Saturday, June 9, 2012

P.I.E

Semenjak dua menjak ni...Norma sibuk lerr...selain dengan sibuk hal-hal anak-anak...sibuk dengan aktiviti Jumanisaa...dan yang penting sekali sibuk duduk kat dapur....kalau ummi tak sibuk kat dapur...tak berasaplah jawabnya dapur tu...

Sekarang ni duk sibuk menguli tepung...dalam masa dua minggu ... 3 kali duk mem'pastry' .. jika dah boleh buat...buat ulang kali nak bagi terror. Semuanya gara-gara Food Network yang asyik kalau dilayan, biarlah berulang kali pun...lagi lengkap resipi dapat salin...hihihi

Dek teruja dengan si Ed Baines, Martha Stewart dan Andy Bates kat FN tu...usaha la juga mencuba resipi-resipi selain melayan youtube berulang kali...hasilnya...tadaaaaaa P.I.E....
Selepas jenuh membuat Scones atau English Biscuits , Norma beralih arah kepada membuat pie...terasa satu kepuasan dalam diri apabila dapat mencuba sesuatu yang pada awalnya dirasakan sukar dan susah, tetapi dengan tekad dan azam, impian menjadi kenyataan...tak pandang dah all sorts of pie kat kedai selepas ini, sebab dah boleh buat sendiri...

Bukan semua orang suka makan pie ni.  Makanan omputih katanya.  Tapi kita boleh ubahsuai resipi terutama intinya mengikut citarasa.  Contohnya, sweet pie filling ni tak sah kalau tak letak ground cinnamon dan ground nutmeg, tak mengapa pun kalau tak letak...Norma tak guna pun sebab anak-anak tak suka rasa rempah begitu.

Paling Norma suka apple pie!  Even preparing the apple filling contented me. What more preparing the other component from scratch...the pie crust.  This is Ed Baines recipe; flour, cold butter, salt, egg and iced water. 

 Blueberry Pie...Haikal's favorite, dia kata Tom & Jerry suka pie ni.  Ni cubaan kali kedua, kurang mantap...


Apple Pie..cubaan kali ketiga...nampaknya menjadi betul yang ni...


Tak susah membuatnya hanya menggunakan bahan-bahan yang asas, tetapi rumit sedikit ketika membakar...setelah trial dan error dan mencari tips bagai dalam youtube dan google...Alhamdulillah dapat teknik yang betul, harap-harap menjadi terus selepas ini...

Bukan senang rupanya nak dapat hasil seperti di atas, di luar rangup dan di dalam rapuh bila dimakan....heaven!!!  Alhamdulillah.

InsyaAllah nak buat lagi selepas ini, siapa nak makan??...sila order ya....promosi PERCUMA!!! hehehe

2 comments:

m.u.l.a.n said...

waahhhh... sedap nya pie.. saya pon suka semua pie tapi malas buat pastry tu... hehe...

nj said...

mulan...

Sebenarnya kan...senang sungguh. Saya pun tak percaya memula...bila dah sekali dua kali buat...addicted gituuu...hikkksss