Alahai...lama dah tak menulis di blog ni. Kali ni nak cerita secebis 'asam garam' kisah hidup di Saudi. Setelah hampir 2 tahun genap (10 March 2011) menetap di Jubail, Arab Saudi...Norma sudah lali dan agak masak dengan kehidupan di sini. Walaupun ianya pengalaman peribadi tetapi Norma percaya ramai di luar sana pernah mengalaminya.
Sebenarnya Norma sudah rimas!
Rimas dengan kerenah kelompok-kelompok manusia yang berada di Jubail ni. Kelompok yang Norma maksudkan ialah warga-warga dari negara-negara 'bulan malap' yang bekerja dan mencari makan di sini.
Kelompok ini kebanyakannya bekerja sebagai buruh dan pekerja am sahaja di sini. Ada juga yang berjawatan professional tetapi kerenahnya berlainan pula.
Dipendekkan cerita, apa sahaja di bumi Saudi ni anda boleh perolehi asalkan ada wang. Mentelah orang Saudi ni kaya raya katanya...memang kaya lah kan. Sebuah keluarga mampu memiliki 2-3 orang pembantu rumah, tak termasuk driver lagi...terlebih mampu namanya tu. Bila dah kaya raya tu...akan adalah yang suka mengambil kesempatan.
Tak terkecuali kelompok negara 'bulan malap' ni. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan duit. Kita faham, mereka hidup susah...di negara mereka sendiri belum tentu mereka boleh bekerja...apatah lagi mempunyai gaji tetap.
Apabila berpeluang bekerja di Saudi ni, mereka kerja 'habih gheng' (loghat terengganu bermaksud habis-habisan!) hinggakan tak tahu 'tatasusila' atau etika pekerjaan atau sebenarnya memang tak tahu!!
Kengkadang cara mereka ingin mendapatkan duit ni tidak disenangi...pada Norma lah, orang lain tak pasti suka atau tidak. Sikap 'meminta-minta' dan terlalu mengharapkan 'orang memberi' ni lah yang buat Norma rimas!
Sebagai contoh, jika kami ke pasaraya terkenal di sini PANDA, akan terjumpalah mereka ini yang sentiasa dan sepanjang masa menunggukan peluang untuk 'mengambil kesempatan'.
Pantang kita tolak troli berisi barang yang banyak....mesti selepas itu kita ada 'follower'....hehehe...bukan blog atau twitter je ada 'follower' ni, mamat-mamat 'bulan malap' ni pun follower juga.
Mana taknya...mereka akan sedaya upaya ingin menolak troli kita, memunggah barang-barang ke dalam kereta dan sebagainya...hanya dengan tujuan untuk mendapatkan belas ihsan 'wang ringgit' dari kita.
Bukan satu tempat aje yang ada aktiviti begini...merata-rata kita boleh jumpa mereka ni. Kalau di Jubail ni, 'follower' tetap Norma di SAMEWAY!! sampaikan sekarang kami berdua 'fobia' nak ke SAMEWAY tu....harap-harap 'mamat' tu dah balik negeri lah sekarang ni!
Alkisah 'mamat' SAMEWAY ni, beliau pernah bekerja di Malaysia selama 6 tahun macam tu, dan boleh berbahasa Malaysia. Pada mulanya, kami menghulur jugalah sedikit saguhati kepada dia kerana menolak barang dalam troli yang banyak hingga memunggah ke dalam kereta....kesian punya pasal. Rupanya, selepas itu 'mamat' ni dah jadi 'tabiat'...pantang melihat kami datang membeli, beliau memerhati kami sehingga kami selesai membeli dan akan 'membantu' menolak troli barang ... Memanglah beliau adalah pembantu kedai tersebut, tetapi membantu kami seumpama 'udang di sebalik batu'....Norma kurang gemar perilaku sedemikian.
Lama-kelamaan kami jadi serik dengan perbuatan sebegitu...agaknya kalau kami berhenti memberi saguhati, nescaya 'mamat' tu takkan tolak troli kami atau buat-buat tak nampak kami kan.... Tapi kami ni jenis kesian lebih kat orang...dan anggap apa yang kami sudah beri sebelum ni sebagai sedekah. Tapi rasanya 'cukup sampai di sini' ajelah....kami tidak ke SAMEWAY lagi...rimas!
Sebenarnya bukan susah sangat tolak troli dan memunggah barang....kami suka buat sendiri je...dan selama ni pun di Malaysia jarang ada perkhidmatan sebegitu...baik di Carrefour, Tesco atau Giant sekalipun...semua diuruskan sendiri oleh pelanggan kan. Di sini lain...pembantu-pembantu kedai ni berkejar-kejar untuk 'membantu' pelanggan dengan tujuan mendapat 'extra-income'....sehingga kami rasakan ianya keterlaluan! Rimas!
Pembaca jangan salah faham, servis sebegini bukannya diwajibkan pun...kita sendiri pun rasakan tak perlu...kecuali kalau kita membeli perabot atau barangan elektrik....kedai-kedai sebegitu memang menawarkan perkhidmatan mengangkat barang...di Malaysia percuma aje...di Saudi ni jangan!...semuanya berbayar....padahal pembantu-pembantu kedai sudah bergaji oleh majikan sendiri...mengapa perlu mengharapkan 'lebih' dari pelanggan?? Kecuali kalau sesekali nak beri sedekah...bukan dapat beri sokmo sokmo ye. Rimas!
Kisah kedua pula, di PANDA besar di Jubail Balad ini. Kami suka ke sana kerana barangannya pelbagai dan banyak. Di situ lagi ramai kami lihat kelompok-kelompok manusia yang Norma ceritakan. Sepanjang masa mereka ini memerhati setiap pelanggan yang datang...gamaknya nak melihat, siapa bakal menjadi 'mangsa' untuk hari tersebut.
Tetapi apa yang Norma biasa amati, kelompok ini amat sukalah 'menolong' orang Saudi...tambahan orang Saudi ni pun satu hal jugak...tahap malas yang macam tahap gaban! Yang biasa Norma lihat, satu bungkus plastik PANDA je yang dibeli, tetapi dibiarkan 'mamat' kedai mengangkat sehingga ke kereta...dan kemudian dihulurnya duit saguhati...mungkin itu cara dia bersedekah, tetapi dia lupa kut perangai manusia "bagi betis nak peha!"...bila dah selalu dibuat...jadi tabiat...jadi ikutan dan tempiasnya pada semua orang! Kami bukan Saudi, kami dah biasa buat kerja sendiri...tak perlu bantuan kecuali perlu sahaja....rimaslah!!
Kisah ketiga, kelompok-kelompok yang bekerja di lapangan terbang Dammam!...yang ni laaaagilahhhh Norma rimas! Macam lalat hurung ikan kat pasar je gayanya. Memanglah kita mungkin akan mendapatkan khidmat mereka...jika perlu sahaja...JIKA PERLU SAHAJA YE!!
Kalau kami masih mampu mengusung beg-beg sendiri ke atas troli tu, tak payahlah pakai khidmat anda kan!...ni tak....turun aje kita dari kenderaan....berderu-derulah yang datang mengejar dengan troli kosong untuk mendapatkan 'pelanggan'...rimaslah brother!!
Kami mampu lagi buat sendiri, ALLAH beri lagi kudrat dan kemampuan untuk buat sendiri. Kadang-kadang tu naik geram juga, tak ke dia nampak suami Norma yang macho tu...tak nampak ke body dia berketul-ketul, gagah perkasa...setakat nak angkat beg baju tu InsyaAllah mampu lagi!
Yang terkejar-kejar bagai nak rak tu kenapa? Kalau kami perlukan sangat, kami akan panggil je lah kan, bukan tak pernah guna khidmat mereka ni...pernah semasa membawa barang dan kotak yang banyak...tapi janganlah sibuk 'hurung' kami dan 'merengek' minta untuk 'membantu' kami... Rimas!
alamak! dah panjang cerita ni...InsyaAllah akan disambung dengan pelbagai lagi 'aksi' merimaskan!

5 comments:
bulan malap ? err, still pk lagi ni, dari tadi lagi pk.. jiran kita ke ?
tapi perangai macam tu mcm prangai jiran kita dah.. style menunggu then tactic tolong mcm buat kte terpaksa give something to 'em.
aduh, nk ingat ni, macam mana rupa flag jiran kite ea.. bulan malap, bulan malap..
kbkk btol ! haha
fatin...
hahaha...negara 'bulan malap' tu negara yang ramai orang gelap la...bukan warna bendera...saya tak tahu mcmana nak tulis tanpa sebut nama negara...sensitif kan!
Oh ye ke? di Msia dah jadi mcm tu? Saya sangat tidak sokong kerana mereka sudah dibayar gaji dan sepatutnya tidak 'meminta-minta' sebegitu rupa...rimas eh?
memang dah jadi trend sekarang ni.. baru ni neeza ke Makkah. Trend macam ni obvious sangat. Pekerja2 yang sapu2 tu, bila ada je orang hulur sedekah, berderu2 pergi kat orang tu.. Yang banyak bagi sedekah tu wanita arab (bertutup muka). Yang tak sukanya ialah, orang2 yang bekerja ni jadi tak ikhlas bekerja. Mereka dah jadi macam peminta sedekah pulak.. rasanya, orang lain yang nak bagi sedekah pun takut sebab bila bagi kat sorang, ramai yang datang.. adehh.. bahaya tu...
neeza...
Pelik kan?...x sangka di Saudi sikap 'meminta2' ni berleluasa dan memang merimaskan...buat aje lah kerja, jika ada kami menghulur tu rezeki lah...tapi x perlu 'bersungguh2' nak mendapatkannya...

Post a Comment