Thursday, November 21, 2013

WINTER ALRIGHT...

ASSALAMUALAIKUM

MasyaAllah  TabarakAllah

It has been almost a year ... yes a year since I last posted an entry here.  Just recently, tergerak hati nak menulis kembali.


Allahuakbar...masih lagi ada kah pembaca-pembaca yang dulu?  Jika tiada pun tidak mengapa...kalau ada yang 'tersinggah'...

AHLAN WA SAHLAN

InsyaAllah.

There are just a lot of things to catch up with.  My fifth baby, Noorah pun dah almost nak masuk 2 tahun.  Where have you been PURPLEHEART???

I guess I have broken so many kind hearts.  I am so sorry...  resipi chicken ball sebelah tu pun dah 'basi'.  By now should jadi baja organik dah.

I am still here in Jubail, the Saudi Kingdom..where else to go??  My heart and soul have been here since long ago...very long ago.


More things to share...  SubhanAllah...it is early winter here (no snowflakes mind ya) I am listening to thunderstorms right now...quite scary.  

Oh my! Why am I writing like a Grade 2 quick write essay now??  It must have been the Virtual School thingy...  Anak-anak sedang bercuti 'darurat'...esok genap 4 hari cuti 'darurat ni.  Al kisah....hujan lebat, banjir sana-sini, ribut dan sejukkkkkk..  Kalau di Malaysia, seronok dapat gi sekolah dalam hujan...cool apa??  Yang tak seronok kasut sekolah basah lencun...arghhhh.  Di Jubail TAK BOLEH SEKOLAH!!! NO! NO! NO!...alahai manjanyaaa.....

Alhamdulillah, my kids are all well.  How are yours??  Hope everyone is well and fine, InsyaAllah.


Oh well...winter should be like the above photo...don't you think so?  Nice.

Here in Saudi...the winter is like this...

*Photos are taken from Google image.  The later photo is taken in Ad-Dammam, Eastern Province*

Stay dry, stay put...take care.

Tuesday, December 25, 2012

RUMAH BARU

Petang Isnin kelmarin, menjenguk rumpunan serai di belakang rumah ni.  Sedang memikirkan apa nak buat dengan pokok serai tu. 

Nak tinggal begitu sahaja sayang pulak.  Belum tentu orang baru yang akan menyewa rumah ni nanti tahu nak guna serai tu...tu pun kalau ada orang nak sewa.  The house agent really need to persuade the landlord to get the sewage fixed!

Mungkin Norma akan transfer ke dalam pasu-pasu dan bawa ke rumah baru nanti...tapi terfikir pulak, kami nak tinggalkan Saudi untuk beberapa bulan...mati kejung lah pokok serai tu.  Jawabnya nak kena serah ke 'program anak angkat' nampaknya....hihihi.  Siapalah sahabat-sahabat di sini yang bertuah mendapat 'anak angkat' tu nanti??

Selepas abah balik kerja tadi, seperti biasa sejak dua menjak ni, bersiap-siap ke rumah baru, nak mengemas apa yang patut.

Sempat capai kamera nak snap gambar rumah yang bakal kami duduki nanti...tapi tunggang langgang lah lagi...belum berangkat habis pun barang-barang...maklumlah amatur nak pindah rumah...hihihi.
 Ruang tamu #1
 Ruang tamu #2
 Bilik #1
 Dapur...puas hati kali ini, luas..Alhamdulillah.
 Stor 1 (plan nak simpan segala macam di sini)
 Ruang ke tandas tetamu...
 Stor 2 (to be converted to an ironing room)

 Bilik #4
Bilik #2
ni tak ada kena mengena dengan rumah baru kami...hihihi.  Hasil kerja Luthfil dan adik-adiknya...

Monday, December 24, 2012

BERHIJRAH

Elapsed time sampai hampir sebulan...sabar je la.  Again 'tag' line alasan purpleheart ni "akak sibuk apa ntah...tak tahule"..kikikikkkk

Okayla...nak dijadikan cerita, lebih kurang sebulan sahaja lagi kami sekeluarga akan berada di Saudi ini sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah, Alhamdulillah....hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami sekarang ini...setelah hampir beberapa bulan selepas kami berhasrat untuk pulang ke Malaysia terus, Haswadi dapat tawaran bekerja dengan syarikat lain pula di Jubail ini setelah memohon satu kekosongan di situ. Semuanya rezeki daripada ALLAH, kami hanya mampu merancang dan berdoa agar apa sahaja yang terbaik buat kami dan anak-anak, pastinya daripada ALLAH.  Alhamdulillah.

Cuma puan purpleheart ni je sikit bercelaru...hihihi.  Bukan apa, dah almost physically and mentally prepared to go back into 'action'...apparently it won't be happening.  Maybe during the coming few months of 'vacation'...I would do something to fulfill my longings for teaching, InsyaAllah.

Sekarang ni sibuk berpindah rumah. It has been a year since we've moved to this house we currently lived in.  And now, got to pack and move again...again!

The main reason for this moving out is due to the condition of the house, nothing got to do with Haswadi's new job or company and what not.  The sewage problem is getting worse and it is bad. We actually love this house so much.  We wished we could stay even after we came back here again next year.  The hassle was too much for us to handle, so we decided to move. 

After more than a month looking for a new house, we finally got one that suited our preferences.  The only frustration we got is that the house is on the first floor of a double-storey-town-house alike.  The best things are; it has 4-bedrooms, a spacious kitchen!, 2 store-rooms, and a roof top all our own!  Alhamdulillah. So the good factors already outweighed the only one problem with the house. The house is in Sudayer Sector and is so near to the Fanateer City Center...and just 15-minutes drive from the house we are living now at Ferdous Sector.

At the moment, we are like 50% along the way...since I am doing the sorting and packing all alone plus the daily mom routine with all the kids at home, it is school holiday by the way, and abah is still working for his last month at Saudi Kayan...hope that everything is smooth sailing.


Till then...

Saturday, December 1, 2012

E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N

Belum habis cerita perihal sekolah anak anak.  Selesai International Days...masuk minggu exam pulak.  They are going to be sitting for a two-week examination for this first term.
Busy lagi lah ummi dan abah...





                                                             Gambar ihsan google.com 
I don't know whether they'll end up doing like the above illustrated photo or not?? hikkksss

Monday, November 26, 2012

2012 ALHUSSAN SCHOOL INTERNATIONAL DAY

 Haikal with a few of his classmates...kecilnya lah Haikal..  Hadeed pun menyelit nak ambil gambar.
 Finally, 'OUR' piece of an ancient Egypt landmark...
 The 'Pharaohs', Haikal's classmates...
 Some of the teachers' art pieces for the exhibition.
 Hadeed was attracted to the wooden horse...
 Pakistani boys preparing for the 'Banghra' dance..."DIL DIL PAKISTAN,JAN JAN PAKISTAN"
 The only one that got my attention...the money tree.  Try to spot the RM note...!
 The Eiffel Tower sculpture,by the Arts teacher,Mr Hindawi...MasyaAllah, superb.
 Luthfil Hasif and his classmates, representing the country of India.
 the other friends...
 Lutfhil with the Spice Chart.  Unfortunately, someone else was assigned to explain to the visitors...duhhh.  Why larr teacher???
So Ummi requested that Luthfil presented it just for me.
One of the charts at the Malaysia's booth.

Sunday, November 18, 2012

THIS n THAT...

Last Wednesday I was at the airport for the second time within 3 weeks.  Kebetulan hari Rabu malam and the next day is weekend...so dapatlah menghantar Kak Eina Moris pulang ke tanahair.  Kak Eina rakan mengaji kami.  Ma sha ALLAH, banyak berkongsi ilmu dengan kami.  Kak Eina suka kongsi bacaan-bacaan doa dan amalan-amalan sunat ...pendek kata...kalau time mengaji tu, ada aja perkara baru yang beliau suka kongsi.  
Bersama Kak Eina di Dammam Airport, Jazakillahu khairan katsiran ya Ukhti.  In sha ALLAH berjumpa lagi.
Ini pula, hadiah istimewa di hari lahir Nadhrah.  A gift from a friend here.  Should recommend every home with kids to have this.  Mungkin ada terjual di Jarir Bookstore atau kedai buku di Dakwah Center, Jubail.  Yet to look for it, In sha ALLAH.
Topic like Tahajjud, an easy way to explain to our children...to make them understand, using simple words, hadis and sunnahs are also included.
 The Jannah explanation and details.  Drawings and colors that interest small children. 
Tak habis lagi kisah International Day.  Longgokan barangan pameran yang diterbangkan khas dari Malaysia.  Terima kasih kepada sahabat yang sudi mencarikan 'harta karun' untuk Nadhrah ni.  Comel-comel je...teruja ummi nengokkannya.  Ummi suka sangat Songket purse tu.

 
Weekend 'gathering' with a friend from 'oversea'.  Ihsan Baihaqi, Luthfil's 'partner in crime' datang ke Jubail bercuti sejak pulang ke Malaysia beberapa bulan lalu.  At times..."absence makes the hearts grow fonder".  Hadeed manjanya dengan abang Ihsan.

Thursday, November 15, 2012

WE LOVE BAKER BOOKS!

'Pak Cik Baker' datang lagi...kali ni dengan bekalan yang sangat menarik.  Ummi kalau dengar je Pak Cik Baker dah datang, teruja dan berdebar-debar...apa lah agaknya 'bekalan' yang dia akan bawa kali ini.

Pak Cik Baker ni gelaran Norma bagi pada the Baker's Book...sebuah syarikat yang juga penerbit dan pengeluar buku yang secara langsung menjual kepada pelajar-pelajar sekolah di Al Hussan International School.  Hampir setiap tahun Pak Cik Baker pasti 'menjengah'. Baker Book is from UK and most books are published in the country.

Kalau ummi jadi excited...anak-anak apa lagi.  Jika hari yang mereka dapat membawa pulang katalog Baker's Book...sampai 3 buah katalog sekaligus disua pada ummi.  Selepas dapat green-light daripada ummi (walaupun bukan ummi yang membayarnya...hihihi) masing-masing sibuk membelek-belek dan membuat pilihan.

Tetapi setiap pilihan anak-anak, ummi akan 'tapis' dulu..  kerapkali sesi berdebat akan berlangsung...kenapa tak boleh? kenapa yang ini, bukan yang itu?...bla bla bla...
Norma biasanya akan seimbangkan pilihan-pilihan buku anak-anak.  Kalau tahun sebelumnya dah membeli fun and activity books, tahun seterusnya must be reading book or educational book! Ini adalah antara cara Norma nak dekatkan anak-anak kepada buku dan  membaca.

Tatkala ummi bermurah hati hari tu, dapatlah banyak pilihan lagi.  Selain meletakkan price limit harga buku yang akan dipilih.  Contohnya, mungkin tahun lepas dah membeli sekitar SAR100 seorang, tahun ini mungkin sekitar SAR70 seorang...kecuali kes-kes tertentu seperti educational books or academic books.  These books are expensive indeed.  A book that discusses about Math Theories may reach more than 100 riyal each.    Science lagi, encyclopedias of this and that lagi.  As long as it offers knowledge and information vital to the kids, we are definitely willing to spend.

Parents perlu pandai ambil hati anak-anak untuk cinta dan sayangkan buku-buku bacaan.  Norma akui, anak-anak Norma bukannya ulat buku...mungkin belum sampai masa lagi sebab sekarang ini, ada juga yang sangat malas membaca, ada yang rajin membaca dan ada juga yang suka-suka hati nak baca atau tak baca...macam-macam kan??  

Selalu Norma beri contoh zaman persekolahan Norma sendiri dulu.  Oleh kerana tidak mempunyai peluang yang banyak untuk membeli buku-buku bacaan, ummi selalu habiskan masa di dalam library sekolah.  Setiap kali waktu rehat, berkejar dan berebut dalam library meminjam buku-buku.  

Kalau tiba hujung minggu pula, arwah abah Norma selalu bawa kami ke Perpustakaan Negara untuk meminjam buku-buku.  Pada kami, tu adalah aktiviti yang paling menyeronokkan masa dulu.  Norma membesar di Kuala Lumpur, perpustakaan negara dulu jauh sekali bezanya dengan yang ada sekarang.  Dulunya di Jalan Raja Laut, bangunan 2 tingkat sederet berdekatan dengan Wisma Sime Darby. Sekarang ni bangunan Perpustakaan Negara gah tersergam di Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya tu.

Lihatlah betapa sukar nya dulu-dulu kami nak dapatkan buku-buku (walaupun ummi suka gak exaggerate cerita...hihihi).  Sekarang ni buku berlambak-lambak di hadapan mata anak-anak sendiri.  You guys are lucky...so lucky.  Kalau ke Jarir Bookstore di Huwaylatt Mall tu, mesti setiap orang ada peruntukan khas membeli buku...mengikut pilihan masing-masing dan bajet tertentu. 

Walaubagaimanapun, teringin sekali nak ke perpustakaan awam di sini.  Sejak hampir 4 tahun, kami tak pernah jumpa perpustakaan awam di Jubail ini.  Tak pernah pula kami bertanya dengan orang tempatan di sini.  InsyaAllah nak cari juga nanti, harapnya ada dan kami dibenarkan masuk dan menggunakan perpustakaan tu nanti.

Jika boleh, tak nak lah sampai tabiat membaca anak-anak akhirnya menjadi satu halangan daripada mereka untuk menikmati apa yang ada di luar sana. Kita pandai-pandailah seimbangkan kegiatan anak-anak kita sendiri, InsyaAllah, pesanan khusus untuk diri Norma sendiri ni...hihihi.
                                 This year's Baker books we got for our children. 

Tapi ibubapa mana yang tak risau jika membaca bukan menjadi minat anak-anak.  Alhamdulillah, setakat ini...walaupun bukan setiap hari tetapi, anak-anak di rumah ini pantang ada buku baru 'masuk' ...mesti masing-masing akan membacanya.  Tambahan pula, mengaji atau membaca Al Quran adalah salah satu cabang terbesar amalan membaca bagi anak-anak kami, Alhamdulillah.  Biar terkadang terpaksa 'berhambat' sekali pun dalam rumah ni...hikkksss.  Terkini, Norma galakkan anak-anak 'membaca' English dictionaries.  Ianya antara cara atau galakan anak-anak mengenal seberapa banyak vocabularies, mentelah menggunakan bahasa tersebut setiap hari di sekolah kan. 

Apa pun, sebagai ibubapa, Norma tak mahu putus asa untuk mempertingkatkan lagi budaya membaca dan mencintai amalan membaca di kalangan anak-anak, InsyaAllah.