Sunday, March 20, 2011

KRMJ GATHERING 2011




Sekitar Hari Keluarga KRMJ 2011.

Happening! Mujur cuaca mesra alam....tak sejuk sangat, tak panas sangat. Angin je kuat. Tapi Norma sakit juga kepala...adoiii...sesekala berjemur di luar ... migrain pun datang.

Terima kasih dan tahniah pada barisan jawatankuasa KRMJ dan Jumanisaa yang bertungkus lumus menganjurkan program sebegitu.

Dari pengamatan Norma...MasyaAllah, ramai sungguh rakan-rakan baru yang tiba di Jubail ini. Yang seminggu baru sampai, yang baru sebulan, yang 2 minggu dan ada yang dah 4 bulan duduk di Jubail...tapi Norma tak pernah jumpa...atau mereka tak pernah terserempak dengan Norma...hehehe...

Okay, layan ajelah acara gemilang kami Jumaat, 18 Mac yang lalu!

Acara kanak-kanak ni memang jadi acara wajib. Mana taknya...jumlah mereka lebih ramai dari jumlah dewasa. Jika tidak disediakan program untuk mereka...mesti kebosanan dan keletihan menunggu ibu bapa menyembang dari pagi sampai petang.

Cuma nak kena fikirkan bersama, selain acara mewarna, melukis...apakah agenda-agenda yang boleh menarik minat mereka ini. Yang penting hadiah kena ada...baru semangat!

Yang hebat hari tu, pertandingan waveboard...kami sungguh terhibur dengar aksi mereka. Macam-macam gaya. Syabas semuanya!


Untuk sesi petang pula, diadakan Treasure Hunt. Sekitar Beach Camp sahaja, namun meriah. Antara nama-nama kumpulan bertanding ialah, Legacy, Hero Malaya, Jejaka Melayu Terakhir, Baby Doll, Ganu Kite, We Love Maher dan beberapa lagi.

Soalan boleh tahan mencabar minda. Kami satu family bertanding juga....lihatlah wajah Hadeed di atas tu...muka monyok sebab kena usung ke hulu ke hilir cari clue.


Alhamdulillah, dapatlah tempat ke-3. Rasanya ada juga salah jawapan yang diberi, tetapi yang pasti kami kumpulan pertama sekali submit semua bukti dan jawapan...dalam masa 20 minit je kut..hehehe. Abah yang terror....cekap juga jawab soalan pening kepala tu. Nak gelak pun ada...siap tanya orang lagi.

Yang kelakar, kumpulan remaja belasan tahun yang jadi juara. Sabar ajelahhh... Mesti pakai 'toyol' ni...hehehe. Tahniah! u all hebat lerr...

Itu lah serba sedikit gambaran program hebat hujung minggu di sini. Kalau ada gambar-gambar menarik lagi, Norma tambah entri cerita ni okay.

0 comments: