Tuesday, January 5, 2010

SIKIT JE...

Meeting PSC (Parents Students Council) di JIS (Jubail International School) kelmarin dah selesai...tapi kerja tak selesai...first day meeting, dah ada task...kena buat minutes of meeting (MOM)...alahai ... task that I've been trying to avoid...I guess the last MOM I did was two years ago...sigh!!! Anyhow...do what you gotta do Norma!!!

Malam tadi dah survey kedai nak buatkan hamper....tapi pekedai tu kata dia tak buat hamper macam stail kat Malaysia tu...bungkus plastik tinggi dan ada reben kat atas....mereka kat sini...masuk dalam kotak terus balut...jadi gift je... Masa dah suntuk...so Norma 'yes' kan aje...InsyaAllah malam ni lepas anak-anak tidur nak keluar memilih barangan untuk 'hamper' tu...

Harap-harap aktiviti hujung minggu ni berjalan dengan lancar. Kalau tak sempurna 100% pun tak mengapa asalkan berlangsung sepertimana yang dirancang.

Harapnya warga Malaysia di Jubail ni dapatlah hadir beramai-ramai ke SASREEF Beach Camp, Khamis 7 Januari 2010 ni. Bawa semua ahli keluarga ke program tu.
Antara rakyat Malaysia di Jubail yang pasti anda akan jumpa nanti!!!

Rakyat Malaysia semakin ramai, setiap bulan ada aje kumpulan dari Malaysia yang datang...so SELAMAT DATANG KE JUBAIL...dan meriahkan HARI KELUARGA KRMJ tu nanti ye... Kalau sesiapa yang tak ada kenderaan, sila semak email KRMJ, ada nombor telefon drivers di Jubail untuk perkhidmatan pengangkutan....emm alahai ...blog Purpleheart ni dah jadi tempat promosi lak ye.... Tak mengapalah tak rugi apa pun ...kalau ada yang baca...boleh gak dapat info ye!
Kamu -kaum bapa yang akan bersama di program Hari Keluarga KRMJ...
Till then...

8 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Selamat bergembira.....semoga selamat semua nya.

myQza said...

bila dah ramai2 malaysian terasa terubat sedikit rindu ek kak

nj said...

Pak Man...
terima kasih Pak Man

sitedi...
tu la..ni masa yang dinanti-nantikan selepas lama 'mengeram' dalam rumah masing-masing....

Fatin Baharum said...

if uat perubahan mcm gift box - hamper style kita, agak2 dieorg leh accept x? hamper la sonok, tgk tinggi2 kan, xcited jadinya if dapat!

entri kt blog dah lama sy off comment box. saje.. :)

Unknown said...

salam noorma..tengah bergombiralah hari ni ek..jaga-jaga..baik-baik jaga diri.

Neeza Shahril said...

gambar2 tu kan.. rasanya gambar masa buka puasa hari tu ek? hehe..

Family Day bestttt!!!!

nj said...

fatin..
saya kesuntukan masa...kalau tak mmg nak buat hamper tinggi2 tu...

kak ina..
sesekali menggembirakan hati...asyik terperap je...hehehe

neeza...
gambar tu gambar lama...bukak puasa..InsyaAllah entry baru nanti update gambar FD tu...

en_me said...

mesti sonokk kannns..