Thursday, May 3, 2012

LIFE AT JUBAIL ... part 2

Alhamdulillah, dapat sambung bercerita...

Kalau mana-mana pembaca yang mengikuti blog Norma ni dengan teliti, memang pasti dah biasa membaca perihal kehidupan kami di Jubail ini.  Pelbagai kisah dan pengalaman yang pernah dikongsi di sini.  Dari hal barang dapur, hal sekolah anak-anak, budaya orang Arab di sini, catatan perjalanan dan percutian kami dan banyak lagi. 

Jadi kali ni Norma akan merumuskan kembali pengalaman-pengalaman tersebut setelah lebih 3 tahun di sini.  Apa yang dulunya sulit dan sukar...menjadi mudah, Alhamdulillah.  Tetapi ada juga yang dulunya mudah dan senang...dah jadi payah...cemana tu?

Jika ingin membuat keputusan ke sini, perlulah kita tahu...siapa kita ini?  Maksud Norma...lelaki? wanita?  single? dah bekeluarga? 

Di Saudi amnya, wanita tidak dibenarkan memandu kenderaan.  Tiada lesen untuk kaum wanita.  Jadinya yang mudah hidup di sini ialah kaum lelaki lah...boleh bergerak ke mana-mana dengan mudah.  Wanita kalau keluar rumah mesti ditemani mahram (suami, anak lelaki dsbnya).

Pada yang membawa isteri dan anak-anak ke sini perlulah mencari pelbagai alternatif untuk menghiburkan hati mereka.  Di sini, kaum wanita tidak boleh keluar sewenang-wenangnya...kecuali dalam kumpulan...memang ada bahayanya..  Anak-anak juga tidak bebas bermain di luar, kecuali jika kita tinggal di dalam compound iaitu kawasan tertutup khusus disediakan oleh pihak majikan/company.  Itupun bergantung kepada kesesuaian cuaca.  Macam hari ini...dah masuk musim Summer...haba di luar dah mulai panas...35 degree ke atas...panehhh. Kalau kena waktu 'sandstorm' atau ribut pasir...lagilah...siang jadi malam sebab berdebu dan suasana menjadi kelam...lagilah tidak sesuai untuk keluar. 'Bernafas dalam lumpur' la jadinya... :-)

Anak-anak Norma sudah biasa bermain aje di dalam rumah...sesekali abah pulang dari kerja di waktu petang, bawa kami keluar ke Corniche (jalan pantai) dan ke playground...tu dulu la...sekarang dah semakin membesar...sibuk main game dan menonton TV je..hihihi.. Sesekali kami di sini saling bertukar-tukar anak...hehehe...pulakk, maksudnya kita benarkan anak-anak kita bermain di rumah rakan-rakan dan sebaliknya.  Terhibur jua hati mereka.  Bayangkan kalau mereka tidak berjumpa kawan-kawan dalam tempoh yang lama, kesian tau. Sebab itu tatkala hujung minggu menjelma...pelbagai rancangan perlu difikirkan untuk anak-anak...dan ibu anak. 

Perlu diakui...di sini, aktiviti sosial anak-anak amatlah terhad.  Jika kita tinggal di kawasan yang berdekatan dengan rakan Malaysia...mungkin terhibur sedikit, dekat dengan jiran-jiran Malaysia.  Tetapi perlu diingatkan...perilaku dan tingkahlaku di sini menjadi bahan tontonan orang tempatan.  Jika ada yang menjengkelkan pada mata mereka, mereka tidak segan atau takut untuk menegur kita.  Akhirmya kita perlu akur...mentelah ini tempat mereka...masuk kandang unta..bunyi apa ye?

Di Jubail, susah juga mencari tempat untuk anak-anak mengaji Al Quran.  Nama aje Arab Saudi, pada Norma sistem pembelajaran di negara kita jauh lebih baik lagi dari di sini, wallhuallam.  Bayangkan di sini sukar mendapatkan guru agama yang boleh berbahasa Inggeris.  Jika ada madrasah atau masjid yang menjalankan kelas mengaji atau Iqra, kebanyakkannya guru yang hanya berbahasa Arab sahaja.  Oleh itu ada baiknya jika ada sesiapa yang ingin ke sini, sempurnakanlah pengajian Al Quran anak-anak di Malaysia...jika boleh. 

Okay...Noorah si kecit Norma tu dah bangun....tak dapat nak tulis lagi...InsyaAllah next entry okay..



0 comments: