Dalam dua minggu ni anak-anak sedang menduduki Assessment Test .. InsyaAllah by this Wednesday dah habis. Cuma Nadhrah dan Haikal masih ada lagi surah reading after two weeks. Haikal having to memorize two surahs; Al Kautsar and Al Quraisy, while Nadhrah only one surah Al Alaq. Haikal still has the two last lines from Al Quraisy to be memorized. Nadhrah has been doing everything on her own so ummi just have to check by end of this week. You better do well Nadhrah...if not ummi rotan! hehehe
InsyaAllah dalam 2 minggu lagi juga rakyat Malaysia Jubail di bawah KRMJ akan mengadakan satu program Hari KRMJ 2012...yang mana setiap tahun diadakan...berkonsep kekeluargaan, cumanya kali ini ada a few pengisian yang lebih bermakna...bukan sekadar acara makan-makan sahaja, InsyaAllah.
setiap kali ada program sebegini, anak-anak adalah tumpuan utama kami ahli jawatankuasa...kerana sangat faham akan keperluan bersosial sesama rakan. Apa lagi sukaneka dan permainan menjadi acara utama untuk mereka.
Di sini Alhamdulillah, walaupun berjauhan dari keluarga dan sahabat handai di tanahair, masyarakat KRMJ adalah masyarakat yang paling penyayang. Kami saling bantu membantu dan mengambil berat akan hal sesama ahli, InsyaAllah...terutama ketika ditimpa kesusahan, atau kesulitan.
Yang paling kuat dan bersemangat di sini adalah persatuan ibu-ibu..JUMANISAA. Oleh kerana keadaan kehidupan yang sangat terhad dari segi pergerakan dan pergaulan, kami gantikan dengan aktiviti sihat..memang SIHAT sungguh lah...hihihi.

Gambar semasa birthday Hadeed genap setahun, April tahun lalu. Norma sambut di Beach Camp, kebetulan ada sesi kuliah agama, Norma tumpang buat majlis kecil-kecilan selepas kuliah...
Salah satu aktiviti kami di sini, bersarapan 'together-gether', ni tahun lepas juga di rumah lama Norma di Jubail Balad. Biasa kalau program sebegini kami buat pagi masa anak-anak besar ke sekolah...tenang sikit suasana...hihihi
Ini gambar terkini, dua minggu lepas rasanya...stail baru ambil gambar...pejam mata, sabar je la...
Kerapkali JUMANISAA adalah platform utama untuk kami mengeratkan sillaturahim di kalangan warga Malaysia di sini, terutama para ibu. Tidak keterlaluan Norma katakan, dengan Jumanisaa inilah banyak melahirkan bakat-bakat terpendam; yang pandai memasak dah boleh buka bisness di sini, cakap aje nak makan apa semua ada di sini. Antara menu laris yang ibu-ibu Jubail ini niagakan macam sate, nasi dagang, laksam, nasi minyak, rojak, kuih muih hinggakan sambal belacan pun kami ada tukang membuat yang handal...kikikikkk.
Kita ada juga pusat dakwah untuk ibu-ibu di sini, Ladies Da'wah Center bertempat di Royal Commission area, Al Fayhar Sector...di mana subjek seperti Al Quran, Bahasa Arab, Sirah, Tajweed dan sebagainya ditawarkan. Bagi yang ingin menimba ilmu, inilah peluang yang amat baik sekali. Jika tidak mahu ke Da'wah Center, boleh sertai kelas agama yang diajar oleh seorang Ustazah dari Indonesia yang menetap di Jubail Balad, Ustazah Asma'. Sungguh banyak dah ilmu yang Norma pelajari di sini melalui beliau, Alhamdulillah. Banyak sungguh jasa-jasa Ustazah Asma kepada kami di sini atau boleh juga menyertai kumpulan-kumpulan tadarus Al Quran sesama sahabat di sini.
Yang pandai menjahit dah boleh buka tempahan jahitan di sini...dan banyak lagi peluang-peluang yang dapat diperolehi jika menyertai Jumanisaa ni, a very good networking we have here :-)
Ada juga ibu-ibu yang berlatarbelakangkan guru yang mengambil cuti tanpa gaji mengikut suami, membuat tiusyen kecil-kecilan untuk mengajar anak-anak Malaysia di sini. Ada juga yang pandai mengajar mengaji dan tajweed mengajar anak-anak kita di sini, Alhamdulillah.
InsyaAllah walaupun dengan pelbagai faktor kekangan yang ada di bumi Saudi ni, kami mampu lagi meneruskan kehidupan sebaik mungkin, Alhamdulillah. Hendak seribu daya...tak nak seribu dalih..
2 comments:
Salam, terima kasih kerana berkongsi cerita. Saya memang sedang melakukan persiapan mental untuk mengikuti suami bekerja di Jeddah dan blog ini sangat membantu. Teruskan perkongsian. May Allah bless you (and family).
Anon..
Alhamdulillah, terima kasih. MasyaAllah...kalau di Jeddah, sedikit mudah...ia bandar besar dan paling dekat untuk ke Mekah dan MasjidilHaram, Alhamdulillah. Tahniah!
Post a Comment