Wednesday, May 2, 2012

LIFE AT JUBAIL part 1...

Inilah kediaman pertama kami di Dakheel Mahdood, Jubail Balad.  Besarrrrnyaaaa....hihihih, kami tinggal di unit bawah je ... yang mempunyai 5 unit kesemuanya.  Di sini dipanggil apartment.  Rindunya rumah ni...

Sudah lebih 3 tahun Norma menetap di Jubail ini. Pelbagai pengalaman yang terlalu istimewa Norma perolehi dan bersyukur kerana ALLAH memberi peluang sebegini buat kami sekeluarga.

Kalau nak diceritakan faktor penyebab utama kami ke sini, mengambil masa 1001 malam!!  Punyalah panjang....tetapi ianya merupakan satu keputusan yang sangat bermakna buat Haswadi dan Norma.  Alhamdulillah...itu sahaja ungkapan yang mampu merumuskan penghijrahan kami ke bumi Anbia ini.
Tidak dinafikan, ianya merupakan keputusan yang sedikit sukar dalam situasi ketika itu, mentelah Norma masih lagi bekerja dan anak-anak masih kecil...perasaan berbelah bagi, bercampur baur...samada ingin mengikut Haswadi ke sini atau tidak???

Alhamdulillah, tika dan saat ini...kami amat pasti yang kami tidak membuat keputusan yang silap.  Apabila telah pasti haswadi memperolehi pekerjaan di Saudi Kayan pada lewat tahun 2008 dahulu...kami berdua sudah mulai sibuk mencari maklumat itu ini berkenaan JUBAIL dan ARAB SAUDI....
Gambar yang sangat nostalgik...hari pertama mececahkan  menjejakkan kaki di Jubail, abah dah bawa kami jenjalan...Huwaylat Mall, dalam 20 minit dari rumah kami di Balad tu..dulu 3 orang anak kami...sekarang, Alhamdulillah dah tambah 2 orang di sini...

Sedikit kecewa ketika itu kerana tidak banyak maklumat yang diperolehi terutama berkenaan kehidupan di sini.  Godek punya godek sana sini, terjumpalah beberapa blog warga Malaysia yang sudahpun berada di Jubail ketika itu...jadi Norma sangatlah faham bagaimana rasanya jika anda di luar sana mengalami kepayahan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kehidupan di sini... ;-)

Norma patut berterima kasih kepada a few blogger friends and eventually became good friends here in Jubail...dan a few bloggers dari Madinah, Yanbu dan Mekah...Alhamdulillah, sedikit banyak telah membantu Norma dan Haswadi memperolehi pelbagai maklumat.  Yang hebatnya...hampir kesemua blogger wanita dan ibu-ibu yang rajin menulis ini...cuma seorang blogger dari Mekah je penulis lelaki :-)

Ada pelbagai aspek yang perlu dilihat jika kita ingin bertanyakan "Bagaimana Kehidupan di Jubail?"  Ianya sangat subjektif...kerana kita perlu tahu
  • Siapa kita?
  • Kenapa kita ke sini?
  • Apa yang kita inginkan di sini??  
  • Siapa orang-orang yang akan terlibat secara langsung dengan keputusan yang kita buat untuk ke sini?
  • Perancangan jangka pendek dan jangka panjang?
  • Persedian urusan dokumentasi?
  • Persediaan mental dan fizikal?
  • Persediaan kewangan?
dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda kita.  Setelah ada sedikit pengalaman kehidupan di Jubail, barulah Norma berani untuk berkongsi pengalaman dan cerita.   Tetapi perlu diingatkan ini adalah pandangan dan pendapat peribadi Norma semata-mata...lain orang, lain citarasa dan lain pandangan.  "Tepuk dada tanya selera"

Untuk mengupas persoalan-persoalan di atas dari pengalaman dan pandangan Norma, InsyaAllah, tunggu entri Norma selepas ini ya...

(Alahai cik norma nihhh....intro punyalah berkobar-kobar...sambung pulak daaaaa....kikikikkkk...  dah lewat malam derrr...mata nak terkatup sudaaa)

Kali pertama abah bawa kami berjalan-jalan luar dari Jubail.. sudah meredah padang pasir dan pergi ke kedai 'second-hand' di Al Kharaj, Dammam.  Panjang ceritanya di sini...nanti Norma story okay...kenangan oh kenangan...sayu je rasa hati nengok gambar ini..






6 comments:

Anonymous said...

Tq for sharing, can't wait to read part II...


-Marina, KL-

Anonymous said...

saya juga alami sedemikian..susah nak dapatkan maklumat terutama tentang persekolahan..saya pernah hubungi puan melalui email..tapi sayang tiada respon..apa2 pun terima kasih puan..

Anonymous said...

saya juga alami sedemikian..susah nak dapatkan maklumat terutama tentang persekolahan..saya pernah hubungi puan melalui email..tapi sayang tiada respon..apa2 pun terima kasih puan..

nj said...

Anon...

Ye ke? SubhanAllah..maaf ye..mesti terlepas pandang tu. Tetapi kalau klik kat label 'Saudi Life' dan baca entri2 di situ, InsyaAllah akan jumpa cerita hal sekolah di sini. Email saya mmg penuh sokmo setiap hari...sahih terlepas pandang tu. So dah ada di sini ke belum? Selamat berkenalan.

Anonymous said...

Maaf bertanya....
Bagaimana tonton tv di sana.dapat rancangan Malaysia ke.

Syikin Long said...

assalamualaikum.. kak.. nak emel blh? bnyk sgt soalan nak tnya. sy akan ikt suami ke jubail dlm tahun ni.. seronok. bc blog akk.