Wednesday, April 7, 2010

KU GAGAHKAN JUA....

Baru je lepas breakfast ni. Haswadi pun dah ke kerja. Ambil masa sikit update blog.

Cerita biasa-biasa aje...tapi at least ber'update'...kalau tak SITEDI akan tegur lagi...hahahaha... InsyaAllah esok kami sekeluarga nak berangkat...nak berjalan-jalan...sempena cuti sekolah.

Beberapa entri lepas ada Norma khabarkan pasal plan nak bercuti ni...badan tak larat juga sebenarnya tapi kenangkan anak-anak dan bapa anak-anak ni yang beria-ia nak vacation, ummi gagahkan juga. Tapi penatlah ummi...pilih baju, kemas baju, susun baju, menggosok dan segala kerja rumah nak settle sebelum bercuti.

Tak jauh pun destinasinya...ke Qatar je yang mengambil masa 7-8 jam dari Jubail ni. Satu hari kelmarin sampai jam 12 tengah malam baru ummi dapat rebahkan badan untuk rehat. Bayangkanla...perut dah masuk minggu 34...2 minggu lagi ummi dah cukup 9 bulan...gagahkan juga mengemas itu ini.

Rancangnya dalam 4-5 hari di Qatar. Lagipun Haswadi nak berjumpa dengan rakan-rakan tempat kerja lama di PETRONAS dulu yang dah berhijrah ke Qatar. So, Haswadi yang excited lebihnya...kali ni ummi ngikut aje...tak ada nak plan apa-apa...in fact sampai pagi ni belum pun lagi surf internet pasal Qatar ni....mana nak pergi, tempat untuk dilawati dan sewaktu dengannya. Kalau trip ke Jordan tahun lepas, sebulan sebelum pergi dah surf itu ini....kali ni...ummi tak larat duduk lelama depan laptop ni....alasan sungguh!

So layan aje lah snapshots anak-anak kelmarin. Dalam pada tak larat tu sempat jugak mengukus kuih apam gula hangus malam tadi...jam 11 malam baru selesai kukus....Haswadi nak bawa ke tempat kerja pagi ni...ada pot luck. Entah makan ke tidak Pak Arab tu kuih apam...tapi sedap wooo! Semoga perjalanan kami nanti dilindungi dan kami semua berada dalam keadaan sihat dan selamat. Ameen.

Muka budak puas hati dapat makan cekodok pisang...dan muka budak kenyang makan mihun goreng...













Betapa sepahnya





Sempat bergurau, lepas tu ada la yang menangisnya....















Kuih Apam Gula Hangus @ Apam Mentega...resipi kat SINI ye...

5 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Semoga selamat dalam apa jua aktiviti.

myQza said...

ekekekeke..
kerana anak-anak ku gagahi juga ye?

jauh juga kak 7-8 jam.. kematut montot kata orang!

apapun semoga selamat perjalanan!

nak sgt buat kek gula hangus tu.. tapi selalunya basic dah failed..

nak cairkan gula tu!

hehehehe

nj said...

Pak Man...
terima kasih...InsyaAllah

sitedi...
nak wat camana kan...layaaannn je le...
Apa lagi..resipi dah ada tu siap teknik lagi...kena buat...jgn bagi alasan!!! hahaha...

tunbegia said...

sungguh anak anak penyeri rumah,

salamm,

Anonymous said...

sdpnya kuih apam tu...blik cuti nti nak try wat la :D