Monday, February 27, 2012

MASYAALLAH...akak sibuk dik nuuunnn...

Lama betul tak berceloteh di sini ya.  Lepas upload entry Lutfiah Noorah, saja-saja je jenguk-jenguk entry lama...tu diaaa....ada beberapa pembaca memerlukan bantuan.  Norma mohon maaf sesangat sebab tak perasan komen-komen sebelum ini.  MasyaAllah...bukan tak sudi nak menjawab tetapi memang tak terbaca.

So, kepada pembaca budiman JU dan NORIMAN...Norma minta maaf sangat, baru je kejap tadi membelek entri lama.  Baru baca soalan dan komen-komen anda...entah-entah banyak lagi kat entri-entri sebelum tu....aduhaiii....maklumlah akak sibuk dik nunnnn...hihihihi

InsyaAllah akan Norma cuba menjawab di sini atau boleh email Norma ye: norm707@gmail.com

Puan Ju bertanya berkenaan kehidupan di sini. Jika Puan Ju ada soalan spesifik nak ditanya, email Norma ye.  

Puan Noriman pula nak datang ke sini bulan Mac...alamak!!  nak masuk bulan Mac dah ye...sempat ke kalau Norma menjawab soalan beliau yang bertanyakan berkenaan "surat untuk masuk ke Sekolah Mariya International "  Norma cuba bagi pendapat ye...
 
"Jika ingin mendaftar masuk anak-anak ke mana-mana sekolah di Jubail ini, puan perlulah mempunyai:

  1. Sijil berhenti sekolah dari sekolah di Malaysia yang menyatakan pencapaian/peperiksaan yang terkini.  Saya pasti dalam kes Pn Noriman, keputusan peperiksaan akhir tahun 2011 yang lalu adalah terkini jika anak-anak puan hendak bersekolah di sini pada tahun ini (Mac/April).  Sijil berhenti perlu dalam Bahasa Inggeris dan mendapat pengesahan/cop Wisma Putra dan Kedutaan Arab Saudi di Jalan Ampang, KL.
  2. Kad/dokumen imunisasi anak-anak.  Maknanya kad yang menunjukkan anak-anak sudah memenuhi jadual imunisasi di Malaysia.  Anak-anak yang sudah bersekolah menengah...saya tak pasti perlu atau tidak (sebab semasa anak-anak Norma ke sini, mereka masih kecil, oleh itu kita perlu sediakan dokumen imunisasi).
Seingat Norma itu sahaja keperluan yang perlu dibawa dari Malaysia.  Setibanya di sini puan perlu memperolehi Iqama untuk mendaftarkan anak-anak di sekolah.  Suami puan boleh terangkan apa itu Iqamah.  Ada sesetengah kes, jika Iqama masih belum siap, tetapi kita ingin daftarkan anak-anak ke sekolah dengan segera, pihak sekolah di sini akan meminta majikan suami mengeluarkan surat yang mengesahkan suami bekerja di sini...seperti 'confirmation letter' sementara mendapatkan Iqamah.

Sukacita diingatkan bahawa sesi persekolahan di sini adalah bermula sekitar September dan berakhir Jun setiap tahun, tidak seperti di Malaysia.  Setiap sekolah (Mariya International, Al Hussan International (JIS), ISG (American Academy School), Moattsem International, IQRA International) mempunyai sesi cuti yang sedikit berbeza...maksudnya ada yang akan mula cuti seminggu lebih awal dari yang lain, dan sebagainya.


 Oleh kerana entri ini berkaitan sekolah...saja Norma letakkan gambar anak-anak Norma dengan pakaian sekolah, ini pakaian sekolah Al Hussan International @ JIS, maaf ye gambar si Luthfil tu...suka hati je gaya nya...kikikikkkk

Jika ada yang ingin ke Jubail sekitar waktu ini (Mac atau April), kiranya sudah di pertengahan sesi persekolahan.  Kemungkinan ada sekolah yang tidak mahu menerima dan mungkin juga ada yang masih menerima pelajar-pelajar baru, InsyaAllah.  Norma doakan ALLAH permudahkan segala urusan kalian nanti. 

Norma berharap pembaca-pembaca berkenaan dapat sedikit maklumat di sini, semoga boleh dimanfaatkan.  Mohon maaf jika maklumat Norma tidak seperti yang diharapkan.  Boleh saja email Norma ya...(lambat dengan cepat je nak respons...maklumlah akak sibuk dik nuunnn) :-)

0 comments: