Program anjuran Jumanisaa yang julung kali dilaksanakan...akhirnya dengan tenaga beberapa rakan ibu-ibu Jumanisaa dan tak lupa juga kaum bapa-bapa yang menyokong penuh program ini, program I AM A SUPER MUSLIM berjaya dijalankan...Alhamdulillah...
Ianya berlangsung di kediaman Dr Bashiran dan Encik Mohd Rafik di Al Dareen Sector, Jubail. Pasangan suami isteri yang sangat bermurah hati membenarkan Jumanisaa menggunakan rumah mereka sebagai tempat program. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi mereka...
Tarikh: 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi
Peserta: 5 tahun sehingga 17 tahun (sejumlah 45 orang kanak-kanak dan remaja dari 21 keluarga yang terlibat)
Norma akui ianya bukanlah satu projek besar-besaran apatah lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada program tersebut, namun dengan tenaga dan kerjasama ahli Jumanisaa yang ada...maka terhasillah sesuatu yang boleh kami di Jubail ini banggakan...demi melihat anak-anak Malaysia di Jubail ini memperolehi sesuatu yang boleh memberi manfaat di dalam kehidupan mereka, terutamanya sewaktu Summer Break di Saudi ini.
Pengisian program terbahagi kepada 4, iaitu Fardhu Ain (2 slot), Motivasi dan Pengukuhan Diri serta Fun Class (learning the fun way!)...
Kita layan gambar-gambar program dan cerita ceritinya ya...

Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada banyak lagi ruang yang perlu kami perbaiki. InsyaAllah di lain kesempatan, pihak Jumanisaa akan perbaiki dan memberi penambahbaikan kepada program ini agar ianya lebih berfaedah kepada para peserta...
Sekalung budi dan penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat, Dr Bashiran, Ustaz Syed, Kak K, Neeza dan Kak Maesta...semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi lagi...
Sekalung budi dan penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat, Dr Bashiran, Ustaz Syed, Kak K, Neeza dan Kak Maesta...semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat dikongsi lagi...
**terima kasih kepada Nina dan Ani Firdaus di atas ihsan beberapa keping gambar daripada laman FB kalian**
7 comments:
ada macam2 program di sini..blh belajar masak lagi..dkt2 nak posa n raya senang la tak payah beli kt luar..blh buat sendiri..bestnyer..
yeay! cepat betul Norma update.. boleh ganti NST gini ;). banyak gambar2 menarik.. syabas to Jumanisaa!
sweetsal...
betul tu kak...balik msia...tak laku dah org jual kuih kat bazaar ramadhan tu...hahaha
neeza...
tu la...rasa mcm terhutang pulak kalau tak update...gambar pun ada yg copy dr nina dan ani...also thanks to neeza.
salam norma..alhamdulliah taklah rasa kesunyian bila tinggal di sana bila ada mcm-mcm aktiviti.
macam sedap ajer tat telur tu..boleh lah bagi resepi..
da baca kak norma...ooo xtiviti budak2 time summer break..bagus yerk...ada xtiviti yg brfaedah time cuti2 skolah budak2.... 8)
haikal senyum manes nak ngorat tewww.. ihiks
kak ina...
ye lah kak ina...sekali sekala demi anak-anak ni.
InsyaAllah nanti norma bagi resipi tart tu ye.
Altaf...
cuti sekolah lama sangat kat sini...so cari peluang untuk penuhi masa anak-anak...alhamdulillah
en_me...
a ah...nak pinang siap-siap lah..hahaha
Post a Comment