'Pak Cik Baker' datang lagi...kali ni dengan bekalan yang sangat menarik. Ummi kalau dengar je Pak Cik Baker dah datang, teruja dan berdebar-debar...apa lah agaknya 'bekalan' yang dia akan bawa kali ini.
Pak Cik Baker ni gelaran Norma bagi pada the Baker's Book...sebuah syarikat yang juga penerbit dan pengeluar buku yang secara langsung menjual kepada pelajar-pelajar sekolah di Al Hussan International School. Hampir setiap tahun Pak Cik Baker pasti 'menjengah'. Baker Book is from UK and most books are published in the country.
Kalau ummi jadi excited...anak-anak apa lagi. Jika hari yang mereka dapat membawa pulang katalog Baker's Book...sampai 3 buah katalog sekaligus disua pada ummi. Selepas dapat green-light daripada ummi (walaupun bukan ummi yang membayarnya...hihihi) masing-masing sibuk membelek-belek dan membuat pilihan.
Tetapi setiap pilihan anak-anak, ummi akan 'tapis' dulu.. kerapkali sesi berdebat akan berlangsung...kenapa tak boleh? kenapa yang ini, bukan yang itu?...bla bla bla...
Norma biasanya akan seimbangkan pilihan-pilihan buku anak-anak. Kalau tahun sebelumnya dah membeli fun and activity books, tahun seterusnya must be reading book or educational book! Ini adalah antara cara Norma nak dekatkan anak-anak kepada buku dan membaca.
Tatkala ummi bermurah hati hari tu, dapatlah banyak pilihan lagi. Selain meletakkan price limit harga buku yang akan dipilih. Contohnya, mungkin tahun lepas dah membeli sekitar SAR100 seorang, tahun ini mungkin sekitar SAR70 seorang...kecuali kes-kes tertentu seperti educational books or academic books. These books are expensive indeed. A book that discusses about Math Theories may reach more than 100 riyal each. Science lagi, encyclopedias of this and that lagi. As long as it offers knowledge and information vital to the kids, we are definitely willing to spend.
Parents perlu pandai ambil hati anak-anak untuk cinta dan sayangkan buku-buku bacaan. Norma akui, anak-anak Norma bukannya ulat buku...mungkin belum sampai masa lagi sebab sekarang ini, ada juga yang sangat malas membaca, ada yang rajin membaca dan ada juga yang suka-suka hati nak baca atau tak baca...macam-macam kan??
Selalu Norma beri contoh zaman persekolahan Norma sendiri dulu. Oleh kerana tidak mempunyai peluang yang banyak untuk membeli buku-buku bacaan, ummi selalu habiskan masa di dalam library sekolah. Setiap kali waktu rehat, berkejar dan berebut dalam library meminjam buku-buku.
Kalau tiba hujung minggu pula, arwah abah Norma selalu bawa kami ke Perpustakaan Negara untuk meminjam buku-buku. Pada kami, tu adalah aktiviti yang paling menyeronokkan masa dulu. Norma membesar di Kuala Lumpur, perpustakaan negara dulu jauh sekali bezanya dengan yang ada sekarang. Dulunya di Jalan Raja Laut, bangunan 2 tingkat sederet berdekatan dengan Wisma Sime Darby. Sekarang ni bangunan Perpustakaan Negara gah tersergam di Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya tu.
Lihatlah betapa sukar nya dulu-dulu kami nak dapatkan buku-buku (walaupun ummi suka gak exaggerate cerita...hihihi). Sekarang ni buku berlambak-lambak di hadapan mata anak-anak sendiri. You guys are lucky...so lucky. Kalau ke Jarir Bookstore di Huwaylatt Mall tu, mesti setiap orang ada peruntukan khas membeli buku...mengikut pilihan masing-masing dan bajet tertentu.
Walaubagaimanapun, teringin sekali nak ke perpustakaan awam di sini. Sejak hampir 4 tahun, kami tak pernah jumpa perpustakaan awam di Jubail ini. Tak pernah pula kami bertanya dengan orang tempatan di sini. InsyaAllah nak cari juga nanti, harapnya ada dan kami dibenarkan masuk dan menggunakan perpustakaan tu nanti.

Jika boleh, tak nak lah sampai tabiat membaca anak-anak akhirnya menjadi satu halangan daripada mereka untuk menikmati apa yang ada di luar sana. Kita pandai-pandailah seimbangkan kegiatan anak-anak kita sendiri, InsyaAllah, pesanan khusus untuk diri Norma sendiri ni...hihihi.
This year's Baker books we got for our children.
Tapi ibubapa mana yang tak risau jika membaca bukan menjadi minat anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini...walaupun bukan setiap hari tetapi, anak-anak di rumah ini pantang ada buku baru 'masuk' ...mesti masing-masing akan membacanya. Tambahan pula, mengaji atau membaca Al Quran adalah salah satu cabang terbesar amalan membaca bagi anak-anak kami, Alhamdulillah. Biar terkadang terpaksa 'berhambat' sekali pun dalam rumah ni...hikkksss. Terkini, Norma galakkan anak-anak 'membaca' English dictionaries. Ianya antara cara atau galakan anak-anak mengenal seberapa banyak vocabularies, mentelah menggunakan bahasa tersebut setiap hari di sekolah kan.
Apa pun, sebagai ibubapa, Norma tak mahu putus asa untuk mempertingkatkan lagi budaya membaca dan mencintai amalan membaca di kalangan anak-anak, InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment