Tuesday, August 3, 2010

I AM A SUPER MUSLIM...TWO!!!

I AM A SUPER MUSLIM ada lagi...siri ke 2...
Warga anak-anak Jubail sangat teruja dapat berkumpul bersama dengan kawan-kawan.
Mak dan ayah pun tumpang gembira dapat bersembang sejam dua...

Pengisian kali ini ditukar...(kami ikut rotation) supaya setiap kumpulan dapat mengikuti keempat-empat slot yang dirancang/disediakan.
Peserta baru dan lama...semasa taklimat pagi. Ada peserta Malaysia dari Jordan pun join kami kali ini.

Cikgu Ieda Salim (belakang sekali) menjadi sukarelawan siri ke 2 ini...terima kasih Aunty Ieda kerana sudi menjadi tenaga pengajar program! Bestlah cerita Rasulullah dalam CD tu....

Kali ini Norma turut menyumbang menjadi tenaga pengajar...aduhhh... biasa mengajar pelajar muda remaja...kali ni kena kanak-kanak umur 7 - 8 tahun. Norma guna skill yang sama mengajar anak-anak sendiri...supaya tidak kekok...seronok pulak buat FUN CLASS dengan mereka ini.

Antara aktiviti yang Norma sediakan untuk mereka:

THROW THE BALL game. Melatih anak-anak mengingat nama rakan-rakan dan tanamkan sifat percaya dan yakin dengan diri. Dalam game ini, sesiapa yang memegang bola perlu menyebut nama rakan yang akan diserahkan bola dan membaling bola tersebut, rakan itu pula perlu menyambut dengan cekap...jika bola terjatuh...si pembaling perlu keluar/kalah.
MATHS game. Beberapa set nombor dari nombor 1 hingga 9 disediakan (flashcard). Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Norma akan menyebut satu nombor. Setiap kumpulan perlu mencampurkan mana-mana 2 kad nombor untuk mendapatkan jumlah nombor yang Norma sebutkan tadi. Kumpulan yang paling awal datang menyerahkan kad-kad yang tepat, adalah pemenang.
MEMORY game. Norma sediakan 10 barang/items. Peserta-peserta diberi masa 5 minit untuk mengingat kesemua barang. Kemudian Norma sorokkan barang dan beri masa 5 minit untuk semua menyenaraikan kesemua 10 barangan yang mereka lihat tadi. Kelakar sangat masa ni....sebab barang yang tak ditunjuk pun masuk senarai...sabar je la...
READING SESSION....The Gingerbread Man. Norma sediakan mini books, untuk sesi membaca. Setiap orang perlu membaca satu muka surat Gingerbread Man story tu. Biasalah ada yang boleh membaca ada yang tidak. So nasihat Aunty Norma, everyone must read a lot at home. Read a page a day okay!
Kumpulan "tiger"
Macam-macam gaya menulis...tetapi Norma bersyukur sangat, walaupun ini sahaja yang terdaya disediakan oleh kami untuk anak-anak, Alhamdulillah...mereka tidak kira semua itu. Yang pasti mereka gembira dengan apa yang mereka lalui dan pelajari. Mudah-mudahan memperolehi sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Dapat lollipop sumbangan Aunty Zalipah...thanks aunty!...next time bring us more okay! It was a fun class anyway!!!
Apalah yang diajar tu Aunty Norma?? Macam mengajar students UiTM la pulak...
Antara ibu-ibu Jumanisaa yang menjadi sukarelawan menghidang makanan untuk peserta. Memang meriah kali ini sebab banyak juadah yang disumbangkan kepada anak-anak, selain makanan utama nasi ayam yang ditempah khas dari Kak Adawiyah. Ada kek coklat, lollipop, keropok sayur, sausages, dan macam-macam lagi.

Tenaga-tenaga kerja yang sama-sama 'menyenseng' lengan menguruskan program hari itu. Kebetulan, tuan rumah Kak Bashiran sekeluarga ke Madinah, jadi kami memang amat bersyukur dibenarkan menggunakan kediaman beliau. Alhamdulillah kami bersihkan segalanya sebelum meninggalkan rumah tu. Thanks a lot to you Kak Bashiran.
SuperDads!! apa lah topik hangat pagi tu ye??...and of course my SuperBaby!...Hadeed dicelah-celah kaum bapa tu...

Sesi kali ini, tak dapat nak ambil gambar kumpulan yang lain sebab Norma kena duduk dalam kelas. InsyaAllah next session pulak ye.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini.

5 comments:

Siti Noor Azizah bt Abd Manaf said...

wow meriahnye program kat sane..sronok lak nengok..macam2 slot ada, msti sronok budak2 tu..
slot angah tu cam aktiviti jah msk kolej dulu (suailkenal..

*nnt singgah2 la jenguk kat blog jah lak..baru nak blajr..hehe

nj said...

Jah...
hehehe....budak 7-8 tahun pun boleh buat aktvt budak kolej :))

selamat "berblogging"...InsyaAllah nanti angah jalan-jalan ye.

sI tEDI said...

hadeed pun nak bersembang jugak?/ ekekekekeke.
seronok budak2 tu main. :))

kak ina kl said...

salam..elok gak tu ..taklah bosan ashik dengar cakap arab ajer..buat aktiviti camni memang menghiburkan.

memang syok kan bila dapat benda dari malaysia terutama yang berdaun tu..rasa macam dapat emas seketul .

nj said...

sitedi...

rasanya hadeed akan cepat bercakap macam ni...asyik dengar org sembang...hehehe

kak ina...
tepat sekali..terutama daun kunyit tu...macam emas turun dari langit rasanya...