Ada seorang pembaca blog dan juga bekas pelajar Norma email kelmarin...blog puan ni cerita cuisine je ke?
"Abu (bukan nama sebenar)...saya buat entri cuisine special di Ramadhan sahaja. Lepas ni sibuk pulak cerita Raya dan hal lain pula. Nak tengok puas-puas makanan tu masa ni aje...lepas ni mungkin kuranglah cuisine tu."
Si Abu ni dulu sama kelas dengan si Awang (dalam cerita Tragedi Bulan Ramadhan tu)...dan kelas mereka ni biasa juga datang ke rumah berbuka puasa dan jamuan hari raya....kalau datang bukan seorang dua, satu kelas sekali....kenduri kendaralah si Puan Normawati mereka.
Masa Norma cedera patah kaki dulu...Haswadi belanja mereka ni KFC je....tak silap masa tu Raya tahun lepas...Puan Norma terpaksa 'gantung' periuk belanga time tu....dengan separuh bertongkat...mana nak boleh kenduri. Tapi students ni okay je...janji dapat datang rumah dan berjumpa dengan pensyarah 'kesayangan' mereka ni.
Satu perkara yang Norma amalkan kepada para pelajar dan 'subjek' ni memang tak masuk dalam silibus atau skema kerja peperiksaan ialah "hubungan baik sesama manusia" atau "the human factor". Pengalaman Norma mengajar yang tak seberapa tu, Norma biasa amalkan sentuhan kemanusiaan bila mendidik pelajar.
Bukan semata-mata mengajar yang di buku-buku sahaja tetapi membuka minda pelajar supaya menghargai orang sekeliling kita. Menghormati sesama insan, empathy, budi pekerti, berbuat baik sesama manusia, menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.
Pelajar-pelajar harus juga tahu bahawa belajar dan menuntut ilmu sudah disediakan ganjaran pahala yang sangat besar kerana kelak diri anda mampu menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki untuk kebaikan diri, dan orang di sekeliling anda.
Jangan pula ilmu yang ada itu dipersiakan, sekadar menuntut ilmu tetapi tidak mampu menggunapakai di masa depan kelak. Apabila membuat sesuatu perlu ada komitmen tinggi, semangat juang yang tinggi dan sentiasa di fikiran "aku mampu melakukannya". Berfikiran positif juga mengelakkan kita berfikiran sempit dan sentiasa ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri.
Sebab tu saya selalu cakap dalam kuliah, memang kita ni belajar di universiti, bila keluar ada ijazah atau diploma....tetapi sejauh mana kualiti ijazah atau diploma yang kita miliki itu. Kalau sekadar mendapat CGPA kurang dari 2.0...jangan harap nak rasa duduk kerusi empuk di syarikat besar...cukup sekadar duduk di kerusi kayu tepi pintu atau paling teruk depan tangga!!...
Jangan pula ada yang salah faham maksud saya, kalau pelajar saya mereka memang 'mangli' dah dengan sindiran Puan Norma.
Maksudnya, bila belajar...kena buat sungguh-sungguh, maknanya jangan malas, usaha kena lebih. Susah payah ibubapa menghantar kita belajar, habis beribu-ribu ringgit, susah payah Kementerian memberi tempat dan peluang kepada anda, takkan nak belajar seperti "melepaskan 'batuk' di tangga" sahaja.
Pasti rugi kan??
Pasti menyesal tak sudah kan?
Jika anda sudah berjaya mendapat tempat untuk menuntut ilmu lebih tinggi di Universiti, pastinya anda orang yang cerdik pandai...kenapa mahu dipersiakan perjuangan itu??
Tuntut ilmu sebaik mungkin, yang susah disenangkan dan yang payah dimudahkan...kenapa perlu fikir atau buat sesuatu yang tiada kena mengena dengan menuntut ilmu seperti...berfoya-foya, berjalan sana-sini menghabiskan duit PTPTN, duduk melepak kat bilik karaoke, tak pergi kuliah, ke library jauh sekali, pensyarah pun tak pernah jumpa, malas!...makan aje kerjanya, ponteng kuliah, tidak berdisiplin dan menyusahkan orang di sekeliling!!!....sapa nak jawab???
Norma selalu pesan pada pelajar, "Jangan harap orang lain akan beritahu kita apa yang perlu dibuat, kita perlu tanya diri kita apa yang boleh kita lakukan atau sumbangkan".
Kebanyakan pelajar gentar dan keliru dengan kehidupan masa depan mereka...bila dah habis belajar...nak kerja yang bagus-bagus sahaja...mana mungkin begitu, ALLAH memang telah menjanjikan rezeki dan bahagian masing-masing tetapi selagi tangan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu itu...pastinya rezeki dan imbuhan itu bukan milik kita....
Selalu dikhabarkan juga kepada pelajar-pelajar ini yang mana walau setinggi mana pendidikan yang kita miliki, ianya belum pasti menjamin kehidupan yang pasti....maksudnya bukan untuk kesenangan semata-mata, namun pendidikan tinggi itulah yang bakal kita jadikan sandaran untuk kehidupan yang lebih baik....faham maksud saya?
Tak faham?...telefon atau email saya ye!

12 comments:
salam kak...ilmu yg diajar pahala yg dapat..bestnyer ...
alimaz...
Alhamdulillah...mendidik ni tugas mulia...belajar dan menuntut ilmu bukan tugas mudah...anak2 muda zaman sekarang sedar ke tidak tu?...
KakNJ.. bagus buat hubungan dengan pelajar macam tu. pelajar pun akan lebih hormat kita.
contoh x berapa baik.. masa saya sekolah menengah dulu.. ustaz/ustazah cukup tidak berkenan dgn kelas kami. ada saja silapnya. jadi budak2 nakal pun buatlah pekara tak elok pada mereka.. seperti memancitkan tayar memecah cermin kete dan sebagainya.
seronok kalau dapat guru/pensyarah yg boleh give n take. tapi masih tahu jaga batasnya. :)
sitedi...
Nakalnyeee!!
memang mcm2 kerenah remaja ni. Kak Norma banyak juga sabar dengan mereka...tegur cara berhemah, kebanyakan mereka tahu Puan Norma takkan sampai hati aniaya mereka...kena banyak beri nasihat dan contoh tauladan...baru mereka boleh terima...
ammvoiii, verryyy derr garang cekgu tewww
en_me...
garang tapi baik hati tauuuu...
lecturer garang xkasi student om pakai jeans pg kelas, sampai sanggup la xmasuk kelas, tunggu dpn library, abes kelas, terus kejar puan nk mintak kertas quiz, hehehe..
tp, act, puan baik atie. bukan sume lect garang tapi baik. ni puan, superb pny lect, bg lecture psl subject n kehidupan, bukan sume lect boleh buat camtu tu..
byk pahala puan, ilmu guna smpai skrg. tp kan puan, sem ni, degree pny, amik lagi OB. text book sama, slide sama, tp, aiono, pening balik belajar ob, risau tol saya. confuse aja nk jwb soalan test, lagi2, yg a b c d tu.
salam..
rasullah bersabda...sampaikan la wpun sepotong ayat..tul kan kak??
gua nak ajak lu melepak di blog gua.Rilek Rilek.
jom.
Napalah masa Nina belajar dulu tak dpt lecturer cam Norma? Kalaulah dpt lecturer cam nih tentu leh jd student cemerlang dr segenap segi...
pssst...Norma, blh jd student u tak?
fatin...
saya memang ingat kes pakai jeans tu..tapi kan saya cakap petang tu, klau dah sampai juga ke kelas...masuk je, tapi u all yg kecut perut!!
OB lagi? Favorite subject saya...kena rajin baca Fatin!
Dalia...
Betul...tak semesti jadi pensyarah sahaja boleh sebar ilmu...
Fdaus...
Norma dah jenguk....geruuuunnnnn!!!
Nina...
Nak jadi student Norma ye...boleh...jom daftar masuk UiTM!!!
you are the best puan Norma.... Saya berhutang budi dengan puan Norma kerana mengajar saya dan rakan2 banyak perkara tidak hanya pelajaran tetapi soal kehidupan dan hubungan sesama kami.... Puan bukan hanya Puan Normawati tetapi adalah kakak kepada kami, ibu kepada kami, Cikgu kepada kami... We all love you puan Norma...
Post a Comment