PERSON COULD LIVE ALL HIS/HER LIVES WITH EXCUSES???"

tajuk ni tak berkenaan dengan sesiapa yang Norma kenal ataupun tak kenal...tetapi satu persoalan yang tetiba je datang.

Maksud lain soalan itu ialah "Bagaimana seseorang yang waras fikiran dan pemikiran boleh hidup dengan memberi alasan semata???"

Kita biasa mendengar orang memberi alasan, kita sendiri pun biasa memberikan alasan.

Kenapa manusia memberikan alasan...waemah apa situasi sekalipun??

Kenapa ada TAPI atau 'BUT' dalam kehidupan kita?? sebagai seorang manusia yang hidup dalam masyarakat, tentunya kita sendiri akan sedar jika kita acapkali memberikan alasan terhadap sesuatu yang diharapkan daripada kita...mesti satu hari nanti kita akan sedar jugak yang kita "always get things out of the way"...licik sekali mengelak daripada sesuatu situasi dengan hanya memberi ALASAN!!!....

Bagaimana pula anggapan orang lain terhadap kita jika kita asyik dengan ALASAN??
Kita akan dicop tidak boleh dipercayai, unreliable, tidak boleh diharapkan, sering melakukan kesilapan dan kesalahan sebab tu selalu bagi alasan, deniable atau sentiasa tidak boleh menerima hakikat sebenarnya...

Jadi jika kita selalu menidakkan sesuatu hal atau situasi dengan memberi ALASAN atau EXCUSES...apa yang kita rasa sebenarnya??

Sebagai contoh: Jika anda adalah salah seorang ahli di dalam organisasi, tetapi anda menidakkan kehadiran dan penyertaan anda sebagai ahli organisasi tersebut....seperti biasa dengan memberi ALASAN bertimpa-timpa...cuba tanyakan pada diri anda,
  • "Adakah anda layak terus berada di dalam organisasi tersebut??"
  • "Adakah anda layak dihormati sebagai ahli?"
  • "Adakah anda penting di dalam organisasi tersebut?"
  • "Apakah sumbangan anda terhadap organisasi tersebut jika hidup anda penuh dengan ALASAN semata dan tidak menyertai aktif di dalam aktiviti organisasi tersebut?
  • Adakah anda mengambil tahu dan kisah terhadap perjalanan organisasi?"
Jika anda boleh menjawab TIDAK kepada semua soalan di atas....cerminlah diri anda dan letakkan diri anda di posisi yang betul....yakni...berada di dalam organisasi atau dengan hormatnya keluar! Anda tidak lagi diperlukan dan tiada siapa kisah akan diri anda lagi...kerana anda boleh terus hidup dengan memberi ALASAN seumur hidup anda...tiada siapa perlu lagi terhegeh-hegeh menarik anda kembali ke dalam organisasi tersebut kerana tiada siapa lagi yang sanggup menerima ALASAN-ALASAN anda itu!!!


4 comments:

Unknown said...

salam nj...rasanya setiap manusia suker bagi alasan..termasuklah akak jugak...

kamera tu jual ajer kat kedai antik..rugi..tak pun jual murah-murah

nj said...

kak ina...
norma nak gelak dulu...hahahaa...mesti suami norma sengih baca komen kak ina...sbb kamera dia kena jual kat kedai antik...

ye la kak ina...kita tak lari dari alasan...saje tulis nak ingatkan diri sendiri jugak ....

Anonymous said...

alasan yg suka as beri adalah 'malas '
hahhaha.....

semua orang ada alasan masing2..manusia suka beralasan..
thanks k.norma mengingatkan..

mummy zahraa

nj said...

as...
rasa kak norma la...sekali sekala tu kalau betul alasan tu tak mengapa...tapi kalau kes yang sokmooooooo bagi alasan....kes teruk dah tu...