Perjalanan hari pertama, jam 9.30 pagi kami telah mula bergerak dari Jubail dan tiba di border post BATHA jam 3.30 petang, 6 jam perjalanan. BATHA adalah border post dari Arab Saudi untuk masuk ke UAE. Manakala jika ingin ke QATAR, border yang perlu dilalui ialah di SALWA.
Oleh kerana keadaan sangat lengang, kami hanya spent dalam 15 minit sahaja untuk urusan imegresen dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Al Ruwais.
Setelah masuk ke UAE, barulah Norma dapat memandu, tu pun kena paksa oleh Haswadi. Mana taknya, International Licence dah buat Disember tahun lepas, rugi kalau tak guna. Tapi tak lama pun pegang stering kereta tu, adalah dalam sejam je. Lori dan tankers banyak sungguh atas jalan, takutlah nak drive.
Al Ruwais adalah salah sebuah daerah dan kawasan perindustrian di UAE. Terletak dalam 350km dari BATHA, sempadan Saudi. Kami telahpun merancang untuk bertemu kawan lama semasa menuntut dulu, Edd @ Nazri.
Tiba di Al Ruwais dalam jam 6.00 petang. Alhamdulillah, kebetulan Edd sedang dalam proses berpindah ke rumah baru, dan beliau menawarkan kepada kami untuk bermalam sahaja di rumah baru beliau. Tak jadilah kami nak cari hotel malam tu.
Terima kasih tidak terhingga buat Edd dan Niza yang banyak berbudi kepada kami. Dah lah dijamu makan malam, dapat pulak menumpang bermalam rumah baru beliau. Rezeki, rezeki...Alhamdulillah.
Cantik housing complex di Ruwais ni. Apartment pun luas dan sangat selesa. Dengan 4 buah bilik, 2 hall dan 3 buah tandas. Masih kosong dan belum dipenuhi lagi penghuni. Kalaulah di Jubail ada housing complex sebegini rupa, betapa indahnya.... :-)
1 comments:
Salam,
Nk tanya Norma kena request visa ke utk ke Dubai. Boleh share procedure.
Tq
Post a Comment