1 Muharram baru je berlalu, tiba pula 2010. Selamat menempuh hari-hari yang baru dengan azam baru, perspektif baru dan semangat baru.
Bagi Norma, tahun baru 2010 disambut dengan penuh mencabar....haa sebab apa ye? Minggu pertama 2010 ni sibuk dengan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan...mid-term. Anak-anak masih kecil dan berada di tahap Grade 1 dan Grade 2, tetapi tak boleh ambil mudah...kerana waktu sekarang ni la nak galakkan mereka untuk faham betapa pentingnya pelajaran, ulangkaji, peperiksaan dan sebagainya.
Maklumlah, bukan senang nak membimbing anak-anak untuk menghadapi peperiksaan, ...tambahan kerenah dan perangai anak-anak yang berbeza...tugas itu jadi lebih mencabar....
Hujung minggu depan pula, 7 Januari akan sibuk menyertai Hari Keluarga Kelab Rakyat Malaysia Jubail. Pelbagai acara disediakan, dan malam tadi Norma sibuk membeli hadiah-hadiah untuk sukaneka kanak-kanak...sibuk buat nombor cabutan bertuah dan lepas ni nak agihkan pada kaum-kaum ibu yang lain untuk membalut hadiah....ada 129 unit hadiah yang nak kena balut...banyak gak tu.
Hari ni hujung minggu...Khamis...nak 'panaskan enjin' untuk buat ulangkaji anak-anak ni. Mereka akan mula exam Selasa depan.
Dua hari ni tak masak lunch and dinner la jawabnya...beli je...khabsa atau nasi mandhi je la jawabnya.
Okaylah...cukup dulu entri kali ni yang mana blog Norma ni agak membeku...sebeku suhu kat Jubail ni yang mencecah 15 dan 16 darjah Celcius...belum sampai kemuncak lagi orang Jubail kata...kat sini kalau musim sejuk cecah 3 hingga 5 darjah Celcius...
InsyaAllah jumpa lagi...
4 comments:
salam kak norma...pa habaq org dubai....selamat tahun baru ya kak...
alimaz...
Alhamdulillah...baik belaka. Selamat menyambut 2010!!!
salam kak..
kat sana musim sejuk ke?
lama x berblog! Rindu nak dengar kahabr Jubail!
Sihat kak?
salam tahun baru!
sitedi...
selamat tahun baru...
skrg musim sejuk...dalam rumah pun kena pakai baju tebal...snow je tak de.
Post a Comment