Monday, October 8, 2012

JEDDAH...

Aidilfitri yang baru lalu, kami sekeluarga tidak pulang ke Malaysia.  Beraya di Saudi sahaja.  Alhamdulillah, kali ini, kami sempat menunaikan umrah pada 2 Syawal dan kemudian berjalan-jalan ke Jeddah.  After almost 4 years living in Saudi, our recent visit to Jeddah was the first.

Biasa dengar orang bercerita, kalau ke Jeddah macam masuk Kuala Lumpur atau tempat sewaktu dengannya.  Kalau pergi ke Riyadh...memang betul-betul rasa duduk Saudi.  Memang betul lah orang kata.  Norma dah biasa ke Riyadh dan kali ini ke Jeddah pula...berbeza.

Bila berjalan-jalan ke Jeddah tu tak terasa duduk di Saudi.  Macam melawat Dubai atau Abu Dhabi je suasananya.  Jeddah lebih moden, orang-orang Arabnya kebanyakan lebih 'open'.  Semasa kami berjalan-jalan ke Mall di sana, payah nak jumpa wanita Arab yang ber'niqab' (menutup muka).  Cara pakaian kaum lelaki juga sangat berbeza berbanding di sebelah Timur Saudi seperti di tempat kami tinggal...yang biasa kami lihat hanya memakai Thob (jubah putih lelaki), shugmah (kain corak merah putih penutup kepala), dan Igal (tali bulat hitam penutup shugmah atas kepala) ...pakaian rasmi Saudi.  

Di Jeddah mereka memakai pakaian biasa seperti kebanyakan orang luar.  Hampir susah untuk mengenali orang tempatan atau tidak...bab tu Haswadi cekap...beliau  mudah kenal Arab mana dan sebagainya... 

Antara tumpuan kami ke Jeddah hanya sekadar mengenali bandar atau kota terbesar yang pernah menjadi ibu negara Arab Saudi suatu ketika dahulu sebelum pemerintahan negara bertukar ke Riyadh.

Lokasi yang terletak di sepanjang pesisiran Laut Merah itu meriah...sangat meriah...sepanjang-panjang menuju ke pusat bandar kami melalui 'sea port' iaitu pelabuhan dagangan. Di waktu malamnya lagi cantik.  Sepanjang corniche penuh dengan 'pusat-pusat hiburan'...jangan salah faham...pusat hiburan di sini kebanyakan untuk seisi keluarga...kalau kita di Malaysia tu bila sebut 'fun-fare'...hanya sesekali sahaja jumpa...nak pergi selalu, kena ke indoor theme park di malls sebagainya.  Di Jeddah...'fun fare' sepanjang malam di sepanjang pantai...  Tapi kami tak pergi pun, puas dah ajak anak-anak ke tempat sebegitu...hihihi.
Kami sempat juga ke Old City di Jeddah yang masih mengekalkan warisan bangunan lama, old heritage buildings.  Selain daripada itu, kami ke Mall of Arabia, yang terdapat restoran makanan Malaysia di situ. Kami ke Jeddah Souq yang dikenali sebagai Bab Al Makkah. Kami juga menemui tanah perkuburan yang heboh dikatakan terdapat Makam Hawa di situ. 
 The Old Heritage Buildings in Jeddah.  Masih mengekalkan ciri-ciri tradisi pendudukan awal di Jeddah semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, 26 Hijri...sekarang dah 1433 Hijri...lebih 1400 tahun dah tuuu.  Ada beberapa bangunan memang dari binaan asal iaitu batu dan kayu...bukan batu bata atau batu 'blok' tau...a real batu!


 Maqbarah Hawa (Makam Sayiditina Hawa-The Mother of All People).  Tetapi belum ada kesahihan akan lokasi Makam tersebut.  Terletak di daerah Al Amariya, pinggir bandar Jeddah. 


 Pandangan luar kawasan perkuburan yang dikatakan terdapat Makam Hawa.  "Tiada siapa pun sebenarnya tahu di mana Hawa dikebumikan"

 Kami tidak dibenarkan masuk...khusus untuk kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk.  Norma dan anak-anak tak dapat masuk, jenguk atau intai pun tidak dibenarkan. Cepat-cepat Norma snap gambar ni dan terus beredar.  Selepas kami, ada sekumpulan 3 orang pengunjung, juga dilarang masuk.  Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana...biarlah ada ke tak ada ke Makam Hawa di situ, "kalau tak ada angin, masa kan pokok bergoyang."  Bukan nak tengok sangat pun...cuma nak kumpul pengalaman ke tempat-tempat yang heboh diperkatakan oleh orang dari seluruh pelusuk dunia!
 Di hadapan Restoran Chapter (Makanan Malaysia) terletak di Mall of Arabia. 

 Sepinggan nasi lemak di Restoran Chapter berharga SAR55, lengkap dengan lauk sambal udang dan rendang daging.  Anak-anak tetap makan macam kat rumah...no fork n spoon for them...jari-jemari jugaaa...
 Ini tempat abah...lawatan wajib ke Harley D.  Layan kan aje...I tak suka dan tak gedikkss kat motor okay!
 Kami sempat kunjungi Souq @ Pasar di Bab Al Makkah (The Door to Makkah).  Masa kami sampai (usai Zuhur) masih banyak kedai belum dibuka...dan ruang legar di tengah-tengah itu masih kosong.  By the time we were leaving the souq, which was almost Maghrib....full house.  Just like a 'pasar malam' in Malaysia.  It was indeed an unusual perspective altogether.  Women were not wearing the traditional abaya costumes, lingering freely and some were selling merchandises at the souq.  I remembered the time we visited Dubai and Qatar ... it has almost identical view of the souqs there...wait wait...were are in Saudi still...hihihi.
 One for the pic...alololooooo
 and two....

8 comments:

Mother of Two said...

sy tak pernah pegi lagi, tapi insyaallah akan menyusul hubby next year. kalau rezeki bleh morning kopi:):)

Neeza Shahril said...

tak pernah neeza merasa betul2 jalan di Jeddah... mungkin satu hari nanti. InsyaAllah...

nj said...

Shiela, InsyaAllah Kak Norma doakan Shiela dapat penuhi impian tu, amin. Hubby dah kat Saudi pulak ke? Boleh datang Jubail (kalau akak ada lagi la comeyyy)

nj said...

Neeza, Alhamdulillah a very short visit je tu Neeza. Wish we could stay a little longer...ada juga tempat2 lain yg menarik di Jeddah tu. InsyaAllah, hope Neeza dapat peluang lagi ke sini :-)

Intan said...

Assalam. Suka baca your blog. Saya Intan from UiTM Shah Alam. Insya-Allah saya dan husband nak berhijrah ke Riyadh sekitar March 2013, sebelum ni my husband Visiting Prof kat King Saud Univ, lepas tu baru-baru ni dapat invitation under special talent programme untuk kerja kat sana. So husband saya cadang nak berhenti dari UiTM dan saya pula nak cuti tanpa gaji. Nak tanya Norma sama ada Norma berhenti dari Uitm atau cuti tanpa gaji. Kalau cuti tanpa gaji berapa tahun dibenarkan?

Mulan said...

nak nya ke sana...

nj said...

Dr Intan
Terima kasih sudi singgah-singgah di sini. Maaf ya sibuk sampai lambat balas komen. InsyaAllah you can email me at norm707@gmail.com I am more than happy to help :-)

MULAN
InsyaAllah, semoga ALLAH makbulkan impian itu :-)

~N@B~ 95 said...

akak still berada di saudi ka