Thursday, March 11, 2010

SETAHUN DI BUMI SAUDI!!!


Alhamdulillah...kelmarin 10 Mac 2010...genap usia setahun Norma dan anak-anak berada di bumi Saudi ni.
Seingat kami, tahun lepas 10 Mac 2009, jam 9.00 pagi kami selamat tiba di Lapangan Terbang Dammam, Arab Saudi. Masa tu cuaca ala-ala sejuk...angin dan berdebu.

Setelah setahun, dah semacam biasa dengan cuaca di sini. Sekarang ni pun musim sejuk tetapi dah mula rasa hawa panas...sebab di dalam rumah dah mula pasang penghawa dingin.

Celebration genap setahun?? Tak ada la nampaknya...si abah sibuk dengan kerja. hujug minggu pun kerja...cuma cuti hari Jumaat sahaja. Semakin sibuk dengan kerja gayanya...so Norma tak boleh lah nak 'merengek-rengek' nak ke sana sini....kesian kat Haswadi penat ke kerja. Anak-anak pun terpaksa make-do dengan keadaan sekarang...2 minggu lagi exam Term 2 pulak...tak habis-habis dengan exam...so eloklah kalau tak berjalan atau bercuti...boleh rehat dan ulangkaji.

Mulai 1 April ni sekolah JIS akan bercuti Term Break...untuk 2 minggu. Pertengahan April baru masuk sekolah semula. Haswadi ada bertanya nak ke mana-mana tak cuti ni...emmmm Norma tak tahu nak jawab apa...sebab by April dah masuk 8 bulan lebih kandungan ni...entah larat nak travel lagi ke tak?? Kalau nak travel pun yang dekat-dekat aje...tapi tak boleh nak janji...kena tunggu bulan April juga dan lihat keadaan macam mana dulu.

Pagi ni dah siap masakkan bihun sup untuk anak-anak. Ummi pesan dah, untuk sarapan dan makan tengahari...sekaligus. Lagipun petang ni ada jemputan makan di rumah kawan sempena berpindah ke rumah baru. Walaupun nak ke jamuan, perut anak-anak mesti diisi juga dahulu di rumah. Bukan apa, mereka ni kalau dah jumpa kawan-kawan nanti tak ingat nak makan...baik makan siap-siap kat rumah.

Malam ni pulak dah janji dengan Haswadi bawakan Luthfil untuk mencari bahan-bahan projek sains dia. Nak buat VOLCANO....untuk Science Fair Isnin depan di sekolah. Petang esok lepas Asar dah janji dengan rakan sekelasnya Najman untuk buat bersama-sama.

So hujung minggu ni walaupun tak berjalan jauh pun...rasa macam tak cukup masa...ada sahaja perkara yang nak dilakukan.

Kesimpulannya, setelah setahun berada di sini, Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Adakala sibuk adakala tak tahu nak buat apa. Kalau di Malaysia pun rasanya serupa jugak...cuma keadaan geografi aje yang berbeza...kami tetap seperti biasa...tak ada lebih tak ada kurangnya....Alhamdulillah. Kalau ada pun cabaran dan rintangan, rasanya ianya tidak mengubah pendirian dan cara kami. Yang penting hati perlu sentiasa cekal, berfikiran positif dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik...InsyaAllah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kami di sini agar dapat terus mencari rezeki di bumi orang ini. Itulah harapan kami.

9 comments:

♥S@R@♥ said...

jaunye akk duduk..mesti best ek merantau tempat org..tp lg best negara sendiri betul x kak?

salam kenal kak ;)

Fetty said...

wuah! Setahun dah no.
Sekejap ja masa.
2010 pun dah Mac. Pejam celik, 2011 pulak nanti.
Harap kita semua panjang umur dan beroleh usia yang diberkati Amiiiiin.

:: Leeza Joe :: said...

kejap je kan....nnt dh 10 thn...wowwww

nj said...

sara...
betul tu sara...tak sama tempat sendiri...

Fetty...
Thanks fetty...pejam celik 1 tahun...sekejap je masuk 2011 pulak...pah tu abih la CTG kak norma...hehehe

leeza...
10 tahun??? InsyaAllah kalau Allah bagi rezeku duduk sini lama...

panggil aku shEh said...

puan, sy suke name Luthfil. maksudnyer ape ye?

nj said...

sheh...
apa khabar? study ok? Luthfil maksudnya 'pesuruh Allah'...saya ambil dari buka nama-nama Islam...
Satu lagi Lutfi pun ada juga, tetapi makna dah jadi lain.

Alimaz-Kembara Terasing said...

semoga menjadi perentau yang berjaya....

nj said...

alimaz
terima kasih...

AyanaAsham said...

puan dah setahun rupenya, cpt betul mase berlalu kan :D