Tuesday, August 17, 2010

PERGINYA MUNIRA MAT YAMAN...

Norma kesedihan. Seorang bekas pelajar Norma semasa di UiTM Dungun, Munira Mat Yaman telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah bekas pelajar Bachelor in Office Systems Management (BiOSM) batch pertama di kampus Dungun.

Norma tak dapat cerita yang tepat tapi dari apa yang dikhabarkan oleh rakannya, arwah Munira baru sahaja mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Beliau dilanggar motosikal ketika berjalan kaki... Arwah baru sahaja menyambut ulangtahun ke-25 pada 5 Ogos yang lalu.

Tak terkata apa dibuatnya. Norma pernah mengajar arwah sekitar tahun 2007-2008. Seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti. Kerapkali Norma mengusik arwah di dalam kelas kerana arwah Munira ni pemalu. Kalau kena panggil namanya dalam kelas...menggeletar badan dia...tapi bukan kena marah pun...memang takut dengan Puan Norma dia ni....
Tetapi itu semua akan menjadi memori indah buat Norma.

Arwah Munira (berbaju biru paling kiri) bersama-sama rakan sekelas dan Norma semasa Majlis Pra-Graduan di UiTM Dungun.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Munira. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau di kalangan yang beriman....ameen.

7 comments:

sweetsal said...

Takziah kepada keluarga Allayarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah.

nj said...

Sweetsal...
Terima kasih kak.

Tepi Sungai Batu said...

Semoga roh nya dicucuri rahmat.......AlFatihah.

nj said...

Pak Man...
Terima kasih.

Fatin Baharum said...

al-fatihah.. semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman..

rasa mcm still ingat muka k'munira ni.. yg sebelah dia pon, xslp, fiena kan ?

risau pulak.. saya pg balik kelas setiap hari jalan kaki, main road dlm 18min jgk jalan.. mmg banyak kereta, motor, bas, lori..

nj said...

fatin...
ye la tu...batch ngan syarafina tu. Satu kelas. Awak hati-hati ye...amalkan baca surah "4 Kul" ketika awak jalan pergi balik kelas tu...InsyaAllah menjauhi segala malapetaka...
Jangan sibuk texting pulak sambil jalan... :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

semoga roh arwah munira ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...